lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

72 PPV Untuk Dos Penggalak Dibuka Di Terengganu
72 PPV Untuk Dos Penggalak Dibuka Di Terengganu
Terengganu mengaktifkan 72 pusat pemberian vaksin PPV COVID-19 di semua lapan daerah di negeri itu bagi meningkatkan kapasiti pemberian suntikan dos penggalak di Terengganu.
11 Jan 22
142
Lapan Kes Omicron Dikesan Di Terengganu
Lapan Kes Omicron Dikesan Di Terengganu
Sebanyak lapan kes varian Omicron dikesan di negeri ini sehingga semalam membabitkan individu yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.
11 Jan 22
98
Industri Pelancongan, Perhotelan Penyumbang Utama Ekonomi Negeri
Industri Pelancongan, Perhotelan Penyumbang Utama Ekonomi Negeri
KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Industri pelancongan dan perhotelan antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, hotel-hotel di Terengganu masih terus beroperasi dengan baik dan tidak begitu mengalami kejatuhan. “Hotel-hotel dibawah kerajaan negeri telah mencatatkan keuntungan berganda sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. “Apabila saya mengumumkan pembukaan beberapa kawasan pelancongan melalui ‘Travel Bubble’ (SOP Gelembung Pelancongan) dengan pematuhan SOP yang ketat kita melihat keputusan tersebut pada waktu itu adalah tepat pada masanya bagi menyemarakkan kembali industri pelancongan dan menggalakkan pembukaan sektor pelancongan lebih awal,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Terengganu Inc. dan UiTM di Hotel Permai, hari ini. Turut hadir, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanudin Hilmi Mohamed dan Rektor UiTM cawangan Terengganu, Prof Ts Dr Mazidah Puteh. Menurut Ariffin, apabila sektor pelancongan aktif ia akan memberi limpahan kepada permintaan tempat tinggal seperti hotel, 'homestay' dan lain-lain.  “Jika kehadiran pelancong terus meningkat, industri perhotelan dalam negeri dijangka terus meningkat dan menjana keuntungan,” ujarnya. Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, seluruh dunia baru sahaja pulih daripada kejatuhan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19.  “Industri perhotelan Malaysia telah dianggarkan kehilangan pendapatan lebih RM5 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. “Anggaran tersebut adalah berdasarkan kadar penghuni  bagi tempoh berkenaan. Lebih 91 buah hotel di Malaysia terpaksa ditutup sementara dan malah ada yang terpaksa menutup sepenuhnya," katanya. Tambah beliau, kerajaan negeri turut menyasarkan kedatangan sekitar tiga juta pengunjung ke Terengganu pada tahun 2022. “Kita lihat dulu untuk enam bulan pertama tahun ini kerana kita masih dalam tempoh pemulihan semula industri pelancongan negeri disebabkan pandemik COVID-19,” ujarnya.
11 Jan 22
465
Terengganu Inc, UiTM Jalin Kerjasama Strategik
Terengganu Inc, UiTM Jalin Kerjasama Strategik
KUALA TERENGGANU, 11 Januari- Syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc.) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan lagi pembangunan industri pelancongan di negeri ini. MoU selama dua tahun itu merangkumi pemindahan kepakaran industri, penyediaan tempat latihan industri, penyelidikan dan juga pertukaran ilmu. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanudin Hilmi Mohamed berkata, kerjasama strategik itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dimana membolehkan talent-transfer daripada universiti kepada pihak hotel dan juga, knowledge-transfer daripada pihak pengendali hotel kepada pelajar. “Malah pihak hotel juga berpeluang untuk menghantar pekerja sedia ada untuk menyambung pelajaran atau menambah baik kemahiran melalui kursus yang dirancang bagi tujuan kerjasama di peringkat seterusnya. “Kami mengalu-alukan UiTM untuk merangka pelan strategik bagi penggalakkan latihan dan skill enhancement trainning, juga ‘profesional diploma’ bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan dan latihan, meningkatkan kemahiran sedia ada dan juga mendokumenkan kemahiran dan pengalaman mereka,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Terengganu Inc. dan UiTM di Hotel Permai, hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Burhanudin dan Rektor UiTM cawangan Terengganu, Prof Ts Dr Mazidah Puteh sambil disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman. Menurut Burhanudin, Terengganu Inc. mewakili keempat-empat hotel kerajaan negeri iaitu Primula Beach Hotel, Permai Hotel, Duyong Marina & Resort dan Paya Bunga Hotel. “Hotel-hotel kami telah memberikan penempatan kepada 78 pelajar UiTM mulai tahun 2019 hingga 2021 yang mana secara puratanya adalah seramai 20 orang setiap hotel pada setiap tahun,”jelasnya. Sementara itu, Mazidah berkata UiTM sentiasa bersedia untuk menghantar seberapa ramai pelajar untuk menjalani latihan industri berdasarkan permintaan pihak hotel termasuk di dalam dan luar negara.  
11 Jan 22
710
72 PPV Untuk Dos Penggalak  Dibuka Di Terengganu
72 PPV Untuk Dos Penggalak  Dibuka Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Terengganu mengaktifkan 72 pusat pemberian vaksin PPV COVID-19 di semua lapan daerah di negeri itu bagi meningkatkan kapasiti pemberian suntikan dos penggalak di Terengganu. Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dato Dr Kasemani Embong berkata, jumlah itu melibatkan operasi 24 PPV klinik kesihatan kerajaan, PPV klinik swasta (39), PPV hospital swasta (dua) dan tujuh PPV 'off-site'. "Empat PPV off-site yang telah beroperasi ialah di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu; Dewan Sivik Bijangga, Dungun; Dewan Gong Kemuntong, Besut dan Rimba Square di Kuala Nerus. "Bermula hari ini, tiga lagi PPV 'off-site' juga memulakan operasi iaitu di Dewan Serbaguna Tepoh, Kuala Nerus; Dewan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun dan lot kedai Padang Laban, Bukit Payong di Marang," katanya dalam satu kenyataan semalam. Tambah beliau lagi, seramai 179,300 orang atau 24.9 peratus daripada jumlah populasi rakyat Terengganu sudah menerima dos penggalak sejak suntikan itu mula diberikan kepada umum sehingga Sabtu. Dalam pada itu, Dr Kasemani juga berkata , kes harian positif Covid-19 di Terengganu juga menunjukkan penurunan sejak tiga hari lalu dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) berada pada bacaan 0.87 dalam tempoh tersebut. “Kes positif di Terengganu turut menunjukkan pengurangan apabila pendaftaran kes juga direkodkan berada di bawah 100 kes dalam tempoh tiga hari sehingga semalam,”ujarnya.  
11 Jan 22
931
Kerjasama Kerajaan Terengganu, ATM Berkesan Tangani Banjir
Kerjasama Kerajaan Terengganu, ATM Berkesan Tangani Banjir
Kerjasama antara Kerajaan Terengganu dan Angkatan Tentera Malaysia serta agensi penyelamat lain dalam melaksanakan operasi banjir di negeri ini cukup berkesan.
11 Jan 22
147
'Hasrat Bina Rumah Sendiri Bersama Isteri Tercapai'
'Hasrat Bina Rumah Sendiri Bersama Isteri Tercapai'
Penantian lebih 170 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di daerah ini untuk mendapat geran hak milik tanah akhirnya hampir menjadi kenyataan.
11 Jan 22
206
Irfam Pelajar OKU Pertama Habiskan Hafalan 30 Juzuk
Irfam Pelajar OKU Pertama Habiskan Hafalan 30 Juzuk
Bukan sahaja menjadi pelajar yang terawal memasuki Markaz Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (MTOKUMP) malah dia juga berjaya menjadi pelajar pertama menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Quran
10 Jan 22
431
Sijil Vaksin Palsu : Kerajaan Negeri Pantau Penjawat Awam
Sijil Vaksin Palsu : Kerajaan Negeri Pantau Penjawat Awam
KUALA NERUS, 10 Januari – Kerajaan negeri akan memantau secara berterusan serta mengambil tindakan segera terhadap penjawat awam negeri yang didapati memalsukan atau memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 tiruan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, isu tersebut diberi perhatian kerana ia melibatkan kesihatan dan keselamatan masyarakat. “Jika didapati seorang doktor terlibat maka ia isu berat kerana melibatkan etika perubatan, pihak kesihatan akan mengambil tindakan sepatutnya bagi golongan sedemikian atas kerja kurang amanah tersebut. “Kebiasaannya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Malaysian Medical Council akan mengambil tindakan membatalkan lesen operasi klinik dan perubatan jika didapati pegamal kesihatan tersebut didapati bersalah. “Arahan telah dikeluarkan kepada jabatan-jabatan bagi memantau golongan anti-vaksin serta mereka yang terlibat dengan pembelian sijil suntikan tiruan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang doktor sebuah klinik swasta oleh polis di Marang, hari ini. Jelasnya, kerajaan negeri juga akan menyerahkan sepenuhnya kerja penyiasatan kepada Polis dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang. Terdahulu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa melaporkan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun, dicekup kelmarin, bagi membantu siasatan berkaitan lebih kegiatan pemalsuan 1,900 sijil vaksinasi COVID-19.
10 Jan 22
1241
Sindiket Penjualan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Tumpas
Sindiket Penjualan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Tumpas
KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Taktik seorang doktor swasta mengeluarkan sijil vaksinasi palsu terbongkar apabila dia ditahan polis, kelmarin.  Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang. Berikutan itu katanya seorang doktor lelaki berusia 51 tahun, dicekup kelmarin, bagi membantu siasatan dan turut dirampas dokumen berkaitan, kad janji temu vaksin yang menjalani dos satu, komputer riba, telefon dan sebagainya. Jelasnya, mengikut siasatan awal, pihaknya mendapati ada sebahagian golongan anti vaksin mendapatkan sijil itu di klinik berkenaan dan membeli melalui atas talian sebelum di pos kepada golongan sasar berkenaan.  “Ada individu yang datang untuk menerima suntikan tetapi sekiranyanya dia mendapat maklumat bahawa doktor ini menjalankan kegiatan tidak menyuntik tapi tetap keluarkan sijil mereka sanggup datang termasuk dari Kedah dan Kuala Lumpur. "Bagaimanapun, tidak semua sijil vaksin itu palsu dan kita sedang menyiasat berapa individu yang benar-benar menerima suntikan dan tidak disuntik. “Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”ujarnya kepada pemberita di Sidang Media Tangkapan Penjualan Sijil Vaksinasi di Bilik Mesyuarat IPK Kuala Terengganu, di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong turut mengesahkan klinik swasta berkenaan  belum mendapat kelulusan memberikan suntikan vaksin kepada orang ramai. Katanya, tindakan licik doktor berkenaan mengundang padah sekiranya didapati bersalah boleh digantung atau dibatalkan pendaftaran sebagai pegawai perubatan dan klinik di bawah pemilikannya yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan Perkhidmatan  Jagaan Kesihatan Swasta 1998 Akta 5-8-6 turut dibatalkan dan diarah tutup. Tambah beliau lagi, di bawah Akta 3-4-2 iaitu Akta Pencegahan dan Pegawaian Penyakit Berjangkit 1988, individu-individu yang memiliki sijil Vaksinasi tanpa suntikan sebenar boleh dikompaun sekiranya dibuktikan telah melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan vaksinasi lengkap di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti merentas negeri, merentas negara, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, pihaknya akan mengenalpasti mereka-mereka  mendapat sijil vaksin secara tidak mengambil suntikan tersebut  dengan memberi nasihat dan kaunseling supaya mereka menerima suntikan vaksin selepas ini.   
10 Jan 22
4758