Artikel "Utama" Terkini
Industri Pelancongan, Perhotelan Penyumbang Utama Ekonomi Negeri
Industri pelancongan dan perhotelan antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri Terengganu.
12 Jan 22
196
RTB : PDT Kemaman Antara Yang Terbaik
KEMAMAN, 12 Januari - Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman merupakan antara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah tanah rakyat di Terengganu.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, dengan kecekapan pengurusan jabatn tersebut secara tidak langsung menjadikan Kemaman muncul sebagai daerah yang paling banyak menyelesaikan masalah permohonan tanah rakyat ini.
"Saya ucapkan tahniah kepada pentadbir tanah daerah Kemaman, pegawai serta kakitangannya kerana berusaha sedaya mungkin dalam menyelesaikan lambakkan permohonan tanah ini.
"Walaupun dengan tenaga kerja yang sedia ada tanpa menambahkan jumlah pegawai dan kakitangan, namun mereka masih mampu mengurus dan menyelesaikan masalah ini dengan baiknya," ujar beliau dalam ucapan perasmian Majlis Undi Lot Racangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, semalam.
Majlis tersebut diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal yang melibatkan RTB Kampung Payoh dan Kampung Pondok Pasir dengan seramai 133 orang peserta kesemuanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam Wan Jusoh beserta pegawainya dan Ketua Biro Tanah DUN Kijal iaitu Zabidin Awang.
12 Jan 22
729
"Fokus Beri Pancing Dan Umpan, Bukan Ikan" - Dr Azman
SETIU, 12 Januari – Kerajaan negeri memfokuskan strategi menyediakan ‘pancing dan umpan’ (input dan peralatan pertanian) buat warga tani berbanding memberi ‘ikan’ sebagai salah satu cara mengeluarkan rakyat Terengganu daripada kadar kemiskinan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, setiap program dijalankan oleh pihaknya dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 menyasarkan sekurang-kurangnya golongan tani berpendapatan RM3,000 ke atas.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim bersama Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh menyantuni penerima Pakej Rangsangan Ekonomi Nanas
“Kita ingin rakyat kita berdikari dan berusaha, terdahulu pelbagai program dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dari Januari hingga November tahun lepas telah memberi manfaat kepada sejumlah 5,949 orang warga tani dengan nilai RM3 juta.
“Suntingan daripada peralatan dan jentera sehingga biji-biji benih telah diagihkan tahun lepas dan kita cuba elakkan bantuan ikan kerana ia meletakkan rakyat sentiasa mengharapkan bantuan jangka masa pendek dihantar ke rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Nanas Kepada Pengusaha Nanas Terengganu di Lembaga Perindustrian Nanas, Sg. Tong, semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh berkata, pihaknya mendapati 90 peratus pengusaha nanas yang dilahirkan hasil Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM), berjaya memperoleh purata pendapatan RM5,000 sebulan.
“Data diperoleh daripada hasil satu kajian impak melibatkan 1,500 pengusaha nanas, di seluruh negara membuktikan hasil mereka keluar dari kategori kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40),
"Setiap tahun, kita telah membangunkan 1,000 pengusaha nanas dan sepanjang tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kita berjaya membangunkan 5,000 pengusaha tanaman itu,” jelasnya.
12 Jan 22
432
Lebih 150 Pengusaha Nanas Terima Bantuan RM1.89 Juta
SETIU, 12 Januari – Sehingga kini, kerajaan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menyalurkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM1.89 juta kepada lebih 150 petani nanas di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia meliputi peruntukan RM328,555 melibatkan insentif bantuan dan peralatan seperti set mesin pam semburan serta insentif lori pengangkut.
Katanya, pembangunan tanaman nanas telah menerima peruntukan berjumlah RM1.5 juta dibawah skop Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi serta lain-lain peruntukan, melibatkan ladang kontrak serta industri kecil dan sederhana.
“Sektor nanas merupakan salah satu daripada fokus kita dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 dalam menjadikan kita sebagai negeri pengeluar makanan utama di negara.
“Kita telah mengorak langkah dalam penanaman segmen pertanian ini kearah skala lebih komersial, antaranya projek tanaman nanas MD2 di tanah terbiar seluas 350 ekar di Kampung Pak Kancil di sini bakal memberi pulangan sebanyak RM14.4 juta pada Februari 2023,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Nanas Kepada Pengusaha Nanas Terengganu di Lembaga Perindustrian Nanas, Sg. Tong, semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarah LPNM, Mohd Khairuzamri M. Salleh, Terengganu mempunyai potensi besar bagi perluaskan kawasan tanaman nanas yang pada ketika ini sudahpun mencecah 300 hektar.
“Antara kawasan penanaman utama nenas adalah terletak di daerah Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.
“Tumpuan pastinya terhadap tanaman nanas varieti premium seperti MD2 untuk pasaran tempatan dan juga eksport,” jelasnya.
PRE Prihatin Pengusaha Nanas merupakan satu peruntukan tambahan kepada LPNM melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan MAFI yang di salurkan pada pertengahan 2020, bertujuan merangsang ekonomi sektor industri nanas disebabkan pandemik Covid-19.
12 Jan 22
683
D-Hati Bakal Perkasa OKU Di Terengganu
BESUT, 12 Januari - Semangat golongan kurang upaya di Terengganu untuk mengubah nasib hidup mereka sentiasa dititikberatkan kerajaan negeri melalui Dana Prihatin Terengganu-OKU (D-Hati).
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, golongan istimewa yang menceburi bidang keusahawanan akan sentiasa dibantu pihaknya melalui pembiayaan dana tersebut.
"D-Hati merupakan dana khas yang disediakan melalui dana bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di bawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) kepada usahawan kelainan upaya bagi mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita.
Penerimaan pakej kiosk ayam gunting SUBDEPO daripada YPU
Terdahulu, beliau telah menyerahkan dua pakej bantuan kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) semalam kepada seorang pengusaha pekak bisu telah menerima bantuan tambah nilai perniagaan dengan sumbangan pakej kiosk ayam gunting SUBDEPO.
"Satu lagi pakej bantuan berupa peti sejuk beku, kanopi, kerusi dan meja plastik pula diserahkan kepada pasangan suami isteri OKU bagi mengembangkan perniagaan mereka.
"Kita sangat kagum dengan tekad mereka untuk menceburi bidang keusahawanan, diharap dengan bantuan ini kita dapat memberi kemudahan serta meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Pasangan OKU menyediakan ayam gunting buat pelanggan
12 Jan 22
839
Sindiket Penjualan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Tumpas
Taktik seorang doktor swasta mengeluarkan sijil vaksinasi palsu terbongkar apabila dia ditahan polis, kelmarin.
12 Jan 22
195
Sijil Vaksin Palsu : Kerajaan Negeri Pantau Penjawat Awam
Kerajaan negeri akan memantau secara berterusan serta mengambil tindakan segera terhadap penjawat awam negeri yang didapati memalsukan atau memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 tiruan.
12 Jan 22
161
Longgokan Sampah: Kontraktor Langgar Syarat Bakal Didakwa
Kontraktor yang berterusan melanggar syarat ditetapkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan terbabit.
12 Jan 22
160
Bayar Awal Premium Tanah, Cepat Dapat Hak Milik
Kerajaan negeri mengingatkan penerima Borang 5A supaya menjelaskan bayaran premium harga tanah dalam tempoh tiga bulan seperti yang ditetapkan supaya tidak merugikan mereka.
11 Jan 22
224
Bawa Perkhidmatan Awam Negeri Ke Dimensi Baru
Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menyeru ketua jabatan untuk bersama-sama beliau membawa perkhidmatan awam negeri Terengganu ke dimensi baharu.
11 Jan 22
246