lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PRU15: Rosol Kekal Bergaya Di Parlimen Hulu Terengganu
PRU15: Rosol Kekal Bergaya Di Parlimen Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid berjaya mengekalkan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada hari ini. Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan pencabar terdekatnya dari Barisan Nasional (BN), Dato Rozi Mamat, calon Pejuang Tanah Air (Pejuang), Khadri Abdullah dan Cikgu Alias Ismail dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti besar 15,734 undi.  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu  memperoleh undi sebanyak 42,910 meninggalkan saingan terdekatnya Dato Rozi Mamat (BN) yang memperolehi 27,176 undi. Calon PH, Alias Ismail pula memperoleh 1,740 undi manakala Mohd Khadri Abdullah yang bertanding mewakili Parti Pejuang mendapat 182 undi. Kemenangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu, Adnan Abdullah di pusat penjumlahan undi, Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu pada jam  11.10  malam. Rosol yang dilahirkan pada 10 Julai 1964, pernah menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dalam Parlimen Hulu Terengganu pada tahun 1999 hingga 2013. Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket BN memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi). Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada Disember 2018 dan bertanding atas tiket PN bagi PRU15.
19 Nov 22
557
Tidak Rasmi - Rosol Mendahului Di Hulu Terengganu
Tidak Rasmi - Rosol Mendahului Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Rosol Wahid mendahului dengan 33,808 undi setakat pukul 10 malam tadi. Kedudukan tersebut diikuti, calon Barisan Nasional(BN), Dato Rozi Mamat(22,132), calon PEJUANG, Khadri Abdullah (142) dan calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Alias Ismail (1,384). Beliau yang juga penyandang kerusi itu mendahului calon-calon  lain dengan majoriti 11,676 undi. Jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut ialah  87,917.
19 Nov 22
291
Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang
Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang
SETIU, 19 November - Tiga beg kuning peti Undi Pulau Redang telah tiba di Padang Astaka Majlis Daerah Setiu pada jam 6.00 petang. Ketiga-tiga peti Undi itu Dari Pusat Pengundian Pulau Redang  telah dibawa oleh tiga ketua tempat mengundi bersama tiga polis pengiring dengan helikopter sewa khas yang bertolak pada jam 5.00 petang dari Lapangan Terbamg Pulau Redang. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Pulau Redang adalah seramai 1,316. Kesemua pengundi telah melaksanakan tugas berkenaan pada jam 8 pagi dan berakhir tiga petang melalui tiga saluran di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Ini merupakan peti Undi yang pertama telah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom.  
19 Nov 22
477
PRU15: Lima Beradik Teruja Mengundi Bersama
PRU15: Lima Beradik Teruja Mengundi Bersama
DUNGUN, 19 November- Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini memberikan pengalaman bermakna buat lima beradik dari Kampung Nibong di sini apabila mereka berpeluang mengundi bersama. Aliff Amirul Hafiz Ab Halim, 18, berkata, lebih mengembirakan apabila dia dan adik- beradiknya dapat membuang undi melalui saluran sama di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail disebabkan jarak umur mereka yang tidak jauh berbeza. Penuntut German-Malaysian Institute (GMI) di Bangi itu berkata, dia bersama kakaknya Amira Hedriana, 28, Amanina Hazwani, 26, Amalia Hadirah, 22, dan Athirah Hannani, 20 tiba di pusat undi berkenaan bagi mengundi Parlimen Dungun kira-kira jam 9 pagi. "Teruja, gementar pun ada kerana ini kali pertama saya mengundi demi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. "Saya harap undi saya ini akan menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik dan calon yang menang nanti dapat mengubah negara ke arah yang lebih maju, " ujarnya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi tersebut, hari ini. Keterujaan sama turut dikongsi kakaknya, Amalia Hadirah yang rela hati keluar mengundi. "Saya mengundi bukan atas desakan keluarga atau sesiapa. Saya sendiri yang hendak mengundi, saya rela hati kerana saya mahu suara saya didengari. "Harapan untuk calon yang menang nanti agar dapat memimpin negara ke arah yang lebih baik dan tidak ada lagi isu- isu negatif seperi rasuah dan seumpamanya, " ujar Amalia Hadirah yang merupakan bekas pelajar Intec Education College, Shah Alam.
19 Nov 22
349
PRU15: Wan Hassan Selesai Tunai Tanggungjawab Mengundi
PRU15: Wan Hassan Selesai Tunai Tanggungjawab Mengundi
Foto Oleh: Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris DUNGUN, 19 November- Calon Perikatan Nasional (PN-PAS) bagi Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di sini pada jam 9 pagi tadi. Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi kira-kira 8.15 pagi sebelum beratur bersama-sama pengundi lain untuk membuang undi. Wan Hassan mengharapkan agar pengundi membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dalam menentukan masa depan negara. "Saya telah selesaikan tanggungjawab sebentar tadi, dan saya cadangkan pembuangan undi dibuat awal oleh mereka yang layak mengundi bagi memudahkan urusan pengiraan walaupun tempoh masa yang dibenarkan sehingga 6 petang.  "Alhamdulillah, ketika hadir ke sekolah tadi saya lihat kehadiran pengundi agak memberangsangkan, mungkin dengan keadaan cuaca yang baik menyebabkan ramai pengundi keluar awal, " ujarnya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi, hari ini. Wan Hassan yang juga penyandang kerusi Parlimen Dungun berentap di Parlimen itu bersama empat lagi pesaingnya, iaitu calon dari Barisan Nasional ( BN), Nurhisham Johari, Pakatan Harapan (PH), Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad, Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Noraisah Hasan dan Bebas, Ghazali Ismail. Pada PRU14, Wan Hassan menang dengan majoriti 13,119 undi menewaskan BN dan PH.
19 Nov 22
243
PRU15: Sempat Mengundi Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
PRU15: Sempat Mengundi Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
HULU TERENGGANU, 19 November - Walaupun hanya tinggal beberapa jam sebelum terbang untuk menunaikan umrah, seorang pengundi tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini. A.Rani Mamat, 57, dari Kampung Felcra Bukit Kapah berkata dia bergegas melunaskan tugasnya sebagai pengundi sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan menyertai jemaah lain untuk berangkat ke Tanah Suci selepas Asar. "Penting untuk saya memilih pemimpin yang layak bagi memimpin negara, jadi tidak ada masalah untuk datang membuang undi sebelum ke lapangan terbang. "Saya bergerak dari rumah seawal 6.30 pagi dan menjadi orang kedua selepas calon Perikatan Nasional(PN) P038, Datuk Rosol Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman pada 8.05 pagi tadi," ujarnya. Dia yang ditemani anak lelakinya berkata, perancangan untuk menunaikan umrah sudah lama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020. "Dah lama tertangguh dan kini hasrat saya akhirnya tertunai tapi tetap akan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana ia sangat penting untuk masa depan kita semua," katanya.
19 Nov 22
548
PRU15: Orang Asli Sungai Berua Tunai Tanggungjawab
PRU15: Orang Asli Sungai Berua Tunai Tanggungjawab
HULU TERENGGANU, 19 November - Meskipun tinggal  di pedalaman, lebih 250  masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) hari ini. Tok Batin, Rosli Desuh, 47, berkata, sejak jam 8.30 pagi masyarakat org asli dari suku kaum Semaq Beri, memenuhi perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapah, untuk membuang undi. "Kali ini ada penambahan pengundi lebih 100 orang apabila pengundi muda layak menunaikan tanggungjawab mereka. "Saya arahkan semua yang layak mengundi keluar ke pusat pengundian lebih awal bagi mengelak berlaku keciciran sekiranya mereka tidak keluar dalam satu kelompok," katanya. Menurutnya, tanggungjawab sebagai pengundi harus dilaksanakan bagi memilih wakil rakyat yang boleh menjaga kebajikan mereka. Seorang penduduk masyarakat orang asli yang ditemui, Era Alias, 21, berkata, dia teruja untuk membuang undi buat kali pertama. "Sebelum ini hanya teman keluarga datang mengundi tetapi hari saya menjadi pemilih untuk menentukan pemimpin yang layak untuk tadbir negara. "Sejak jam 7.30 pagi kami berkumpul di Kampung Sungai Berua, sebelum bertolak ke pusat pengundian secara beramai-ramai dengan menggunakan kenderaan sendiri," katanya.  
19 Nov 22
568
PRU15: Rosol Kekalkan Tradisi Jadi Pengundi Pertama
PRU15: Rosol Kekalkan Tradisi Jadi Pengundi Pertama
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu(P038), Datuk Rosol Wahid menjadi individu pertama membuang undi di Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, di sini hari ini. Rosol yang ditemani isteri, Toh Puan Halipah Ahmad, 59, tiba di perkarangan sekolah pada jam 7.50 pagi. Beliau selesai membuang undi sekitar pukul 8.04 pagi, sementara isterinya sekitar pukul 8.06 pagi, pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) yang berlangsung hari ini. Rosol yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati kerana berjaya mengekalkan tradisi sebagai pengundi terawal sejak arwah bapanya masih hidup. "Saya bersyukur sejak lima penggal yang lalu, sekolah ini menyaksikan saya sebagai orang pertama yang datang menunaikan tanggungjawab membuang undi bersama arwah bapa. "Kini saya tetap meneruskan apa yang ditinggalkan oleh arwah bersama isteri," katanya ketika ditemui pemberita di SK Bukit Diman, pagi tadi. Beliau yang juga penyandang kerusi parlimen itu sempat beramah mesra dengan pengundi sebelum memasuki pusat mengundi. Sementara itu, Rosol berkata 12 adik beradiknya juga membuang undi di pusat pengundian yang sama dan enam anaknya di Sekolah Kebangsaan Telaga. Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 6.00 petang.
19 Nov 22
356
Dakwaan Empat Cawangan BERSATU Bubar Hanya Provokasi BN
Dakwaan Empat Cawangan BERSATU Bubar Hanya Provokasi BN
HULU TERENGGANU, 18 November - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu menafikan laporan media yang mendakwa empat cawangan BERSATU di daerah itu dibubarkan.  Setiausahanya, Mohd Zawawi Ismail berkata semua empat cawangan BERSATU berkenaan masih wujud dan mempunyai ramai keahlian aktif. "Laporan yang mendakwa empat cawangan BERSATU iaitu di Kampung (Kg)Bukit Apit, Felda Mengkawang, Pengkalan Ajal dan Kg Payang Kayu dibubarkan adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. "Dakwaan itu hanyalah gimik politik murahan individu terdesak yang berniat jahat untuk menjatuhkan moral serta kesepaduan jawatankuasa dan ahli BERSATU Bahagian Hulu Terengganu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, esok ," ujarnya. Menurut Zawawi, individu yang mendakwa cawangan BERSATU dibubarkan dan ditutup adalah ahli jawatankuasa yang bermasalah dan tidak memahami perlembagaan parti serta undang-undang pertubuhan. "Mereka tiada hak dan kuasa untuk membubarkan atau menutup mana-mana cawangan atau bahagian parti.  "Pengunduran beberapa ahli jawatankuasa cawangan yang bermasalah itu tidak memberi kesan atau menjejaskan parti," katanya. Jelas Zawawi lagi, Zamani Mamat yang merupakan  bekas Setiausaha BERSATU Bahagian Hulu Terengganu telah lama meninggalkan parti selepas tewas kepada Datuk Rosol dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian. "Alias Abdullah pula adalah bekas Pengerusi Penyelaras BERSATU DUN Ajil yang tidak aktif selepas dilantik sebagai pengurus syarikat perniagaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat," ujar beliau. Dalam masa yang sama, seluruh kepimpinan BERSATU Bahagian tersebut termasuk 15 cawangan turut memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Rosol sebagai Ketua Bahagian yang juga calon Perikatan Nasional-PAS bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu untuk PRU-15. Justeru itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya tidak membuat kenyataan tidak berasas mengenai BERSATU Hulu Terengganu semata-mata untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.
18 Nov 22
162
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 18 November - Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan. Antaranya ialah, menaikkan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebanyak 50 peratus ke RM1,500 sebulan dan memperkenalkan Skim Khas penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat bagi mengatasi masalah utama guru-guru terbabit. Selain itu lagi, memberi dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran T-Vet dan bantuan pengajian awal sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia bukan retorik kerana dibuktikan melalui apa yang dilakukan oleh PAS di Terengganu yang kini menjadi komponen utama dalam PN selain BERSATU. "Sangat mementingkan pendidikan yang merupakan pelaburan jangka panjang dan sudah tentu ia bukan menjadi bebanan kepada PN untuk melaksanakan janji-janji manifesto itu yang sudah tentu akan meringankan beban rakyat. "Juga ia sangat membantu golongan miskin tegar untuk memastikan mereka dapat menghantar anak mereka ke sekolah dengan baik dimana turut berjanji akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI UPDI selepas menghadiri Half Al-Takrim, Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021, Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort Terengganu, di sini, semalam. Justeru kerana itu katanya, rakyat wajar memberi sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan memerintah negara. "Tidak semua perkara dipolitikkan, pada kali ini telah ditawarkan calon-calon yang bersih, tidak terbabit dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebarang penyelewengan dan telah terbukti mampu mentadbir di tiga buah negeri, Terengganu, Kelantan dan Kedah. "Dari sudut pendidikan Terengganu telah membuktikan bahawa sangat serius untuk melahirkan peneraju kepimpinan di masa akan datang mengikut acuan Islam dengan mewujdukan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang kita berhasrat untuk mewujdukkannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). "Serta Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dihasratkan untuk diwujudkan di setiap daerah, kita berharap agar hasrat ini menjadi realiti dengan dikekalkan kerajaan ini untuk terus mentadbir bagi merealisasikan harat rakyat ke arah dunia pendidikan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan generasi masa hadapan," ujarnya lagi.  
17 Nov 22
687