lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PKPD : Jawatankuasa Khas Pelihara Kebajikan PAKR Anak Ikan
PKPD : Jawatankuasa Khas Pelihara Kebajikan PAKR Anak Ikan
BESUT, 3 Ogos - Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas penyelarasan berperanan memelihara kebajikan penduduk terkesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, penubuhan tersebut turut berperanan memastikan 722 orang masyarakat berumur mulai satu hingga 80 tahun ke atas tidak tercicir. “Bantuan sewajarnya akan diagihkan kepada 152 ketua isi rumah (KIR) PAKR Anak Ikan sepanjang PKPD dilaksanakan sehingga 16 Ogos di kawasan tersebut jadi penduduk tidak perlu bimbang. “Semoga dapat bersabar warga PAKR Anak Ikan Jabi. Tempoh sukar dua minggu ini insya-Allah kita lalui bersama. kebajikan adik kakak semua keutamaan kami,” katanya menerusi Facebook rasminya, petang semalam. Dalam perkembangan sama, seramai 500 penduduk Kampung Anak Ikan di Besut telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan penularan wabak dikawal. Kerja saringan selama dua hari bermula Isnin sehingga Selasa itu berikutan kedudukan kampung tersebut berdekatan dengan PAKR Anak Ikan. “Kira-kira 250 penduduk pada Isnin akan disaring di Dataran Masjid Kampung Anak Ikan manakala selebihnya pada Selasa. “Saya harap semua penduduk dapat hadir menjalani ujian saringan ini sebagai salah satu langkah pencegahan awal. “Bagi PAKR Anak Ikan pula, penduduk sudah jalani ujian saringan pada minggu lepas dan setakat ini saya dimaklumkan sebanyak 15 kes positif COVID-19 dikesan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
02 Aug 21
261
Mazlan Dilantik Naib Canselor UMT Berkuat Kuasa Esok
Mazlan Dilantik Naib Canselor UMT Berkuat Kuasa Esok
  PUTRAJAYA, 1 Ogos – Prof Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, 59, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu, berkuat kuasa esok. Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar yang menerajui UMT selama enam tahun sejak tahun 2015. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Mazlan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perikanan daripada Universiti Putra Malaysia. Menurutnya, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pesisir Topikal) daripada University Of Newcastle, England dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Biologi dan Ekofisiologi Persekitaran Ikan) pada tahun 2001 daripada University of Wales, United Kingdom. Bersesuaian dengan portfolio beliau dalam bidang penyelidikan dan inovasi, Mazlan juga katanya telah menggerakkan usaha mempergiatkan aktiviti penyelidikan khususnya di UMT melalui pelbagai pencapaian di peringkat institusi. “Antara lainnya ialah pengiktirafan AKUATROP sebagai HiCOE kedua di UMT, mengetuai projek khas LRGS hasil kerjasama dengan beberapa buah Universiti Awam iaitu ‘Ocean Climate Change: Potential Risk, Impact and Adaptation Towards Marine and Coastal Ecosystem Services in Malaysia’ dan mewujudkan dana khas penyelidikan UMT berjumlah RM3 juta,” katanya. Noraini berkata, Mazlan turut serta menubuhkan Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan di UMT dengan matlamat utama mengenal pasti penyelidikan berpotensi untuk didaftarkan sebagai harta intelek dan seterusnya dikomersialkan. “Melalui inisiatif ini, sebanyak 105 harta intelek berjaya dihasilkan yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan UMT bagi tahun 2020. “Beliau juga menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Ichthyological Society of Japan, Marine Biology Association of United Kingdom, Asean Fisheries Society dan Taiwan Oceanography Society,” katanya. Sementara itu, Noraini berkata,  dengan visi untuk meneraju UMT sebagai universiti berfokus yang cemerlang dengan bidang tujahan utama sains marin, beliau percaya Mazlan mampu menggalas tanggunjawab dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UMT. Pada masa sama, Noraini turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Nor Aieni atas segala jasa bakti beliau. -K! ONLINE
01 Aug 21
677
Lagi 21 Lokaliti  Di Terengganu Dikenakan PKPD
Lagi 21 Lokaliti  Di Terengganu Dikenakan PKPD
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 lokaliti melibatkan tiga mukim bagi mengawal penularan COVID-19, bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mukim yang terlibat ialah Mukim Jabi yang melibatkan lokaliti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan di Besut. "Sementara itu, dua mukim di Dungun yang melibatkan sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun iaitu Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar. "Manakala di Mukim Sura sebanyak 11 lokaliti terlibat dengan pelaksanaan PKPD iaitu Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang. "PKPD di kesemua  lokaliti tersebut dilaksanakan setelah kerajaan meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menilai risiko serta trend jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini. Pelaksanaan PKPD ini, jelas Hishammuddin adalah untuk mengawal pergerakan penduduk dan mengurangkan jangkitan dalam komuniti. Selain itu katanya, PKPD akan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas  penduduk di 21 lokaliti tersebut. "Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my," jelasnya.
01 Aug 21
19135
Pulau Redang Lengang, Pengusaha Resort Kekal Optimis
Pulau Redang Lengang, Pengusaha Resort Kekal Optimis
KUALA NERUS, 1 Ogos – Pulau Redang kini melalui fasa suram akibat ketiadaan pengunjung berikutan penularan wabak COVID-19. Namun buat pengurus operasi resort Redang Bay, Lim You Jing, 37, beliau masih menaruh harapan dan mengambil pelbagai langkah drastik demi mengharungi kesan ekonomi tersebut. Katanya yang meneraju bisnes keluarganya itu sejak 1989, sebelum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun ini, resortnya mampu menarik ramai pengunjung terutamanya dari dalam negara. “Tapi sekarang, kita terpaksa tanggung kerugian sehingga RM800 setiap hari bagi menampung kos harian seperti makanan buat 25 orang pekerja dan minyak diesel untuk bot dan elektrik. “Antara langkah drastik terpaksa diambil seperti pemotongan kos elektrik dengan penutupan penjana setiap hari pada jam 5 pagi sehingga 7.30 malam, menjual beberapa bot penumpang dan lain-lain lagi. “Namun begitu, sehingga bulan ke-16 tidak beroperasi, tiada pengurangan saiz staf terpaksa dibuat dalam kalangan pekerja kontrak saya,” katanya ketika ditemubual pemberita di Redang Bay, semalam. Sehubungan itu, You Jing dan seluruh stafnya mengambil suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK) sebagai usaha menghidupkan kembali industri pelancongan mencapai status imuniti berkelompok dengan segera. “Ini memberi sinar harapan kepada kami bagi mengerakkan kembali pulau ini yang sudah tersadai sekian lama. “Melalui kerjasama dan perbincangan erat bersama persatuan resort Pulau Redang, kita bersedia menerima pelancong bila-bila masa sahaja bergantung kepada situasi dalam negara,” katanya lagi. Untuk rekod, kira-kira 1,270 penduduk Pulau Redang telah selesai disuntik dan akan dijangka siap sepenuhnya dengan dos kedua pada 28 Ogos ini.  
01 Aug 21
921
COVID-19: Terengganu Tambah Satu lagi PKRC
COVID-19: Terengganu Tambah Satu lagi PKRC
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibuka di negeri bermula esok susulan peningkatan mendadak kes positif yang berlaku semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata setakat ini terdapat enam PKRC dengan kapasiti 2,967 katil dan pembukaan yang terbaharu itu menjadikan tujuh pusat rawatan di negeri tersebut. Katanya, PKRC baharu itu beroperasi di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan di Besut dengan kapasiti 392 katil. "Sekiranya keadaan masih tidak terkawal, kita bercadang untuk menambah lagi dua PKRC iaitu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu (400 katil) dan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Hulu Terengganu (350 katil)," katanya ketika dihubungi. Semalam, Terengganu merekodkan 883 kes jangkitan baharu COVID-19 iaitu kes tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik berlaku. Daripada jumlah tersebut, 860 kes membabitkan penularan tempatan manakala kes import B (14 kes), kes import C (8 kes) dan kes orang kena tahan (satu kes) menerusi 15 kluster yang terlibat.   
01 Aug 21
2077
Mat 'Aquaman' Antara 517 Penggiat Pelancongan Pulau Redang Divaksin
Mat 'Aquaman' Antara 517 Penggiat Pelancongan Pulau Redang Divaksin
KUALA NERUS, 1 Ogos – Che Mohd Ridzwan Jaafar atau Mat yang dikatakan seiras dengan bintang filem Aquaman merupakan salah seorang daripada 517 penggiat pelancongan yang menerima vaksin COVID-19 di Pulau Redang, semalam. Dia yang juga seorang pemandu juruselam berusia 32 tahun berkata, pengambilan vaksin adalah sebagai usaha pencegahan virus daripada terus menular di sekitar tempat kerjanya di Redang Pelangi dan untuk keselamatan pelanggannya. “Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kita tidak dapat beroperasi lebih tiga bulan, dalam masa itu kita duduk saja. “Diharapkan dengan seluruh warga Pulau Redang disuntik agar ia dapat memberi peluang kepada kita untuk buka kembali. “Terima kasih kepada kerajaan negeri dan seluruh petugas kesihatan yang terlibat dalam pemberian suntikan dan penyampaian maklumat berkenaan vaksin,” katanya ketika ditemubual pemberita selepas disuntik di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Sementara itu, seorang kapten kapal layar mewah dari Brazil, Watson Gomes Da Silva menyifatkan prosedur perolehan vaksin untuknya adalah mudah dengan perkhidmatan yang terbaik. Jelasnya, dia bersama 12 orang kru kapal mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera seperti diarahkan kerajaan Malaysia dan proses suntikan sangat memuaskan. Menurut Pengarah pelancongan negeri, Fadli Yusof Zakaria, program outreach itu akan selesai suntikan 100 peratus penduduk di pulau peranginan itu melibatkan 167 pekerja asing manakala baki adalah rakyat tempatan. "Ini bagi memastikan lebih ramai penggiat industri dapat divaksin secara besar-besaran seterusnya menjadikan produk-produk pelancongan seperti pulau-pulau dan tasik di negeri Terengganu ini dapat mencapai status imuniti berkelompok dengan segera," ujarnya kepada pemberita.  
01 Aug 21
568
Penggiat Di Lima Pusat Peranginan Selesai Vaksin Akhir Ogos
Penggiat Di Lima Pusat Peranginan Selesai Vaksin Akhir Ogos
KUALA NERUS, 31 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan keseluruhan penggiat pelancongan di empat pusat peranginan dan Tasik Kenyir selesai menerima suntikan dos kedua pada akhir Ogos sebagai persediaan menerima pelancong sebaik sektor pelancongan kembali dibuka. Perkembangan tersebut dikongsi Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria, katanya antara pulau terlibat ialah seperti Pulau Redang akan selesai suntikan dos kedua pada akhir Ogos dibawah program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK). Fadli Yusof Zakaria (kiri) bersama Ahmad Faris Abdul Razak (kanan). “Menerusi program outreach ini juga, penduduk serta para penggiat industri yang terdiri daripada pengusaha, pekerja hotel dan resort serta pemandu bot menerima suntikan vaksin meyakinkan kepada pelancong untuk ke Terengganu menerusi gelembung pelancongan domestik. “Melalui proses imuniti kelompok ini, gelembung tersebut akan menjadi lebih selamat, tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga ketat dengan bukti tiada kes positif di sini,” katanya ketika ditemubual pemberita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, pagi tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak. Menjelas lanjut berkenaan tahap kesiapsiagaan industri tersebut, Fadli berkata, pihaknya mengarahkan seluruh penggiat pelancongan seperti pengusaha resort dan hotel untuk kekal bersedia menerima tetamu. “Kita tidak boleh jangka bila boleh dibuka (sempadan), namun kami yakin dengan imuniti kelompok dalam masa dua bulan akan datang pelancongan yang terjejas teruk akan rancak kembali,” katanya lagi. Dalam pada itu, Tourism Terengganu turut menyantuni 110 petugas barisan hadapan di PPV Pulau Redang dengan menyumbang barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai tanda sokongan atas keringat menjayakan kerja vaksinasi di sini.  
31 Jul 21
312
753 Penduduk Pulau Redang Terima Suntikan Vaksin
753 Penduduk Pulau Redang Terima Suntikan Vaksin
KUALA NERUS, 31 Julai – Seramai 753 orang penduduk Pulau Redang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK). Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, pejabat daerahnya yang berperanan sebagai urus setia Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi daerah tersebut berkampung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang selama dua hari. “Seramai lebih 700 orang pada hari ini akan disuntik dos pertama vaksin jenis Pfizer manakala selebihnya iaitu terdiri daripada penggiat pelancongan pada hari esok. “Program PPV Outreach ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah Kuala Nerus, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta 11 lagi agensi lain. “Seramai 110 orang petugas termasuk daripada Polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan sebagainya juga memainkan peranan dalam menjayakan PPV selama dua hari ini,” katanya ketika ditemubual pemberita di sini, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak. Sementara itu, Mohd Shafizi berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan semua penduduk di sini divaksin. “Antara usaha dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat seperti turun ke Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan setiap orang mendaftar untuk divaksin. “Di samping itu, kita juga menghantar nama-nama penerima kepada pihak Kesihatan Daerah,” jelasnya.
31 Jul 21
441
Kudung Kaki Tak Halang Warga Emas Dapatkan Vaksin
Kudung Kaki Tak Halang Warga Emas Dapatkan Vaksin
KUALA NERUS, 31 Julai – Kerisauan seorang pesakit kencing manis yang kudung kaki kanan mengenai kemungkinan tidak dapat hadir temu janji vaksin berakhir setelah dia berjaya mendapatan suntikan pencegah jangkitan COVID-19 itu di rumahnya semalam. Mat Soh Mat San, 62, hilang sebelah kakinya setelah dipotong pada bulan Ramadan lalu akibat jangkitan di peha setelah mengalami kecederaan daripada kemalangan enam tahun lalu. Katanya, dia yang tidak mampu lagi berjalan tanpa pertolongan sejak peristiwa pahit itu bersyukur kerana petugas vaksin datang ke rumahnya di Kampung Baru Pulau Redang. “Saya telah mendapat vaksin dos pertama pada bulan Jun lalu di darat, kemudian saya mendapat panggilan untuk dos kedua selepas mendapat rawatan untuk kaki saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). “Mula-mulanya saya risau, tapi Alhamdulillah, petugas mari datang ke rumah saya untuk cucuk saya dengan vaksin, terima kasih kepada petugas kesihatan dan seluruh pihak yang sudi bantu saya,” katanya yang juga penghidap darah tinggi selepas ditemubual pemberita di sini, semalam. Mat Soh merupakan antara 10 penerima vaksin yang disantuni petugas di rumah masing-masing daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus.  Dalam pada itu, seorang lagi penduduk yang mengalami sakit saraf sejak tiga tahun lalu, Muhammad Teh Hassan, 81, meluahkan rasa teruja apabila disuntik vaksin di kediamannya. "Sekarang tidak boleh keluar dan perlu bertongkat jika ingin bergerak, terima kasih kepada petugas barisan hadapan sanggup datang ke rumah saya ini," katanya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pihaknya mendahulukan warga emas dan golongan tidak mampu bergerak sendiri dalam usaha pemvaksinan di sekitar kawasan itu. “Antara usaha dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat seperti turun ke Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan setiap orang mendaftar untuk divaksin. “Di samping itu, kita juga menghantar nama-nama penerima kepada pihak Kesihatan Daerah,” jelasnya.
31 Jul 21
352
Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang
Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang
KUALA NERUS, 31 Julai – Polis Terengganu menggerakkan Operasi Bantu (Op Bantu) di Pulau Redang di sini bagi mengatasi kesukaran masyarakat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian akibat keterbatasan pergerakan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, operasi tersebut berjalan dengan penyaluran bantuan buat warga pulau terbabit melibatkan 40 buah rumah. Sumber foto : Facebook Polis Terengganu “Umum mengetahui, sumbangan ini adalah hasil kutipan elaun COVID-19 Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah Polis Terengganu khusus bagi tujuan membantu mereka yang terkesan pandemik ini. “Bantuan yang kami sampaikan ini adalah atas dasar semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', memandangkan ramai anggota masyarakat di pulau ini bergantung kepada sektor pelancongan, yang terjejas teruk akibat pandemik ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Dalam pada itu, Datuk Rohaimi bersama rombongannya turut melawat Balai Polis Pulau Redang bagi menyampaikan barangan keperluan harian untuk kegunaan balai dan anggota. “Bantuan sama turut disampaikan kepada tiga orang anggota RELA sebagai tanda menghargai jasa mereka sebagai sahabat barisan hadapan,” katanya lagi.
31 Jul 21
361