lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

Sultan Terengganu Titah Angkat Masjid Sebagai Pusat Komuniti Dinamik Masyarakat
Sultan Terengganu Titah Angkat Masjid Sebagai Pusat Komuniti Dinamik Masyarakat
MARANG, 4 Mei - "Selain merupakan tempat ibadah umat Islam, masjid merupakan institusi penting dalam membangun masyarakat. Peranan Masjid termasuklah sebagai agen menyatukan ummah dan membentuk kerohanian, kelimuan dan juga pusat rujukan," titah Sultan Terengganu. Demikian titah Sultan MIzan Zainal Abidin ketika berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Kampung Padang Mengkuang sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan Baginda, semalam. Baginda turut bertitah supaya fungsi masjid dapat dikembangkan kepada peningkatan ekonomi dan sosial masyarakat. "Dalam mengimarahkan masjid, dua perkara perlu diteliti dan dilaksanakan iaitu merancang, membina serta mengislahkan masjid supaya menjadi tempat yang disukai untuk dikunjungi sebagai sebuah pusat komuniti yang dinamik dalam memenuhi keperluan umat Islam. "Begitu juga masjid perlu diimarahkan dengan pengisian kerohanian, ilmu dan fungsi asalnya kekal sebagai tempat sujud dan beribadah dalam melaksanakan perintah Allah SWT," titah Baginda. Sultan Mizan juga berkenan menyeru Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi bimbingan kepada ahli jawatankuasa masjid dalam merancang fungsi kewangan masjid untuk lebih relevan dengan keperluam masa kini. "Program yang melibatkan belia dan kanak-kanak seperti mengadakan Kem Solat dan Fardhu Ain, kelas tuisyen, pertandingan sukan dan lain-lain yang boleh menarik minat mereka dan berkumpul dan beraktiviti di masjid disamping menunaikan solat berjemaah. "Dalam masa sama, jawatankuasa masjid boleh berperanan membantu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan menyalurkan maklumat ahli kariah yang memerlukan bantuan untuk diambil tindakan seterusnya oleh Pusat Zakat MAIDAM. "Sekali lagi, Beta mengharapkan setiap program yang dilaksanakan, ia dapat mencapai matlamat untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat agar umat Islam bersatu padu dalam meninggikan syariat Islam di negeri yang kita cintai ini," titah Baginda. Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Mizan diiringi Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah dan ahli-ahli dewan undangan negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh bilal Masjid Abidin, Abdul Hadi Che Abdul Halim dan ucapan alu-aluan oleh Dr. Samsuri. Sultan Mizan kemudian berkenan menyampaikan titah seterusnya menandatangani plak perasmian diiringi Yang Di-Pertuan Muda Terengganu. Selepas menunaikan solat Jumaat, Baginda mencemar duli bersantap bersama rakyat sebelum berangkat pulang.  
04 May 24
365
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
Hukuman Sebat di Khalayak Bukan Untuk Malukan Pesalah
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan syariah yang sedang dipertimbangkan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk memalukan pesalah sebaliknya ia merupakan usaha memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerksaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dakwaan segellintir pihak yang merasakan hukuman itu tidak wajar adalah kurang tepat. Katanya, isu itu perlu melihat kepada falsafah hukuman tersebut secara menyeluruh yang secara tuntasnya bertujuan untuk mendidik dan mempunyai perkaitan dunia dan akhirat. "Dalam konteks ini kita mahu menyedarkan masyarakat supaya kesalahan-kesalahan maksiat dan kemungkaran ini tidak menjadi satu perkara normal dalam masyarakat "Jadi bila kita sebut nak laksanakan di khalayak ramai bukan bermaksud ia dibuat sewenang-wenangnya di khalayak ramai tanpa mengambil kira pelaksanaan dalam penjara dan aspek-aspek yang lain ini adalah salah satu daripada hukuman yang boleh dipertimbangkan oleh hakim. "Jika sekiranya ia sesuai dengan 'maslahah umum' untuk menyedarkan pesalah sebagai contoh mereka yang telah melakukan kesalahan kerap kali, jadi sekiranya lebih daripada tiga kali elok diadakan di khalayak untuk menyedarkannya supaya tidak lagi mengulanginya pada masa akan datang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bandar di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, segelintir pihak yang mendakwa ia tidak wajar dilakukan di khalayak juga perlu sedar dan melihat bahawa ia bukan hukuman mendatangkan kecederaan kepada pesalah. "Ia bukan (semata-mata) untuk menghukum pesalah tetapi dalam masa yang sama kita mahu memberi satu pendidikan kepada masyarakat bahawa hukuman ini tidak sama dengan hukuman (dijalankan) mahkmah sivil yang lebih menghukum dan menyakiti pesalah. "Undang-undang dalam jenayah syariah tidak mencederakan, jadi mereka yang dihukum di sisi Islam di atas dunia kemudian dia bertaubat maka dia tidak lagi dihukum oleh Allah di akhirat kelak," ujarnya. Dalam pada itu katanya, hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Merupakan salah satu daripada hukuman yang diberikan keizinan atas tiket budi bicara Hakim Mahkamah Syariah untuk dilaksanakan sekiranya pesalah tersebut pada pandangan hakim adalah bagi mengajar dan memberikan pengajaran kepada masyarakat. "Maka hendaklah dilaksanakan di khalayak," katanya.   
02 May 24
180
Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pembayar Zakat Bulanan
Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pembayar Zakat Bulanan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pembayar zakat secara bulanan dalam kalangan rakyat negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata insentif yang menarik itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi menggalakkan rakyat melakukan pembayaran zakat. "Selain itu, pemberian wakalah juga akan diberikan kepada pembayar zakat individu, perniagaan dan majikan untuk pengagihan sendiri kepada asnaf yang dikenalpasti (layak menerima bantuan). "Antara kemudahan lain yang disediakan oleh MAIDAM ialah mewujudkan Skim Khairat Kematian (Skim Al Hanan) kepada waris pembayar zakat yang telah meninggal dunia," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Ke Atas Usul Menjujung Kasih dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke -15 bagi tahun 2024, di Wisma Darul Iman, pada semalam. Dalam pada itu, Khalil berkata bagi zakat galian, MAIDAM menerima bayaran melibatkan pembayar inidividu dalam skala kecil sahaja. "Berkait isu zakat petroleum, zakat galian ke atas minyak tidak dikenakan zakat kerana ia merupakan hasil kerajaan," ujarnya. Tegasnya, selama ini pihak MAIDAM sentiasa memperhebatkan usaha dakwah dalam mengalakkan orang Islam membayar zakat dengan mempergiatkan aktiviti dakwah secara bersemuka dan melalui platform media sosial. "Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti taklimat, lawatan ke premis-premis perniagaan serta mengadakan perjumpaan secara individu dengan peniaga dan usahawan selain memberi peringatan melalui teks khutbah," ujarnya.
25 Apr 24
212
Munajat Rakyat Kembalikan Royalti Akan Diteruskan
Munajat Rakyat Kembalikan Royalti Akan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri akan meneruskan kembali program 'Munajat Rakyat Terengganu Kembalikan Royalti' setelah ia ditangguhkan pada Ramadan yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, munajat itu merupakan usaha daripada pihak kerajaan yang tidak pernah berputus asa melakukan pelbagai cara bagi memastikan hak rakyat itu dikembalikan semula. Tegasnya, semua pihak perlu menyedari bahawa doa orang zalim tiada hijab (penghalang) antaranya dengan Allah SWT. "Insya-Allah, bila tiba masanya kita akan buat. Status kita pada ketika ini seumpama kereta yang duduk (berhenti) di lampu isyarat merah sebab tidak diberi laluan untuk berjalan. "Tetapi enjin tidak mati, insya-Allah bila tiba masa kita akan buat solat hajat bersama-sama," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkenaan program solat hajat secara berjemaah itu setelah ia ditangguhkan sebelum ini pada sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini. Sementara menunggu tarikh baru pelaksanaan munajat perdana itu, Khalil berkata setiap rakyat Terengganu pada ketika ini bolehlah melazimi solat hajat secara bersendirian di atas kesedaran dalam diri masing-masing bahawa itu merupakan hak rakyat yang telah dinafikan secara zalim. "Menafikan hak petroleum Terengganu merupakan perkara yang paling zalim dan melanggar demokrasi, pelanggaran ini sangat serius jika tidak dibendung dan diperbetulkan kelak akan menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai demokrasi dalam negara. "Dalam konteks ini ialah konsep federalisme dalam hubungan (Kerajaan Perseketuan) dengan negeri, zalim bukan sahaja disandarkan (dikaitkan) dengan pemerintahan 'dictatorship' bahkan pemerintahan demokrasi juga dikira zalim sekiraya meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya. "Mereka beralasan mahu beri (royalti minyak) secara 'direct' kepada rakyat, jika begitu kenapa perlu diadakan pilihanraya? bukankah rakyat Terengganu telah memberi menberi mandat kepada (PAS) Perikatan Nasional untuk mentadbir negeri Terengganu, jelas ini satu pengkhianatan ke atas mandat rakyat," ujarnya.
24 Apr 24
116
JHEAT Sentiasa Pantau Kewujudan Ajaran Sesat di Terengganu
JHEAT Sentiasa Pantau Kewujudan Ajaran Sesat di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 April- Ajaran sesat seperti Ajaran Mohib Khouli, Ajaran Kanzun Makhfiyyan dan ajaran-ajaran lain yang telah diwartakan kerajaan negeri Terengganu melalui Jabatan Mufti Terengganu sentiasa dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) bagi memastikan ia tidak diamalkan oleh masyarakat negeri itu.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya ia disebarkan mengikut Seksyen 10 (Menghina atau Mengingkari Pihak Berkuasa Agama) dan Seksyen 12 (Pendapat Yang Bertentangan dengan Fatwa) oleh PPS. "Kita diperingkat kerajaan negeri sangat serius memandang isu yang berkait dengan ajaran sesat ini supaya umat Islam di negeri ini terpelihara akidah mereka. "Sebagaimana kita sedia maklum, ajaran sesat Ayah Pin pernah menggemparkan negara kita. Kita menerima laporan dan juga kerisauan masyarakat tentang ajaran ini dihidupkan kembali. "Untuk makluman, ia telah diwartakan sesat pada tahun 1997, kemudian setelah kematian Ayah Pin ajaran ini tidak aktif lagi. Tindakan telah diambil antaranya untuk memberikan kesedaran kepada bekas-bekas pengikut dan pihak penguatkuasaan juga sentiasa berwaspada sekiranya sebarang kemungkinan yang timbul ajaran ini dihidupkan kembali," katanya Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr. Riduan Mohamad Nor pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini. Menurut beliau lagi, di samping adanya seksyen dan undang-undang untuk kerajaan negeri mencegah ajaran-ajaran sesat, kegiatan dakwah seperti kuliah dan pengajian agama juga dijalankan begitu aktif dalam memberi kesedaran kepada umat Islam supaya berwaspada daripada ajaran-ajaran ini," katanya.        
23 Apr 24
196
Aksi Menari 'Alamak Raya Lagi' Boleh Bawa Hukum Haram
Aksi Menari 'Alamak Raya Lagi' Boleh Bawa Hukum Haram
KUALA TERENGGANU, 17 April - Aksi tarian menggunakan lagu 'Alamak Raya Lagi' di media sosial boleh membawa kepada hukum haram lebih-lebih sekiranya mendedahkan aurat. Mufti Terengganu, Prof. Madya Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, trend tersebut perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah wanita apabila mempamerkan aurat. Bahkan katanya, bukan sahaja menyerlahkan reputasi yang negatif kepada pelakunya malah menurutnya akan mencemarkan perayaan Aidilfiltri yang sedang diraikan oleh seluruh umat Islam pada ketika ini. "Sepatutnya pebutan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada (hukum) haram, sebarang perbuatan yang negatif sudah pasti mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri itu sendiri," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam. Dalam pada itu, Mohammad Sabri turut menzahirkan perasaan kesal atas tindakan masyarakat beragama Islam yang begitu mudah terikut dengan trend semasa sehingga melupakan batas agama. "Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat  supaya jangan mudah terikut-ikut dengan budaya baharu. "Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jika tidak, dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya harmoni kita," ujarya.
17 Apr 24
377
Hiburan Patuh Syariah Pupuk Adab Masyarakat
Hiburan Patuh Syariah Pupuk Adab Masyarakat
KUALA LUMPUR, 5 April - Seni hiburan patuh syariah yang digariskan oleh Islam mampu mencegah segala yang merosakkan individu dan masyarakat. Pengerusi Permuafakatan Kesenian dan Kebudayaan Islam Serantau (LESTARI) , Dr Riduan Mohamad Nor menyatakan, hiburan yang sihat menjaga adab dan syariah sebagai Muslim bagi Malaysia yang bermajoritikan orang - orang Melayu dan beragama Islam.  "Betapa perlunya memperuntukkan seni hiburan yang bersifat patuh syariah menurut Islam dan amatlah digalakkan bagi pengisian rohani dan jasmani manusia yang bertamadun. "Islam merupakan sebuah agama dan panduan hidup yang membenarkan segala yang baik," katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Iftar LESTARI Bersama Seniman Tanah Air di sebuah restoran di sini, baru - baru ini.  Majlis anjuran bersama Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berpusat di Kuala Terengganu dengan kerjasama seniman tanah air itu telah dihadiri oleh seramai 85 orang antaranya penyanyi, Dato’ Siti Fairuz, Azian Mazwan Sapuan, Hasnol dan vokalis kumpulan Ways, Aan. Turut hadir, wakil penaja - penaja daripada beberapa buah syarikat iaitu EPIC Berhad, Pertima Terengganu Sdn Bhd, Permint Granite Sdn Bhd serta NGO Muslim Care Malaysia.  Menurut ADUN Jerteh itu, tujuan majlis berkenaan diadakan di antaranya adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara pengerak LESTARI dengan penggiat - penggiat seni tanah air.  "Ia supaya objektif utama LESTARI untuk memperkasakan kesenian dan kebudayaan patuh syariah di Malaysia dapat dikongsikan bersama dan dioptimumkan melalui sokongan dan dokongan penggiat - penggiat seni tanah air kita," ujarnya lagi. Majlis juga diserikan dengan bacaan doa oleh ADUN Sungai Burong, Ustaz Zamri Zainuldin @ Ustaz Zamri Mantop yang juga merupakan seorang ahl jawatankuasa LESTARI.  Tetamu - tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan hiburan ringan berupa petikan gitar daripada pencipta lagu, Ahmad Samsuddin dan nyanyian DKay dari kumpulan Lestari Buskers serta pelancaran sebuah lagu raya terbaharu  mereka yang berjudul Girang Ria Hari Raya yang boleh diakses melalui laman sesawang YouTube.
05 Apr 24
97
'Silap Jika Tak Nak Sebut Kafir, Sebab Jaga Hati' - Ustaz Azhar
'Silap Jika Tak Nak Sebut Kafir, Sebab Jaga Hati' - Ustaz Azhar
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Menjadi satu kesilapan kepada orang Islam seandainya tidak mahu menyebut perkataan kafir kerana hendak menjaga hati orang bukan Islam. Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, sedangkan Al-Quran dan hadis dengan jelas menceritakan serta memperincikan golongan yang dikatakan kafir. Ujarnya, walaupun Islam menyenaraikan ciri-ciri golongan kafir namun tidak pernah berlaku orang Islam memanggil kalangan mereka yang tidak beragama Islam sebagai kafir. "Kenapa (ada pihak) hendak marah? (perkataan) non-muslim itu Bahasa English jika diterjemahkan dalam Bahasa Arab, kafir itu membawa maksud ingkar, mereka yang tidak mahu menerima Islam sebagai agama. "Kafir itu bukan bermakna perompak, peragut, perogol tetapi orang yang tidak mahu menerima agama Islam. "Jadi bila kita tak nak sebut kafir kerana hendak menjaga hati (bukan Islam) itu silap, sebab selama ini orang Islam yang paling berakhlak tidak pernah panggil kafir (apabila berhadapan)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Zohor, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman (WDI) di sini hari ini. Program tersebut turut menampilkan, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Mohd Kamaruzaman Abdullah. Mengulas lebih lanjut, Ustaz Azhar berkata kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu seperti sengaja menyembunyikan perkara besar yang menguris hati umat Islam selama ini seperti isu stoking yang tertera kalimah Allah. "Mengelar dan memanggil ini kena faham, al-Quran mengajar menyebut orang-orang kafir, hadis pun menceritakan orang kafir ini diazab pada pagi dan petang. "Jika ada pihak yang menyatakan kena sebut non-muslim jangan sebut kafir nanti terasa hati, berasa hati ikut mana? kita bukan panggil depan dia pada kebiasaanya kita akan sebut nama dialah sebagai contoh Ahcong. "Menghukum mereka sebagai kafir itu mesti kerana manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu mukmin dan kafir," katanya.
31 Mar 24
847
Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Hanya 20 minit solat sunat tarawih lapan rakaat dan witir yang dilakukan di Masjid Buluh Gading menjadi tumpuan dan pilihan rakyat untuk menunaikan ibadat terbabit setiap kali Ramadan. Imam Masjid Buluh Gading, Muhammad Hafiz Abdul Halim berkata, 22, berkata sepanjang Ramadan tidak kurang dihadiri 500 jemah yang bersama-sama mengambil kesempatan untuk melakukan solat sunat tarawih dan witir yang dimulakan pada jam 8.45 malam dan berkahir jam 9.05 malam. "Solat tarawih yang ringkas ini antaranya bagi mengalakkan golongan yang uzur supaya sama-sama dapat menunaikan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan. "Dekat sini tiada tazkirah, dari segi bacaan pula kita baca surah pendek untuk memendekkan masa sebab tak nak bagi jemaah tunggu lama terutama jemaah uzur," katanya. Jemaah masjid tersebut, Mohd Shukri Salleh, 48, berkata kaedah yang dilaksanakan itu telah menarik ramai golongan muda dari kampung di sekitar untuk sama-sama menunaikan solat tarawih tersebut. "Solat tarawih kat sini cepat sebab imam akan baca surah pendek sahaja, dia tahu orang tua ramai di sini tak mahu penat, sebab itu dia (imam)baca surah pendek," ujarnya. Bagi Muhammad Shahir Shaari, 30. pula berkata dengan kaedah yang dilaksanakan itu menjadikan ramai yang memilih untuk melaksanakan solat tarawih di Masjid Buluh Gading. "Dengan sedikit ruang masa yang ada selepas tarawih itu membolehkan untuk mereka menyelesaikan pelbagai urusan lain bersama keluarga," katanya.
31 Mar 24
407
Jadikan Al-Quran Panduan Hidup
Jadikan Al-Quran Panduan Hidup
KUALA TERENGGANU, 28 Mac – Kerajaan negeri menyeru agar rakyat menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan di dunia dalam menuju kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nor Hamzah berkata saban tahun pada bulan Ramadan, kebanyakan umat Islam secara tradisi menyambut sejarah peristiwa penurunan Al-Quran atau Nuzul Quran bagi memperingati peranan penting yang terdapat dalam Al-Quran itu sendiri. “Al-Quran cukup istimewa di sisi ummat manusia kerana ianya merupakan mukjizat daripada Allah SWT yang tidak dapat dicipta oleh mana-mana makhluk di muka bumi ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Nuzul Al-Quran dan Ceramah bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini semalam. Ceramah majlis berkenaan disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tambah Mohd Nor, beliau berharap rakyat dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin dengan memperbanyakkan membaca al-Quran dan melakukan ibadah lain. “Sebagaimana firman Allah SWT “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu,” ujarnya.              
27 Mar 24
169