Artikel "Utama" Terkini
Pahang, Destinasi Kedua Promosi Jelajah Beautiful Terengganu
KUANTAN, 29 Jun- Kempen Jelajah Beautiful Terengganu, Pakat Maghi Terengganu 2022 kini diteruskan di Pahang sebagai destinasi pilihan kedua selepas Kedah dengan penawaran pakej percutian menarik di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan kerjasama kerajaan negeri Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri meneruskan sinergi promosi dalam negara.
Katanya, program memperkasakan kempen promosi sektor pelancongan dan kebudayaan negeri ini yang turut mendapat kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu memfokuskan segmentasi pelancongan tertentu dalam menarik lebih ramai pengunjung domestik ke Terengganu.
"Pahang dilihat mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan terutama lokasi popular seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron yang berupaya menjadi faktor tarikan pengunjung.
" Terengganu turut mempunyai beberapa persamaan dengan Pahang yang sekaligus dapat memberikan pilihan produk serta pakej pelancongan kepada pelancong sasar," ujarnya kepada pemberita.
Tambah beliau, Pahang mempunyai pulau terkenal seperti Pulau Tioman dan begitu juga Terengganu yang yang mempunyai tujuh pulau peranginan utama yang selama ini menjadi faktor tarikan utama pengunjung seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Kapas.
"Begitu juga sepertimana Pahang menjenamakan masakan ikan patin sehingga terkenal diseluruh negara, Terengganu juga mempunyai menu masakan istimewa Ikan baung yang akan dijadikan ikon baharu dalam ketengahkan Terengganu sebagai destinasi baharu untuk pelancongan gastronomi" ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi MAH Terengganu, Suaibah Harun berkata, Program Jelajah BTM yang menggunakan kaedah Business to Business (B2B) itu dianggap antara strategi terbaik bagi pelancongan di Terengganu.
Menurut beliau, kaedah itu memberi lebih fokus kepada pemain industri dalam mendapatkan input serta maklumat berkaitan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan di Terengganu.
"Kesan promosi yang digerakkan pihak jabatan melalui pelbagai saluran telah menunjukkan peningkatan hasil tempahan hotel di bawah MAH.
"Purata tempahan pada hari biasa ialah 50 peratus dan jumlah itu meningkat kepada 80 peratus pada hujung minggu, musim cuti persekolahan, perayaan dan setiap kali adanya penganjuran program oleh kerajaan negeri," katanya.
Jelajah BTM ke Pahang kali ini melibatkan 13 penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada
pengusaha hotel, agensi kerajaan, agensi pelancongan dan pengusaha produk nasi dagang serta keropok lekor.
29 Jun 22
656
Para Huffaz Berperanan Sebar Ajaran Al-Quran
Para huffaz dinasihat supaya menjaga serta mengamalkan ajaran al-Quran dalam diri dan menyampaikannya kepada masyarakat.
29 Jun 22
142
Perantau Rakan Kongsi Kerajaan Negeri
Anak Terengganu di perantauan dianggap sebagai rakan kongsi kerajaan negeri yang berperanan menyumbang idea bagi meningkatkan mutu pentadbiran.
29 Jun 22
121
Kolam Taman Shahbandar Rosak, Terbiar Akibat Vandalisme
Kolam di Dataran Shahbandar yang ditularkan di media sosial kerana terbiar disahkan rosak akibat kegiatan vandalisme.
29 Jun 22
269
Bekalan Ikan Negara Mencukupi – Ronald
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bahawa stok bekalan ikan negara ketika ini mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.
28 Jun 22
78
1,082 Huffaz Berjaya Dihimpunkan Buat Kali Pertama
KUALA NERUS, 28 Jun – Kerajaan negeri sekali lagi melakar sejarah penting apabila berjaya menghimpunkan 1,082 para Huffaz melalui Himpunan Huffaz Negeri Terengganu buat julung kalinya.
Pengurus program, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata usaha tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuk sekolah-sekolah Tahfiz persendirian dan organisasi yang terdapat di Terengganu.
“Kejayaan pada hari ini kerana mereka memberi kerjasama yang sangat baik., itu yang pertama. Yang keduanya, melalui program ini, kita nak melihat dari sudut kekuatan hafazan dan juga nak melihat cara kaifiah ataupun manhaj yang digunakan di setiap madrasah ataupun institusi.
“Dan insya-Allah seperti mana yang dah diumumkan oleh Exco, program ini dijadikan perhimpunan tahunan dan kita akan pelbagaikan program pengisiannya nanti,”ujarnya.
Beliau berkata demikian di Himpunan Huffaz Negeri Terengganu bertempat Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Turut hadir , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah
Tambahnya, ini juga salah satu cara untuk mengatasi masalah ketandusan Huffaz di negeri ini apabila berjaya melahirkan Huffaz yang berkualiti.
Sementara itu, Shaikh Harun berkata pihaknya sentiasa menyokong ibu bapa sekiranya mereka merancang pendidikan dengan keutamaan kepada sekolah Tahfiz bagi melahirkan lebih ramai para Huffaz.
“InshaAllah, kita akan pupuk Huffaz dengan lebih hebat melalui perancangan yang betul, bukan sekadar hafaz alQuran, tetapi memahami dan melaksanakannya al-Quran seolah-olah Huffaz itu al-Quran bergerak,”ujarnya.
28 Jun 22
731
30,324 OKU Berdaftar Di Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu merekodkan seramai 30,324 individu berstatus orang kurang upaya (OKU) berdaftar di negeri ini sehingga Jun 2022.
28 Jun 22
394
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
Permohonan bantuan 'one-off' atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka pada Julai depan.
27 Jun 22
567
MB Terengganu Seru Semua Pihak Jaga Perairan Negeri
Kerjasama semua pihak dalam menjaga perairan di Terengganu mampu membawa kesan kepada peningkatan hasil perikanan di negeri ini.
27 Jun 22
164
Imtiaz Kuala Terengganu Sekolah Tanpa Tunai Pertama
KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu bakal menjadi sekolah imtiaz pertama di negeri ini memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai di sekolah dalam masa terdekat.
Pengetuanya, Md Imran Md Nor berkata, dalam melaksanakan program tersebut, pihak sekolah mendapat kerjasama daripada Bank Rakyat dengan menyediakan sistem pembayaran tanpa tunai yang menerima kad debit sebagai kaedah pembayaran.
Katanya, objektif program itu secara khususnya adalah untuk menggalakkan penggunaan kad MyDebit dalam kalangan pelajar, guru serta ibu bapa sebagai kaedah dalam urusan transaksi pembayaran seperti di kantin atau koperasi sekolah berbanding penggunaan tunai.
“Alternatif ini diharapkan dapat menjadikan setiap transaksi pembayaran seperti membeli makanan, alat tulis atau buku menjadi lebih cepat dan efisien.
“Kaedah ini juga memudahkan ibu bapa memindahkan duit kepada anak-anak memandangkan terdapat juga pelajar luar dari Terengganu di sekolah ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Sekolah Tanpa Tunai dan Pelancongan Koperasi Sekolah, Pameran SEM (Inovasi) dan Penyerahan IPAD 2022 di Dewan As-Syatibi, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat Negeri, Sulaiman Sulong.
Md Imran berkata, bagi mengelakkan penyalahgunaan kad tersebut, hanya RM10 dihadkan untuk dibelanjakan oleh pelajar pada setiap hari.
27 Jun 22
1976