lightning-solid
Berita :
Puteri Seronok Belajar Ibadah Haji
Puteri Seronok Belajar Ibadah Haji
Amirul Aizab Mohd
21 Oct 25
2

Puteri Seronok Belajar Ibadah Haji

MARANG, 18 Okt – Seorang peserta cilik, Puteri Nur Izzara Raisya binti Zazali menyatakan rasa gembira dapat menyertai Program Simulasi Haji PASTI Kawasan Marang 2025 yang berlangsung meriah dan penuh pengisian.

"Puteri sangat seronok! Puteri belajar cara tawaf, saie dan melontar jamrah," katanya sambil tersenyum. Ketika ditanya bahagian yang paling disukainya, beliau menjawab: "Puteri paling suka tawaf!"

Sementara itu, ibu bapa Puteri turut memberikan respon positif terhadap penganjuran program tersebut.

"Program ini sangat bagus dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga ibu bapa. Anak-anak dapat belajar secara praktikal, bukan sekadar teori — mereka dapat merasai pengalaman sebenar," kata ibunya.

Beliau juga menyatakan bahawa program ini sangat membantu anak-anak memahami rukun Islam kelima dengan lebih mendalam, khususnya dari sudut tujuan dan langkah-langkah ibadah haji.

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar program seperti ini diteruskan dan diperluaskan ke seluruh kawasan.

"Semoga ia menjadi agenda tahunan PASTI agar anak-anak lebih mencintai Islam dan memahami ibadah sejak kecil," tambahnya.


Tag :

Artikel Berkaitan