Artikel "Utama" Terkini
Hotel Primula Santuni 24 Pesakit Kanser Di HSNZ
KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Primula Beach Hotel berpeluang meraikan 24 orang pesakit kanser di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sempena Hari Kesedaran Kanser Sedunia 2022 sebagai tanda sokongan moral kepada mereka.
Pengurus Besarnya, Suabah Harun berkata sebagai anggota masyarakat yang prihatin, pihaknya terpanggil untuk memberi sokongan moral kepada pesakit kanser agar dapat meringankan beban yang dihadapi.
Katanya, ini termasuk menyantuni pesakit kanser termasuk kakitangan hospital yang setia menjaga mereka dengan kata-kata perangsang untuk mengembalikan semangat dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan.
“Sebanyak 100 hidangan pemanis mulut yang disediakan oleh chef pastry Primula Beach Hotel diagihkan kepada 24 orang pesakit kanser dan kakitangan hospital yang bertugas di wad kanser HSNZ.
“Sumbangan ini adalah tanda sokongan dan penghormatan Primula Beach Hotel kepada mereka yang sedang bertarung mahupun yang sudah sembuh untuk terus melanjutkan kehidupan mereka bersama yang tersayang,” ujarnya kepada pemberita.
Beliau juga berharap agar program seperti ini akan diteruskan bagi menyuarakan sokongan dan menerapkan nilai tidak putus asa dan terus tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Terdahulu, Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tema tahun ini iaitu 'Close the Care Gap' atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.
07 Feb 22
376
From Japan To Terengganu, Kazuki Shares His Experience
KUALA NERUS, 7 February - Having a career as a Japanese language teacher spanning eight years, Kazuki Iseno, 43 has a lot of unique perspectives about the local culture, cuisine and colourful personalities of Terengganu.
Working at Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus since 2012, the father of one daughter said, his first impressions of the ‘City of Kuala Terengganu’ was not as city-like as he imagined compared to Kuala Lumpur.
“Terengganu was not as developed compared to today, before this, there was only a handful of stores, no big supermarkets and no fast-food restaurants, although, it does remind me of my hometown in Kobe.
“There was no hot shower too which was surprising at first, the norm in Japan and other countries I have been to such as the United States, China and Sweden. However, these are only minor grips of an overall pleasant journey.
“Now, this city has many shops and convenient stores. I never imagine Kuala Terengganu to develop so quickly, this is a benefit to the people here as well," said Kazuki who hailed from Kobe, Japan.
Sharing more of his experiences with the locals in Terengganu, Kazuki told, the folks are very friendly towards him and his family back during their first years in Gong Badak.
“People here are very relaxed and kind, it is a contrast compared to Japanese which are often occupied and busy with their working lives.
“The community here reminds me of back when I was a kid, where Japanese used to have a strong bond with family and friends whereas now it is more work-oriented since the 20th century," he added.
Besides the colourful food culture, Kazuki also adores the world-famous beaches and islands of Terengganu.
“Malaysia has many holidays while Terengganu has the nicest beaches around, I went to Pantai Tok Jembal with my family every weekend when they came here.
“The tropical climate here is also nicer than Japan, although a bit hot and damp with only two seasons, it is a serene environment," said Kazuki.
With Terengganu known as a treasure trove of local dishes, the language lecturer professes his love for the culinary cuisine of the east coast state such as Laksa, Keropok Lekor and many more.
“I think Nasi Dagang is one of the best Terengganu dishes, in general, the food here is very spicy and very sweet compared to foods back at home," he said.
When asked about staying in Terengganu or Japan, Kazuki added that some part of him longs for his home country.
“I am comfortable living in Terengganu because of the people and place, but my family is more than 4,000 km away and I miss them, I even remembered Japanese foods such as sushi," he said to the reporter.
The Japanese lecturer also expressed admiration for the disciplined lifestyle portrayed by the locals.
“People here are very religious, every day I observe the mosque being filled creating a harmonious sense of community.
“This was very true when I was invited to a Malay wedding and feast, even though I am a foreigner, they treated me with the utmost hospitality, offering me food (even when I was nervous because they cannot speak English)," Kazuki explained.
07 Feb 22
982
'Rugi Orang Kita Tak Ambil Peluang Ini'
“Rugi kita orang tempatan jika tidak ambil peluang kerja di sini,” kata seorang penuai kelapa sawit TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) sambil mengalu-alukan anak Terengganu merebut 800 peluang pekerjaan di bawah anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM.
07 Feb 22
370
Kerjasama Dakwah Terengganu-Sarawak Diperkukuh
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agamanya (JHEAT) berhasrat menjalinkan hubungan erat dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi saling bertukar pandangan dan berkongsi idea dalam merangka strategi pemerkasaan dakwah demi kebaikan seluruh rakyat.
07 Feb 22
203
6,094 Saman Pelbagai Kesalahan Trafik Dikeluarkan Dalam Tempoh Tiga Hari
Sebanyak 6,094 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan Polis Terengganu dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina, sejak Jumaat lalu.
07 Feb 22
137
Penantian Peniaga Selama 30 Tahun Berakhir
Penantian hampir 30 tahun bagi peniaga pasar sementara di bandar Jertih kini berakhir selepas premis kekal siap untuk beroperasi.
07 Feb 22
137
'Pemberian Pencen Rakyat,Rezeki Buat kami'
HULU TERENGGANU, 7 Februari- "Terima kasih kerajaan negeri.. pemberian bayaran ini bukti kerajaan prihatin dan menghargai kami," kata Chik Abdullah, 81, salah seorang penerima pencen rakyat Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil semalam.
Chik berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemberian bayaran RM 600 setahun itu yang dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara dan tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.
Dia yang juga ibu kepada enam anak berkata, jumlah bantuan diterima bukan soalnya, apa yang penting kerajaan peka dengan kebajikan warga emas sepertinya.
"Alhamdulillah, ada juga berita baik diumumkan kerajaan negeri dan sudah pasti menggembirakan saya dan rakan lain.
"Satu inisiatif baik, malah pemberian bantuan itu berupaya meringankan beban terutama bagi kami yang tidak bekerja selain dari sumbangan kewangan dari anak anak, ketika ditemu bual selepas majlis penyerahan bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu.
Seorang lagi penerima, Yeap Atong@Yap Soo Too, 77, turut berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin kepada mereka.
"Banyak bantuan diberikan kerajaan sebelum ini kepada rakyat. Saya hanya ada menantu dan cucu. Mendiang suami mengusahakan kedai aksesori kereta ini untuk saya uruskan sebagai mata pencarian utama saya.
"Tiada apa boleh saya ucapkan melainkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana berusaha meringankan beban kami," katanya.
Sementara itu, ADUN Ajil, Maliaman Kassim, berkata bantuan itu merupakan sebahagian daripada manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu direalisasikan bermula 21 Nov 2021.
Beliau berkata, semua penerima yang layak akan menerima bantuan RM50 sebulan sehubungan dengan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap penerima.
Pembayaran penuh sebanyak RM600 setahun kepada penerima yang layak akan mula dilakukan pada tahun ini.
"Rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada kita untuk memerintah negeri ini dan apa yang di janjikan dalam manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dulu, Insya Allah kita tunaikan janji itu” ujarnya lagi.
07 Feb 22
272
Ancaman Si Belang, Penduduk Kampung Chabang Perlu Waspada
KUALA TERENGGANU, 7 Februari – Penduduk di sekitar Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman diminta sentiasa berwaspada dan berhati-hati ekoran harimau belang yang didakwa berkeliaran masih belum memasuki perangkap walaupun ia sudah dipasang sejak tiga minggu lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemantauan terus dilakukan di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.
“Jika memerlukan penduduk melalui kawasan yang menjadi laluan atau lokasi harimau itu berkeliaran khususnya pada awal pagi atau lewat petang, pastikan mereka membawa visel atau alat mengeluarkan bunyi kuat.
“Ini boleh digunakan jika diri terancam dan ada tanda-tanda harimau mahu menyerang apabila terserempak haiwan ini. Jika tidak, terus beredar dari kawasan itu dan segera maklumkan kepada Perhilitan,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, harimau kebiasaannya akan mengelak dari berhadapan dengan manusia dan hanya menyerang sekiranya benar-benar kelaparan.
Dalam pada itu, Kean Seong turut mengingatkan orang ramai sekiranya terjumpa dengan anak harimau, mereka perlu menjauhinya kerana kebiasaanya ibu harimau ada di kawasan berhampiran dan sangat melindungi anak mereka
“Semua maklumat ini penting untuk mendidik masyarakat cara mengelak konflik atau apa yang perlu dilakukan jika terserempak dengan harimau kerana habitat semula jadinya ada di kawasan berhampiran,” katanya.
Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati, harimau belang tersebut dipercayai haiwan sama yang ditemui di Kampung Santong, Paka, Dungun sebelum ini dan disyaki datang dari hutan simpan berhampiran.
07 Feb 22
8111
‘Superman’ Besut Terima Padah
KUALA TERENGGANU, 6 Februari- Seorang pemuda berusia 25 tahun ditahan kerana melakukan aksi ‘Superman’ secara berulang kali dengan menggunakan dua motosikal berasingan dalam Op Samseng Jalanan sempena OP Selamat 17 di Besut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, suspek ditahan di Jalan Keruak, Hulu Besut pada pukul 7.05 malam.
Katanya, lelaki yang bekerja sebagai pelayan kedai makan itu dikesan menunggang secara merbahaya dengan aksi menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan kedua kaki ke belakang (superman) dalam jarak sejauh 300 meter secara berulang kali.
“Pada peringkat awal, suspek menunggang motosikal Honda EX5 berwarna hitam sebelum menukar kepada motosikal jenis sama berwarna biru.
“Selain itu, seorang lagi suspek ditahan dalam operasi berasingan pada pukul 1.30 petang di Jalan Bukit Kluang kerana melakukan aksi ‘wheelie’ berulang kali,” katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menurut beliau, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas 180 biji pil dipercayai dadah milik seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun di Pantai Air Tawar.
Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.
Sementara itu, menurut Ismail, sebanyak 357 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi itu dengan 544 kenderaan dan 604 individu diperiksa.
06 Feb 22
713
Bekalan Telur Pulih Dalam Masa Terdekat
HULU TERENGGANU, 6 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan telur ayam dalam pasaran akan kembali pulih dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, jaminan tersebut dibuat hasil pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia,
"Kekurangan telur ayam disebabkan beberapa faktor termasuk peningkatan pembelian sebelum, semasa dan selepas cuti Tahun Baharu Cina yang dijadikan stok selain masalah logistik di ladang kerana cuti panjang menyebabkan wujud masalah penghantaran.
"Jaminannya minggu akhir Februari isu ini akan selesai," katanya kepada pemberita selepas meninjau ke Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Dataran Pasar Tani, Kuala Ping, Kuala Berang di sini, hari ini.
Rosol juga berkata, berdasarkan pemantauan sehingga 3 Februari lalu, sebanyak 91 peratus kesediaan bekalan telur ayam ada dalam pasaran negara dan jumlah stabil serta mampu memenuhi keperluan harian rakyat.
Dalam perkembangan yang sama, beliau menambah selain telur ayam, bekalan ayam mentah yang turut berdepan masalah kekurangan stok atas faktor sama juga dijangka selesai akhir bulan ini.
Katanya, pihak kementerian telah mengarahkan para pembekal dan pengusaha ladang ternakan ayam, untuk mengemukakan laporan jumlah stok bekalan ayam secara mingguan bagi membolehkan langkah segera diambil sekiranya bekalan bahan makanan itu berkurangan.
"Memang data menunjukkan pada Februari kita kekurangan tiga juta ekor ayam. (Kebiasaannya) Kita menggunakan untuk satu hari sebanyak dua juta ekor ayam, ertinya sebulan (sebanyak) 60 juta ekor. (Tetapi) bekalan ayam pada Februari memang kekurangan iaitu hanya sebanyak 57 juta ekor.
"Februari ini dijangka lebih 60 juta pengeluaran ayam, jadi bulan ini juga selesai isu ini," katanya.
Jelas beliau, secara purata rakyat Malaysia menggunakan sekitar 30 juta biji telur ayam sehari dan 60 juta ekor ayam sebulan.
06 Feb 22
319