Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Terengganu Sokong Rakyat Usahakan Ayam Telur
Kerajaan negeri mengalu-alukan rakyat yang berminat untuk mengusahakan ternakan ayam telur bagi meningkatkan hasil sumber makanan.
23 May 22
180
'Jangan Manipulasi Harga Ayam'
KUALA TERENGGANU, 23 Mei - Kerajaan pusat memberi peringatan tegas kepada semua pemain industri penternakan ayam agar tidak memanipulasi isu harga ayam di pasaran hingga membebankan pengguna.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) 2, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan bertolak ansur terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap keperluan makanan asas dalam negara itu.
"Bekalan ayam dalam negara asalnya mencukupi jadi bila dikatakan berlaku sebaliknya, ada sesuatu yang tak betul di sudut perjalanannya.
"Memang kita tak nafikan memang ada ayam yang mempunyai penyakit dan beratnya tidak sesuai untuk dijual, namun situasi itu tidak berlaku sepanjang masa," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim.
Dalam masa yang sama, Nik Zawawi memberi jaminan bahawa kementeriannya tidak akan berdiam diri untuk memastikan isu kenaikan harga ayam akan ditangani dengan cara yang terbaik.
Sementara itu, Dr Azman berkata kerajaan negeri yakin mampu mengurangkan kenaikan harga ternakan seperti daging lembu dan ayam apabila kilang di Bukit Kor, Marang bagi mengeluarkan makanan ternakan hasil kerjasama GLC dan syarikat swasta siap dibina dan beroperasi akhir tahun ini.
Tambah beliau, dengan adanya kilang tersebut, kerajaan mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan import sebanyak 80 peratus dengan memanfaatkan sumber tempatan untuk menghasilkan makanan ternakan.
"Saya yakin hasil dari sumber tempatan akan mengurangkan kenaikan harga ternakan seperti daging lembu dan ayam apabila kilang itu mengeluarkan makanan ternakan,"ujarnya.
23 May 22
830
HFMD Di Terengganu Terkawal
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Terengganu masih terkawal walaupun ia menunjukkan peningkatan hampir 10 kali ganda bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Mei lalu.
23 May 22
288
Pesara Perlu Manfaat Pengalaman Bantu Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia disaran untuk terus menjadi denyut nadi kestabilan kerajaan dalam membekalkan idea-idea positif yang dijana melalui pengalaman lalu sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali berkata, walaupun sudah berusia dan bersara, masih lagi boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan untuk kebaikan bersama.
"Apa yang penting ialah pengalaman kita yang dalam pelbagai bidang, tidak kira perjawatan kita sebagai pegawai takbir di peringkat federal atau negeri, badan berkanun atau guru ianya ialah pengalaman hidup yang boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan.
"Kerajaan negeri mengiktiraf NGO Persatuan Pesara Kerajaan sebagai 'stakeholder' yang mana kita mahu manfaatkan pengalaman yang ada itu sebagai pemberian imput kepada kerajaan dalam pelbagai cara dan ruang yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Terengganu Kali ke-30 di Dewan Teater Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah, dan Timbalannya, Abdullah Mamat.
Dalam pertemuan ini juga, hadiah penghargaan daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah disalurkan kepada beberapa orang pesara, ianya sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik selama berkhidmat.
23 May 22
260
Akur Syarat Ditetapkan Arab Saudi Terhadap Jemaah Haji
Malaysia akur dengan kerajaan Arab Saudi yang menetapkan bakal jemaah haji tidak melepasi syarat tak dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu.
23 May 22
124
Kesatuan dan Kerjasama Kunci Aspirasi Keluarga Malaysia
Kerjasama dan kesatuan semua pihak tanpa mengira fahaman politik dan kaum adalah kunci utama menjayakan aspirasi Keluarga Malaysia.
23 May 22
124
PM Yakin dan Bangga Dengan Kerajaan Terengganu
Perdana Menteri yakin kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mampu mencapai sasaran untuk menarik sekurang-kurangnya tiga juta pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun ini.
23 May 22
108
Malaysia Terima Lebih 600,000 Warga Asing Sejak Pintu Sempadan Dibuka
Malaysia menerima 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa kembali dibuka semula pada 1 April lepas.
23 May 22
190
Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Drastik Atasi Kenaikan Harga Barang
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Kerajaan diminta mempertingkatkan pemantauan harga-harga barang keperluan di pasaran seluruh negara memandangkan fenomena kenaikan harga barang dilihat sangat meluas ketika ini.
Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Dato’ Husain Awang berkata, tindakan drastik perlu dilakukan supaya tiada pihak menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan bagi menaikkan harga sesuka hati.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menggiatkan peranan Pegawai Pemantau Harga di seluruh negara secara intensif agar tujuan pemantauan tercapai.
“Saya juga berharap KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu melaksanakan usaha mengoptimumkan pemasaran barangan keperluan dan makanan keluaran tempatan bagi memastikan tahap kebergantungan terhadap barangan import berkurangan.
“Pada waktu ini, saya percaya kualiti dan kuantiti barangan tempatan sudah mampu memenuhi permintaan tempatan, yang tinggal hanya sokongan dan bantuan dari pihak Kerajaan untuk merealisasikan usaha ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, beliau berharap agar rakyat berhemah dalam membuat perbelanjaan harian dan mengamalkan melakukan simpanan peribadi agar bersiap sedia menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu.
“Kita sama-sama berusaha dan seterusnya berdoa kepada Allah S.W.T agar segala ujian dan dugaan yang wujud pada waktu mencabar ini dapat dilalui oleh rakyat Malaysia dengan tabah,” ujarnya.
22 May 22
380
Impian Miliki Kediaman Sendiri Tercapai
KUALA NERUS, 22 Mei – Peluang memiliki rumah sendiri menjadi perkara paling menggembirakan bagi seorang bapa yang sekian lama menyewa.
Hussain Hafizi Din @ Yusof, 33, dari Kampung Tok Jembal, Seberang Takir di sini mengakui sebak dan terharu kerana hasrat untuk mempunyai kediamannya sendiri tercapai.
“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadzil Wahab atas usaha membantu mendapatkan saya sebuah rumah yang saya mohon sejak beberapa tahun lepas lagi.
“Sekian lama saya nantikan kerana sebelum ni hanya mampu menyewa rumah di Batu Rakit yang agak jauh dari tempat kerja,” ujarnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPTS DUN Seberang Takir yang disempurnakan Pegawai Penyelaras tersebut, semalam.
Tambah Hussain, keputusan itu amat mengembirakan isterinya yang juga surir umah dan sentiasa menyatakan hasrat untuk mempunyai rumah sendiri.
“Selepas ini bolehlah ada duit lebih sikit kerana duit bayaran sewa selama ini boleh membeli keperluan lain,” jelasnya.
Sementara itu, Mohd Fadzil memaklumkan, objektif utama penyediaan kediaman baharu adalah memberi tempat tinggal yang selesa kepada asnaf fakir atau miskin sebagai salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di Seberang Takir.
“Kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan rumah sendiri kepada rakyat Terengganu disamping menepati syarat-syarat yang ditetap,” ujarnya.
#HajiFadhilKirimSalam
21 May 22
419