Artikel "Utama" Terkini
Jangan Sekat Suara Anak Muda
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) dinasihat agar tidak menyekat kebebasan bersuara anak muda yang mahukan kebaikan untuk negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan menyekat kandungan media sosial golongan belia terutamanya di aplikasi 'tiktok' tidak mencerminkan demokrasi sebenar yang dijanjikan PH.
Katanya, tekanan sama turut tidak wajar dikenakan terhadap pendakwah berlainan ideologi memandangkan Malaysia sebuah negara demokrasi.
"Berilah ruang kepada anak muda berfikir dengan matang untuk menilai yang mana baik dan buruk.
"Sepatutnya kerajaan hari ini beri tumpuan untuk menyekat isi kandungan serta maklumat yang buruk dan tidak bermoral seperti budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lucah, 'scammer'.
"Jangan sekat yang baik disebabkan perbezaan pandangan, beri ruang untuk menegur, mengkritik, kerana ia juga adalah kebebasan, termasuk sindiran-sindiran serta pelbagai cara lain untuk memberikan kefahaman yang tepat kepada setiap orang," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui media di Duyong Marina Resort, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan dibentuk hari ini tidak perlu mengikut ideologi luar yang mahu rakyat mengikut telunjuk mereka semata-mata.
"Kerajaan sepatutnya mendidik anak muda memiliki pemikiran yang matang, kerana mereka adalah golongan terpelajar, mendapat pendidikan di sekolah kerajaan di mana cikgu-cikgunya telah dikawal oleh kementerian, jadi raikanlah mereka.
"Apabila didapati mereka salah berfikir, barulah diperbetulkan apa yang selama ini mereka salah faham serta keliru, jangan ikut zaman Firaun apabila diketahui ada unsur-unsur hendak menjatuhkan kerajaan dia bunuh semua anak-anak lelaki yang baru lahir, akhirnya lahir Nabi Musa dalam istana," katanya.
Sehubungan itu Mohd Nor mengharapkan anak muda terus menyuburkan dakwah serta menyampaikan maklumat menerusi platform media sosial dengan cara kreatif dan tersendiri.
"Kena sampaikan kebenaran melalui apa sahaja cara mengikut apa yang diajar oleh Allah, berkata benarlah walaupun pahit, dihalang, mahupun disekat.
"Kita hidup berprinsipkan kebenaran, kerana itu menjadi tugas untuk menyampaikan perkara yang benar untuk membina sebuah masyarakat yang bertamadun, negara barat serta Jepun menjadi maju kerana maklumat diberikan kebebasan," katanya.
Â
16 Jan 23
291
Yayasan Terengganu Peruntuk RM15 Juta Bantuan Pendidikan STPM
Seramai 26,947 pelajar telah menerima manfaat menerusi bantuan pendidikan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu sejak tahun 2008 menerusi peruntukan hampir RM15 juta.
16 Jan 23
269
TSG Terima Penajaan RM11 Juta Bagi Musim 2023
Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mencatat sejarah baru buat pasukannya apabila menerima penajaan bernilai lebih RM11 juta bagi musim 2023.
16 Jan 23
75
TFCPLAY, Penanda Aras Baharu Kelab Bola Sepak
Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) muncul kelab bola sepak pertama di Malaysia memiliki platform penstriman perkhidmatan (service streaming) sendiri apabila melancarkan TFCPLAY.
16 Jan 23
397
TESDEC Bakal Guna Tenaga Solar
 Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) bakal menggunakan tenaga solar yang akan menampung penggunaan elektrik di seluruh kawasan tersebut.
16 Jan 23
200
Terengganu Sumbang RM157,000 Bagi Pusat Islam di Lubnan
Kerajaan negeri Terengganu melalui anak syarikatnya serta Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri menghulurkan sumbangan sebanyak RM157,000 kepada PASRelief bagi membiayai sepenuhnya kos menyiapkan aras tiga Pusat Islam di Arsal, Lubnan.
16 Jan 23
141
Bantuan Melalui JPP Wujudkan Masalah Agihan Banjir
Kerajaan Terengganu melihat penyaluran bantuan banjir melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) akan menimbulkan masalah dari segi agihan bantuan yang sampai kepada mangsa-mangsa banjir.
16 Jan 23
159
Didakwa Dera Bayi Sampai Koma, Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Â Seorang pengasuh pusat asuhan kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan dera terhadap seorang bayi sehingga koma.
Tertuduh, Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Othman, hari ini.
Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ketujuh, tertuduh didakwa menganiaya seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan di sini antara 1 sehingga 3 Januari lalu.
Kejadian berkenaan mengakibatkan bayi malang itu mengalami pendarahan di dalam kepala dan retak di bahagian tempurung kepala sebelah kiri.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.
Sebaik pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.
Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma akibat didera di sebuah pusat asuhan di bandaraya ini.
Kejadian itu disedari bapa mangsa yang berusia 29 tahun ketika mengambil bayi terbabit, 4 Januari lalu, sebelum menghantar mangsa ke hospital untuk pemeriksaan- UTUSAN
Â
15 Jan 23
388
Terengganu Bakal Wujudkan Industri Penternakan Ayam Penelur
Kerajaan negeri berhasrat mewujudkan industri penternakan ayam penelur di negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan telur selain mengelak kebergantungan kepada sumber luar untuk tempoh jangka panjang.Â
15 Jan 23
264
'Semasa Kempen Cakap Lain, Selepas Menang Buat Lain'
Perikatan Nasional (PN) menegaskan parti itu tidak berbolak balik seperti parti lain yang melakukan tindakan berbeza sebelum dan selepas PRU15.
15 Jan 23
816