Artikel "Utama" Terkini
Bersama Bendung Rasuah, Tingkat Integriti
KUALA TERENGGANU, 27 November- Kerajaan negeri hari ini mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Perasmian Penutup Bulan Integriti Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi membendung permasalahan rasuah dan meningkatkan integriti di kalangan penjawat awam di samping menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dalam memerangi rasuah.
“Usaha memerangi rasuah dan meningkatkan integriti haruslah sentiasa dijadikan agenda utama khususnya di peringkat organisasi.
“Ini termasuk dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran, pemerkasaan kawalan dalaman serta mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana warga kerja yang melakukan kesalahan tatatertib mahupun jenayah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Bulan Integriti Peringkat Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Razali Che Ani; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh Dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Tuan Ruslan Che Mat.
Justeru katanya, warga perkhidmatan awam Negeri Terengganu hendaklah sentiasa berintegriti, bertanggungjawab dan profesional dalam melaksanakan amanah dan tugasan.
“Selain itu, penjawat awam juga perlu menolak dan mencegah sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan maruah seperti penipuan, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.
Katanya, mereka seharusnnya bersama-sama menyemai benih integriti di dalam pelaksanaan program-program jabatan dan memberi contoh integriti yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan.
27 Nov 22
343
Terengganu Bentang Bajet 2023 Esok
KUALA TERENGGANU, 27 November - Pembentangan Bajet 2023 bagi negeri Terengganu akan dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang akan diadakan pada esok iaitu 28 November.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali, berkata persidangan yang akan berlangsung selama empat hari itu tetap diadakan walaupun kerajaan pusat mengumumkan hari cuti umum Isnin ini.
“Persidangan ini amatlah penting kerana ia melibatkan kerana ianya melibatkan pembentangan Bajet 2023," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Rasmi beliau baru-baru ini.
Tambahnya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan membentangkan Bajet 2023 tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, pegawai dan kakitangan kerajaan, yang terbabit dengan persidangan DUN termasuk pengamal media, pemerhati dijemput hadir.
Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri berkata kepada semua untuk menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2023 bagi negeri Terengganu di laman facebook miliknya esok.
27 Nov 22
411
RM40 Juta Agihan Zakat Perkasa Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 27 November - Menyedari melalui pendidikan akan dapat mengubah nasib dan kehidupan seseorang terutama yang datang dari keluarga miskin setiap tahun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengagihkan lebih RM40 juta bagi memperkasakan pendidikan anak-anak Terengganu.
Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, strategi Maidam membasmi kemiskinan yang dialami dalam kalangan keluarga berkenaan ialah menerusi pendidikan dengan harapan sekurang-kurangnya 80 peratus anak Terengganu menyambung pengajian ke universiti.
"Sebagai galakan kerana itu sebelum ini kita berikan RM1,000 kepada setiap anak -anak yang dapat masuk ke institusi pengajian tinggi untuk menampung keperluan mereka dan baru-baru ini kita telah merangka kertas kerja untuk turut memberikan memberikan laptop berharga RM3,000 kepada anak-anak orang miskin.
"Peringkat diploma pula kita berikan RM800 dan kita sedang merangka satu kertas kerja untuk memastikan anak Terengganu yang dapat memasuki ke sekolah berasrama penuh dapat RM 500,"ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas merasmikan Kursus Umrah Perdana dan Bantuan Zakat Ikhlas dengan kerjasama AMCARE, di Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, semalam.
Tambanya lagi, anak-anak Terengganu yang cemerlang dalam pelajaran jika tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan di Terengganu atau dalam negara, jangan takut untuk mencuba nasib bekerja di luar negara terutamanya di Timur Tengah.
"Kerana di sana memerlukan tenaga dari Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi, ini kerana Malaysia menjadi pakar rujuk kepada dunia Islam kerana kita memiliki sistem kewangan yang terbaik di dunia,"katanya.
Dalam pada itu menurutnya, sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan melalui anak-anak yang kurang berjaya dari sudut akademik pula katanya kaedah lain sedang difikirkan.
"Terutama mereka yang tidak minat hendak belajar, hendak buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh kita hendak kumpulan mereka dan kenalpasti kemahiran apa yang mereka miliki untuk mengikuti sebarang kursus bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu dan mengubah nasib keluarga,"katanya.
26 Nov 22
272
AMCARE Tawar Pakej Umrah Murah, Mudah , Selamat
KUALA TERENGGANU, 26 November - AMCARE Agency yang merupakan ejen zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini berkolaborasi dengan anak syarikat AirAsia X iaitu IKHLAS Umrah bagi pakej umrah yang murah, mudah dan selamat untuk rakyat negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AMCARE, Dato' Muhammad Zahari Harun berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu bertujuan untuk membantu rakyat Terengganu seramai mungkin agar dapat mengerjakan ibadat berkenaan dengan harga serendah RM5,990 ribu.
"Kita yakin pakej yang diperkenalkan ini akan mendapat sambutan baik, kerana selepas daripada Covid-19 kita menerima pendaftaran sangat mengalakkan daripada orang ramai dengan bilangan yang cukup besar dan diluar jangka.
"Pakej yang ditawarkan mempunyai banyak keistimewaan antaranya menyediakan pakej penginapan bertaraf lima bintang di Hotel Anjum yang baru siap dibina dan berhubung terus dengan laluan ke gerbang Raja Abdullah yang baru serta mempunyai laluan khas ke Masjidil haram.
"Selain menawarkan pilihan menu asia dan antarabangsa, terdapat juga pelbagai kemudahan seperti mesin ATM, dobi layan diri dan kedai kopi, termasuk Ketua Mutawif yang cukup berpengalaman iaitu Pencetus Ummah (PU) Azihal bangsawan bersama kumpulan mutawif yang bertauliah dan berpengalaman,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Khusus Umrah Perdana dan Bantuan Zakat Ikhlas dengan Kerjasama AMCARE, di Dewa Majis Al Muktafi Billah Shah Ladang (Masjid Ladang), di sini hari ini.
Majlis berkenaan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Menurut Zahari, rakyat Terengganu yang menyertai pakej umrah yang ditawarkan oleh pihaknya itu tidak perlu risau dan bimbang berlaku penangguhan tarikh ataupun tidak akan timbul masalah keciciran.
"Kerana tarikh yang diberikan merupakan tarikh yang akan ada penerbangan, dan tidak akan timbul isu 'flight delay' dan dari sudut penginapan pihak kita telah menjalinkan perjanjian dengan pemilik hotel Mekah untuk disewa bagi jangka masa yang panjang,"katanya.
Mengenai kursus umrah perdana yang diadakan pada hari ini, menurutnya ia membabitkan 250 hingga 300 peserta yang diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengerjakan umrah dimana kesemua mereka itu merupakan kumpulan pertama yang akan menikmati pakej yang disediakan itu.
"Pada hari ini juga kita telah menyantuni dan mengagihkan sumbangan kepada 100 asnaf Maidan berupa beras dan barang lain kepada mereka dan turut dijemput untuk bersama dalam majlis ini,"ujarnya.
26 Nov 22
1010
Pasar Payang Baharu Akan Dibuka Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 27 November - Pasar Besar Kedai Payang yang menjadi lokasi utama tumpuan pelancong ke negeri ini yang dibangunkan semula pada tahun 2018 kini sudah berada pada tahap kemajuan 90 peratus dan akan dibuka kepada umum tahun hadapan.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, projek yang dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung kini sudah berada di peringkat akhir dengan 10 peratus kemajuan lagi.
"Melibatkan kerja-kerha 'finishing' termasuk penyediaan landskap yang cantik, kemasan longkang, cat, pencahayaan dan lain-lain lagi.
"Selepas mengalami beberapa kali tempoh lanjutan, insya-Allah orang ramai akan menikmati suasana membeli belah di Pasar Payang berwajah baharu ini pada Mei depan," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.
Antara tarikan lain yang akan terdapat di Payang Payang itu nanti, Rosli berkata akan terdapat sebuah menara jam yang dibangunkan semula di pintu masuk bagi mengamit nostalgia jam besar sekitar 50 tahun dahulu sebelum ia dirobohkan,
Katanya, kerajaan negeri berharap pasar tumpuan utama masyarakat itu akan memberikan lebih manfaat kepada peniaga dan pengunjung sekali gus dapat memacu perkembangan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.
"Proses transformasi ini akan menjadikan Pasar Payang lebih cantik dan beri keselesaan buat semua pihak, semoga Pasar Payang akan terus menjadi destanasi ikonik yang menjadi tempat wajib singgah apabila pelancong datang ke negeri ini,"ujarnya lagi.
26 Nov 22
1108
Agong Seru Rakyat Terus Bertenang
KUALA LUMPUR, 23 November - Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Seri Ahmad Fadil Shamsudin menerusi kenyataan media Istana Negara pada hari ini, menyatakan Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.
"Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka, maka terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata,"ujar kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu, susulan daripada sesi menghadap oleh ketua-ketua gabungan, Seri paduka Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada esok.
"Perbincangan khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,"ujar kenyataan media Istana Negara itu.
23 Nov 22
278
Polis Laksana Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara
KUALA LUMPUR, 23 November - Bermula semalam sehingga satu masa ditetapkan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik membabitkan setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata langkah itu adalah sebahagian kesiapsiagaan pihak polis untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'omnipresence' bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak (siang hari).
"Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak,"ujarnya melalui suatu kenyataan rasminya, hari ini.
Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian.
"Kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,"katanya lagi.
23 Nov 22
580
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan.
22 Nov 22
208
Pengurus Terengganu FC Mohon Maaf
KUALA TERENGGANU, 22 November - Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab memohon maaf kepada pasukan dan penyokong Selangor FC atas sikap segelintir penyokong yang mencetuskan insiden idak diingini pada malam tadi.
Mewakili pihak pengurusan, Fadhil melahirkan perasaan kecewa dengan aksi membaling dan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC.
Kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Seharusnya kejadian seumpana iti tidak wajar berlaku lagi dalam kancah bola sepak tempatan. Walau apapun.
"Kejadian malam tadi merupakan tindakan yang hanya dilakukan oleh segelintir penyokong yang tidak meletakkan semangat kesukanan dalam hati masing-masing dan bukan di kalangan penyokong setia pasukan Terengganu," ujarnya menerusi suatu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, rata-rata yang hadir mempamerkan semangat kesukanan tinggi dan dapat menerima kekalahan dalam aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia
"Penyokong Terengganu sememangnya amat terkenal dengan disiplin yang baik ketika perlawanan di luar mahupun ditempat sendiri, namun kerana segelintir mereka ini menyebabkan semuanya terpalit," ujarnya lagi
22 Nov 22
1104
Lebih 19 Ribu Pelajar IPT Berdaftar SSM Di Seluruh Negara
Seramai 19,758 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sejak Januari 2021 hingga 31 Oktober lepas.
21 Nov 22
184