lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tongkang Terlanggar Paip SATU, Ribuan Pengguna Di Paka Terjejas
Tongkang Terlanggar Paip SATU, Ribuan Pengguna Di Paka Terjejas
DUNGUN, 18 Januari - Ribuan akaun pengguna air di kawasan Paka dan Kerteh dijangka terjejas susulan insiden paip Syarikat Air Terengganu (SATU) di Jambatan Paka, di sini dilanggar tongkang dalam kejadian petang ini. Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat menerusi hantaran di laman Facebooknya kira-kira jam 4 petang Rabu. Menurut hantaran itu, Satiful berkata, sewaktu kejadian tongkang milik kontraktor tersebut difahamkan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip berkenaan yang hampir patah akibat dilanggar sebuah bot sebelum itu Tambah beliau, sebagai penyelesaian sementara, sumber air alternatif akan diambil dari Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi, Serdang. "Untuk pengguna Felda Kerteh 2 dan Felda Kerteh 3 serta Ketengah Jaya yang terjejas, pihak Satu akan menghantar bekalan air dengan lori tangki,” ujarnya. Justeru itu katanya, pengguna disarankan membuat persiapan seperti menadah dan menyimpan air terlebih dahulu kerana dikhuatiri berlaku gangguan bekalan air.    
18 Jan 23
551
RM14.5 Juta Bagi Projek Rumah PPTS Marang
RM14.5 Juta Bagi Projek Rumah PPTS Marang
Kerajaan negeri telah membelanjakan RM14.5 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022 bagi pembinaan Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan baik pulih rumah di daerah Marang.
18 Jan 23
553
Terengganu Terima Bayaran Royalti RM447,749.97 Daripada KUTT
Terengganu Terima Bayaran Royalti RM447,749.97 Daripada KUTT
Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran wang royalti sebanyak RM447,749.97 daripada Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Darul Iman.
17 Jan 23
281
Kerajaan Negeri Perketat Operasi Taska
Kerajaan Negeri Perketat Operasi Taska
Kerajaan Terengganu bakal memperketatkan syarat kemasukan dan prosedur perlesenan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negeri terbabit bagi mengelakkan kejadian dera berlaku.
17 Jan 23
175
Projek RM36.71 Juta Dibangunkan di Besut
Projek RM36.71 Juta Dibangunkan di Besut
Sebuah lagi projek hidro mini dengan kapasiti 3 Mega Watt (MW) bakal dibina di Besut yang dijangka siap menjelang tahun 2027.
17 Jan 23
222
Rumah Murah Siap Dibina, Pemilik Terima Kunci
Rumah Murah Siap Dibina, Pemilik Terima Kunci
Seramai 250 pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin Sejahtera ini menerima kunci apabila projek perumahan milik kerajaan negeri itu siap sepenuhnya sejak dibina pada Julai 2019. 
17 Jan 23
140
Petisyen Umno : 'Serah Pihak Berkuasa Adili Sepenuhnya'
Petisyen Umno : 'Serah Pihak Berkuasa Adili Sepenuhnya'
Petisyen difailkan Umno Terengganu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu di tiga kawasan di negeri ini akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak perundangan.
17 Jan 23
85
Kehadiran PM Diurus Dengan Kehendak PMO
Kehadiran PM Diurus Dengan Kehendak PMO
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri menerima kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu serta menyediakan keperluan seperti diminta Pejabat Perdana Menteri (PMO).
17 Jan 23
154
Terengganu Sambut Baik Saranan Wartakan Habitat Bunga Pakma
Terengganu Sambut Baik Saranan Wartakan Habitat Bunga Pakma
KUALA TERENGGANU, 17 Januari- Kerajaan negeri menyambut baik saranan aktivis alam sekitar supaya mewartakan kawasan hutan di negeri ini yang mempunyai habitat bunga pakma atau nama saintifiknya Raflesia sebagai kawasan nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVF). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan melihat perkara itu dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat dalam usaha melindungi spesies bunga terbesar di dunia itu. “Kalau kawasan hutan ini diwartakan untuk kebaikan dan dapat menjamin daripada pencerobohan dan sebagainya, baguslah. “Kita akan lihat cadangan ini (diwartakan) untuk kebaikan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Terdahulu, media melaporkan penemuan bunga pakma atau popular dengan nama Rafflesia di Hutan Simpan Tembat, Jenagor, Hulu Terengganu baru-baru ini telah menjadikan hutan berkenaan antara lokasi pilihan pencinta alam dan penggiat aktiviti pendakian. Sementara Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Jabatan Perhutanan Terengganu, Mohd Shahril Nizam Mat Ali seperti dipetik dalam laporan Harian Metro memaklumkan, sejak penemuan pertama pada 2019, Hutan Simpan Tembat terus dikunjungi orang ramai yang masuk untuk melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan. Beliau berkata, orang ramai yang melihat dan merakam gambar tumbuhan berkenaan dinasihat supaya tidak terlalu ghairah mendekati tumbuhan itu kerana ia sejenis tumbuhan yang sensitif. "Rafflesia tidak boleh disentuh sesuka hati dan ia boleh menyebabkan tumbuhan itu mati. "Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berada terlalu dekat dengan bunga berkenaan dalam kumpulan yang ramai kerana ia boleh menyebabkan akar tumbuhan rosak. "Rafflesia yang ada di sini (Hutan Simpan Tembat) adalah dari spesis "Cantleyi" dan sekarang ia dalam tempoh mengembang. "Jadi, orang ramai khususnya penggiat aktiviti lasak dan mendaki yang datang ke sini untuk melihat bunga berkenaan dinasihatkan tidak terlalu ghairah menghampiri tumbuhan berkenaan. "Perkara paling penting sebelum memasuki kawasan hutan simpan, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu dahulu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal," katanya.  
17 Jan 23
224
Ahmad Said Tuduh Rakyat Makan Rasuah
Ahmad Said Tuduh Rakyat Makan Rasuah
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Dato' Seri Ahmad Said bukan hanya menuduh kerajaan negeri mengamalkan rasuah dengan mengagihkan pelbagai bantuan tunai secara 'one-off', tetapi seolah-olah turut mendakwa rakyat sebagai 'pemakan rasuah' kerana menerimanya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak sewajarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu menimbulkan isu tersebut kerana kerajaan pada hari ini sedar tentang kutukan Islam terhadap perasuah dan penerima rasuah. "Seolah-olah semua rakyat salah dan semua yang memberikan sokongan kepada 'Perikatan Nasional' baru-baru ini makan rasuah. "Terserahlah kepada rakyat untuk membuat penilaian, saya rasa rakyat dah tolak serta faham perkara ini, jadi kita serahlah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan dengan sebaiknya, jadi kita serahkan kepada mahkamah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Duyong Marina Resort semalam. Mengulas lanjut katanya, tindakan Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu kerana berlaku pengaihan wang yang berleluasa sangat dialu-alukan. "Peraturan yang akan memutuskan perkara tersebut rasuah ataupun tidak juga ditentukan di mahkamah, oleh kerana itu kerajaan negeri bersifat terbuka, bila-bila masa sahaja, marilah buat siasatan adakah dana i-Fitri, i-Mahasiswa, pencen rakyat dan sebagainya yang disalurkan oleh kerajaan negeri itu adakag rasuah,"ujarnya. Tegasnya, Ahmad Said sebenarnya sengaja membangkitkan perkara tersebut untuk mengalihkan pandangan rakyat yang sekarang ini sedang melihat dan menilai tentang wujudnya golongan kluster mahkamah. "Supaya masyarakat lupa tentang isu 'kluster mahkamah' ini dan mengalih perhatian dengan mewujudkan perpepsi kononnya orang lain (PAS) turut terpalit dengan perbuatan melakukan rasuah juga," katanya.
17 Jan 23
1164