lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Bike Week Himpun 120,000 Pengunjung, Kukuh Rantaian Ekonomi Rakyat
Bike Week Himpun 120,000 Pengunjung, Kukuh Rantaian Ekonomi Rakyat
Terengganu International Bike Week (TIBW) 2025 sekali lagi membuktikan impaknya apabila berjaya menghimpunkan lebih 120,000 pengunjung dan penunggang motosikal dari seluruh negara dan luar negara, sekali gus meningkatkan rantaian ekonomi rakyat negeri ini.
07 Jul 25
19
Bike Week Himpun 120,000 Pengunjung, Kukuh Rantaian Ekonomi Rakyat
Bike Week Himpun 120,000 Pengunjung, Kukuh Rantaian Ekonomi Rakyat
KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Terengganu International Bike Week (TIBW) 2025 sekali lagi membuktikan impaknya apabila berjaya menghimpunkan lebih 120,000 pengunjung dan penunggang motosikal dari seluruh negara dan luar negara, sekali gus meningkatkan rantaian ekonomi rakyat negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penganjuran acara tahunan itu menjadi pemangkin pelancongan domestik dan ekonomi tempatan, serta berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk penaja dan agensi yang terlibat. “Sebagaimana yang saya maklum, program malam ini ialah Terengganu International Bike Week yang kita adakan setiap tahun. "Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur bersama seluruh pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini. “Teristimewanya, terima kasih kepada semua 'riders' yang datang dari seluruh negara dan luar dari Malaysia. Program seperti ini tidak akan  berjaya tanpa penglibatan semua pihak, termasuk penaja-penaja dan syarikat-syarikat yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri TIBW, di Dataran Shah Bandar, di sini, semalam. Menurut Dr. Samsuri, kerajaan negeri akan terus bekerjasama bagi memastikan penganjuran TIBW akan dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih meriah serta penambahan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat. “Insya-Allah, tahun hadapan kita percaya pihak penganjur bersama kerajaan negeri akan terus mengadakan program seperti ini dengan lebih meriah dan mungkin ada penambahan program,” ujarnya. Katanya lagi, kehadiran pengunjung yang ramai termasuk ahli keluarga dan pelancong luar turut menyumbang secara langsung kepada ekonomi penduduk setempat. “Saya percaya bukan sahaja riders yang datang, tetapi juga keluarga mereka dan pengunjung-pengunjung lain yang ingin menyaksikan apa yang berlaku di sini. “Secara tidak langsung, ini menyumbang kepada ekonomi tempatan dari segi perniagaan seperti kedai makan, penginapan, rumah inap, hotel dan sebagainya. Saya yakin ini meningkatkan rantaian ekonomi kepada rakyat negeri Terengganu secara khususnya," katanya. Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan TIBW 2025, antaranya pameran agensi kerajaan seperti Rejimen 512 Askar Wataniah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain. Selain itu, program sepanjang 4 hari itu turut diserikan dengan ceramah agama khas oleh Ustaz Azhar Idrus bergandingan dengan pelawak terkenal Zizan Razak, serta program TIBW Berselawat yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal. TIBW juga menampilkan pelbagai acara seperti pertunjukan motosikal berkuasa tinggi, pertandingan motor klasik, konvoi amal, serta reruai jualan tempatan yang disambut meriah oleh pengunjung dari pelbagai latar belakang. Dalam pada itu, Dr. Samsuri turut mengingatkan bahawa aspek keselamatan jalan raya sentiasa diberi penekanan dalam program seperti ini melalui penglibatan agensi-agensi berkaitan. “Kita selalu beri peringatan. Dalam program seperti ini juga ada ceramah daripada pihak berkuasa yang sentiasa mengingatkan kepada mereka supaya menjaga keselamatan. “Yang penting ialah datang dengan selamat dan kembali dengan selamat. Saya mewakili kerajaan negeri menggesa kepada semua penunggang dan pengguna jalan raya yang lain supaya menjaga keselamatan diri, jangan memandu secara cuai, dan pandulah dengan berhemah," jelasnya. Beliau menzahirkan harapan agar semua peserta dapat pulang dengan selamat ke destinasi masing-masing dan kembali lagi ke Terengganu pada edisi seterusnya.  
06 Jul 25
1518
Masjid, Surau Santuni Bikers Ke TIBW25
Masjid, Surau Santuni Bikers Ke TIBW25
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Kerajaan negeri, melalui agensi-agensi yang menguruskan masjid dan surau, komited menyediakan kemudahan kawasan rehat di premis ibadah berkenaan sebagai usaha menyantuni para pengunjung yang akan hadir ke Terengganu International Bike Week 2025 (TIBW25). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, inisiatif tersebut merupakan simbolik sokongan dari negeri Terengganu kepada para penunggang motosikal ('bikers') yang sanggup meredah perjalanan jauh demi hadir memeriahkan Terengganu International Bike Week 2025 (TIBW25). "Saya telah difahamkan ramai kelab-kelab yang berada di utara dan juga di selatan, seperti Kedah dan Penang akan datang secara berkumpulan. Dan ada yang berhasrat untuk 'ride' pada malam hari. "Tetapi homestay di negeri Terengganu sekarang ini kebanyakannya sudah penuh. Jadi saya telah pun berpakat dengan agensi-agensi masjid dan surau negeri Terengganu dalam hal ini.  "Supaya mereka menyantuni setiap bikers yang singgah untuk solat dan juga beristirahat di masjid dan surau negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan. Perkara ini juga menunjukkan bahawa sokongan terhadap penganjuran program bukan hanya datang daripada rakyat biasa, malah turut disambut baik oleh pelbagai unit dakwah di negeri Terengganu. "Sokongan ini bukan sahaja daripada orang ramai, tetapi juga daripada unit-unit dakwah negeri. Ini mencerminkan bahawa Terengganu memang terkenal dengan adab dan santunnya, dan kita sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang datang ke negeri ini. Datuk Razali berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam satu sesi sidang media selepas Majlis Perasmian TIBW25, bertempat di Dataran Syahbandar, di sini, semalam. Turut hadir, Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Dato' Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Hilman Hajijan. Beliau turut menegaskan kepada para pengunjung untuk mengutamakan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan pergi dan pulang, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang berada di jalan raya.
05 Jul 25
190
5 Negara Bakal Turut Serta TIBW25
5 Negara Bakal Turut Serta TIBW25
KUALA TERENGANU, 3 Julai - Lima negara telah dikenalpasti untuk menyertai Terengganu International Bike Week 2025 (TIBW25), program anjuran daripada kerjasama antara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu mewakili kerajaan negeri bersama East Cost Motorcycle Club (ECMC). Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, kehadiran pengunjung dari lima negara termasuk Malaysia itu akan menjadi antara penyumbang untuk mencapai sasaran 150,000 pengunjung. Razali (kanan tengah) bersama Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu. "Saya difahamkan ada 'bikers' daripada Thailand, ada bikers daripada Indonesia, Singapura dan juga Brunei yang akan datang. "Jadi saya yakin dan percaya sasaran kita untuk menerima kunjungan 'bikers' dan juga pelancong yang akan melihat pertunjukkan daripada 'International Bike Week' selama lima hari ini akan mencapai sasaran kita," katanya. Terdahulu, beliau memaklumkan selain persembahan pentas, acara lain seperti aksi lagak ngeri, perlumbaan perlahan, pameran kenderaan, persembahan Brass Band serta jualan usahawan tempatan, TIBW25 akan menyaksikan kehadiran lebih 40 kelab permotoran dari dalam dan luar negara. Tambahnya, kehadiran pelancong dari dalam serta luar negara bukan sahaja akan tertumpu kepada TIBW25, namun ia membuka peluang pendedahan kepada pengunjung luar untuk melawat destinasi terpilih yang merupakan produk pelancongan di Terengganu. Turut hadir, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Hilman Hajijan. Mengulas lanjut, Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Dato' Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkata, kebanyakan penunggang motosikal yang akan hadir ke TIBW25 terdiri daripada peserta berkumpulan serta individu. "Ketika kami menjalankan promosi TIBW25 sebelum ini, kami sempat bertemu dengan ketua-ketua dan presiden kumpulan 'bikers', termasuk mereka yang mewakili peserta individu yang turut akan hadir ke acara ini. "Setakat ini, data yang diperoleh menunjukkan kehadiran sekitar 100 buah motosikal dari Thailand dan 80 dari Singapura, manakala peserta dari Indonesia dan selainnya masih dalam proses pengesahan memandangkan sebahagian besar terdiri daripada individu dan kumpulan kecil," jelasnya.
03 Jul 25
190
500 Motosikal Penuhi Dataran Shahbandar Sempena Perasmian TIBW25
500 Motosikal Penuhi Dataran Shahbandar Sempena Perasmian TIBW25
KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Sekitar 500 lebih unit motosikal pelbagai jenis sentimeter padu (cc) memenuhi taman komuniti, Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sempena Majlis Perasmian Terengganu International Bike Week 2025 (TIBW25). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris mengucapkan syabas kepada semua pengunjung yang telah berjaya hadir dalam memeriahkan suasana majlis walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak memihak. "Walaupun keadaan cuaca di penghujung ucapan yang begitu agak kurang baik (kerana hujan), secara dasarnya pencapaian kita untuk menterjemahkan sambutan 'bikers' dari negeri Terengganu pada malam ini melebihi 500 buah motorsikal. "Dan saya amat berbangga, insya-Allah dengan kehadiran 'bikers' tempatan ini menandakan satu sokongan yang padu kepada Terengganu International Bike Week 2025 pada malam ini. "Jadi saya yakin dan percaya sasaran kita untuk menerima kunjungan 'bikers' dan juga pelancong yang akan melihat pertunjukan daripada 'International Bike Week' selama lima hari ini akan mencapai sasaran kita seramai 150,000 orang. Beliau berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam satu sesi sidang media, sebentar tadi. Turut hadir, Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Dato' Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Hilman Hajijan. Mengulas lebih lanjut, Datuk Razali optimis terhadap anggaran kehadiran pengunjung pada tahun ini dapat dicapai walaupun angka tersebut menunjukkan lonjakan 15 kali ganda berbanding kehadiran pengunjung pada tahun sebelumnya. "Saya jangka, insya-Allah ia akan mencapai sasaran tersebut. Berpandukan kepada kerja keras daripada founder ECMC.  "Jadi bagi pihak kerajaan negeri, kita sangat memberi sokongan padu kepada penganjuran yang sangat berprestij seperti ini. "Kalau kita nak bandingkan di negara kita, saya jangka Tengganu International Bike Week lah yang agak besar dan secara tidak langsung ia dapat memberi impak positif kepada rakyat negeri Terengganu," jelasnya. Menurut beliau, selain dari mengunjungi dan menikmati acara-acara yang bakal dipersembahkan TIBW25, penduduk setempat juga berpeluang untuk meningkatkan ekonomi mereka pada masa yang sama. "Kehadiran para pengunjung ke negeri Terengganu bukan setakat untuk melihat ataupun menghadirkan diri dalam Terengganu International Bike Week, tapi dalam masa yang sama, perniaga-perniaga negeri Tengganu dapat berniaga. "Dan destinasi yang terpilih di negeri Terengganu akan dikunjungi oleh rakan-rakan 'bikers' daripada luar negeri dan juga luar negera. "Ini menunjukkan bahawasanya negeri Tengganu adalah negeri wajib singgah kepada 'bikers' dari seluruh negara," ujarnya. Dengan tema 'Maghi Awal, Balik Lambat', program TIBW25 dijadualkan untuk berlangsung selama lima hari bermula 2 Jun 2025 sehingga 6 Jun 20205, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.  Acara tahunan tersebut juga bakal dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air serta slot istimewa Sembang Santai bersama ikon dakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Razak. Menariknya dalam penganjuran kali ini ialah hadiah utama bagi dua cabutan bertuah berupa satu unit Perodua Axia serta satu unit motorsikal berkuasa tinggi, Ducatti Panigale 959 V2. Orang ramai boleh mengikuti info terkini TIBW25 melalui saluran rasmi media sosial Beautiful Terengganu Malaysia dan Terengganu Bike Week.
02 Jul 25
46
Insiden Letupan Putra Heights: Ahmad Amzad Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bebas
Insiden Letupan Putra Heights: Ahmad Amzad Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bebas
KUALA TERENGGANU, 2 Julai – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Ahmad Amzad Hashim menggesa penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Bebas bagi menyiasat insiden letupan paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu. Gesaan tersebut dibuat susulan laporan siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang menyimpulkan bahawa tiada unsur kecuaian atau pelanggaran teknikal dikenal pasti. Laporan itu menyatakan punca utama letupan adalah disebabkan oleh faktor geoteknikal seperti tanah lembut, sekali gus menolak kemungkinan berlakunya sabotaj atau kecuaian manusia. Namun menurut beliau, maklumat awal daripada pihak polis mendedahkan bahawa terdapat kerja pengorekan paip kumbahan hanya 30 meter dari lokasi kejadian. "Kerja tersebut melibatkan jentera berat termasuk sebuah excavator yang turut terbenam dalam letupan. Lebih membimbangkan, kawasan tersebut berada dalam zon larangan saluran paip gas, menjadikan aktiviti tersebut satu pelanggaran nyata terhadap peraturan keselamatan. “Anehnya, laporan JKKP langsung tidak menyentuh aspek ini. Malah, identiti pemaju dan kontraktor yang terlibat juga masih belum didedahkan secara rasmi. Ini hanya menimbulkan persoalan sama ada wujud usaha menyembunyikan pihak yang bertanggungjawab,” ujar beliau dalam satu kenyataan, hari ini. Ahmad Amzad turut mempersoalkan ketelusan dan ketelitian siasatan JKKP yang seolah-olah mengabaikan faktor gangguan luaran, sedangkan pemasangan saluran paip gas bertekanan tinggi sepatutnya melalui kajian geoteknikal menyeluruh dan mematuhi spesifikasi teknikal ketat. “Saluran paip ini diselenggara secara berkala dan dipantau berterusan. Teknologi yang digunakan bahkan telah diuji di kawasan yang jauh lebih mencabar seperti dasar laut Terengganu, namun tidak pernah berlaku insiden seumpamanya. Maka, dakwaan bahawa tanah lembut adalah satu-satunya punca kejadian adalah sangat meragukan,” jelasnya. Beliau turut menyifatkan letupan tersebut bukan semata-mata insiden teknikal tetapi satu pelanggaran serius terhadap undang-undang dan keselamatan awam. Katanya, pemaju dan kontraktor yang menandatangani perjanjian pembangunan wajib tampil memberi penjelasan kepada rakyat. "Tindakan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain termasuk PETRONAS adalah sangat tidak wajar," ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sikap membisu Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya memainkan peranan dalam melulus dan memantau sebarang pembangunan di kawasan sensitif seperti itu. "Kelemahan dalam aspek kelulusan permit, penguatkuasaan zon larangan dan pengesanan aktiviti pengorekan hanya menyerlahkan kelemahan kawal selia negeri. “Tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung identiti pihak terlibat atau perkembangan siasatan. Sikap berdiam diri ini menggambarkan kegagalan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran negeri,” katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Bebas yang melibatkan pakar kejuruteraan, geoteknik dan perundangan yang berkecuali bagi menyiasat insiden ini secara menyeluruh dan telus. “Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan memastikan setiap pihak yang bersalah dipertanggungjawabkan tanpa pengecualian. Laporan penuh JKKP dan maklumat berkaitan perlu didedahkan kepada umum. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan,” tegas beliau. 
02 Jul 25
152
Mahasiswa Teruja Impak ECE 2025, Sokong Terengganu Teroka Hasil baharu
Mahasiswa Teruja Impak ECE 2025, Sokong Terengganu Teroka Hasil baharu
Persidangan East Coast Energy (ECE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini ternyata memberi impak besar kepada mahasiswa dan mahasiswi Terengganu.
02 Jul 25
70
Jabatan Mufti, MAIDAM Perkukuh Kefahaman Ilmu Falak
Jabatan Mufti, MAIDAM Perkukuh Kefahaman Ilmu Falak
Jabatan Mufti Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menganjurkan Program Bulan Falak Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bagi memperkukuhkan kefahaman ilmu falak di kalangan umat Islam khususnya di negeri ini.
02 Jul 25
34
Pengusaha Tamak, Pelancong Culas Tingkat Risiko Kemalangan
Pengusaha Tamak, Pelancong Culas Tingkat Risiko Kemalangan
 Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, menyifatkan ketamakan pengusaha industri pelancongan marin serta sikap acuh tidak acuh segelintir pelancong menyumbang kepada risiko kemalangan.
02 Jul 25
30
Nahas Bot : Terengganu Cadang Jabatan Laut Tarik Lesen
Nahas Bot : Terengganu Cadang Jabatan Laut Tarik Lesen
Kerajaan negeri akan mencadangkan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak pengusaha industri pelancongan yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, khususnya pelancongan maritim.
02 Jul 25
226