Artikel "Utama" Terkini
Air Makin Naik, Penduduk Lari Ke Bukit
HULU TERENGGANU, 27 Februari - Keadaan banjir di daerah ini semakin kritikal apabila penduduk Kampung Menerong yang terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) turut ditenggelami sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke lebih tinggi di bukit berhampiran sementara menunggu bantuan tiba.
Penduduk di kawasan terjejas hanya sempat keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dengan menuju ke kawasan
Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas dan terperangkap kerana paras air dengan arus deras kini naik sehingga menghampiri bumbung rumah.
Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila beberapa kampung dinaiki air dan terputus hubungan.
Air naik secara mendadak pada awal pagi menyebabkan penduduk menjadi kelam kabut untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, usaha menyelamat kini berdepan cabaran berikutan situasi berbahaya kerana banjir arus deras melanda kawasan tersebut.
Dilaporkan juga bekalan elektrik di kawasan terjejas terputus sejak pagi tadi.
27 Feb 22
1241
Operasi Menyelamat Mangsa Banjir Sukar, Pasukan Terkandas
HULU TERENGGANU, 27 Februari- Operasi menyelamat mangsa banjir di Mukim Tersat dan Hulu Berang kini mengalami kesukaran kerana paras air tinggi dan deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohd berkata situasi agak kritikal ketika ini kerana banyak laluan termasuk laluan alternatif telah ditenggelami dan ditutup kepada kenderaan ringan dan berat.
Katanya, ini termasuk laluan masuk ke Kampung Lubuk Pait tidak boleh dilalui dan beliau masih menunggu bantuan pasukan penyelamat berserta kemudahan logistik yang lain.
"Saya pun masih terkandas di sini dan sedang membantu menyelamatkan mangsa di kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, katanya sehingga ini perhubungan komunikasi masih lagi baik dan mengalami masalah membolehkan pihaknya mendapatkan maklumat terkini.
Sehingga kini, hujan semakin lebat manakala paras sungai utama kini melepasi aras bahaya.
27 Feb 22
9134
Mangsa Banjir Terengganu Kini 4,463
KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 4,463 orang, setakat pukul 10 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sebanyak 91 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua lapan daerah di negeri ini.
Katanya, Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi selepas seramai 2,158 orang dipindahkan ke 21 PPS diikuti Setiu (824 orang), Hulu Terengganu (689 orang), Besut (397 orang) dan Kuala Nerus (187 orang)
“Di Dungun pula penduduk yang terjejas ialah seramai 145 orang manakala Kuala Terengganu (58 orang) dan Marang (5 orang),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sekretariat itu berkata, cuaca semasa pagi ini masih lagi hujan lebat di kebanyakan daerah.
27 Feb 22
1360
Banjir Di Hulu Terengganu Makin Buruk, 2 PPS Dinaiki Air
HULU TERENGGANU, 27 Februari-- Situasi banjir di Hulu Terengganu menjadi semakin teruk apabila dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dinaiki air awal pagi ini.
Dua pps berkenaan melibatkan penduduk Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh menjadi cemas apabila dinaiki air pada 6.30 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata PPS di kampung itu yang menempatkan 315 mangsa sebenarnya telah ditutup pada 1 tengahari semalam dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut sepenuhnya.
"Namun, air naik lagi pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk (empat keluarga) bergegas semula untuk berlindung ke PPS.
"Terkejut apabila tengok air dah memenuhi ruang PPS," ujarnya.
Tambah beliau, kali ini air begitu deras menyebabkan penduduk kelam kabut untuk menyelamatkan diri malah ada yang lari sehelai sepinggang ke rumah jiran yang terletak di kawasan lebih tinggi di dua kampung tersebut.
Sehingga kini katanya, operasi menyelamat masih giat dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung.
27 Feb 22
2812
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Masih Rendah
Bilangan jemaah solat Jumaat masih menunjukkan trend yang rendah walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilonggarkan pihak kerajaan.
27 Feb 22
150
Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
Tahap Kesedaran Islam yang baik serta suasana tenang adalah diantara faktor utama mengapa Terengganu digemari sebagai destinasi pembelajaran dan tempat tinggal, menurut pendapat mahasiswa-mahasiswi antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
27 Feb 22
141
'Kami Tidak Merungut Walau Dibebani Projek Terbengkalai'
Kerajaan negeri tidak pernah merungut walaupun terpaksa memikul beban projek terdahulu yang terbengkalai sebaliknya mengambil inisiatif membaik pulih semula kesemua 'pembangunan separuh masak' itu demi manfaat masyarakat.
27 Feb 22
306
Tidak Panik Dan Sentiasa Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir
HULU TERENGGANU, 26 Februari - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan penduduk di daerah Hulu Terengganu menghadapi bencana banjir luar jangka susulan hujan lebat sejak khamis baru-baru ini.
Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud yang membuat pemantauan banjir di daerah itu juga berpuas hati kepatuhan mangsa banjir terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 di PPS.
Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan pihak berkuasa dalam operasi pemindahan mangsa.
"Hampir semua mangsa segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan sebaik sahaja rumah dinaiki air tanpa perlu menunggu arahan pihak berkuasa.
"Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan terus memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa terjaga sepanjang musim banjir," katanya ketika ditemui pemberita di PPS Kampung Kepah petang ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli.
Sementara itu Ahmad Azizi berkata, bekalan makanan dan barangan keperluan di 16 pusat pemindahan sementara(PPS) yang dibuka dijamin mencukupi bagi menampung keperluan mangsa banjir di luar tempoh kebiasaan.
"Kita usahakan penghantaran semua bekalan dengan kerjasama semua pihak walaupun banyak jalan utama terjejas dan ditutup dengan menggunakan laluan alternatif menaiki kenderaan berat," katanya.
26 Feb 22
487
Penduduk Sedia Hadapi Banjir Luar Jangka
HULU TERENGGANU, 26 Februari - Penduduk Kampung(kg) Bukit Tok Bat di sini, mula membuat persediaan untuk hadapi banjir dengan mengemas barangan mereka selain meletakkan barangan elektrik di tempat lebih tinggi dan selamat sekiranya Kg Pengkalan Ajal mula banjir.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Hasmiza Mokhtar, 47, berkata kebanyakan mereka yang tinggal di kawasan itu tidak lena tidur berikutan hujan lebat sejak khamis.
Lebih-lebih lagi katanya, air jarang naik pada bulan dua dan memang agak terkejut bila banjir berlaku berlaku pada akhir Februari, berbanding kebiasaan pada November dan Disember setiap tahun.
Hasmiza yang turut dibantu suaminya, Azzimudin Adam, 32, berkata jika air mula naik di kaki lima rumahnya, beliau segera menyimpan barang dan dokumen penting di tempat selamat serta mengemas pakaian bersesuaian yang diperlukan.
"Air mula naik jam 9 pagi tadi dan jika tengok keadaan semasa, parasnya makin meningkat.
"Saya bimbang jika banjir bertambah buruk pada waktu malam.Kami sekeluarga pun kini bersiap sedia untuk pindah bila-bila masa," katanya yang tinggal bersama dua anak dan dua cucunya.
Hasmiza juga mengakui dia pernah trauma dengan kejadian banjir yang berlaku apabila rumahnya dinaiki air hampir dua meter menyebabkannya sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Dalam masa yang sama, dia juga bertindak awal dengan memindahkan lapan ekor kucing yang dibela ke loteng rumahnya bagi memastikan keselamatan haiwan peliharaan mereka sekeluarga.
26 Feb 22
543
Mangsa Banjir Dipindahkan Ke PPS Meningkat Kepada 3,434
KUALA TERENGGANU, 26 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada seramai 3,434 orang di lima daerah setakat jam 4 petang tadi.
Mangsa membabitkan keseluruhan 985 keluarga yang ditempatkan di 67 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Besut dan Setiu, bertambah berbanding hanya 3,229 daripada 896 keluarga di 63 PPS setakat 2 petang tadi.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, banjir di Kemaman semakin buruk apabila jumlah mangsa semakin bertambah dan 21 PPS diaktifkan bagi menempatkan 1,995 penduduk daripada 539 keluarga, meningkat daripada 1,914 mangsa membabitkan 518 keluarga di PPS yang sama dua jam sebelumnya.
Di Hulu Terengganu, 562 mangsa daripada 207 keluarga berada di 16 PPS, manakala di Besut, jumlah mangsa turut meningkat apabila 106 keluarga membabitkan 471 penduduk berada di 15 PPS setakat jam 4 petang, berbanding 466 mangsa daripada 105 keluarga di 13 PPS setakat 2 petang tadi.
Jumlah penduduk dipindahkan di Setiu turut meningkat kepada 305 mangsa di 10 PPS yang menempatkan 105 keluarga berbanding 297 mangsa daripada 103 keluarga di PPS yang sama.
Manakala di Dungun, 101 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke lima PPS berbanding 59 mangsa daripada 15 keluarga dengan jumlah PPS tidak berubah.
26 Feb 22
795