Artikel "Agama" Terkini
Perjuangan Didik Masyarakat Hayati Ramadan
KUALA NERUS, 25Â Mac - Madinah Ramadan bertemakan bulan perjuangan dan jihad pada kali ini merupakan usaha kerajaan negeri mendidik masyarakat agar beriltizam mengamalkan ajaran Islam secara syumul.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perjuangan dan jihad sangat sinonim dengan bulan ini kerana ia mengandungi hikmah dan banyak peristiwa besar berlaku.
"Seperti Perang Badar Al-Qubra, pembukaan bumi Sepanyol dan pembukaan Balkan di kerajaaan uthmaniyyah, terdapat juga kemenangan tentera Islam Mesir ke atas zionis Israel pada tahun 1973, dan juga pembukaan satu Bukit Banjaluka di Bosnia oleh Umat Islam daripada tangan Serbia.
"Tujuan kita mengetengahkan slogan ini yang pertamanya kita mahu membangkitkan semangat juang dan jihad dalam diri rakyat Terengganu khususnya apabila kita sedang menyaksikan bagaimana jihad saudara kita di bumi Palestin, di Gaza," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Madinah Ramadan.
Mengulas lebih lanjut, Muhammad Khalil berkata berada di lokasi yang jauh bukan menjadi halangan untuk menyemaikan semangat dalam diri bagi sentiasa bersama dengan pejuang Islam di Palestin.
"Walaupun kita berada jauh tetapi kita adalah satu umat, perjuangan mereka adalah perjuangan kita, kesusahan mereka adalah kesusahan kita bersama.
"Kita mahu menegaskan di sini bahawa walaupun kita berada jauh dengan saudara kita di sana tetapi niat jihad di dalam diri kita bersama-sama dengan mereka," ujarnya.
Tegasnya Ramadan adalah bulan kemenangan kepada Islam di mana ia telah dibuktikan melalui kemenangan yang dicapai oleh generasi awal Islam.
"slogan ini ataupun tema ini juga diangkat bagi menangkis serangan dan tohmahan musuh Islam yang melabel Islam sebagai agama ganas khususnya apabila dikaitkan dengan jihad dan perjuangan.
"Mereka begitu takut dengan perkataan jihad sehingga mereka tekan umat Islam jangan belajar ayat al-Quran tentang jihad, jangan belajar sejarah Islam tentang jihad.
"Sedangkan Islam mewajibkan kepada umatnya untuk berjihad, ia merupakan satu amalan yang sangat mulia konsepnya sangat luas bukan sahaja mengangkat senjata tetapi perjuangan untuk menegakkan agama Allah dengan pelbagai cara melalui kata-kata, penulisan, harta benda, sokongan moral dan lain-lain," ujarnya.
Â
25 Mar 24
103
Soopa Doopa Tarikan Baharu Madinah Ramadan
KUALA NERUS, 23 Mac - Ruangan 'Soopa Doopa' menjadi tarikan baharu di Madinah Ramadan pada tahun ini bagi menempatkan anak-anak untuk bermain sekali gus memberi keselesaan ibu bapa untuk bertarawih di sana.
Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Mohd Zulkhairi Ngah berkata, ia disediakan di satu sudut yang selamat.
"Jadi tidak ada halangan untuk ibu bapa membawa anak-anak ke Masjid Tok Jembal ini dengan menempatkan mereka di ruang bermain yang disediakan ini sebagai alternatif bagi mereka yang ingin melaksanakan solat tarawih.
"Tujuannya adalah untuk menggalak dan mempelbagaikan lagi fungsi masjid dalam memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan rumah Allah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Madinah Ramadan, di sini kelmarin.
Dalam pada itu mengenai lokasi baharu Madinah Ramadan itu, Zulkhairi berkata ia merupakan satu usaha kerajaan untuk melakukan perubahan serta mengubah suasana.
"Madinah Ramadan dilaksanakan pada tahun ini berbeza berbanding pelaksanaan penganjuran siri-siri yang lalu diadakan di Dataran Baru Burok dan Dataran Jambatan Angkat.
"Pada tahun ini kita beralih dengan mengubah suasana dengan diadakan di masjid dan Masjid Tok Jembal dipilih sebagai tempat dan lokasi induk dalam pelaksanaan Madinah Ramadan bagi tahun 2024.
"Bermatlamat bagi mewujudkan satu suasana kemesraan yang lebih erat lagi antara masyarakat dengan masjid," ujarnya.
23 Mar 24
206
Kerajaan Terengganu Ajak Rakyat Beriktikaf
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kerajaan negeri mengajak rakyat negeri ini memperhebatkan amalan di 10 malam terakhir dengan beriktikaf di Masjid Baru, Tok Jembal yang dijadikan lokasi baharu Madinah Ramadan pada tahun ini.
Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Zulkhairi Ngah berkata, objektif kerajaan negeri adalah bagi mendidik masyarakat agar selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi mencapai negeri maju berkat dan sejahtera.
"Sedikit kelainan pada tahun ini ada penambahan aktiviti (dimana) kita menganjurkan program iktikaf pada 10 akhir Ramadan di Masjid induk (Madinah Ramadan) dan juga di masjid dalam daerah.
"Kita cuba membawa satu proses mendidik dan mengalakkan rakyat dan masyarakat negeri Terengganu ini dalam kita memenuhi aspirasi kerajaan negeri Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Madinah Ramadan di sini, kelmarinÂ
Majlis perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mengulas lebih lanjut Zulkhairi berkata, melalui slogan Indahnya Hidup Bersyariat, ia memberikan gambaran serius kerajaan negeri mahu memastikan rakyat merasai kehidupan mengikut panduan agama.
"Apabila kita menyemarakkan aktiviti-aktiviti agama (termasuk berpuasa dan melakukan segala amal ibadat) itu merupakan proses dalam meletakkan satu semarak penghayatan terhadap 'Indahnya Hidup Bersyariat'.
"Mudah-mudahan dengan apa yang telah berlangsung ini akan membawa kepada satu perjalanan membentuk rakyat negeri Terengganu menuju kepada dan menjiwai dalam diri sebagai rakyat Darul Iman, negeri yang beriman insya-Allah," katanya.
Â
Â
23 Mar 24
1869
Dakwah : Kerajaan Terengganu dan Jemaah Tabligh Gerak Seiring
KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan Terengganu bersama Jemaah Tabligh negeri itu akan bekerjasama dan bergerak seiring bagi mengatur gerak kerja dakwah menemui masyarakat di seluruh negeri Terengganu tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan negeri akan mengatur program dakwah itu sebagai tanggungjawab setiap individu muslim menyampaikan dakwah kepada rakyat negeri itu.Â
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat menemui Ketua (Amir) jemaah tersebut, Ramli Haji Muda di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk di sini hari ini.
Turut serta Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Zulkhairi Ngah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Mohd Harun Isa.
Dr Muhammad Khalil berkata madrasah tahfiz al-Quran tersebut antara institusi tahfiz pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1982.
Terdahulu ketika berucap di hadapan kira-kira 200 pelajar madrasah tersebut, beliau menjelaskan antara KPI sasaran portfolio kerajaan yang beliau pegang ialah mengadakan kerjasama dengan semua pemegang taruh dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam di negeri Terengganu.
Ini kerana katanya kerja dakwah adalah kerja berterusan (tiada rehat) dan merupakan tanggungjawab semua orang.
"Ada orang anggap kerja dakwah adalah kerja para tok guru dan ustaz sahaja tetapi sebenarnya tidak begitu.
"Kerja dakwah ini kerja kita semua tidak kira siapa, selagi mana kita orang Islam, wajib menyampaikan dakwah Islam kepada umat di luar sana sebagaimana perintah Nabi 'sampaikan dariku walaupun satu ayat'," ujarnya.
Justeru katanya umat Islam perlu berganding bahu untuk memelihara agama Islam sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Â
Â
Â
20 Mar 24
5861
Tiada Aktiviti Mencurigakan Babitkan Ajaran Ayah Pin
BESUT, 18 Mac - Isu 'ajaran Ayah Pin' yang dikatakan aktif semula sebagaimana dakwaan segelintir pihak di media sosial sedang diambil perhatian oleh pihak berkuasa.Â
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau telah bertemu pihak berautoriti di kawasan kegiatan Ayah Pin untuk mendapatkan kepastian.
"Saya bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Besut, Pejabat Agama Daerah Besut dan termasuk Pejabat Daerah Besut, bagi menyiasat isu ini.
"Alhamdulillah hasil daripada pertemuan tersebut saya boleh rumuskan secara fizikalnya tidak ada di sana aktiviti-aktiviti yang mencurigakan cuma lebih kepada khabar angin.Â
"Tidak ada laporan secara jelas wujudnya aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana yang dilakukan oleh pengikut-pengikut Ayah Pin satu ketika dulu," ujarnya.Â
Beliau yang juga ADUN Batu Buruk berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan tersebut di 'Perkampungan Ayah Pin', Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini semalam.
Namun begitu katanya, pemantauan akan terus dilakukan bagi membendung ajaran terbabit.
"Kita perlu menyedari bahawa bagi kita pihak berkuasa, kita hanya mengukur secara fizikal apa yang dapat dilihat. Apa yang dalam fikiran kita tidak tahu, kita hanya ukur secara zahir
"Usaha-usaha untuk memberikan kesedaran, pendidikan, bimbingan kepada mereka ini hendaklah dilakukan secara berterusan," katanya.
Beliau turut berpesan kepada seluruh umat Islam sama ada di Terengganu ataupun luar negeri itu supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti mencurigakan dan boleh menyebabkan terpesong daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Katanya, sebagaimana maklum 'ajaran Ayah Pin" adalah satu ajaran yang diklasifikasikan sebagai sesat dan bercanggah dengan akidah Islam.
"Jadi saya harap supaya seluruh umat Islam perlu berwaspada dan kita hendaklah sentiasa mendampingi majlis-majlis, kuliah-kuliah, program-program agama untuk memupuk akidah Islam dan kefahaman Islam dalam diri kita,Â
"Dan menyelamatkan kita daripada fahaman-fahaman dan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan Islam," jelasnya lagi.
19 Mar 24
292
Madinah Ramadan Sedia Juadah Berbuka Percuma, Ringankan Beban Golongan B40
KUALA NERUS, 18 Mac - Madinah Ramadan di Masjid Baru Tok Jembal di sini, mampu menjimatkan perbelanjaan iftar bagi penduduk dan pelajar universiti sekitar.
Pengerusi masjid itu, Hafizatul Najmi Pizat berkata sejak dibuka Selasa lalu ramai dari kalangan pelajar termasuk dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) berhampiran berkunjung ke masjid itu untuk mendapatkan Iftar percuma yang disediakan pihak masjid setiap hari.
Katanya pada hari biasa pihak masjid menyediakan pelbagai juadah berbuka untuk 500 hingga 1,000 pengunjung. Â
"Hari Khamis ini, pihak masjid menyediakan peruntukan RM30 ribu bagi juadah berbuka untuk 2,000 pengunjung yang akan mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus sempena madinah ramadan di masjid itu.
"Dari jumlah itu kira-kira 700 kakitangan kerajaan akan hadir di perkarangan masjid untuk berbuka puasa bersama Ustaz Azhar pada hari Khamis ini," katanya ketika ditemui selepas majlis iftar di masjid berkenaan di masjid itu di sini hari ini.
Sementara itu tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) mendapati pengunjung menyambut baik aktiviti Madinah Ramadan itu sambil menyifatkannya yang terbaik bagi bulan Ramadan tahun ini di masjid berkenaan.
Salah seorang penduduk Tok Jembal. Khalid Jusoh, 58, berkata pengunjung masjid itu bertambah lebih dari biasa untuk iftar, solat terawih dan mengikuti kuliah Ramadan di masjid tersebut.
"Madinah Ramadan adalah program terbaik sempena Ramadan di masjid ini dengan kehadiran ahli qaryah bertambah dari sebelum ini," ujarnya.
Seorang pelajar dari UniSZA, Siti NurSabreena Wahab, 23, berkata iftra percuma meringankan beban  golongan B40 dan pelajar universiti berdekatan di samping mereka dapat bersolat terawih dan mendengar kuliah Ramadan di masjid tersebut.
Bagi Ahmad Ibrahim Md Tahir, 22, juga dari UniSZA berkata pelajar universiti dapat berbuka puasa seperti biasa dengan berkunjung di Madinah Ramadan walaupun mempunyai masalah kewangan.
"Dengan adanya Madinah Ramadan, pelajar universiti seperti saya dapat berbuka puasa seperti biasa walaupun duit PTPTN belum masuk dalam akaun bank saya," jelasnya.
Justeru itu beliau bagi pihak pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana meneruskan program Madinah Ramadan walaupun menghadapi kekangan kewangan.
18 Mar 24
308
Madinah Ramadan Sedia Pusat Penjagaan Kanak-Kanak
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Ibu bapa yang mahu untuk menunaikan solat tarawih di Madinah Ramadan tidak perlu bimbang untuk membawa anak-anak ruangan khas penjagaan kanak-kanak disediakan kerajaan negeri.
Pengarah Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Mohd Zulkhairi Ngah berkata, inisiatif itu bagi memastikan ibu bapa dapat menunaikan solat sunat tersebut dengan tenang dan selesa tanpa merasa bimbang mengenai keselamatan anak-anak.
"Kita juga menyediakan petugas (sukarelawan)Â untuk menyelia dan mengawal kanak-kanak bagi membolehkan ibu bapa yang memiliki anak-anak yang masih kecil berpeluang untuk beribadat.
"Ini antara pendekatan yang kita ambil bagi meningkatkan fungsi masjid  dan memastikan masyarakat mesra dan mengimarahkannya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual di konti Manis FM, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, Ustaz Mohd Zulkhairi berkata apa yang akan menjadikan Madinah Ramadan pada kali ini lebih menarik adalah pihak penganjur dan pihak Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus ialah turut menyediakan Soopa Doopa yang akan menambah keseronokan anak-anak yang hadir.
"Jadi ibu bapa yang selama ini terfikir jika hendak solat tarawih risau anak-anak akan menggangu para jemaah lain jika dibawa tidak perlu lagi bimbang dengan adanya ruang khas untuk anak-anak bermain ini," ujarnya.
13 Mar 24
168
Kekentalan Rakyat Palestin Mengerunkan Zionis Israel
KUALA TERENGGANU, 8 Mac - Zionis Israel gerun dan takut terhadap kekentalan rakyat Palestin ketika berhadapan dengan pelbagai kekejaman, kezaliman dan penindasan.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, gencatan sejata dan perjanjian damai akan terus menjadi olokan bagi zionis.
"Mereka sebenarnya kalah dalam peperangan ataupun konflik ini walaupun mereka berjaya membunuh begitu ramai rakyat Palestin berbanding rakyat mereka yang terkorban.
"Tetapi dari segi akhlak, moral, budi bicara, politik mereka gagal masyarakat antarabangsa juga memandang zionis ini pada tahap yang begitu hina.
"Sehingga mayarakat antarabangsa tanpa mengira orang Islam ataupun bukan Islam mempertikaikan nilai-nilai yang ada pada negara haram Israel ini kerana selalui mencabuli undang-undang antarabangsa dan mereka tidak pernah mengikut peraturan-peraturan yang ada," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sidang akhbar Program Madinah Ramadan, di Masjid Tengku Tengah Zaharah, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut, Muhammad Khalil berkata, rundingan gencatan senjata di Kaherah untuk menghentikan peperangan di Gaza gagal kerana Zionis Israel sendiri tidak mahu berdamai.
"Kerana mereka begitu selesa dengan tindakan yang dilakukan (membantai umat Islam Palestin), cuma buat kami ini mereka agak bimbang kalau berdamai maka tidak akan dapat satu keadaan sebagaimana yang mereka rasai sebelum ini.
"Saya percaya konflik ini akan berterusan cuma tanggungjawab kita itu yang penting mesti sentiasa menunjukkan kebersamaan dengan saudara kita di Palestin dengan pelbagai cara, melalui doa, sumbangan dan sokongan modal dalam media sosial, insya-Allah," katanya.
08 Mar 24
146
Kerajaan Negeri Terus Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
KUALA TERENGGANU, 7 Mac -Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha membanteras 'geng plastik hitam' melalui langkah mendidik termasuk tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tidak bermoral tersebut pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sewajarnya setiap rakyat memahami bahawa Ramadan adalah bulan mendidik untuk menjadi peribadi individu yang bertakwa.
Ujarnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan usaha bagi menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya amal ibadat termasuk rukun Islam ketiga itu
"Apa yang penting sebenarnya menjadi orang yang bertakwa, takwa ini dalam diri masing-masing namun perlu dibina persekitarannya secara bersama yang merupakan tanggungjawab dalam diri, keluarga, masyarakat dan kerajaan.
'Apabila semua dalam berperanan dengan baik dan tahu bahagian masing-masing maka usaha bagi membentuk masyarakat yang bertakwa kepada Allah akan dapat dicapai," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, semasa Sidang Media Program Madinah Ramadan, di Masjid Tengku Zaharah, di sini hari ini.
Mengulas lebih lanjut, katanya sepanjang zaman akan ada orang yang akan melakukan kemungkaran dan melanggar perintah agama adalah menjadi tugas kerajaan bagi mengekang perkara tersebut agar dosa yang dilakukan tidak terus dinormalisasikan.
"Ini tanggungjawab kerajaan, jadi selagimana ia tidak dinormalkan selagi itu akan ada langkah-langkah bagi mendidik dan mencegah," ujarnya.
Â
07 Mar 24
207
Madinah Ramadan Diberi Nafas Baharu, Kehebatan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Program Madinah Ramadan pada tahun ini akan diberi nafas baharu dengan lebih hebat melalui kaedah pelaksanaan dan pendekatan yang berbeza berbanding sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pada kali ini Masjid Tok Jembal, Kuala Nerus menjadi lokasi pilihan berbanding lokasi terdahulu iaitu Dataran Batu Buruk atau Dataran Jambatan angkat.
Ujarnya, pemilihan masjid terbabit merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi memperkasakan institusi masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat tetapi juga menjadi lokasi untuk mengadakan pelbagai aktiviti.
"Tema yang diangkat pada kali ini ialah Ramadan 'Bulan Perjuangan' kerana kita hendak menitikberatkan soal perjuangan dalam diri rakyat negeri ini khususnya apabila melihat apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini khusunya di Palestin.
"Dan juga supaya wujud kebersamaan dengan saudara-saudara kita di sana (Palestin) dalam sudut perjuangan dan jihad membebaskan Baitulmaqdis," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media Program Madinah Ramadan, di Masjid Tengku Tengah Zaharah, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Mohd Zulkhairi Ngah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Harun Esa.
Mengulas lebih lanjut, Muhammad Khalil berkata program-program bermanfaat yang pernah diadakan sebelum ini diteruskan seperti program ilmu oleh penceramah jemputan, Iftar Jamaie pada setiap Khamis dan Jumaat, Tazkirah Ramadan secara harian, Sambutan Nuzul Quran dan Qiamullail Perdana.
"Kita juga turut menambahkan aktiviti seperti iktikaf di masjid dan jadikan ia satu perkara yang normal dalam masyarakat sebagai langkah mendidik.
"Jadi Madinah Ramadan ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk terus mendidik umat Islam di negeri ini supaya mempunyai dan mendapat ilmu serta suntikan semangat rohani di bula yang penuh kemuliaan itu nanti," ujarnya.
Katanya lagi, keistimewan Madinah Ramadan pada kali ini turut menampilkan imam khas dari Mesir iaitu Qari Syeikh Fathy Abdelrahman Nasreldin Moussa Ahemd di samping para iman tempatan terbaik yang akan diketengahkan melalui kaedah penggiliran imam yang akan dilaksanakan nanti.
07 Mar 24
333