Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Negeri Sedia Pertimbang Kaedah 'Crasmet' Atasi Hakisan Pantai Penunjuk
Kerajaan negeri mempertimbangkan kaedah terbaik dengan cara memasang 'crasmet' bernilai RM30 juta bagi mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Pantai Penunjuk, Kijal yang merupakan salah satu produk pelancongan di Terengganu.
21 Jan 25
170
Insiden Rusuhan Bukan Imej Rakyat Terengganu – Maliaman
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Insiden lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul di Kemaman baru-baru ini terus mencetuskan kontroversi di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim, tampil mempertahankan imej rakyat Terengganu sambil menzahirkan rasa kecewanya terhadap insiden yang tular itu.
"Saya amat sedih dengan apa yang berlaku, peristiwa ini langsung tidak mencerminkan imej sebenar rakyat Terengganu.
"Segelintir individu sahaja yang bertindak liar, sama seperti kes jenayah di negeri lain, kita tidak boleh menghukum seluruh rakyat negeri tersebut hanya kerana satu insiden," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.
Maliaman turut menyeru masyarakat agar lebih adil dalam menilai insiden tular baru-baru ini.
"Rakaman kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif, hingga ada seruan boikot terhadap Terengganu, ini tidak adil.
"Insiden tersebut adalah kes terpencil, jangan kerana satu kes, seluruh rakyat Terengganu dihukum.
"Kita serahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut," jelasnya.
Menurut Maliaman, kes ini sedang disiasat di bawah Akta 147, iaitu berkaitan rusuhan.
"Polis sedang menjalankan siasatan mengikut prosedur undang-undang.
"Apa-apa tindakan selepas ini biarlah mahkamah yang tentukan, kita sebagai rakyat tidak boleh menghukum sesuka hati," tegas beliau.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan dan menghindari provokasi.
"Kalau ada kes seperti ini, tindakan terbaik ialah hubungi polis.
"Jangan ikut hawa nafsu untuk menghukum, sebarang tindakan seperti memukul adalah hak pihak berkuasa, bukan rakyat biasa," jelasnya lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional Negeri itu mengingatkan masyarakat agar bertindak rasional dan belajar bersabar dalam menghadapi situasi seperti ini.
"Sabar itu sangat penting.
"Sebarkan berita secara harmoni, supaya kita semua dapat ambil iktibar dan elakkan perkara seperti ini berulang," ujarnya.
21 Jan 25
698
Bipolar Cetus Kebimbangan, Kerajaan Negeri Ambil Langkah Tegas
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Insiden melibatkan pesakit bipolar terus mencetuskan kebimbangan apabila dua kejadian mengejutkan berlaku dalam tempoh setahun.
Selepas kes suri rumah melanggar mati pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Dungun pada Oktober tahun lalu, kini insiden kedua membabitkan seorang lelaki OKU mental yang dipukul di Kemaman menjadi perhatian.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim, menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk menangani isu ini secara serius.
"Kami melihat isu ini sangat membimbangkan, tahun lalu, tiga orang pelajar UiTM menjadi mangsa.
"Kini, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki OKU yang dipukul, ini bukan sesuatu yang boleh diambil ringan," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini semalam.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.
Bagi menangani masalah ini, Maliaman mengumumkan mesyuarat khas Majlis Tindakan OKU Negeri Terengganu (MTOT) akan diadakan pada 5 Februari ini.
"Mesyuarat ini akan membincangkan pelan tindakan strategik bagi menangani kes-kes seperti ini.
"Kita akan berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan pihak hospital," katanya.
Selain itu menurut Maliaman, khidmat kaunseling dan rawatan perubatan untuk pesakit psikiatri akan terus diperkukuhkan.
"Pihak hospital menyediakan ubat dan sokongan emosi kepada pesakit.
"Kita mahu pastikan tiada pihak terabai," tambah beliau.
Beliau turut menekankan bahawa semua pihak, termasuk keluarga dan masyarakat, perlu memainkan peranan penting.
"Pesakit bipolar memerlukan kawalan dan perhatian.
"Jangan biarkan mereka tanpa rawatan atau bimbingan kerana ini boleh membawa kepada insiden tidak diingini," ujarnya.
20 Jan 25
22
"Serahkan Kepada Pihak Polis Menjalankan Siasatan" - EXCO Terengganu
KEMAMAN, 20 Januari - Serahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan dan mahkamah mengadili dengan sebaik-baiknya, demikian ujar EXCO Kerajaan Terengganu.
Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai mengharapkan kejadian seperti Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Cukai tidak akan berulang lagi.
"Mereka yang ada ahli keluarga mempunyai masalah mental perlulah memberikan perhatian dan menjaganya dengan baik serta manfaatkan dengan sebaiknya ubat yang dibekalkan oleh pihak doktor.
"Saya juga menyeru kepada seluruh masyarakat kita ini agar mempunyai etika kehidupan yang lebih berhemah dan tidak melepaskan geram terutama di khalayak ramai serta perlu mempunyai sifat-sifat kesabaran dan memaafkan dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.
Katanya lagi, walaupun dalam keadaan spontan dan rasa sangat marah, janganlah mengambil tindakan yang dilihat seperti ganas yang boleh mendatangkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan masyarakat.
"Jadi saya harap peristiwa yang berlaku ini akan menjadi satu pengajaran ataupun pedoman kepada masyarakat khususnya di Kemaman dan juga seluruh negeri Terengganu, ujarnya.
Dalam pada itu Hanafiah turut mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menjadikan isu ini sebagai isu politik kerana kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada semua golongan samada OKU, persatuan penjaja ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
20 Jan 25
151
Jangan Politikkan Isu Pukul OKU Mental - Hanafiah
KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Orang ramai tidak perlu mempolitikkan kes pukul membabitkan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pada Jumaat lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, ia adalah kisah kehidupan rakyat yang perlu diselesaikan bersama.
“Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis, biar pihak polis menilai keadaan dan mengambil tindakan.
“Saya menyeru orang ramai tanpa mengira bangsa dan kaum supaya mempunyai etika kehidupan yang lebih baik.
“Tidak melepaskan geram kepada sesiapa dan sentiasa mempunyai sifat sabar dan memaafkan,” ujarnya kepada pemberita.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap semua golongan sama ada OKU, Persatuan Penjaja mahupun NGO.
“Kita harap kes sebegini tidak berulang dan dijadikan pedoman kepada semua.
“Ini bukan isu politik, ini adalah isu kehidupan, kepada yang hendak jadikan ia isu politik, kita biarkan saja,” ujarnya.
20 Jan 25
1375
EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific International Corporation (EPIC) Berhad, telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini.
20 Jan 25
101
Belia Terengganu Disaran Tubuh Koperasi Kembang Kemahiran
KUALA TERENGGANU, 19 Januari- Belia di negeri ini disaran supaya menubuhkan koperasi yang mampu memberi manfaat besar kepada golongan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Yusop Majid berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang keusahawanan koperasi malah akan membantu anak-anak muda menimba berpengalaman dalam menguruskan perniagaan.
“Inilah saat yang cukup sesuai kita dapat tampilkan banyak lagi koperasi yang dianggotai oleh anak-anak muda.
“Kita juga wajar untuk membimbing golongan ini (menubuhkan koperasi) dan melatih mereka sebagai pelapis usahawan kerana sangat rugi sekiranya tenaga serta ilmu pengetahuan mereka tidak digunakan sebaiknya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Libat Urus Bersama Gerakan Koperasi Terengganu 2025 di Dewan Matahari di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu, Awang Ruslli Mohammad.
Sementara itu Awang Ruslli berkata, Data Perangkaan Koperasi Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 839 buah koperasi berdaftar di negeri ini setakat 30 Jun tahun lalu dengan kekuatan anggota seramai 240,748 orang.
“Manakala pencapaian jumlah perolehan adalah sebanyak RM621 juta,” ujarnya.
20 Jan 25
177
Tok Li Sedia Adakan Pertemuan Kali Kedua Dengan 'Buskers'
KEMAMAN, 20 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris sedia untuk bertemu sekali lagi golongan pemuzik jalanan atau 'buskers' bagi mencari jalan serta penyelesaian terhadap segala perkara berbangkit untuk dimuktamadkan.
Ujarnya, pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun agensi-agensi pemegang taruh akan dilibaatkan dalam sesi libat utus itu untuk mengadakan perbincangan.
"Saya sebenarnya secara peribadi telah berjumpa dengan mereka ini dan kita dapati ada lebih 45 pengiat muzik jalanan ini yang mencari makan melalui seni ini.
"Kita telah berikan penerangan yang jelas mengenai garis panduan hiburan agar difahami oleh mereka, dan tiada niat untuk kita membebankan mereka dan tiada Prosedur Standard operasi (SOP) yang diwujudkan.
"Cuma jika ia membabitkan penyanyi wanita itu memang tidak boleh dan kita mengambil pendirian yang tegas dalam usaha untuk memperkasakan syariat di negeri ini,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika mengadakan lawatan kali kedua melihat hakisan di Pantai Penunjuk, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut, Razali berkata apa jua usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang ingin melakukan kegiatan seni dan hiburan di negeri ini tidak akan dihalang
"Cuma perlu memahami dengan jelas setiap ketetapan yang dilakukan kerajaan negeri,"ujarnya.
19 Jan 25
75
EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific International Corporation (EPIC) Berhad, telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini.
Pengarah EPIC Berhad, Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata, program CSR akan menjadi simbol permuafakatan serta sokongan kepada usaha kerajaan negeri dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada komuniti setempat.
“Sejak 2018 lagi, saya ingin memaklumkan bahawa pihak EPIC Berhad memang sentiasa menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam membantu komuniti rakyat di Terengganu.
“Dan hari ini, kita (EPIC Berhad) memberikan bantuan kepada anak-anak bantuan persiapan kembali ke sekolah”, ujarnya kepada pihak media selepas menyempurnakan program ‘EPIC Back To School 2025’ edisi pertama, di Pusat Sains & Kreativiti (PSKT), hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EPIC Berhad, Dr. Ts. Haji Muhtar Suhaili.
Kata Ahmad Amzad, seramai 100 orang penerima yang terdiri daripada pelajar prasekolah, PASTI, sekolah rendah dan sekolah menengah telah dipilih melalui penilaian daripada Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jelasnya, program ini telah diperuntukkan dana sebanyak RM100,000 .
“Kami memberikan bantuan dalam bentuk baucer bernilai RM200 untuk setiap penerima, bagi meringankan beban ibu-bapa untuk membeli persiapan anak-anak kembali ke sekolah”, katanya.
Dalam pada itu, edisi kedua dan ketiga program itu seterusnya akan berlangsung di DUN Kijal dan Jabi pada bulan ini dengan jumlah penerima seramai 200 orang, menjadikan jumlah penerima bantuan secara keseluruhan seramai 300 orang pada tahun ini.
Tambah beliau, dengan peningkatan pendapatan yang diperolehi pada masa akan datang, anak syarikat negeri Terengganu itu turut memasang hasrat untuk meningkatkan lagi saluran bantuan kepada masyarakat negeri.
“Saya selaku Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad menyokong sebarang cadangan untuk meningkatkan lagi kadar bantuan kepada rakyat dan kadar bilangan penerima supaya lebih ramai dapat merasa daripada kemajuan yang dicapai oleh EPIC Berhad," tambah beliau.
Menurut Ahmad Amzad, selain daripada program 'EPIC Back To School 2025' itu, pihaknya juga telah menjalankan program CSR mencantikkan surau Batu Burok baru-baru ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengunjung.
19 Jan 25
388
Kerajaan Negeri Sedia Pertimbang Kaedah 'Crasmet' Atasi Hakisan Pantai Penunjuk
KEMAMAN, 20 Januari - Kerajaan negeri mempertimbangkan kaedah terbaik dengan cara memasang 'crasmet' bernilai RM30 juta bagi mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Pantai Penunjuk, Kijal yang merupakan salah satu produk pelancongan di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kaedah pemasangan 'crasmet' itu akan menjadi 'pilot project' sekiranya ia berkesan mengelakkan hakisan yang serius dari berlaku.
Menurutnya, beliau bekerjasama erat dengan Pejabat Daerah Kemaman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat satu penilaian 'break water' mana yang lebih sesuai bagi mengelakkan hakisan yang lebih teruk berlaku pada tahun-tahun mendatang.
"Jadi kita telah dapat salah satu cadangan dari Pejabat Daerah iaitu memasang 'crasmet'.
"Untuk menilai projek ini kita akan buat lawatan ke Pantai Bari sebagai rujukan kerana di sana kaedah ini telah digunakan sejak 15 tahun yang lalu dan masih kekal sampai ke hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas mengadakan lawatan kali kedua ke Pantai Penunjuk itu, di sini, semalam.
Tambah Razali, sekiranya projek tersebut benar-benar berkesan, beliau akan mencadangkan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Banjir (NADMA) dengan kos dijangka menelan lebih kurang RM30 juta dengan jarak sepanjang tiga kilometer (KM).
19 Jan 25
232