lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 13 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan bantuan kewangan bagi meringankan golongan miskin sempena Hari Raya Aidilfitri 1444H yang akan disambut tidak lama lagi. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) Datuk Mohd Fadli Yusof berkata, yayasan itu membelanjakan sebanyak RM255,000 untuk membantu meringankan bebanan golongan kurang bernasib baik membuat persiapan menyambut Aidilfitri. “Sepanjang Ramadan, memang menjadi satu tugas yang biasa dilaksanakan YDSM bagi mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini sejak ditubuhkan 18 tahun lalu. “Justeru itu, dengan sedikit sumbangan yang disediakan ini diharapkan mereka dapat menjalani ibadah puasa  dengan sempurna dan seterusnya merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran,” katanya kepada media selepas majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah anjuran bersama YDSM dan Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini. Turut berangkat adalah Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta Yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi YTNZ Datuk Radzuan Radziwill. Dalam majlis tersebut Sultan Mizan berkenan mengurniakan bantuan kepada 200 fakir miskin terpilih dari seluruh daerah Terengganu berupa wang tunai selain hamper barangan keperluan harian melalui YDSM termasuk 30 penggiat seni dan budaya negeri serta 30 veteran polis turut untuk menerima kurniaan yang sama. Di samping itu, 210 pelajar dari keluarga miskin dari tujuh buah sekolah dipilih menerima kurniaan berupa wang tunai termasuk tiga buah madrasah dan pusat pengajian Islam turut dianugerahkan kurniaan yang sama melibatkan 30 pelajar bagi setiap madrasah. Pada majlis yang sama, seramai 500 fakir miskin wanita menerima kurnian daripada YTNZ  bagi persediaan menyambut Aidilfitri. Sementara itu, salah seorang penerima, Haishah Subair, 50, berasal dari Kemaman berkata, dia rasa terharu kerana terpilih sebagai salah seorang penerima  bantuan kali ini. Dia yang bekerja sebagai tukang bersih di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai berkata duit yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan hari raya buat enam anaknya yang salah seorangnya merupakan anak istimewa dan dua orang anak yatim piatu yang kini berada dibawah jagaannya.
13 Apr 23
499
Peruntukan RM64 ribu untuk Kelab Warga Emas
Peruntukan RM64 ribu untuk Kelab Warga Emas
 Kerajaan negeri memperuntuk RM64 ribu  kepada 32 Kelab Warga Emas Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT) di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tahun 2023.
13 Apr 23
101
Giliran Warga Kuala Terengganu Berbuka Bersama Dr Sam
Giliran Warga Kuala Terengganu Berbuka Bersama Dr Sam
 Prihatin Ramadan Bersama MB menjelajah ke setiap daerah bagi aktiviti berbuka puasa bersama rakyat semalam diteruskan di Kuala Terengganu.
13 Apr 23
137
Duit Raya Untuk Rakyat Terengganu Dibayar Mulai 17 April
Duit Raya Untuk Rakyat Terengganu Dibayar Mulai 17 April
Bayaran duit raya atau i-Fitri 2023 kepada rakyat negeri ini yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
13 Apr 23
211
Disiplin Tinggi Kunci Kejayaan Atlet Terengganu
Disiplin Tinggi Kunci Kejayaan Atlet Terengganu
 Disiplin diri dan sifat sabar yang tinggi dalam diri setiap atlet Terengganu sama ada di dalam atau di luar gelanggang menjadi kunci kejayaan dalam setiap kejohanan.
13 Apr 23
58
Bantuan Banjir Terengganu Mula Diagih Berperingkat
Bantuan Banjir Terengganu Mula Diagih Berperingkat
KUALA TERENGGANU, 13 April - Bantuan tunai kerajaan negeri RM1,000 kepada 17,000 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir baru-baru ini mula diagihkan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sejak dua hari lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pembayaran tersebut diberikan secara berperingkat kepada mangsa yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dahulu. "Pembayaran ini akan mengambil masa tiga atau empat hari untuk diselesaikan dan saya bagi pihak kerajaan negeri memohon maaf atas kelewatan menyalurkan bantuan ini kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. "Kita melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa melakukan pemutihan senarai mangsa semula selepas berlaku tuntutan bertindih. "Contohnya, kita mengesan ada pasangan yang mendaftar PPS berlainan seperti suami di PPS A dan isteri di PPS B," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pengurusan Kelab Warga Emas YPKT Tahun 2023 di Dewan Utama YPKT di sini semalam. Jelasnya, baki 17,000 lagi melibatkan mangsa yang tidak berpindah ke PPS akan dibayar selepas menerima kewangan yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan. "Mereka ini tidak berpindah atau tinggal di PPS tetapi tetap akan menerima bayaran RM1,000 selepas kerajaan negeri mendapat dana tersebut," ujarnya. Sementara itu, mengulas tentang bantuan kerajaan pusat sebanyak RM50 juta, Hanafiah berkata Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telahpun membuat agihan bayaran. Namun katanya, peruntukan itu tidak mencukupi dan masih ramai mangsa yang belum menerimanya. "Saya difahamkan pembahagian bantuan mengikut data yang ada dengan pihak NADMA dan bukan dari pihak kerajaan negeri menjadi salah satu faktor masih ramai yang belum menerimanya. "JPP ada membuat permohonan dana tambahan kepada kerajaan pusat dan masih menunggu keputusan tersebut," katanya.
13 Apr 23
3383
Lapan Kawasan Di Marang Dijangka Terjejas Bekalan Air Menjelang Aidilfitri
Lapan Kawasan Di Marang Dijangka Terjejas Bekalan Air Menjelang Aidilfitri
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengenalpasti lapan kawasan di daerah Marang  sebagai kawasan yang berpotensi akan berdepan dengan bekalan tidak stabil atau bertekanan rendah menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
12 Apr 23
159
‘Influencer’ Bukan Lesen Langgar Syariat
‘Influencer’ Bukan Lesen Langgar Syariat
‘Influencer’ atau pempengaruh dipesan agar tidak terperangkap dengan populariti sehingga sanggup menggadai prinsip agama.
12 Apr 23
85
300 Pelajar Teruja Terima 'Duit Raya' Daripada MB
300 Pelajar Teruja Terima 'Duit Raya' Daripada MB
Seramai 300 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Mak Lagam, Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) serta Maahad Tahfiz menerima 'duit raya' atau sumbangan khas daripada Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar .
12 Apr 23
197
Duit Raya Untuk Rakyat Terengganu Dibayar Mulai 17 April
Duit Raya Untuk Rakyat Terengganu Dibayar Mulai 17 April
KUALA TERENGGANU, 12 April – Bayaran duit raya atau i-Fitri 2023 kepada rakyat negeri ini yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM43.452 juta akan dibayar kepada 144,840  ketua isi rumah (KIR). “Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak akan menerima bantuan i-Fitri antara RM300 dan pengagihan secara tunai akan dilakukan secara berperingkat. “Hampir 148 ribu yang telah memohon dan hanya tiga peratus ditolak permohonan mereka kerana tidak mematuhi syarat seperti pemohon merupakan penjawat awam kerana mereka mendapat bonus khas sebanyak RM700 daripada kerajaan…ada juga kes yang ditolak kerana kesilapan nombor kad pengenalan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pengurusan Kelab Warga Emas YPKT Tahun 2023 di Dewan Utama YPKT di sini hari ini. Sementara itu bagi i-Perantau , pembayaran akan dibuat selepas hari raya kerana buat masa sekarang ia masih dalam proses pendaftaran. "Pengagihan bantuan i-Perantau kepada mereka yang layak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya. Antara syarat utama i-Fitri Perantau, bagi salah seorang KIR, mestilah rakyat Terengganu yang menetap di luar, juga merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.  
12 Apr 23
8807