lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

Pimpinan Terengganu Cemerlang Martabatkan Islam
Pimpinan Terengganu Cemerlang Martabatkan Islam
KUALA TERENGGANU, 5 Januari – Pimpinan kerajaan Terengganu sekarang cemerlang dalam memartabatkan Islam dalam pemerintahan. Penolong Kanan Pesuruhjaya, (Akidah, Syariah dan Tamadun Islam) Bahagian Penyelidikan, JHEAT, Ahmad Azhar Harun@Musa berkata pelbagai pendekatan diambil Kerajaan Terengganu dalam memperkukuhkan lagi penghayatan agama Islam dalam kalangan rakyat sehingga hari ini. Katanya, melihat kepada sejarah iaitu Terengganu merupakan antara negeri-negeri Melayu terawal yang menerima Islam di Malaysia sekitar abad ke-13 bahkan lebih awal lagi. “Pandangan ini dikukuhkan lagi dengan kewujudan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang. “Batu bersurat ini jika dilihat pada isi kandungannya jelas memberitahu bahawa menandakan pengisytiharan undang-undang Islam di negeri ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman bertempat di Tingkat 2, Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini semalam. Tambah Ahmad Azhar, Terengganu juga merupakan negeri pertama yang menguatkuasakan undang-undang syariah secara bertulis. Jelasnya lagi, sejak dari dulu juga, negeri ini telah mengamalkan amalan kehidupan bersyariat melalui penguatkuasaan undang-undang tersebut. Di samping, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membantu dalam mentadbir urus serta mengendalikan hal-hal berkaitan keagamaan. Sementara itu, beberapa ulama besar juga telah memimpin dan membimbing Terengganu sejak daripada awal pemerintahan lagi.  
05 Jan 23
451
Belia Puji Kerajaan Negeri Pelbagaikan Program Keagamaan
Belia Puji Kerajaan Negeri Pelbagaikan Program Keagamaan
KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Program keagamaan yang diadakan sepanjang tahun 2022 di negeri ini telah berjaya membentuk diri anak muda ke arah kebaikan. Asyraff Najhan Azman, 19, berpendapat bahawa golongan muda dilihat sebagai representasi utama bagi membentuk individu untuk mencintai majlis ilmu. Katanya, program Terengganu Bermunajat pada malam ini kebanyakannya dihadiri oleh golongan muda. “Program sebegini amat penting untuk diadakan bagi membersihkan diri dalam persiapan untuk Menghadapi tahun hadapan,” jelasnya. Dia berkata demikian selepas Program Terengganu Bermunajat bertempat di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini semalam. Sementara itu, Muhammad Ariffuddin Muhammad Fauzi, 20, turut berpandangan bahawa sambutan tahun baru ini amat bertepatan dengan slogan ‘Terengganu Maju Berkat Sejahtera’ dengan mengadakan program bermunajat. Dia berkata, pimpinan kerajaan sekarang amat menitikberatkan program keagamaan seperti ini. “Ianya amat baik untuk generasi sekarang supaya dididik untuk mencintai ilmu. “Harapan saya agar kerajaan Terengganu meneruskan lagi program sebegini agar dapat membentuk diri orang muda melakukan kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.  
01 Jan 23
642
Dakwah Jalanan Pilihan Belia Manfaat Cuti
Dakwah Jalanan Pilihan Belia Manfaat Cuti
KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Sebahagian belia di negeri ini memanfaatkan malam hujung minggu untuk menjalankan aktiviti dakwah jalanan bagi memenuhi masa lapang. Pengarah Operasi Skuad Amar Makruf Kuala Terengganu, Ahmad Asyraf Mohd berkata, aktiviti tersebut dijalankan bagi membantu penguatkuasa pencegahan jenayah syariah mengawal pelanggaran sosial di lokasi-lokasi tumpuan.  "Kita sekadar membantu untuk mewujudkan suasana, serta menghidupkan rasa ambil cakna dalam diri. "Kita juga mahu menyeru anak-anak muda untuk sama-sama menjalankan aktiviti dakwah, disamping boleh membantu jabatan agama mewujudkan negeri maju berkat sejahtera," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas pelaksanaan program di Pantai Batu Buruk, semalam. Dalam program berkenaan, skuad Amar Makruf Kuala Terengganu menjalankan aktiviti dakwah di sepanjang pantai sambil mengedarkan risalah kesedaran terhadap masalah zina yang berleluasa. Tambahnya, pelanggaran sosial banyak terjadi dan sering meningkatkan terutama di hari-hari perayaan atau sambutan tertentu. "Mewakili skuad amar makruf, kami menyeru rakyat Terengganu mengambil iktibar dari ujian yang ditimpakan kepada kita baru-baru ini iaitu banjir untuk menginsafi bahawa kehidupan ini dikawal oleh Allah SWT," katanya.            
31 Dec 22
192
Ulama Malaysia Perlu Bersatu Hati
Ulama Malaysia Perlu Bersatu Hati
KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Kerajaan Terengganu menggesa ulama dan ahli agama di Malaysia bersatu hati serta menggembleng tenaga dalam mempertahankan jati diri umat Islam pada hari ini mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA). Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, setiap ijtihad bagi menentukan fatwa mestilah disepakati oleh semua ulama tanpa ada kepentingan. Katanya, ia bagi memastikan anggota masyarakat tidak terkeliru sekali gus mengelakkan berlakunya perbalahan serta perpecahan. "Hari ini ramai yang mendakwa dirinya sebagai seorang ulama dengan mengeluarkan ijtihad namun sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian kerana tidak cukup syarat, malah ada yang mengisytiharkan kepada orang ramai. "Hasilnya ijtihad yang dikeluarkan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dengan memberikan gambaran buruk terhadap kedudukan ulama di Malaysia,"katanya. Beliau berkata demikian, ketika merasmikan program Multaqa Ulama Nusantara Negeri Terengganu, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, semalam. Mengulas lanjut katanya, usaha memartbatkan akidah ASWAJA di Malaysia merupakan agenda penting bagi memastikan kelangsungan kemajuan umat Islam. "Kesatuan akidah akan menentukan keseragaman langkah umat Islam menuju kejayaan. "Dalam hal ini, pengembelingan usaha perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung," ujarnya lagi.  
04 Dec 22
481
Multaqa Ulama Nusantara Mekanisme Perkukuh Kefahaman Rakyat
Multaqa Ulama Nusantara Mekanisme Perkukuh Kefahaman Rakyat
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Multaqa Ulama Nusantara yang kembali diadakan buat kali kedua pada Ahad ini akan menjadi meknisme untuk memperkukuhkan kefahaman dan menyatukan pemikiran rakyat di negeri ini. Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, program berkenaan akan disajikan dengan pengisian dari mufti yang dijemput khas dari Perak, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan juga Timbalan Mufti Negeri Sembilan. Selain turut mengundang, Ahli Majlis Agama Islam Pattani, Ketua Istinbat Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam dan kemuncak acara akan diserikan dengan Bicara Ummah Ulama Nusantara oleh Pensyarah Agama Islam Universiti Indraprasta PGRI, Jakarta serta Penceramah Indonesia, Dr. Das'ad Latif. "Multaqa pada kali ini lebih memfokuskan kepada persoalan-persoalan berkaitan akidah, cabarannya dan pelbagai masalah-masalah yang ada pada masa kini, jadi kita cuba mewujudkan suatu perbincangan yang meluas daripada cendekiawan ini. "Ingin mewujudkan kerjasama dengan seluruh masyarakat supaya dapat maklumat yang tepat mengenai isu yang dibincangkan dan dapat disampaikan kepada semua pihak ataupun seluruh khalayak, maklumlah pada masa sekarang dengan pelbagai isu yang ada dengan adanya ajaran sesat sehingga ada yang mengaku sebagai Imam Mahdi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika bersiara langsung di TV Darul Imam memperomosikan program berkenaan, hari ini. Mengulas lanjut katanya, program berkenaan membuka seluas-luasnya kepada seluruh umat Islam juga terbuka kepada golongan bukan Islam. "Ramai golongan 'non muslim' juga sebenarnya berminat untuk mendalami Islam cuma hidayahnya belum sampai. "Secara umumnya penganjuran program adalah secara terbuka, juga yang disenaraikan akan hadir antanta seluruh pegawai, kakitan jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan juga akan turut serta badan kehakiman syariah dari luar negeri negeri Terengganu. "Warga-warga pendidik, guru-guru pondok, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar sekolah, dan sudah tentu kepada seluruh masyarakat awam mereka bebas untuk datang bersama-sama melihat untuk menangani pelbagai isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat hari ini dan diselesaikan secara tuntas,"ujarnya lagi.
01 Dec 22
399
AMCARE Tawar Pakej Umrah Murah, Mudah , Selamat
AMCARE Tawar Pakej Umrah Murah, Mudah , Selamat
KUALA TERENGGANU, 26 November -  AMCARE Agency yang merupakan ejen zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini berkolaborasi dengan anak syarikat AirAsia X iaitu IKHLAS Umrah bagi  pakej umrah yang murah, mudah dan selamat untuk rakyat negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif AMCARE, Dato' Muhammad Zahari Harun berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu bertujuan untuk membantu rakyat Terengganu seramai mungkin agar dapat mengerjakan ibadat berkenaan dengan harga serendah RM5,990 ribu. "Kita yakin pakej yang diperkenalkan ini akan mendapat sambutan baik, kerana selepas daripada Covid-19 kita menerima pendaftaran sangat mengalakkan daripada orang ramai dengan bilangan yang cukup besar dan diluar jangka. "Pakej yang ditawarkan mempunyai banyak keistimewaan antaranya menyediakan pakej penginapan bertaraf lima bintang di Hotel Anjum yang baru siap dibina dan berhubung terus dengan laluan ke gerbang Raja Abdullah yang baru serta mempunyai laluan khas ke Masjidil haram. "Selain menawarkan pilihan menu asia dan antarabangsa, terdapat juga pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, dobi layan diri dan kedai kopi, termasuk Ketua Mutawif yang cukup berpengalaman iaitu Pencetus Ummah (PU) Azihal bangsawan bersama kumpulan mutawif yang bertauliah dan berpengalaman,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Khusus Umrah Perdana dan Bantuan Zakat Ikhlas dengan Kerjasama AMCARE, di Dewa Majis Al Muktafi Billah Shah Ladang (Masjid Ladang), di sini hari ini. Majlis berkenaan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail. Menurut Zahari, rakyat Terengganu yang menyertai pakej umrah yang ditawarkan oleh pihaknya itu tidak perlu risau dan bimbang berlaku penangguhan tarikh ataupun tidak akan timbul masalah keciciran. "Kerana tarikh yang diberikan merupakan tarikh yang akan ada penerbangan, dan tidak akan timbul isu 'flight delay' dan dari sudut penginapan pihak kita telah menjalinkan perjanjian dengan pemilik hotel Mekah untuk disewa bagi jangka masa yang panjang,"katanya. Mengenai kursus umrah perdana yang diadakan pada hari ini, menurutnya ia membabitkan 250 hingga 300 peserta yang diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengerjakan umrah dimana kesemua mereka itu merupakan kumpulan pertama yang akan menikmati pakej yang disediakan itu. "Pada hari ini juga kita telah menyantuni dan mengagihkan sumbangan kepada 100 asnaf Maidan berupa beras dan barang lain kepada mereka dan turut dijemput untuk bersama dalam majlis ini,"ujarnya.
26 Nov 22
1007
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
KUALA TERENGGANU,30 Oktober - Syarikat korporat dan perniagaan di negeri ini diingatkan agar menunaikan zakat melalui Majlis Agama dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu. Yang Dipertua MAIDAM Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia bagi membolehkan jumlah kutipan tersebut diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan. Katanya, kebanyakan pemilik syarikat terbabit tidak menyerahkan zakat terus kepada agensi kerajaan negeri itu sebaliknya menyalurkan sendiri bantuan tersebut menerusi Program Tanggungjawab Sosial (CSR). "Kita sedang berurusan dengan syarikat-syarikat yang belum lagi mengeluarkan zakatnya, dan untuk makluman pendapatan zakat tertinggi selama ini adalah daripada zakat gaji ataupun zakat pendapatan individu dengan perolehan sebanyak RM75 juta manakala perniagaan RM35 juta. "Bagi saya pegawai kerajaan ataupun beberapa individu sedar mengenai zakat, cuma ahli perniagaan saya melihat secara 'random' tidak mengeluarkan zakat kerana telah dibahagikan secara sendiri di kampung-kampung dengan niat itu zakatnya, apa yang saya maksudkan di sini tidak sampai kepada MAIDAM. "Tetapi bagi kita kalau ikut fatwa Mufti Terengganu, jika tidak dikeluarkan kepada amil ia tidak dipanggil sebagai zakat, kerana kita (MAIDAM) akan uruskan harta zakat itu supaya sampai kepada golongan yang berhak,"katanya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas menerima penyerahan wang zakat perniagaan di Duyong Marina & Resort berjumlah RM42, 159.65 kepada MAIDAM, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, katanya, jumlah kutipan zakat di Terengganu setakat ini RM157 juta dan menyasarkan untuk mencapai RM240 juta sebelum berakhir tahun ini. "Insya-Allah mudah-mudahan kita dapat mencapai target peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lepas dan berhasrat hendak membelanjakan dengan sepenuhnya, alhamdulillah pada tahun ini kita telah membelanjakan RM162 juta,"ujarnya. Katanya dengan agihan tepat kepada MAIDAM bantuan akan dapat diagihkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan berdasarkan data yang dimiliki. "Mengikut data jumlah mereka (asnaf) yang melebihi usia 40 tahun adalah seramai 2,000 orang, mereka mendapat bantuan kewangan bulanan manakala yang miskin daripada golongan muda tidak diberikan bantuan kewangan bulanan sebaliknya diberikan bantuan galakan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. "Dengan diberikan alatan seperti mesin pemotong rumput, atau yang minat berniaga diberikan gerai menjalankan perniagaan,"katanya.
30 Oct 22
287
'Pengkid' Jadi Kesalahan di Terengganu
'Pengkid' Jadi Kesalahan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Pindaan terbaharu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu akan mewujudkan seksyen baharu iaitu perempuan berlagak lelaki adalah menjadi satu kesalahan di negeri ini. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, peruntukkan sedia ada hanya memperuntukkan kesalahan bagi lelaki berlagak perempuan sahaja. "Insya-Allah draf penambahbaikan telah disiapkan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri. "Beberapa enakmen telah dikaji, insya-Allah dalam bulan November akan dibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibahas serta diluluskan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Forum Enakmen-Enakmen Syariah Terengganu 2001-Cadangan Penambahbaikan dan Pemerkasaan Enakmen, di Hotel Primula, semalam. Selain itu menurutnya, antara seksyen baharu yang akan dicadangkan di samping 21 pindaan hukuman sedia ada bagi menambah baik hukuman ialah membabitkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, dan persediaan melakukan liwat. Tegasnya, antara beberapa enakmen yang telah dibuat penambahbaikan dan telah dikaji antaranya ialah memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan. "Terdapat penambahan untuk beberapa hukuman dengan dibuat hukuman alternatif untuk peruntukan sedia ada dan telah dipinda antaranya daripada terus ditahan ke penjara diberi kuasa kepada hakim untuk membuat alternatif lain seperti dihantar ke pusat jagaan yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)," ujarnya. Jelasnya kali terakhir enakmen itu digubal pada 20 tahun lalu dan kali terakhir pindaannya adalah pada tahun 2016 dengan hanya melibatkan lima seksyen sahaja. "Kerana itu Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah berpandangan langkah penambahbaikan itu adalah wajar rentetan pola perkembangan kes-kes jenayah di Mahkmah Syariah semakin meningkat saban tahun dan dikatakan semakin kompleks. "Dengan adanya pindaan  ini akan memperkukuhkan lagi perundahan syariah di negeri Terengganu dan cadangan pindaan berdasarkan takzir 2001 pindaan 2006 masih lagi dalam ruang lingkup bidang kuasa yang diberikan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Syariah) 1965 iaitu Akta 355," ujarnya lagi.  
25 Oct 22
1967
SK Kompleks Seberang Takir Berarak Hayati Maulidur Rasul
SK Kompleks Seberang Takir Berarak Hayati Maulidur Rasul
KUALA NERUS, 19 Oktober - Lebih 800 pelajar termasuk guru Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir (STARS) menyertai perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di sini hari ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Zaharah Mohammad berkata, kesemua mereka terlibat dalam perarakan yang bermula di sekolah dan berakhir di lokasi sama dengan anggaran jarak dua kilometer. "Selain berarak, tentatifnya ada pertandingan mewarna. Dan jika cuaca yang baik, kita buat ceramah. Ni merupakan acara tahunan sebenarnya tetapi 2 tahun sudah kita tidak meneruskannya akibat PKP baru-baru ini lah. "Terima kasih kepada ibu-bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada kami termasuk PIBG sekolah yang sentiasa bersama-sama dalam perlaksanaan program," ujarnya. "Harapan saya semoga jalinan antara sekolah dan komuniti di Seberang Takir ni semakin erat dan terima kasih atas sokongan semua pihak," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil wahab dalam ucapan perasmian berkata, ketibaan Maulidur Rasul SAW saban tahun menjadi detik bermakna kepada seluruh umat Islam untuk memperingati nikmat terbesar pengutusan Nabi Muhammad SAW iaitu penyebaran risalah Islam. "Bagi menzahirkan kesyukuran atas pengutusan Nabi Muhammad SAW, kita sedaya upaya bertanggungjawab mempertahankan syiar agama, memelihara akidah dan iman, mempamerkan serta mengamalkan akhlak terpuji seperti yang ditunjukkan oleh nabi sepanjang hayat baginda dalam kehidupan seharian, buat la apa-apa program bagi menunjukkan kecintaan kita terhadap baginda," ujarnya lagi Perarakan diiringi laungan selawat ke atas nabi junjungan SAW yang dipimpin oleh guru-guru menerusi unit bergerak Turut bersama, beberapa pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
19 Oct 22
816
Pembudayaan Kehidupan Bersyariat Angkat Identiti Sebenar Terengganu
Pembudayaan Kehidupan Bersyariat Angkat Identiti Sebenar Terengganu
KUALA NERUS, 8 Oktober- Program Pembudayaan Kehidupan Bersyariat yang dilaksanakan Terengganu merupakan satu kesinambungan usaha kerajaan negeri untuk merealisasikan negeri itu sebagai sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, membudayakan kembali kehidupan bersyariat merupakan satu jati diri dan identiti kepada kerajaan negeri Terengganu dan seluruh rakyatnya. “Negeri Terengganu kita terkenal dengan negeri yang mengamalkan kehidupan bersyariat sejak sekian lama.  “Ini dibuktikan daripada catatan sejarah yang semua kita sedia maklum dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang yang bertarikh pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi.  “Peraturan dan undang-undang berasaskan syariat yang terukir pada batu tersebut menggambarkan bahawa rakyat Terengganu telah pun hidup secara bersyariat Islam sejak lebih dari 700 tahun yang lalu,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dataran Masjid Seberang Takir, kelmarin. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Dato’ Satiful Bahari bin Mamat dan ADUN Seberang Takir, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Tambahnya, untuk mencapai sebuah negeri yang berkat maka seluruh komponen yang ada dalam negeri iaitu kerajaan, pentadbiran, jentera-jentera, agensi-agensi dan seluruh rakyat mestilah membudayakan syariat Allah SWT. “Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan berkat-Nya kepada kita semua dan kekuatan pada kita semua dalam usaha berterusan kita untuk memperjuangkan syariat Allah. “Bukan sahaja di bumi Terengganu kita yang tercinta ini, bukan sahaja untuk negara yang kita kasihi ini, bahkan ke serata dunia. Insya-Allah,” katanya.  
08 Oct 22
407