lightning-solid
Berita :
Tingkat 48 Peratus Pelajar Baharu Bukti Masyarakat Yakin Terhadap UC TATI
Tingkat 48 Peratus Pelajar Baharu Bukti Masyarakat Yakin Terhadap UC TATI
Rohayati Ripin
11 Sep 25
229

KUALA TERENGGANU, 11 September – Universiti Kolej TATI (UC TATI) mencatatkan peningkatan kemasukan pelajar baharu sebanyak 48 peratus bagi ambilan Julai lalu, iaitu seramai 312 orang berbanding tahun sebelumnya.

Rektor Universiti College TATI (UC TATI) Prof. Ir. Dr Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, peningkatan ini mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan UC TATI sebagai institusi pendidikan tinggi yang menawarkan pengajaran berkualiti, suasana kampus kondusif dan program pengajian  relevan dengan keperluan semasa.

“UC TATI terus mengukuhkan kedudukan apabila berjaya tersenarai dalam TOP 3 MQA Awards 2025 (Internal Quality Assurance) Higher Education Provider Excellence Award.

“Selain itu, UC TATI turut mendapat kelulusan untuk melaksanakan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Kampus Bandaraya Kuala Terengganu dan program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Teknologi Maklumat di Kampus Induk Kemaman,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Selaras dengan visi, pelajar baharu diseru untuk membiasakan diri dengan budaya ilmu, menanam semangat ingin tahu dan berfikiran kritis. 

Selain itu, mereka juga diingatkan agar menghormati pensyarah, menghargai rakan dan mengurus masa dengan bijak kerana kejayaan individu adalah sebahagian daripada kejayaan UC TATI.

“⁠Teruskan berusaha dengan ilmu, integriti dan semangat perpaduan. Kekalkan budaya positif, saling menyokong, dan jadikan cabaran sebagai peluang untuk maju. Bersama kita angkat nama UC TATI ke peringkat lebih tinggi.

“UC TATI memberi fokus kepada pengajaran berkualiti, pembinaan karakter graduan yang seimbang, serta penerapan nilai profesionalisme,” tambah beliau.

Dengan komitmen berterusan terhadap peningkatan infrastruktur, kemudahan pembelajaran moden dan penekanan kepada nilai integriti serta perpaduan, justeru itu, UC TATI bertekad untuk terus melangkah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi berprestij di peringkat nasional.


Tag :

Artikel Berkaitan