Artikel "Utama" Terkini
Pembalakan Terpilih Tidak Ganggu Habitat Harimau
Pembalakan secara terpilih dan terancang adalah baik untuk populasi haiwan seperti harimau Panthera Tigris kerana hanya sebilangan pokok tertentu sahaja ditebang bagi mengekalkan kelestarian hutan.
03 Feb 22
195
Pembangunan Tenaga Solar Jana Hasil Baharu Terengganu
Pembangunan projek penjanaan solar bakal menjana pendapatan baharu kepada negeri Terengganu.
03 Feb 22
214
Nasib Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Terbela
Nasib tujuh keluarga yang menjadi mangsa rumah terbakar di Taman Islam Kampung Bakau Tinggi terbela apabila kerajaan negeri akan membina kediaman baharu untuk mereka.
03 Feb 22
179
JPNT Tahan Empat Bot Ancam Penyu
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) menahan empat bot nelayan tempatan dalam Ops Penyu yang menyasarkan penggunaan pukat pari dan pukat tunda musim tengkujuh (PTMT) tanpa kebenaran.
Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, Unit Perlindungan Sumber telah mengadakan operasi tersebut di sekitar perairan Kuala Terengganu hingga Marang.
“Bot pertama ditahan pada 7.30 pagi semalam pada jarak 0.3 batu nautika dari Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kerana menjalankan aktiviti pukat tunda musim tengkujuh tanpa kebenaran.
“Seterusnya, bot kedua dan ketiga ditahan kerana kesalahan melanggar syarat lesen dan tidak memasang peranti penyisih penyu (TED).
"Dalam operasi tersebut juga, kami menahan sebuah bot pukat jerut ikan zon C di perairan Pulau Tenggol, Dungun kerana menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, terdapat seekor penyu juvenil terperangkap di dalam peralatan pukat tunda yang digunakan pada salah satu daripada empat vesel yang ditahan.
“Semua vesel tersebut di bawa ke Pangkalan Pulau Kambing untuk di siasat di bawah Sek. 11(3)(a) – mengendalikan peralatan tanpa suatu lesen yang sah, 11(3)(b) – memiliki peralatan tanpa suatu lesen yang sah dan Sek. 8(b) iaitu melanggar syarat lesen.
“Kami memandang serius kes kematian penyu kebanyakannya mati disebabkan kecuaian manusia seperti pembuangan sampah terutama plastik, penggunaan pukat yang tidak dibenarkan, pembuangan pukat yang rosak (ghost net) ke laut dan perbuatan khianat.
“Setiap tahun, pelbagai program pendidikan telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dan kesedaran kepada orang awam terutama pengusaha sektor pelancongan dan nelayan supaya bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga haiwan marin ini yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan ekosistem di lautan,” katanya lagi.
Tegas Ruzaidi, Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang penemuan penyu yang masih hidup atau mati dengan menghubungi hotline FISHCOM di talian 03-8870 4058 atau Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil.
Sehingga kini, sebanyak 16 kes kematian penyu yang mana 16 ekor adalah Penyu Agar dan seekor Penyu Lipas sehingga 31 Januari 2022 hasil Laporan penemuan penyu mati diterima oleh orang awam.
02 Feb 22
764
Panggilan 'Awang' dan 'Mek' Tanda Hubungan Baik Antara Kaum
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Gelaran 'awang' dan 'mek' merupakan manifestasi keakraban baik antara kaum di dalam Terengganu dan keberadaan mereka yang amat dihargai oleh masyarakat sekeliling.
Menerusi perutusan Tahun Baharu Cina, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, panggilan tersebut bukanlah perkara asing untuk majoriti penduduk di negeri ini
"Sambutan bagi tahun ini adalah Tahun Harimau. Bagi budaya dan kepercayaan masyarakat Tionghoa, ia dikaitkan dengan kasih sayang, kekuatan dan semangat. Diharapkan kehadiran tahun harimau akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan keluarga Malaysia.
"Tahun ini, perayaan Tahun Baharu Cina sekali lagi disambut dalam suasana norma baharu disebabkan pandemik COVID-19, namun lebih menggembirakan apabila prosedur operasi standard (SOP) sambutan tahun ini lebih longgar berbanding tahun lepas termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga dan aktiviti ziarah.
"Saya berharap kelonggaran yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya, sentiasa patuhi SOP serta utamakan keselamatan diri dan orang sekeliling kita," katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.
Jelasnya, beliau turut menasihati kepada warga perantauan yang pulang ke kampung halaman supaya merancang perjalanan dengan sebaik mungkin dan memandu dengan penuh berhemah.
"Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuai Le kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Malaysia khususnya di Terengganu. Semoga kehadiran tahun baru ini membawa keharmonian dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan," katanya lagi.
02 Feb 22
546
'Mari Cuba Dulu, Masuk 8 Pagi Balik 2 Petang'
SETIU, 2 Februari – “Mari cuba dulu, beban kerja di sini bergantung kepada kebolehan kita dan pelbagai faedah diperoleh dapat berbanding bekerja sendiri," luah seorang pekerja ladang TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) yang menyarankan anak negeri merebut peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.
Menurut Mohd Rozi Ghazali, 44, pengalaman bekerja selama empat bulan bekerja di ladang sawit milik anak syarikat kerajaan negeri amat positif di samping jadual kerja yang fleksibel.
Mohd Rozi Ghazali memikul alat penuai kelapa sawit
“Memang kita lihat industri sawit ini agak penat dari segi kudrat digunakan, namun di sini ia diringkaskan dengan jadual bergantung keupayaan sendiri bersama suasana kerja berpasukan yang akrab.
“Jika masuk 8 pagi boleh pulang waktu 2 petang (mengikut keupayaan), jika orang tempatan tidak ambil kerja ini amat rugi, dengan elaun rumah, minyak dan lain-lain sehingga RM600.
“Pendapatan di sini amat memadai dan saya dapat sara empat orang anak beserta isteri, cuma perlu rajin berkhidmat sahaja,” katanya ketika ditemu bual pemberita, hari ini.
Berkongsi pendapat serupa, rakan setugasnya, Mohd Adam Abdul Samad, 32, menjelaskan pendapatan kerja diraihnya sebagai seorang penuai mencecah hampir RM4,000.
Menurutnya yang berasal dari Kampung Lembah Bidong, dia tidak menyesal beralih bidang daripada menjadi seorang penternak udang kepada penuai sawit apabila menerima manfaat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta manfaat kesihatan.
“Kalau kita sakit, semua TDMP tanggung, jika kerja kampung kita tiada jaminan tersebut. Jadi kepada mereka diluar sana jangan takut kerja di ladang sawit, jika kita bekerja bersungguh-sungguh, hasil amat lumayan,” jelasnya.
Bagi seorang pekerja berusia 50 tahun, Fauzi Mohamad menceritakan usia bukan penghalang bagi orang kampung dan tempatan untuk bergiat dalam industri perladangan tersebut.
“Paling tinggi gaji saya lebih RM3,000 berdasarkan prestasi kerja, kalau saya umur sedekad ini mampu apatah lagi orang muda dalam Terengganu di luar sana boleh raih pendapatan dan peluang ini,” tambahnya.
Baru-baru ini, TDM Berhad (“TDM” atau “Kumpulan”) menawarkan 800 peluang pekerjaan kepada warga tempatan dalam tempoh pandemik COVID-19.
Pengarah Eksekutifnya, Najman Kamaruddin berkata pihaknya kini giat menjalankan usaha merekrut penduduk tempatan, terutamanya masyarakat di kawasan perniagaan syarikat berada dan beroperasi di kesemua 13 ladang miliknya di Terengganu.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pekerjaan kosong disediakan TDM Berhad boleh merujuk paparan iklan dibawah :
02 Feb 22
10933
6,094 Saman Pelbagai Kesalahan Trafik Dikeluarkan Dalam Tempoh Tiga Hari
KUALA NERUS, 31 Januari- Sebanyak 6,094 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan Polis Terengganu dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina, sejak Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,042 merupakan saman atas kesalahan pandu laju.
Katanya, kemasukan sehingga 37,836 kenderaan dalam sehari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan saman trafik berkenaan.
“Pada 28 dan 29 Januari lalu, jumlah kenderaan di LPT2 dikesan meningkat tiga kali ganda berbanding kebiasaan.
“Di samping itu, sebanyak 98 kes kemalangan dengan dua kematian direkodkan sepanjang tiga hari Op Selamat berbanding 85 kes dan tiga kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.
Sementara itu, Wan Rukman berkata, polis turut membuat tujuh sekatan jalan raya di seluruh negeri dengan melibatkan seramai 163 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Katanya, selain untuk membendung peningkatan kemalangan jalan raya dan kematian, Op Selamat juga dapat melancarkan aliran trafik di samping mencegah kejadian pecah rumah.
“Tumpuan kita adalah kepada enam kesalahan utama antaranya had laju, melanggar lampu isyarat, penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan memotong garisan berkembar,” katanya.
31 Jan 22
716
4040 Limau Mandarin Diagihkan Sempena Tahun Baharu Cina
KUALA TERENGGANU, 3 Februari – Bersempena Tahun Baharu Cina 2022, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah mengagihkan sebanyak 4040 biji buah Limau Mandarin.
Agihan buah Limau Mandarin itu telah disempurnakan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kepada masyarakat kaum Tionghoa dalam DUN tersebut.
“Agihan buah limau yang kita adakan hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di samping memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat khususnya di DUN Batu Buruk ini.
“Justeru, saya mengucapkan selamat bercuti buat semua dan selamat Tahun Baharu Cina 2022,” kata Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.
31 Jan 22
260
'Tak Sabar Menanti Siapnya Jambatan Baharu Marang'
Rata-rata penduduk di Terengganu khususnya di daerah ini sudah tidak sabar menanti siapnya jambatan baharu Marang yang bakal menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.
31 Jan 22
294
Penantian Separuh Abad Jambatan Baharu Marang
Penantian lebih separuh abad masyarakat Terengganu khususnya di Marang bakal berakhir apabila projek menaiktaraf jalan dan jambatan merentasi Sungai Marang bernilai RM338.5 juta berjalan.
31 Jan 22
295