lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

10 'Bapa Culas' Dipenjara di Terengganu
10 'Bapa Culas' Dipenjara di Terengganu
Sejak tahun 2012 sehingga tahun 2024 , seramai 10 'bapa culas' dipenjarakan akibat gagal melunaskan pembayaran nafkah anak-anak sebagaimana diperintahkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
18 Feb 25
43
Tanah Bencah Aset Ekopelancongan Terengganu
Tanah Bencah Aset Ekopelancongan Terengganu
Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands), yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem uniknya, terus menjadi aset ekopelancongan penting bagi negeri Terengganu. 
18 Feb 25
177
Medan Selera D’Muara Lonjak Pembangunan ‘Promenade’
Medan Selera D’Muara Lonjak Pembangunan ‘Promenade’
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan kerjasama kerajaan negeri telah mewujudkan Medan Selera D’Muara yang terletak di Kampung Hulu Takir untuk melonjakkan pembangunan di Muara Selatan.  
18 Feb 25
131
TDM Jayakan Program ‘Ceria Ke Sekolah’ Bersama Murid SK Kampung Fikri
TDM Jayakan Program ‘Ceria Ke Sekolah’ Bersama Murid SK Kampung Fikri
KUALA TERENGGANU, 18 Februari- TDM Berhad meneruskan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran program ‘Ceria ke Sekolah’ bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (SKKF), Sungai Tong.  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, program CSR syarikat berbentuk pembelajaran itu menjadi platform penting untuk mengukuhkan hubungan antara syarikat dan komuniti. Katanya, ia selaras dengan komitmen TDM dalam menyokong pembangunan sosial dan pendidikan. “Kami memilih SKKF yang merupakan salah sebuah sekolah dalam ladang kami yang mempunyai murid paling ramai iaitu seramai 122 orang berbanding sekolah lain dalam Kompleks Sungai Tong seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Tayor (34 murid), SK Bari (32 murid) dan SK Jaya (48 murid),” ujarnya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut katanya, TDM mengambil peluang untuk bersama-sama anak komuniti tempat beroperasi dengan tagline ‘Ceria ke Sekolah’ bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2025 dengan ceria dan bersemangat.  “Dengan adanya program ini, diharapkan para pelajar dapat memasuki alam persekolahan dengan lebih yakin dan bermotivasi, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka,” katanya. Menurut beliau program tersebut bukan sahaja melibatkan aktiviti berkumpulan dan penyerahan cenderahati kepada murid-murid, tetapi turut diserikan dengan aktiviti penanaman cili.  “Aktiviti ini dijalankan bersama Guru Besar SKKF, Mazlan Che Ismail, pihak pengurusan TDM dan murid-murid dengan kerjasama TDM Agrobiz Sdn Bhd. “Melalui program ini, murid-murid berpeluang mempelajari teknik penanaman cili sambil memupuk minat dalam bidang pertanian,” ujarnya. Najman berkata, pihaknya bukan sahaja menumpukan kepada pertumbuhan perniagaan tetapi juga menyokong pendidikan dan memperkasa kesejahteraan komuniti.  “Program ini adalah salah satu cara untuk kami memahami keperluan komuniti di tempat kami beroperasi untuk manfaat jangka panjang,” ujarnya.
18 Feb 25
202
Terengganu Sokong Fatwa Larang Umat Islam Hadiri Ritual Agama Lain
Terengganu Sokong Fatwa Larang Umat Islam Hadiri Ritual Agama Lain
KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Kerajaan Terengganu tampil memperkukuh pendirian dalam mempertahankan kesucian Islam dengan menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang melarang umat Islam daripada menghadiri sebarang ritual keagamaan bukan Islam.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan keputusan ini dilihat sebagai langkah kritikal dalam memastikan umat Islam kekal berpegang teguh kepada akidah tanpa sebarang pengaruh luar yang boleh mencetuskan kekeliruan atau polemik baharu dalam Masyarakat. “Kami berdiri teguh bersama fatwa yang dikeluarkan oleh MAINJ.  “Ini bukan sekadar larangan biasa, tetapi satu tuntutan syarak untuk memelihara akidah dan mengelakkan kekeliruan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada hari ini. Beliau turut menegaskan bahawa Islam adalah agama yang jelas dalam soal batas dan pergaulan antara agama.  “Islam tidak pernah melarang kita untuk hidup dalam suasana harmoni dengan penganut agama lain, tetapi ada batas yang tidak boleh dilanggar.  “Menghadiri ritual agama lain bukan sekadar satu tindakan simbolik, tetapi boleh membawa kepada kekeliruan dan akhirnya menjejaskan keimanan seseorang Muslim,” tegasnya. Menurut Muhammad Khalil, fatwa ini bukan sahaja berlandaskan prinsip hukum syarak, malah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. “Fatwa ini turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sejak Februari 2023, memperkukuh lagi ketetapan ini sebagai garis panduan rasmi yang perlu dipatuhi. “Kerajaan Negeri menegaskan bahawa garis panduan ini amat penting bagi mengelakkan umat Islam daripada dipengaruhi atau dikelirukan dengan amalan keagamaan lain yang bertentangan dengan prinsip tauhid,” jelas beliau. Tambah beliau, perkara ini juga telah ditegaskan oleh Mufti Terengganu, Dato' Dr. Mohamad Sabri Haron bahawa garis panduan bagi umat Islam yang menghadiri acara bukan Islam penting bukan sahaja menjaga seseorang Muslim, tetapi perlu dalam menjaga keharmonian negara. “Kerajaan Terengganu komited untuk terus memperkukuh dasar-dasar pemerkasaan syariah serta meningkatkan usaha pendidikan dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga akidah serta syariat Islam. “Meskipun Islam menggalakkan toleransi dan hubungan harmoni antara kaum, ini tidak bermaksud umat Islam boleh melibatkan diri dalam sebarang bentuk ritual agama lain yang boleh mengaburkan keimanan mereka,” ujarnya.  
17 Feb 25
163
Graduan Perlu Tingkat Kemahiran Bagi Penuhi Keperluan Industri
Graduan Perlu Tingkat Kemahiran Bagi Penuhi Keperluan Industri
KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Dunia pekerjaan pada masa kini bukan hanya menuntut graduan untuk cemerlang akademik, tetapi perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk bersaing di pasaran kerja. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata, graduan perlu bijak mengambil peluang dengan belajar ilmu tambahan selain bidang utama untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka. “Konvokesyen merupakan suatu titik permulaan bagi graduan mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi dan memahami erti dan cara kehidupan berkerjaya.  “Bagi mereka yang memasuki alam pekerjaan perlu menyiapkan diri secara mental dan fizikal bagi memenuhi keperluan majikan.  “Gunakan masa yang ada bagi mengasah dan menambah kemahiran para graduan agar dapat menjadi warga kerja efisien, kreatif dan inovatif,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) Kali Ke-7 di Duyong Marina Resort, di sini, semalam. Dalam pada itu Satiful berkata, pembangunan modal insan dan pembangunan tenaga kerja di dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan dua elemen utama dalam usaha melonjakkan kemajuan bagi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi. Menurut beliau, stigma masyarakat pada hari ini yang masih beranggapan bahawa TVET dilihat sebagai sektor pendidikan kelas kedua perlu diubah.  “Perkara ini amat berbeza sekali dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Jepun di mana kebanyakkan sektor pekerjaan telah lama memberi fokus kepada sektor tenaga berkemahiran dalam pelan pembangunan modal insan mereka. Oleh itu, saya amat berharap agar kita juga tidak ketinggalan dalam memantapkan pembangunan modal insan terbaik di bidang kemahiran bagi menyokong kelestarian bidang TVET di Terengganu,” ujarnya.  
17 Feb 25
143
Kilang Rempah Cap Bunga Rose Sasar Jualan RM6.6 Juta Tahun Ini
Kilang Rempah Cap Bunga Rose Sasar Jualan RM6.6 Juta Tahun Ini
Syarikat Hassan Majid Sdn. Bhd, pengeluar produk rempah masakan di bawah jenama Cap Bunga Rose milik bumiputera di sini, menyasarkan jualan sebanyak RM6.6 juta pada tahun 2025.
17 Feb 25
156
Kedah Jadi Rujukan Terengganu Dalam Pengurusan Sisa Pepejal
Kedah Jadi Rujukan Terengganu Dalam Pengurusan Sisa Pepejal
ALOR SETAR, 17 Februari – Kerajaan Terengganu menjadikan Kedah sebagai rujukan bagi pelaksanaan Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal serta kebersihan awam di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pelbagai faktor perlu dipertimbangkan sebelum akta ini dapat dilaksanakan bagi memastikan sistem pengurusan sisa pepejal lebih sistematik dan lestari. “Kehadiran delegasi kerajaan negeri ke Kedah hari ini adalah untuk melihat sendiri pelaksanaan Akta 672 yang telah dikuatkuasakan di Kedah sejak 15 tahun lalu.  “Terengganu masih belum menandatangani pelaksanaan akta ini, sama seperti Perak dan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan tersebut, semalam. Ketibaan beliau bersama 22 delegasi di Wisma Darul Aman telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria.  Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Ir. Saiful Azmi Suhaili dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr. Zaharudin Zahid. Dalam pada itu, Wan Sukairi memaklumkan, kerajaan negeri telah menjalankan beberapa kajian serta lawatan ke beberapa buah negeri sebelum ini, termasuk ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Negeri Selangor. "Tujuannya bagi mendapat maklumat lebih mendalam sebelum membawa perkara ini kepada perbincangan yang lebih khusus di peringkat negeri,” ujarnya. Sementara itu, Mejar (B) Mansor Zakaria menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Terengganu atas kesudian hadir bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai pelaksanaan pengurusan sisa pepejal di Kedah. “Apa yang kami kongsikan hari ini adalah terbuka kepada semua. Negeri Kedah melihat pelaksanaan Akta 672 sebagai satu keperluan penting kerana ia telah membantu mengurangkan aduan berkaitan sampah.  “Selain itu, kerajaan negeri turut menerima manfaat melalui program kemasyarakatan dan kebajikan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pepejal,” katanya.
17 Feb 25
466
Hukuman Sebat Di Luar Penjara, Terengganu Menunaikan Kewajipan
Hukuman Sebat Di Luar Penjara, Terengganu Menunaikan Kewajipan
Hukuman sebat di khalayak ramai yang dilaksanakan pada penghujung tahun lalu terhadap pesalah khalwat berulang bukanlah untuk menerima sebarang respon maklum balas sama ada positif ataupun negatif.
17 Feb 25
121
Tengku Muhammad Ismail Tinjau Projek Kawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus
Tengku Muhammad Ismail Tinjau Projek Kawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus
Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli 'turun padang' meninjau pelaksanaan projek Pengawalan Hakisan Pantai di sekitar pantai Kuala Nerus.
17 Feb 25
113