lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) berjaya menahan tiga buah bot tempatan yang berdaftar di Pahang bersama 15 kru dengan nilai sitaan keseluruhan hampir RM3 juta di perairan berdekatan Pulau Nyirih, Dungun.
03 Jan 22
421
Umbro Taja Jersi TFC RM2 Juta
Umbro Taja Jersi TFC RM2 Juta
Terengganu Football Club (TFC) mengorak langkah menggunakan jersi berjenama antarabangsa, Umbro bagi musim 2021-2022.
03 Jan 22
367
Semoga Ada Sinar Baru Buat Mangsa Banjir
Semoga Ada Sinar Baru Buat Mangsa Banjir
Kerajaan Terengganu berharap Operasi Bantuan Banjir Ke Pahang yang bermula 28 Disember dan berakhir baru-baru ini mampu memberikan sinar baru buat mangsa banjir di negeri terbabit.
03 Jan 22
463
Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.
03 Jan 22
314
Sebak Lihat Keajaiban Al-Quran
Sebak Lihat Keajaiban Al-Quran
Sukarelawan banjir daripada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu tidak dapat menahan sebak melihat keajaiban kitab suci al-Quran yang ditemui tidak basah dan rosak semasa menjalankan Operasi Bantuan di Pahang.
03 Jan 22
151
Tiga Bot Pukat Tunda Pahang Ditahan
Tiga Bot Pukat Tunda Pahang Ditahan
Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) berjaya menahan tiga buah bot tempatan yang berdaftar di Pahang bersama 15 kru dengan nilai sitaan keseluruhan hampir RM3 juta di perairan berdekatan Pulau Nyirih, Dungun.
03 Jan 22
217
Pelajar KQT Timba Pengalaman Baru
Pelajar KQT Timba Pengalaman Baru
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) yang julung-julung kali diadakan telah membawa pengalaman baru kepada penuntutnya sekali gus mampu melahirkan qari dan qariah cemerlang di peringkat tertinggi.
03 Jan 22
437
Amaran Cuaca Buruk Hampir Di Seluruh Negeri
Amaran Cuaca Buruk Hampir Di Seluruh Negeri
KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini. MetMalaysia dalam laporannya berkata, status amaran cuaca bahaya di keluarkan di kebanyakan kawasan di negeri Terengganu, Johor dan Pahang. “ Sementara itu, amaran cuaca buruk pula dijangka berlaku di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  “Manakala amaran peringkat waspada melibatkan kawasan di Perak dan Kedah,”katanya. Dalam pada itu, amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di Sabah melibatkan Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan Kapit, Sibu, Sarikei dan persisiran Mukah. Bagaimanapun, menjelang petang nanti, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi untuk berlaku di seluruh Semenanjung kecuali Perlis. Katanya, ketika ini rantau negara masih menerima luruan angin Timur Laut dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 60 km (kilometer) sejam dan ketinggian ombak boleh mencapai 4.5 meter. Oleh itu, MetMalaysia juga mengekalkan amaran peringkat bahaya bagi keadaan laut bergeloran dan angin kencang di kawasan Condore, Reef North dan Palawan. “Orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca,” ujarnya.
03 Jan 22
1275
Besut Dijangka Banjir Esok
Besut Dijangka Banjir Esok
KUALA TERENGGANU, 3 Januari – Jabatan Pengairan Dan Saliran Kementerian Alam Sekitar Dan Air telah mengeluarkan amaran banjir di daerah besut mulai esok (4 Januari) susulan amaran hujan berterusan bahaya oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta status aras air semasa. Menurut kenyataan rasmi tersebut, ia melibatkan lembangan Sungai Besut dan Sungai Keruak yang dijangka bakal mencetuskan banjir di Kampung Keruak, Kampung Belaoh dan kawasan rendah sekitarnya. “Semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada.  “Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PublicinfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir,” katanya yang juga daripada Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN). Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 137 orang setakat jam 8 pagi ini dan kesemua mangsa daripada 42 keluarga itu ditempatkan di dua PPS di Dungun. Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, hanya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu 3.69 meter (m) berbanding paras normal 1.4 m.
03 Jan 22
1725
1,000 Orang Sertai "Event Kayuhan YBC 2022"
1,000 Orang Sertai "Event Kayuhan YBC 2022"
KEMAMAN, 2 Januari - Hampir 1,000 peserta telah mendaftarkan diri dan mengambil bahagian dalam program "Event Kayuhan YBC 2022" yang telah berlangsung dengan meriahnya, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata beliau bersyukur di atas kejayaan penganjuran program tersebut. "Alhamdulillah, program berbasikal yang kami adakan hari ini mendapat sambutan yang sangat baik. Kami melihat para peserta gembira sepanjang kayuhan basikal ini berlangsung.  "Ini merupakan satu permulaan yang baik sempena sambutan tahun baharu 2022. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakannya," ujarnya kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Kayuhan basikal pada kali ini mengambil perjalanan sejauh 40 kilometer melibatkan laluan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai dan DUN Air Putih.  Program ini hanya mengenakan yuran pendaftaran serendah RM25.00. Peserta akan menerima sehelai baju T-shirt "Hashtag YBC". Dalam masa yang sama, pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan termasuk hadiah utama sebuah motosikal dan seutas gelang emas.  
02 Jan 22
464