lightning-solid
Berita :
Terengganu Rancakkan Pelbagai Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Terengganu Rancakkan Pelbagai Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Adli Mohamad
05 Sep 25
125

KUALA TERENGGANU, 5 September – Kerajaan Terengganu merancang pelbagai inisiatif sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi menyemarakkan lagi rasa cinta umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kepelbagaian program yang bakal dilaksanakan itu bukan sahaja bertujuan memperkasa minda dan intelek, malah berperanan menyemai kesejahteraan jiwa dalam kalangan masyarakat negeri ini.

“Kita akan teruskan pendekatan dakwah melalui penyampaian ilmu dan tarbiah, di samping melaksanakan kaedah yang lebih menyeluruh serta berkesan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah peringkat negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut bagi menyempurnakan perasmian sambutan. Keberangkatan baginda berdua turut diiringi Menteri Besar bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Turut berangkat, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

 


Artikel Berkaitan