lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Bank Susu Patuh Syariah Perlu Penelitian Mendalam
Bank Susu Patuh Syariah Perlu Penelitian Mendalam
Cadangan pembinaan Bank Susu Patuh Syariah di negara Islam memerlukan penelitian yang lebih mendalam serta menyeluruh biarpun ia sangat terkenal di negara barat.
04 Jul 22
127
Bank Susu Patuh Syariah Perlu Penelitian Mendalam
Bank Susu Patuh Syariah Perlu Penelitian Mendalam
KUALA TERENGGANU, 4 Julai- Cadangan pembinaan Bank Susu Patuh Syariah di negara Islam memerlukan penelitian yang lebih mendalam serta menyeluruh biarpun ia sangat terkenal di negara barat. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata kajian perlu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek bukan sahaja melibatkan hukum hakam tetapi juga prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya. Katanya, cadangan pembinaan Bank Susu Patuh Syariah di Malaysia adalah sangat penting sebagai sumber bekalan susu ibu kepada bayi-bayi yang sangat memerlukan susu ibu dan juga kepada para ibu yang tidak mampu untuk menyusukan bayi atas masalah-masalah tertentu. “Kita harapkan isu yang dibangkitkan ini boleh direalisasikan dalam masyarakat kerana ianya merupakan keperluan sebenarnya. “Ada ibu tertentu dan anak-anak yang memerlukan alternatif ini sebagai jalan penyelesaian akibat timbul permasalahan yang tidak boleh diatasi contohnya ibu yang berpenyakit, bayi pramatang, bayi kematian ibu dan lain-lain,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 ‘Bank Susu: Keperluan Dan Hukum’ di Permai Hotel, hari ini. Sementara itu, Mufti Negeri Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, garis panduan mengenai pembinaan Bank Susu Patuh Syariah di Terengganu akan diperkemaskan dari semasa ke semasa. “Di Terengganu, kita baru mula dengan garis panduan dan ada pasukan penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang membuat penyelidikan tentang isu ini. “Bank Susu Patuh Syariah masih terpencil bukan menyeluruh, sebab itulah kita memerlukan suatu SOP yang jelas, khususnya dari sudut mengamalkan mazhab Shafie, jadi ini perkara-perkara yang perlu diperkembangkan ke peringkat nasional. "Bank susu biasa memang wujud, tetapi yang patuh syariah ini perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum keputusan untuk melaksanakannya atau tidak diputuskan, " ujarnya.   
04 Jul 22
482
Lepas 31,000 Anak Benih Ikan, Udang
Lepas 31,000 Anak Benih Ikan, Udang
Sebanyak 31,000 benih anak ikan dan udang dilepaskan Jabatan Perikanan Terengganu di Sungai Terengganu .
03 Jul 22
141
Laluan Warisan Mat Kilau Produk Pelancongan Dua Negeri
Laluan Warisan Mat Kilau Produk Pelancongan Dua Negeri
KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pahang untuk mengetengahkan laluan Mat Kilau sebagai produk pelancongan dua hala antara dua negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata jika direalisasikan, ia mampu  membawa masyarakat ke sudut sejarah yang berbeza dengan menjejaki laluan yang pernah dilalui oleh Mat Kilau semasa perjuangannya menentang British suatu masa dahulu. Katanya, ia dapat mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah serta jejak-jejak dan tinggalan sejarah Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Mat Kilau dan rakan-rakannya di Pasir Raja, Dungun yang merentasi hutan khatulistiwa ke Hulu Tembeling, Pahang. "Saya difahamkan jelajah laluan warisan itu sememangnya mencabar sehingga mengambil masa dua hingga hari untuk tamat jadi satu perbincangan akan diadakan dengan pihak berkaitan untuk melaksanakannya. "Ia juga turut membawa mengenali kubu Mat Kilau serta mengenali keunikan alam semulajadi dengan lebih dekat melalui aktiviti sepanjang 'hiking'," katanya ketika ditemui pemberita. Tambahnya, penambahbaikan akan turut dilaksanakan bagi kemudahan sepanjang jejak Mat Kilau seperti keselamatan, hentian rehat dan lain-lain bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk melaluinya. Difahamkan laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu.      
02 Jul 22
1642
Majlis Walimatul Urus Perdana Kembali Beraksi
Majlis Walimatul Urus Perdana Kembali Beraksi
KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma atau Majlis Walimatul Urus Perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu kembali diteruskan pada September ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata majlis akad nikah dan resepsi dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu bertujuan membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan. Katanya, pasangan yang dipilih menyertai program itu tidak perlu mengeluarkan kos, sebaliknya semua peruntukan disediakan kerajaan negeri. "Bagi pasangan daripada kalangan ibu atau bapa tunggal layak menerima insentif sebanyak RM1,000.00 setiap seorang. "Dan juga kepada pasangan yang berminat dan layak akan diberikan  pinjaman modal perniagaan maksima RM20,000.00 di bawah Program Jaya Diri (PJD) YPKT,” ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman ketika dihubungi. Tambah beliau lagi, bakal pengantin lelaki berusia 45 tahun ke atas dan pengantin perempuan berusia 40tahun keatas dikecualikan mengikuti kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu. Sementara itu, Hanafiah turut berkata  program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 sehingga 2019 telah berjaya memanfaatkan 1,167 pasangan. "Pada tahun 2020 dan 2021 program ini ditangguhkan atas faktor pendemik COVID-19 dan kini kembali beraksi setelah sekian lama berehat,"ujarnya. Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana
02 Jul 22
2238
'Rating Star' Rumah Bot Tasik Kenyir Tahun Hadapan
'Rating Star' Rumah Bot Tasik Kenyir Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 1 Julai -Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan memperkenalkan sistem penarafan bintang buat pertama kali kepada 70 rumah bot di Tasik Kenyir bermula tahun hadapan. Pengarahnya, Fadli Yusof berkata tujuan sistem ini dilaksanakan adalah memberi penarafan dan pengiktirafan kepada premis mengikut kriteria yang ditetapkan. Katanya, ia juga akan membantu pelancong merancang percutian mengikut kehendak masing-masing dengan tepat. "Sekarang pihak kami dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyediakan dokumen untuk gred bermula satu sehingga lima bintang sebagaimana hotel- hotel di darat. "Antara kriteria untuk pemberian bintang, kita akan menilai tandas, kemudahan air, sistem kumbahan, penyediaan makanan mengikut standard dan bilik penginapan yang terdapat di setiap rumah bot di Tasik Kenyir," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman baru-baru ini. Tambah beliau lagi, percutian akan bertambah mudah, selesa, puas hati dan menenangkan apabila individu membuat perancangan secara menyeluruh dengan menentukan destinasi yang diingini dilawati sejajar dengan matlamat serta duit dibelanjakan berbaloi dalam segenap segi. "Bila kita buat penarafan bintang, secara tidak langsung akan mempengaruhi harga pakej bagi setiap rumah bot  namun menjanjikan kepuasan kepada pelancong sebagaimana mereka menginap di hotel-hotel yang terdapat di negeri ini,"katanya.          
01 Jul 22
1246
Terengganu Dipilih Laksana Sistem e-Tanah
Terengganu Dipilih Laksana Sistem e-Tanah
Terengganu menjadi negeri keempat yang melaksanakan sistem pentadbiran tanah secara elektronik (e-Tanah) selepas pelaksanaan sistem itu di Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pada 2021.
30 Jun 22
394
Kerajaan Negeri Arah Siasatan Video Penyu Tular
Kerajaan Negeri Arah Siasatan Video Penyu Tular
KUALA TERENGGANU, 30 Jun -- Satu siasatan terperinci akan dilakukan berkaitan video tular insiden memegang penyu di Pulau Redang baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Taman Laut bagi melakukan siasatan terperinci. Katanya, ini susulan perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27, Akta Perikanan 1985. "Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dah berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini. Terdahulu, satu video berdurasi 24 saat telah tular di media sosial  yang memaparkan seorang krew bot menyelam dan membawa naik seekor penyu hampir ke permukaan dipercayai di Teluk Dalam, Pulau Redang. Video tersebut dikritik netizen kerana tidak peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan dan mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu ketika mengadakan aktiviti snorkeling,
30 Jun 22
632
1,000 APM Tawan 70 Puncak Gunung
1,000 APM Tawan 70 Puncak Gunung
KUALA TERENGGANU, 30 Jun -  Seramai 1,000 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM)  berjaya menawan 70 puncak gunung termasuk di Sabah dan Sarawak secara serentak menerusi program Pendakian dan Kibaran Serentak Panji APM sempena Dekad Platinum Pertahanan Awam, hari ini. Koodinator Program, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata aktiviti ini merupakan salah satu pengisian berkonsepkan kepada ujian fizikal ataupun latihan fizikal bertempat di bukit atau pun gunung. "Pihak kami telah mengenalpasti 70 puncak gunung di seluruh Malaysia dan menawannya dalam tempoh sehari secara serentak. "Pendakian bermula daripada pagi dan ketika berada di puncak mereka akan mengibarkan panji APM dan  menyampaikan ucapan beserta video pendek sempena Dekad Platinum kami," ujarnya kepada pemberita. Jelas beliau lagi, program  anjuran utama dari Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia, turut disokong kolaborasi bersama dengan Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. Disamping itu juga, aktiviti tambahan adalah penanaman pokok bagi menyokong promosi Jabatan Perhutanan Malaysia, dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Tambahnya, poster kesiap siagaan keselamatan seperti poster pendidikan mengenai tentang persediaan sekiranya berlaku kecemasan di sepanjang rekreasi. "Pihak kami juga meletakkan tanda arah kiblat bagi makluman pengunjung supaya sentiasa beribadat apabila sampai masanya," ujarnya. Justeru itu dengan kejayaan pada hari ini, Che Adam  mengucapkan tahniah kepada semua negeri dan juga PTJ yang terlibat di dalam program pendakian di peringkat kebangsaan kali ini.        
30 Jun 22
338
Kadar Baharu Had 'Kifayah' Hujung Tahun Ini
Kadar Baharu Had 'Kifayah' Hujung Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 30 Jun- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dijangka akan melaksanakan kadar had kifayah (suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga) baharu bagi memenuhi keperluan golongan asnaf di Terengganu hujung tahun ini. Memetik laporan Sinar Harian pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan memaklumkan, Jawatankuasa Penilaian Dapatan Kajian Penentuan Had Kifayah Fakir Miskin di negeri ini telah ditubuhkan pada 31 Mei lalu bagi menentukan kadar baharu yang menepati keperluan perbelanjaan asasi golongan berkenaan. "Kajian mengenai had kifayah telah dijalankan pada 2019 dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk pakar dalam bidang berkenaan. "Rentetan itu, kita telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menambah beberapa metodologi baharu untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat berdasarkan keperluan semasa. "Kita jangka dalam tempoh enam bulan lagi kita akan dapat keputusan bagi kadar had kifayah baharu untuk Negeri Terengganu dan dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini," ujarnya. Menurutnya, kadar baharu had kifayah perlu diteliti berdasarkan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan (inflasi) serta mengambil kira beberapa faktor lain. "Secara umumnya, apabila berlaku peningkatan kos sara hidup, orang yang miskin akan berubah menjadi fakir. "Kita telah bersedia dengan keadaan itu, sebab itulah kita beri tumpuan serta komitmen untuk meminda had kifayah. Apabila pinda had kifayah bermakna kemungkinan jumlah penerima akan bertambah atau jumlah penerima sama dan bantuan bertambah. Semua perkara itu akan diambil kira," katanya.
30 Jun 22
192