lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dasar Wanita Terengganu Dilancar Esok
Dasar Wanita Terengganu Dilancar Esok
KUALA TERENGGANU, 28 September - Dasar Wanita Terengganu yang mengandungi pelan bagi memelihara dan memartabatkan  kaum hawa akan dilancarkan esok sempena sambutan Hari Sayyidatina Aishah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md.Noor berkata, dasar tersebut akan dibuku dan diedarkan kepada seluruh masyarakat bermula Khamis di program berkenaan. "Jadi saya berharap agar orang ramai dapat menghadirkan diri bagi mengetahui apa peranan, objektif dan bagaimana gerak kerja yang perlu dilakukan untuk sama-sama menjadikan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika dijemput bagi memaklumkan mengenai program tersebut di Selamat Pagi Terengganu, TV Darul Iman, di sini, semalam. Katanya, Hari Saidatina Aisyah itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof yang merasmikan hari berkenaan sekali gus menyempurnakan perasmian pelaksanaan Dasar Wanita Terengganu. "Antara objektifnya pelaksanaan dasar ini juga adalah untuk menjadikanya saluran yang tetap dan berkala bagi membincangkan isu-isu wanita di mana matlamat kerajaan juga untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada wanita. "Kita memiliki ikon-ikon wanita dalam pelbagai bidang oleh kerana itu pada sambutan kali ini juga kita akan memilih beberapa tokoh yang akan diberikan anugerah, iaitu ikon remaja, ikon orang kelainan upaya cemerlang, tokoh anugerah bakti yang dipilih dari kalangan wanita terbaik," ujarnya. Katanya lagi, antara pengisian yang dinanti-nanti pada Sambutan Hari Saidatina Aisyah pada kali ini adalah penampilan istimewa selebriti dan juga pendakwah dari Indonesia, Oki Setiana Dewi yang akan bersama dengan rakyat Terengganu menerusi slot khas pada sebelah petang.    
28 Sep 22
515
177 Pelajar SMA Tamat Hafazan 30 Juzuk
177 Pelajar SMA Tamat Hafazan 30 Juzuk
KUALA TERENGGANU, 28 September- Seramai 177 pelajar dari seluruh sekolah menengah agama (SMA) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran diraikan dalam Majlis Haflu Takrim Huffaz Al-Quran Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, hari ini. Pengarah JPINT, Lothman Awang berkata, majlis itu diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap segala usaha gigih pelajar menghafaz bermula tahun 2018 sehingga 2021. “Hafazan al-quran adalah salah satu mata pelajaran tahfiz yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelolaan JPINT. “Program ini bukan sahaja tertumpu di maahad tahfiz al-quran malah turut dilaksanakan di sepuluh sekolah menengah agama Negeri Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Haflu Takrim Huffaz Al-Quran Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu di Dewan Perdana, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus semalam. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat. Katanya, majlis meraikan para hufaz itu diharap menjadi pendorong kepada pelajar lain yang belum khatam supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menghafal al-Quran. “Majlis ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan negeri memartabatkan hufaz al-Quran sekali gus menjunjung aspirasi maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut memohon Unit Akademik JPINT untuk mengkaji sijil tahfiz agar anak-anak pelajar mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.  
28 Sep 22
987
Terengganu Inc Catat Hasil RM1.2 Bilion
Terengganu Inc Catat Hasil RM1.2 Bilion
KUALA TERENGGANU, 27 September – Kumpulan anak syarikat negeri (GLC), Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) mencatatkan peningkatan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dengan sejumlah RM1.2 bilion berbanding RM1.0 bilion pada tahun sebelumnya. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata hasil tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus atau RM148.1 juta yang disumbangkan oleh anak-anak syarikatnya. “Sekali lagi, sektor perladangan yang digerakkan oleh TDM Berhad dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd kekal sebagai penyumbang hasil terbesar kepada Kumpulan (49 peratus) oleh harga purata minyak sawit dan isirong sawit diperakui yang lebih tinggi diikuti oleh sektor penjagaan kesihatan (19 peratus) serta sektor tenaga dan sumber (17 peratus). “Trend kenaikan lain termasuk keuntungan sebelum cukai dan zakat Kumpulan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 364 peratus (RM60.9 juta) kepada RM77.7 juta daripada RM16.7 juta pada tahun kewangan 2020. “Walaupun kos operasi meningkat sebanyak RM67.1 juta (25 peratus), Kumpulan Terengganu Inc masih mencapai keuntungan selepas cukai untuk meneruskan operasi sebanyak RM8.6 juta pada tahun semasa,” katanya. Kluster tenaga dan sumber Kumpulan yang diterajui oleh Golden Pharos Berhad mempamerkan hasil baik sebanyak RM9.5 juta manakala segmen hasil ladang hutan meningkat sebanyak 357 peratus, venir (62 peratus) dan serpihan kayu (24 peratus). Dengan kebenaran semula aktiviti ekonomi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pelancongan menerusi YTYI Sdn Bhd (Permai Hotel) memperoleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.2 juta selepas kerugian beberapa tahun. Hasil itu menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus(RM3.5 juta) berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan 2020, iaitu sebanyak RM7.3 juta kerugian. Anak syarikat Kumpulan yang menjurus kepada sektor pembinaan, GPQ Sdn Bhd turut memperoleh hasil tinggi pada 2021 iaitu sebanyak RM42.5 juta berikutan penyiapan projek Hospital Pengajaran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). "Kami optimis Terengganu Inc dan anak-anak syarikat Kumpulannya dapat mengekalkan kadar kukuh seiring dengan pemulihan ekonomi negara yang berterusan. Prinsip perniagaan kami yang mampan dan amalan pengurusan risiko sentiasa diutamakan. “Usaha kami untuk mencapai kejayaan melangkaui objektif komersial semata-mata. Bagi memajukan pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, pembangunan sosial dan tadbir urus yang baik, kami akan terus menggalakkan daya tahan dan pertumbuhan mampan,” tambahnya.
27 Sep 22
2912
Lebih Banyak Produk Tempatan
Lebih Banyak Produk Tempatan
KUALA TERENGGANU, 27 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkan lebih ramai peruncit mengetengahkan produk tempatan, bagi menyokong perniagaan usahawan dalam menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia. Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof, berkata, langkah tersebut mampu memberikan satu petanda yang baik dalam mengaktifkan semula ekonomi masyarakat terutama mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). “Kebanyakannya produk tempatan mudah diperolehi dan juga berkepentingan  khususnya masyarakat Islam termasuk status halal,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas merasmikan penjenamaan semula pasar raya Ameen Hallmart dekat sini, hari ini. Menurut Azman, Ameen HallMart memiliki dan menjual lebih dari 5,000 unit penyimpanan stok (SKU) yang terdiri dari barang makanan, keperluan rumah, barang keperluan diri, supplemen kesihatan dan pakaian dengan jualan berjumlah lebih dari RM60juta setahun. Katanya, lebih membanggakan 90 peratus dari SKU itu adalah barangan keluaran bumiputera yang memiliki standard kualiti yang terjamin dan dijual pada harga yang kompetitif yang memberikan pilihan yang luas kepada pengguna. “Ameen HallMart boleh dijadikan platform contoh untuk Kempen Beli Barangan Malaysia dan salah satu rakan strategik Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di negeri Terengganu,”ujarnya.  
27 Sep 22
310
Cuaca Buruk Di Terengganu Bermula Rabu
Cuaca Buruk Di Terengganu Bermula Rabu
KUALA TERENGGANU, 27 September – Terengganu, Kelantan dan negeri di utara Semenanjung dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dari 28 hingga 30 September ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata jangkaan itu diperoleh berdasarkan analisis Model Ramalan dan Penyelidikan Cuaca Met Malaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Kadar Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS). “Tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan Taufan Noru yang ketika ini berada di utara Filipina. "Taufan Noru kemudian dijangka bergerak ke barat menuju Vietnam dan membentuk garis badai yang boleh mengakibatkan ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Justeru itu, beliau menasihatkan orang awam  sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
27 Sep 22
8258
Pengusaha Aiskrim Terima Peralatan Perniagaan
Pengusaha Aiskrim Terima Peralatan Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 26 September – Empat unit peralatan perniagaan dengan anggaran kos RM20,000 telah disumbangkan kepada seorang pengusaha perniagaan aiskrim melalui Geran Agropreneur Muda daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi diiringi oleh Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Nukman Hashim dan Ketua Unit Agropreneur Muda FAMA Negeri Terengganu, Azizie Mohd. Pengusaha Aiskrim Harmoni, Muhammad Mohd Rosle, 24, menzahirkan rasa syukur setelah menerima sumbangan itu kerana ia dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan tersebut.  “Sebelum ini saya hanya menggunakan modal duit sendiri, jadi untuk mengembangkan perniagaan ini agak susah dengan modal yang terhad. “Saya rasa bersyukur dengan sumbangan yang saya terima ini dan insya Allah akan dimanfaatkan sebaiknya,” kata Muhammad ketika ditemui pemberita.  Beliau yang mengusahakan perniagaan aiskrim berjenama Aiskrim Harmoni telah memulakan perniagaan tersebut sejak tahun 2019. Menurutnya lagi, produk aiskrim tersebut setakat ini hanya dipasarkan ke 3 buah kedai dan sebuah pasaraya yang terletak di Losong.  Antara hasil produk Aiskrim Harmoni “Selain itu juga, saya ada menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.  “Perancangan saya pada masa akan datang ingin meluaskan lagi pasaran perniagaan ini dan membuka sebuah kafe aiskrim,” katanya. Muhammad menerangkan sebagian proses pembuatan aiskrim  
26 Sep 22
623
KASA Kenal Pasti 50 Lokasi Bagi Bina Empangan Sabo
KASA Kenal Pasti 50 Lokasi Bagi Bina Empangan Sabo
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti 50 lokasi  berisiko insiden kepala air  di seluruh negara bagi membina empangan kecil di tempat berbukit atau Empangan Sabo.
25 Sep 22
335
Sedia Lori Minyak Bergerak Di Kawasan Banjir
Sedia Lori Minyak Bergerak Di Kawasan Banjir
KUALA NERUS, 25 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)akan memperluaskan trak perkhidmatan mengisi minyak bergerak, Petronas (ROVR), sebagai persediaan menghadapi musim banjir di seluruh negara. Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata langkah berkenaan akan membolehkan orang ramai termasuk pasukan penyelamat mendapat akses bahan api dengan lebih mudah dan pantas. Katanya, sebanyak 32 lori dan empat buah trak akan disediakan untuk digerakkan ke lokasi mengikut keperluan semasa berbanding hanya dilaksana di dua negeri yang terjejas banjir iaitu Kelantan dan Terengganu pada Februari baru-baru ini. “Tindakan ini diputuskan kerana kita tidak mahu apabila timbul isu berkaitan baru fikirkan apa yang perlu dibuat, jadi kita buat perancangan dan keputusan awal…pelaksanaanya nanti akan bergantung  pada pengurusan Pengarah KPDNHEP negeri-negeri,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau program JMKM di Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini, hari ini. Menurutnya, perkhidmatan ROVR itu bagi mengelakkan bekalan minyak petrol dan diesel terputus dan memudahkan pengurusan di kawasan bencana. Sementara itu, mengulas isu kekurangan kekurangan bekalan telur ayam di Langkawi di Kedah, Jerantut di Pahang dan Hulu Terengganu di Terengganu, Azman berkata, ia bukan satu krisis kerana isu tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. “Oleh itu, masalah yang berlaku dapat diselesaikan secepat  mungkin contohnya aduan kehabisan telur ayam pada sebelah pagi dan bekalan terus dihantar pada sebelah petang atau keesokan harinya, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang,” katanya.  
25 Sep 22
502
DDW, DDR Boleh Simpan Barang Lebih 30 Peratus
DDW, DDR Boleh Simpan Barang Lebih 30 Peratus
KUALA NERUS, 25 September -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan peruncit terpilih daerah (DDR) dan pemborong terpilih daerah (DDW) untuk menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas melebihi 30 peratus dari jumlah dilesenkan. Ketua Setiausahanya,  Datuk Azman Mohd Yusof berkata kebenaran itu dikeluarkan kepada 2,711 DDR dan 1,039 DDW di seluruh negara bermula Oktober ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut. “Langkah itu bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjang musim tengkujuh ketika banjir untuk kegunaan penduduk setempat. "Jumlah itu akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada situasi bencana berdasar perkembangan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau program JMKM di Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini, hari ini. Justeru itu katanya, orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik kerana bekalan mencukupi dan pihak kementerian juga akan sentiasa memantau serta menyelia harga barang sepanjang musim tengkujuh      
25 Sep 22
256
JMKM Catat Nilai Jualan Lebih RM2.5 Juta
JMKM Catat Nilai Jualan Lebih RM2.5 Juta
KUALA NERUS, 25 September - Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) berjaya menarik seramai 78,336 pengunjung dengan jualan melebihi RM2.5 juta sehingga 18 September 2022. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk   Azman Mohd Yusof berkata transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran JMKM di 93 lokasi meliputi semua 32 DUN dalam lapan kawasan parlimen di negeri Terengganu.  "Program dilaksanakan secara in-house di premis rakan strategik seperti pasaraya-pasaraya dan kedai runcit di Terengganu dengan peruntukan RM25,000 sebulan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tempoh 15 Ogos sehingga 31 Disember 2022. "JMKM menawarkan harga keperluan asas lebih rendah hingga 30 peratus adalah usaha kerajaan membantu golongan memerlukan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau program JMKM di Pasar Taif Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini, hari ini. Sementara itu, Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sebelum ini berjaya merekodkan jualan sebanyak RM63 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas. Azman berkata, transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran PJKM di 2,000 lokasi di semua 222 kawasan parlimen seluruh negara. "Program tersebut telah memanfaatkan lebih 3.4 juta dalam usaha membendung inflasi dan mengurangkan beban kos sara hidup yang dialami oleh ahli Keluarga Malaysia terutama golongan B40 dan M40," katanya. Tambah beliau lagi, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (PKJTI) kemudiannya telah menjenamakan semula PJKM menjadi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM). "JMKM kini diperluaskan ke kesemua 600 DUN seluruh negara dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan sebagai kesinambungan usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40,"katanya.      
25 Sep 22
216