lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

KQT Lahirkan 'Hamalatul Quran'
KQT Lahirkan 'Hamalatul Quran'
KUALA TERENGGANU, 31 Mei- Kolej Al-Qur'an Terengganu (KQT) terus berperanan melahirkan hamalatul (penghafaz) Al-Quran sebagai modal insan yang menjadi harapan kerajaan negeri bagi menjadi penerus kesinambungan kepimpinan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, seramai 400 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pengajian diploma dalam bidang Tahfiz al-Qur'an dan Bahasa Arab, Tahfiz Al-Qur'an dan Qiraat serta graduan Kuliyyah Al-Furqan, masing-masing adalah menjadi kebanggaan kerajaan negeri. "Kejayaan menjadi 'hamalatul Quran' pada zaman yang penuh mencabar ini bukan suatu yang mudah, Hanya insan yang nekad dan mampu memikulnya sahaja akan memperolehi nikmat dan kelebihan ini, adalah diharapkan agar kejayaan yang dicapai pada hari ini menjadi titik pencetus semangat buat para graduan untuk kelestarian hidup dan kerjaya. "Sebagai umat Islam, mempelajari ilmu ini adalah wajib dan perlu diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan jika kita bercita-cita mahu kembali mencapai tahap kegemilangan sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam pada kurun dahulu. "Kehebatan tamadun dunia sama ada yang berkembang berkurun dahulu ataupun yang wujud mutakhir ini terletak pada kehebatan bangsa dalam mengilmukan budaya dan membudayakan ilmu," ujarnya. Beliau  berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Imaratul Ilmi Ke-3 KQT, di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola KQT, Maliaman Kassim dan Ketua Eksekutif KQT. Prof Madya Dr. Mohd Safri Ali Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi merealisasikan hasrat memacu kejayaan demi kejayaan dalam bidang pendidikan terutamanya untuk mentransformasikan KQT menjadi sebuah Kolej Universiti menjelang tahun 2025. "Kampus baharu di Durian Mentangau sedang dalam proses untuk dibangunkan demi pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak jati Terengganu khususnya dan anak-anak keluarga Malaysia secara amnya untuk menimba ilmu dalam pelbagai lapangan.  "Saya akan memastikan KQT akan terus menjadi perhatian daripada pihak kerajaan kerana peranan besar yang telah dimainkan oleh institusi ini dalam meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat daripada kumpulan B40 dan M40 melalui penawaran peluang pendidikan dalam bidang yang berteraskan agama ke arah melahirkan masyarakat yang memenuhi sifat-sifat dan ciri-ciri masyarakat madani," katanya.
30 May 22
417
Terengganu Larang Papan Iklan Papar Wanita Seksi
Terengganu Larang Papan Iklan Papar Wanita Seksi
KEMAMAN, 23 Mei - Kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan di negeri ini mematuhi syariat Islam termasuk papan-papan iklan tidak dibenarkan mempamerkan wanita seksi atau tidak menutup aurat. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, apa jua papan iklan daripada mana-mana pihak bertujuan untuk mengiklankan produk, perkhidmatan dan sebagainya perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. "Perkara ini sudah lama kita buat, ia dilaksanakan menerusi jalinan kerjasama antara jawatankuasa pelancongan, dakwah dan juga menerusi portfolio saya, kami meletakkan syarat semua iklan yang ingin dipamerkan di 'billboard' di negeri ini mesti selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. "Antaranya ialah iklan wajib menutup aurat, tidak mengiklankan apa jua yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya menghormati sensitiviti masyarakat setempat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kongres Pendidikan Rakyat Terengganu (KoPeRaT) di Dewan Dato' Seri Tuan Guru, Darul Iman Training Centre (DITC), di sini hari ini. Mengulas lanjut,  Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperbanyak papan iklan yang berunsur nasihat serta mendidik orang ramai agar jelas faham dengan usaha dilakukan kerajaan negeri dalam pelaksanaan syariah di negeri ini. "Kawasan utama yang menjadi tumpuan kita seperti destinasi pelancongan, pulau-pulau dan sebagainya akan kita buat perkara ini supaya mereka menghormati akan adat, budaya dan ajaran Islam. "Kita terus memberikan nasihat dengan pelbagai cara dan inisiatif serta melakukan hebahan secara berterusan mengenai dasar dan polisi yang telah kita tetapkan dalam mendidik rakyat serta mereka yang berkunjung ke sini agar memahami Islam dengan baik dan dijadikan panduan untuk melakukan apa jua aktiviti agar negeri ini terpelihara kesejahteraan dan keharmoniannya," tambahnya lagi.
23 May 22
2180
Pemimpin Politik Perlu Bersatu Demi Masa Depan Negara
Pemimpin Politik Perlu Bersatu Demi Masa Depan Negara
MARANG, 21 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menasihatkan pemimpin parti melayu agar bersatu hati dan terus berusaha mewujudkan kerjasama  dalam berpolitik demi menyelamatkan masa hadapan negara melebihi kepentingan peribadi. Katanya walaupun UMNO beranggapan hubungan dengan PAS sudah nyawa-nyawa ikan, namun Muafakat Nasional akan terus diperjuangkan demi memastikan masa depan umat Islam di negara ini terjamin serta agama terus dipertahankan. "Apabila berpolitik kita bercakap tentang masa hadapan, sepatutnya yang sudah berusia lanjut dan lama dalam dunia politik tidak boleh ada ego dan sombong.  "Mengikut pengkaji Sains Politik sejak dari tahun 1969 mana-mana parti politik di Malaysia ini tidak boleh bergerak secara bersendirian ketika pilihan raya, mesti melalui kolaborasi, tengok apa telah jadi apabila adanya perpecahan 65 peratus orang Islam tewas kepada parti diwakili 35 peratus bukan Islam secara dominan. "Kalau terus bersikap sombong kita akan ulangi kembali apa yang telah terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ketika negara dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH)," ujarnya. Beliau yang juga Naib Presiden PAS  berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program 'Rehlah Till Jannah' . di Perkampungan Darul Barakah , di sini semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Jelas Idris, walau apa jua anggapan dikeluarkan segelintir pemimpin parti, PAS akan terus berpegang teguh kepada prinsip berteraskan Islam untuk menyatukan seluruh parti-parti Melayu Islam. "KIta tidak akan pandang kiri dan kanan, rakyat yang akan menjadi hakim dalam melihat usaha ke arah kebaikan ini bukan mana-mana pimpinan," tegasnya.
21 May 22
168
Akur Syarat Ditetapkan Arab Saudi Terhadap Jemaah Haji
Akur Syarat Ditetapkan Arab Saudi Terhadap Jemaah Haji
MARANG, 21 Mei - Malaysia akur dengan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan bakal jemaah haji tidak melepasi syarat tak dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu. Antara syaratnya ialah hanya mereka yang berusia 65 tahun ke bawah sahaja dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam, tidak mempunyai penyakit kronik, memiliki sijil vaksinasi Covid-19 dan perlu mengemukakan keputuan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menetapkan apa-apa syarat sebaliknya hanya mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh negara terbabit. "Kita kena raikan padangan mereka tentang tentang kesihatan ini mungkin untuk mengelakkan berlakunya penularan Covid-19, dan keduanya kerana cuaca di sana agak panas, mereka tentu lebih tahu mengenai keadaan di sana kerana itu kita perlu mematuhinya. "Setakat kini 1,000 jemaah telah menolak panggilan pertama disebakan masalah kesihatan dan selepas ini akan disusuli dengan panggilan seterusnya,"ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang medianya, selepas merasmikan Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampungan Darul Barakah, di sini, pada hari ini.  Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Menurut Idris, program Rehlah Till Jannah yang kali pertama diadakan itu telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan Yayasan Islam Terengganu. "Usaha berterusan ini dengan memberi mereka kefahaman agama akan mampu untuk mengembalikan mereka kepada fitrah asal,"ujarnya. Antara pengisian program dijalankan selama tiga hari dua malam melibatkan 100 pelatih Perkampungan Darul Barakah ialah memberi pendedahan berkaitan Islam dan HIV, meningkatkan kesedaran beragama dalam kehidupan seharian bagi memantapkan rohani dan spiritual serta memberikan motivasi untuk meningkatkan jati diri untuk terus berjuang menghadapai cabaran dan dugaan mendatang.  
21 May 22
289
Sakit Bukan Alasan Tinggalkan Solat
Sakit Bukan Alasan Tinggalkan Solat
KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Sempena Tahun Semarak Dakwah 2022, Kerajaan Terengganu mengadakan satu program berkaitan ruksah solat bagi memastikan setiap individu tidak meninggalkan ibadah wajib itu dengan sengaja Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata program 'Ruksah Dalam Solat Satu Jalan Keluar' dapat mengembalikan semula kesedaran masyarakat untuk kewajipan itu walaupu berdepan halangan disebabkan pandemik dan penyakit. “Kerja dakwah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menjadi umat yang baik di sisi Allah, serta mengundang rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T. “Di samping itu, kerja dakwah ini dilaksanakan untuk menyekat dan menghalang bala musibah yang berlaku dalam masyarakat kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaani di Hospital Sultanah Nor Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) Negeri Terengganu, Datin Dr Siti Hajar Daud dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah.   Mohd Nor turut gembira atas program yang dilaksanakan berikutan ia mendapat kerjasama baik  daripda semua pihak. Beliau berharap program sedemikian dapat berterusan untuk membantu menyebarkan kerja dakwah serta dapat memberi manfaat kepada semua golongan.
17 May 22
278
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, pada hari ini. Turut berangkat, Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Keberangkatan tiba Baginda berdua pada 8.12 pagi diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Yang DiPertua Dewan Undangan negeri, Dato' Yahaya Ali. Solat Sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah. Selesai menunaikan solat, Baginda berkenan menizarahi Makam Diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah sebelum berangkat pulang. Lebih bermakna tahun ini solat Sunat Aidifitri merupakan tahun pertama umat Islam kembali menunaikan solat sunat tersebut tanpa penjarakan fizikal selaras dengan negara kini telah beralih ke fasa endemik bermula 1 April yang lalu.  
02 May 22
738
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
KUALA TERENGGANU, 30 April – Kerajaan negeri melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini semalam. Yang Di Pertua DUN, Dato’ Yahaya Ali berkata, program sedemikian menggambarkan penglibatan pimpinan kerajaan negeri bersama masyarakat termasuk acara berbentuk keagamaan. “Harapan kita pemimpin bukan sekadar mampu bercakap soal pembangunan negeri serta kebajikan, bahkan turut menjadi model bagi pembangunan insan. “Program seumpama ini juga menjadi contoh kepada masyarakat Terengganu bahawa tugas mengimaahkan Ramadan adalah tanggungjawab semua pihak daripada pemimpin hingga rakyat. “Masyarakat akan memilih untuk mengikuti langkah pemimpin dengan menjadikan mereka sebagai suri teladan dalam kehidupan,” katanya. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Program itu bermula seawal jam 4 pagi dengan solat sunat tahajud dan disusuli tazkirah oleh Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron selepas solat Subuh berjemaah.  
30 Apr 22
561
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
300 Peserta Fun Ride Hidupkan Malam Terakhir Ramadan
MARANG, 28 April- 300 anak muda mengambil peluang menyertai program 'Fun Ride Sahur' bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan melakukan aktiviti beriadah sambil beramal. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bulan Ramadan bukan penghalang untuk anak muda kekal aktif melakukan aktiviti berbasikal terbabit. "Program yang diadakan ini juga memberikan penekanan kepada anak muda agar menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk melazimi solat jemaah di masjid serta surau dan menghidupkan malam terakhir di bulan ini untuk memperbanyakkan amalan seperti berzikir, solat tahajud dan membaca al-Quran. "Juga melalui bulan yang mulia ini kita mengambil semangat peperangan badar mencontohi golongan terdahulu untuk sentiasa bersemangat dalam perjuangan bagi menegakkan syiar Islam dan menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh masyarakat bahawa Islam tidak melarang untuk umatnya melakukan apa jua aktiviti dan kegiatan yang mendatangkan faedah untuk dilakukan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program 'Fun Ride' Sahur Marang 2022, di Dewan Terbuka Sena Rendang, Bukit Payung, di sini, pada hari ini. Turut serta, Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, yang Dipertua Majlis Daerah Marang Merangkap Pemangku Pegawai daerah, Haji Zuwislan Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Pada program terbabit, para peserta melakukan kayuhan sejauh 15 Kilometer (KM) dengan menjadikan Masjid Rusila, Masjid Kubang Ikan sebagai tempat persinggahan untuk acara menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf yang layak membabitkan DUN Rhu Rendang, Batu Burok dan Bukit Payong. Di mana ia telah bermula dari pejabat daerah pada jam 10 malam dan berahir di Dewan Terbuka Sena Rendang pada jam 12 malam. Pada program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong dengan kerjasama Pejabat daerah itu juga, turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah TV 40 inci serta dua buah basikal.    
28 Apr 22
1240
World #Quranhour :Surah Al-Sajdah Jadi Pilihan Untuk Dibaca, Diperhalusi Dan Difahami
World #Quranhour :Surah Al-Sajdah Jadi Pilihan Untuk Dibaca, Diperhalusi Dan Difahami
KUALA TERENGGANU, 26 April- Surah Al-Sajdah pada kali ini telah dipilih untuk dibaca, diperhalusi serta difahami pada sambutan World #QuranHour 2022. Sehubungan dengan itu, empat lokasi telah dijadikan hotspot utama  melibatkan Masjid Abidin, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman. Ketua Pegawai Eksekutif Masjid Abidin, Dato' Dr. Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al-Zawawi berkata, pemilihan surah Al-Sajdah sangat relevan dijadikan pilihan kerana mengandungi pengertian yang cukup baik selain dijadikan pilihan imam setiap kali solat subuh berjemaah pada Jumaat. "Hari ini surah itu akan dibaca serentak di seluruh Malaysia tepat pada jam 12 tengahari, semoga ini menjadi titik permulaan untuk seluruh rakyat untuk mendekati al-Qur'an dan mengamalkannya dalam kehidupan, bukan hanya sekadar dibaca tetapi difahami dengan sebaik-baiknya. "Bacaan surah yang mengandungi 30 ayat ini akan dibimbing oleh Imam Khas Masjid Abidin, Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari dan ditadabur oleh Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Terengganu, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah Tuan Guru Haji Husain,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, pada program berkenaan, di Masjid Abidin, di sini, pada hari ini. Pada program tersebut turut diiringi doa khas kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Mizan, sempena hari keputeraan baginda ke-60. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed. Menurut Dr. Syed Mohammad Salleh, generasi  kini perlu menekuni dan memahami al-Qur'an untuk dijadikan panduan hidup bagi memastikan wujudnya perpaduan dalam negara yang menjadi tunjang kepada kekuatan masyarat Islam di negara ini. "Dimana umat hari ini jika diperhatikan mengaku beriman tetapi tidak mengenali jiran, sedangkan al-Quran mengajar kita agar berbuat baik kepada mereka dan seluruh anggota masyarakat. "Impak serta kesan yang baik pasti akan dapat dirasa jika al-Qur'an itu didalami dengan sebaiknya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian,"ujarnya lagi. Beliau juga berharap agar kempen mengajak umat Islam berinterkasi dengan al-Qur'an itu dapat diteruskan pada setiap tahun dan disambut baik seluruh rakyat kerana ia merupakan pentas terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan kitab suci tersebut.
26 Apr 22
422
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
KUALA TERENGGANU,19 April - Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan kesyukuran program berkenaan dapat dilaksanakan sewaktu peralihan fasa ke endemik yang memberi kelonggaran buat umat Islam melaksanakan tanggungjawab beribadat di bulan Ramadan ini. "Sebagaimana kita tahu bahawa bahawa al-Quran merupakan kitab yang mengandungi pelbagai mukjizat yang tidak pernah berakhir. "Ia diibaratkan sebagai sumber mata air yang tidak pernah habis dan samudera yang tidak pernah surut. "Nuzul Al-Quran menjadi perakuan akan kerasulan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membawa misi Islam yang penting kepada umat manusia untuk mentauhidkan serta mengabdikan diri kepada Allah SWT," katanya. Dr. Ahmad Samsuri bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk pegawai-pegawai kerajaan memulakan majlis dengan solat Isyak dan solat tarawikh secara berjemaah. Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man kini kembali beroperasi seperti biasa sejak awal Ramadan lalu setelah proses kerja-kerja baik pulih selesai berikutan tergendala sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
19 Apr 22
300