lightning-solid
Berita :
862 Murid Sertai Simulasi Haji PASTI Marang 2025
862 Murid Sertai Simulasi Haji PASTI Marang 2025
Amirul Aizab Mohd
21 Oct 25
2

862 Murid Sertai Simulasi Haji PASTI Marang 2025

MARANG, 18 Okt – Program Simulasi Haji PASTI Kawasan Marang 2025 mencatat penyertaan seramai 862 orang murid daripada seluruh kawasan Marang, menurut Pengarah Program, Radhi bin Bakar.

Katanya, objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai rukun Islam kelima iaitu ibadah haji, secara praktikal dan menyeronokkan.

"Melalui pendekatan simulasi ini, murid dapat memahami proses dan perjalanan ibadah haji dengan lebih dekat sejak dari usia muda," jelasnya.

Mengulas mengenai cabaran penganjuran, beliau berkata antara yang utama ialah menyusun atur perjalanan program agar ia berjalan lancar dan memberi impak terbaik kepada peserta.

"Alhamdulillah, sepanjang program ini berlangsung, segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Ini memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan penganjuran program seumpama ini pada masa akan datang," ujar beliau penuh optimis.

Program tersebut turut dirasmikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Damanhuri, yang mengucapkan tahniah kepada AJK pelaksana dan berharap ia menjadi contoh kepada PASTI kawasan lain.


Tag :

Artikel Berkaitan