lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empat Daerah Di Terengganu Berisiko Alami Gangguan Air
Empat Daerah Di Terengganu Berisiko Alami Gangguan Air
KUALA TERENGGANU, 22 April -Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu)menjangkakan penggunaan air akan meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus pada Ramadan kali ini dan dijangka berterusan sehingga Aidilfitri nanti.  Ketua Pegawai Eksekutifnya Ts Abdul Karim Endut berkata, susulan itu, pihaknya kini melaksanakan agihan bekalan air secara berjadual di beberapa kawasan di empat daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu bagi meminimumkan gangguan bekalan kepada pengguna terlibat. "Kita telah melaksanakan agihan bekalan air berjadual iaitu menutup bekalan air dari pukul 12 tengah malam hingga 4.30 pagi di rumah pengguna terlibat di empat daerah berkenaan. "Ia bagi memastikan paras air di tangki dapat dipenuhkan pada waktu malam seterusnya melancarkan agihan sepanjang waktu siang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Terengganu Incorporated Sdn Bhd di sini, malam tadi. Katanya lagi, Satu juga meletakkan tangki statik bagi membolehkan pengguna di setiap 86 lokasi berisiko tetap menerima bekalan air sekiranya berlaku gangguan. "Enam lori tangki juga akan digerakkan ke kawasan terlibat gangguan bekalan air agar orang ramai dapat meneruskan aktiviti musim perayaan dengan lancar," katanya.
22 Apr 22
6629
Kuota Haji Malaysia 14,306 Tahun Ini
Kuota Haji Malaysia 14,306 Tahun Ini
PUTRAJAYA, 21 April -  Kerajaan mengumumkan kuota rasmi haji untuk Malaysia bagi tahun ini (1444 Hijrah) ditetapkan kepada 14,306 jemaah.  Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad dalam sidang akhbar secara langsung menerusi Facebook, hari ini.  Idris berkata, jumlah kuota yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi itu adalah 45 peratus daripada kuota rasmi tahunan yang biasa diperoleh negara, iaitu 31,600 jemaah pada 2019. Beliau berkata, peratusan kuota rasmi 45 peratus itu juga turut terpakai kepada semua negara-negara lain.  “Bagi pihak kerajaan, saya lahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia.  “Ini berita baik untuk umat Islam di Malaysia yang sudah menunggu sejak dua tahun lalu untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Sempena Ramadan yang mulia ini, marilah sama-sama dari lubuk hati yang dalam kita lafazkan rasa syukur tidak terhingga atas berita gembira ini,” katanya. Katanya, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat dan bakal jemaah terpilih diminta membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran dengan kadar segera.  Idris berkata, semua jemaah haji Malaysia juga perlu mengambil suntikan wajib Meningococcal serta vaksin Covid-19 apabila dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya proses pengambilan vaksin dapat dijalankan mengikut masa ditetapkan. Menurutnya, Tabung Haji kini sedang giat membuat persiapan akhir untuk membawa bakal Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik Covid-19.  “Saya telah mengarahkan Tabung Haji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada bakal jemaah Haji Malaysia. Saya memohon jasa baik semua bakal jemaah haji untuk membuat persedian sewajarnya dari segi ilmu, kesihatan, rohani dan jasmani serta kewangan,” katanya.  Pada masa sama, Idris berkata, sebagai pengumuman awal, bantuan pembayaran Haji tetap akan diteruskan oleh Tabung Haji kepada bakal jemaah haji pada tahun ini. “Pihak pengurusan Tabung Haji  akan mengumumkan ketetapan bayaran baharu jemaah haji pada esok hari pada waktu yang akan diumumkan kelak,” katanya.  Katanya, Tabung Haji  juga akan membuat pengumuman dari masa ke semasa sekiranya ada maklumat lanjut dari Kerajaan Arab Saudi yang perlu dikongsikan dengan bakal jemaah. – UTUSAN
21 Apr 22
345
Terengganu Belanja RM1.78 Juta Taja Pelajar Ke Jepun
Terengganu Belanja RM1.78 Juta Taja Pelajar Ke Jepun
KUALA TERENGGANU, 20 April - Kerajaan negeri membelanjakan RM1.78 juta bagi menghantar tiga pelajar cemerlang ke Jepun. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka merupakan penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang peringkat ijazah ke luar negara dan ini adalah penghantaran kali kedua ke Jepun di bawah skim tersebut.  “Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar cemerlang lepasan SPM 2020 yang telah pun menamatkan Program Persediaan Japan (Look East Policy (Japan) programme) di Kolej INTEC Shah Alam. “Anak-anak ini dijadualkan akan berangkat ke Jepun pada 18 Mei depan. Nilai keseluruhan biasiswa bagi ketiga-tiga pelajar tersebut dianggarkan berjumlah RM1.78 juta bagi tempoh pengajian tiga hingga empat tahun,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pendahuluan Diri dan Bantuan Persedian Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Luar Negara Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, besar harapan Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu khasnya untuk melihat anak-anak pelajar pulang membawa kejayaan setelah tamat pengajian. “Sekalung penghargaan dan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan anak-anak Terengganu yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian di dalam bidang yang menjadi idaman dan universiti terkemuka yang menjadi rebutan setiap pelajar untuk menimba ilmu,” ujarnya. Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menubuhkan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang Negeri Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun untuk membiayai pengajian anak-anak Terengganu yang cemerlang bagi meneruskan pengajian di peringkat ljazah Pertama. “Sehingga kini seramai 601 orang pelajar cemerlang lepasan SPM, Asasi/Matrikulasi, STPM dan STAM telah menerima skim biasiswa ini bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang.  “Dari jumlah tersebut 516 orang mengikuti pengajian di universiti awam dalam negara dan 84 orang dari mereka mengikuti program pengajian luar negara dalam bidang- bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian Kejuruteraan Sains, Perakaunan dan Al-Qur'an Wal Qiraat,”ujarnya.
20 Apr 22
616
Kerajaan Sasar 'Sapu Bersih' Bandar Bahagia 2022
Kerajaan Sasar 'Sapu Bersih' Bandar Bahagia 2022
Kerajaan negeri menyasarkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mampu dinobatkan sebagai Bandar Bahagia bagi tahun 2022.
20 Apr 22
127
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
20 Apr 22
220
TDM Rai 90 Anak Yatim Berbuka Puasa
TDM Rai 90 Anak Yatim Berbuka Puasa
KUALA TERENGGANU, 20 April - TDM Berhad (TDM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Saf Wanita Terengganu (SAFWA) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 90 anak yatim berumur antara tiga hingga 17 tahun dari Pengkalan Berangan. Pengarah TDM Berhad, Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata majlis tersebut demi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak diketepikan mahupun ketinggalan dalam meraikan sambutan Ramadan. “Dalam kita menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan dan juga meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kita juga mengambil kira golongan kurang bernasib baik yang jarang kali mendapat peluang menyambut bulan mulia ini bersama orang tersayang "Peluang bertemu, berbicara dan mengenali anak-anak yang hadir adalah sangat berharga dan sememangnya menyemarakkan lagi semangat Ramadan yang dikongsi bersama. Tiada kegembiraan yang lebih besar daripada melihat senyuman di wajah mereka," ujar beliau. Turut hadir,  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong. Di majlis yang sama, TDM juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Pengkalan Berangan untuk persiapan menyambut perayaan Adilfitri.  Sementara itu, Ustaz Sulaiman berkata program tersebut melahirkan kegembiraan dikalangan anak-anak yatim Pengkalan Berangan menerusi  bantuan dan sumbangan yang diberikan. “Saya senang hati melihat anak-anak yang hadir tersenyum ketika menerima sumbangan duit raya dan menikmati hidangan berbuka puasa. Besarlah harapan saya agar lebih banyak syarikat korporat lain yang akan turut mencontohi usaha murni sebegini,”katanya.  
20 Apr 22
269
UMT Sumbang Zakat, Bantuan Komputer Riba Kepada Pelajar Asnaf
UMT Sumbang Zakat, Bantuan Komputer Riba Kepada Pelajar Asnaf
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengagihkan sumbangan zakat bernilai RM1.3 juta serta bantuan komputer riba kepada pelajar asnaf dan golongan B40 di universiti itu. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, seramai 2,000 pelajar asnaf dan B40 menerima bantuan zakat manakala 100 pelajar asnaf lain menerima bantuan komputer riba bernilai RM200,000 sumbangan Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia. "Impak kewangan yang dialami akibat pandemik Covid-19 sebelum ini begitu dirasai. Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama dalam kalangan asnaf dan B40 kerana mereka memerlukan sumber kewangan mencukupi bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kampus. "Kita percaya dengan adanya skim bantuan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan yang dialami mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan dan Syawal pada Isnin. Menurut Mazlan, UMT melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) menggerakkan inisiatif itu bagi memastikan golongan terbabit tidak terpinggir dan dapat mengikuti pengajian dengan baik. "Terdapat agensi dan sektor korporat bermurah hati memberikan sumbangan zakat, antaranya melalui Program Iqra' Tabung Haji berjumlah RM750,000. "Sumbangan yang diberikan itu menunjukkan bahawa agensi korporat sentiasa meletakkan pendidikan sebagai elemen paling utama dalam pembangunan modal insan serta keprihatinan bagi memastikan golongan asnaf dan B40 ini tidak ketinggalan dalam pembelajaran," katanya. Pada majlis berkenaan turut diadakan penyerahan sumbangan Bantuan Sukarelawan Asnaf sebanyak RM250 setiap seorang kepada 70 pelajar hasil sumbangan Syarikat Perumahan Kinrara Berhad- SINAR HARIAN   
20 Apr 22
349
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
KUALA TERENGGANU,19 April - Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan kesyukuran program berkenaan dapat dilaksanakan sewaktu peralihan fasa ke endemik yang memberi kelonggaran buat umat Islam melaksanakan tanggungjawab beribadat di bulan Ramadan ini. "Sebagaimana kita tahu bahawa bahawa al-Quran merupakan kitab yang mengandungi pelbagai mukjizat yang tidak pernah berakhir. "Ia diibaratkan sebagai sumber mata air yang tidak pernah habis dan samudera yang tidak pernah surut. "Nuzul Al-Quran menjadi perakuan akan kerasulan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membawa misi Islam yang penting kepada umat manusia untuk mentauhidkan serta mengabdikan diri kepada Allah SWT," katanya. Dr. Ahmad Samsuri bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk pegawai-pegawai kerajaan memulakan majlis dengan solat Isyak dan solat tarawikh secara berjemaah. Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man kini kembali beroperasi seperti biasa sejak awal Ramadan lalu setelah proses kerja-kerja baik pulih selesai berikutan tergendala sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
19 Apr 22
303
Warga Emas Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum Hari Raya
Warga Emas Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum Hari Raya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan rakyat Malaysia terutama warga emas supaya mendapatkan suntikan penggalak vaksin sebelum hari raya Aidilfitri.
18 Apr 22
177
Ganja Jika Dibenarkan Beri Impak Negatif Kepada Negara
Ganja Jika Dibenarkan Beri Impak Negatif Kepada Negara
KUALA TERENGGANU, 15 April - Kesan negatif yang serius boleh berlaku jika kerajaan membenarkan penanaman, pemprosesan dan penjualan ganja setelah ia rancak diperjuangkan oleh sesetengah pihak untuk menjadikan ia sebagai entiti perubatan.  Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, ini kerana ia akan mengundang kepada kecenderungan penyalahgunaan terhadap bahan berkenaan apabila ia dijual atau diperolehi secara mudah. "Sebagaimana statistik dari penjualan ganja secara rekreasi di Amerika Syarikat telah meningkat dengan banyak melebihi daripada peningkatan penjualan untuk tujuan perubatan. Boleh lihat laporan dari laman web rasmi Marijuana Business Daily, dimana penjualannya pada tahun 2017 ($2.5 hingga $3.2 bilion) dan tahun 2018 ($2.9 hingga $3.8  bilion) semakin meningkat "Ini berlaku kerana permintaan terhadap ganja untuk tujuan rekreasi semakin bertambah pada setiap tahun dan jangkaan jualan semakin meningkat pada 2019 dan tahun mendatang melebihi berkali ganda daripada digunakan untuk perubatan. Perkara ini amat membimbangkan kerana diketahui umum jika disalahgunakan boleh merosakkan fizikal, mental dan sosial masyarakat,"ujarnya melalui kenyataan di facebooknya, di sini, pada semalam. Ujarnya lagi, lebih parah melalui kajian yang dijalankan di Amerika pada 2013, terdapat lebih 800,000 penduduknya seawal usia 12 tahun telah dirawat disebabkan ketagihan terhadap ganja. "Didapati 10 peratus daripada mereka yang terbabit mempunyai ketagihan yang teruk, dimana kajian tersebut juga menunjukkan daripada 6.9 juta orang yang menyalahgunakan dadah, 4.2 juta daripanya menggunakan ganja. "Justeru keadaan ini menunjukkan masalah yang serius telah dihadapi di peringkat  global dan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Desakan daripada kumpulan yang ingin menghalalkan pengunaannya akan mendatangkan kerugian kepada negara. Masyarakat seharusnya menolak dakyah-dakyah sebegini. "Bagi memastikan taraf kesihatan fizikal dan mental rakyat dapat dilindungi daripada masalah ketagihan baharu, kerana boleh mendatangkan kesan terhadap institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat."katanya. Tambahnya lagi, mengikut kajian yang telah dikeluarkan oleh National Academis of sciences, Engineering and Medecine (NASEM USA) dari Centers of Disease Control and Prevention (CDC), Food and Drug Adminstration (FDA) dan beberapa badan terkemuka dan berautoriti menunjukkan ganja hanya berguna dalam tiga keadaan sahaja. "Untuk mengawal semua jenis sakit saraf yang dinamakan 'Chronic Neurophatic Pain', dimana ia hanya digunakan sebagai rawatan tambahan kepada ubatan dan rawatan sedia ada yang telah terbukti berkesan bukanlah digunakan rawatan utama, sebaliknya hanya pilihan akhir dengan penyeliaan perunding berpengalaman dimana pesakit perlu dikawal rapi, setelah timbulnya ketagihan maka ia hendaklah dihentikan. "Ia juga berkesan digunakan untuk melegakan muntah-muntah disebabkan rawatan kemoterapi juga sebagai pilihan akhir sekiranya rawatan lainya tidak berhasil serta ia boleh mengurangkan spastik atau ketegangan otot yang disebabkan oleh penyakit 'Multiple Sclerosis'(MS) dalam keadaan ini pun ia masih tidak menjadi rawatan utama,"ujarnya. Makanala menurutnya, pihak FDA pula meluluskan penggunaan ganja perubatan jenis cecair CBD berjenama Epidiolex ® untuk rawatan penyakit sawan teruk kanak-kanak dan di United Kingdon dan Kanada serta beberapa negara Eropah pula meluluskan bahan berkenaan beraskan minyak CBD bernama nabiximols (Sativex ®). "Kita menegaskan bahawa negara ini tidak perlu menaman ganja atas alasan ingin menjalankan kajian. Keputusan yang telah dibuat oleh badan berkuasa dunia FDA dari WHO itu sudah memadai.  "Perlu diingat bahawa kebenaran meluluskan ganja bagi kegunaan untuk perubatan berbeza dengan kebenaran dihalalkan untuk tujuan kajian perubatan,"katanya lagi.
14 Apr 22
1205