lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Drawbridge Dilimpahi Cahaya Ungu Semarak Hari Wanita
Drawbridge Dilimpahi Cahaya Ungu Semarak Hari Wanita
KUALA TERENGGANU, 8 Mac- Struktur ikonik Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge akan dilimpahi cahaya lampu berwarna ungu bermula malam ini bagi menyemarakkan Sambutan Hari Wanita 2022. Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri dengan kerjasama Terengganu Inc. akan membuat persiapan serta menghiasi drawbridge dengan pengcahayaan lampu berwarna ungu bagi melambangkan warna simbolik Sambutan Hari Wanita bermula 8 sehingga 10 Mac ini. Menurut kenyataan tersebut, Hari Wanita disambut setiap tahun di Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa wanita yang sangat signifikan dalam pembangunan negara.  “Bagi tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memilih ‘Saksama Bersama’ sebagai tema sambutan Hari Wanita 2022 yang disambut pada 8 Mac.  "Tema ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan,” katanya. Tambah kenyataan itu, tema tersebut selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu ”Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow” dan juga disesuaikan dengan konsep Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
08 Mar 22
795
JAKIM Siasat Dakwaan Sotong Ring Daripada Usus Babi
JAKIM Siasat Dakwaan Sotong Ring Daripada Usus Babi
KEMAMAN, 9 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu akan diperhalusi JAKIM daripada segi halal sebaik menerima laporan berkenaan. “Setakat hari ini, KPDNHEP masih siasat berkenaan dengan isu sotong babi ini. “Berkenaan dengan status halal atau haram itu, JAKIM yang akan tentukan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Tabung Musaadah Banjir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Kampung Seberang Tayor Hulu, di sini, semalam. Katanya, dalam hal penguatkuasaan ianya terletak di bidang kuasa KPDNHEP dan JAKIM hanya untuk perhalusi betul atau tidak produk dikeluarkan berdasarkan halal atau sebaliknya. "Insya-Allah, kita akan dapatkan maklumat daripada KPDNHEP dalam masa terdekat,” katanya. Idris berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan soal halal haram. Beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong. Melalui hantaran di Facebook, netizen turut meninggalkan komen meragui cop tanda halal yang dicetak di label pembungkusan.
08 Mar 22
617
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Mac – Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) mengagihkan 2,000 pek makanan selama tiga hari berturut-turut kepada mangsa banjir Hulu Terengganu. Pengerusi KMKT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, makanan tersebut telah dimasak dan dibungkus di Markaz Tarbiyah Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sebelum di hantar ke DUN Telemong. “Bermula 5 Mac hingga 7 Mac kami sediakan makan tengah hari dan makan malam untuk 1,000 orang penduduk di DUN Telemong. “Insya-Allah, jumlah tersebut cukup untuk menampung penduduk dalam kira-kira empat atau lima buah kampung di sana,” katanya  kepada pemberita. Menurut beliau lagi, KMKT masih lagi membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada mangsa bajir di sana. KMKT kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk memberikan bantuan barangan elektrik seperti dapur gas dan periuk nasi elektrik. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Pertubuhan Khidmat Sukarelawan Kuala Terengganu (1301 7018 3058 67).  
08 Mar 22
428
Pembebasan Al-Quds Isu Akidah Yang Wajib Diperjuangkan
Pembebasan Al-Quds Isu Akidah Yang Wajib Diperjuangkan
KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan bahawa isu pembebasan Al-Quds merupakan isu akidah yang wajib diperjuangkan sehingga umat Islam berjaya mengecap kemenangan. Tambah beliau, isu pembebasan Al-Quds ini bukan sahaja isu rakyat Palestin atau serantau Arab semata-mata tetapi ia juga merupakan isu kemanusiaan yang wajar disambut diperingkat global. “Minggu Al-Quds Sedunia ialah satu inisiatif yang digerakkan serentak di serata dunia bagi mencetuskan gelombang kesedaran berkenaan perjuangan pembebasan Al-Quds dan Palestin. “Alhamdulillah, sepanjang kita melangsungkan program ini saya telah menerima mesej daripada rakan-rakan di Turki, Jordan, Tunisia, Pakistan dan lain-lain lagi yang begitu bersemangat melihat bagaimana sambutan yang diadakan di peringkat Malaysia,” katanya dalam Majlis Kemuncak Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Malaysia di Dewan Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berharap agar usaha kecil ini dapat menjadi pemacu bagi membangkitkan rasa cinta dan kasih kepada Al-Quds. Majlis tersebut turut diisi dengan sebuah forum bersama aktivis Malaysia di Palestin, Nadir Al-Nuri yang berkongsikan ilmu serta pengalaman sepanjang berada di sana.  Di samping itu, majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persebahan oleh kumpulan Inteam dan deklamasi sajak oleh Bonda Nor dan Haji Rafi.   
07 Mar 22
343
RM1.7 Juta Untuk Mangsa Banjir Terengganu - Idris Ahmad
RM1.7 Juta Untuk Mangsa Banjir Terengganu - Idris Ahmad
KEMAMAN, 7 Mac - Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir Terengganu yang disalurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui pelbagai agensi di bawahnya. Menterinya, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, lebih 7,000 isi rumah yang terjejas banjir baru-baru ini bakal menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian. “Ini merupakan sedikit sumbangan yang kami boleh berikan untuk meringankan beban mangsa banjir khususnya di Terengganu. “Daripada peruntukan RM1.7 juta itu, kita akan salurkan kepada agensi-agensi terlibat di negeri ini seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). “Kemudian agensi-agensi ini akan agihkan kepada mangsa banjir di seluruh negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Tabung Musaadah Banjir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Kampung Seberang Tayor Hulu, di sini, hari ini. Pada majlis tersebut, Idris turut menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM300 dan barangan keperluan harian kepada 200 mangsa banjir di sekitar Kemaman.
07 Mar 22
475
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan di Tapak Pasar Malam Tok Adis pada Jumaat dan Sabtu yang lalu menerima sambutan yang menggalakkan. Dilaporkan jumlah kehadiran selama dua hari tersebut hampir mencecah seribu orang pengunjung meskipun dalam keadaan hujan.  PJKM merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu mengurangkan kos sara hidup dan beban yang ditanggung oleh rakyat. Menurut Ahli Jawatankuasa PJKM Parlimen Kuala Terengganu, Hamiezah Mohd Lazim program tersebut telah bermula sejak Disember yang lalu di Kuala Berang.   “Kami mengadakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pasaraya, pemborong dan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memastikan harga jualan di sini lebih rendah daripada biasa.  Puan Hamiezah menginringi En. Mohd bertemu dengan usahawan IKS “Parlimen Kuala Terengganu akan bergilir-gilir dengan Parlimen Kuala Nerus dengan lokasi jualannya ditetapkan oleh pihak kami.  “Sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu kita pernah adakan di Giant (DUN Bandar), Nirwana (DUN Wakaf Mempelam) dan sekarang di Tapak Pasar Malam Tok Adis (DUN Batu Buruk), kata Hamiezah ketika ditemui pemberita di lokasi jualan itu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk juga telah menyampaikan sumbangan kepada sebahagian pembekal untuk dikurangkan lagi harga jualan.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) DUN Batu Buruk, Mohd Yusof. Sebarang maklumat berkenaan lokasi mingguan PJKM ini boleh rujuk di laman Facebook KPDNHEP Terengganu. Harga daging selepas potongan harga hasil sumbangan ADUN Batu Buruk  
06 Mar 22
474
Tanah Runtuh, Aliran Puing Punca Kayu Hanyut Di Kenyir
Tanah Runtuh, Aliran Puing Punca Kayu Hanyut Di Kenyir
Hujan lebat mencecah 1,000 milimeter dan aliran puing menjadi punca berlakunya banjir serta kegelinciran tanah di kawasan Sungai Terengganu berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir pada Ahad lalu.
06 Mar 22
141
Kerajaan Negeri Ikhtiar Pulih Segera Jambatan Putus
Kerajaan Negeri Ikhtiar Pulih Segera Jambatan Putus
Kerajaan negeri akan menilai dan melaksanakan tindakan segera bagi memastikan jambatan menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong, Ajil yang terputus akibat banjir baru-baru ini, dapat dihubungkan pada kadar segera.
06 Mar 22
449
TESDEC Akan Dijenamakan Sebagai 'Terengganu Skill'
TESDEC Akan Dijenamakan Sebagai 'Terengganu Skill'
Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) bakal dijenamakan sebagai 'Terengganu Skill' dalam masa terdekat.
06 Mar 22
534
Banjir Di Terengganu Pulih, Semua PPS Ditutup
Banjir Di Terengganu Pulih, Semua PPS Ditutup
Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya hari ini.
06 Mar 22
246