lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sultan Terengganu Sertai 'RTES Endurance Ride' May 2023
Sultan Terengganu Sertai 'RTES Endurance Ride' May 2023
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyertai RTES Endurance Ride May 2023, di Terengganu International Endurance Park (TIEP).
16 May 23
326
TUGAS Tingkat Prestasi Usahawan
TUGAS Tingkat Prestasi Usahawan
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Skim di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) telah ditambah baik sejak ia diperkenalkan 2019 bagi meningkatkan prestasi perniagaan usahawan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, berdasarkan rekod sebanyak RM21.258 juta telah diberikan kepada 3,317 usahawan melalui skim-skim geran dan pembiayaan. "Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu juga mempunyai program khas untuk golongan muda untuk turut mencipta kerjaya melalui keusahawanan melalui Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES). "Bagi tahun 2022, seramai 40 orang belia telah dipilih untuk menyertai program U-BES 3.0 dimana para peserta telah meningkatkan jualan mereka kepada jumlah keseluruhan RM3,928,918.70 dan pada masa yang sama telah memberikan peluang pekerjaan kepada 83 orang. "YPU juga sering mengadakan program kursus secara berkala bai usahawan 'Start-Up', 'Scale-Up' dan 'High Performing' dengan sejumlah 44 kursus telah diadakan pada tahun 2022 yang disertai 2,290 orang peserta," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2022 (AUT2022) yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata tidak dinafikan produk-produk yang dihasilkan dihasilkan oleh usahawan Terengganu selama ini sangat berpotensi untuk diketengahkan dalam dan luar negera. "Walau bagaimanapun, masih ramai usahawan yang tidak berjaya dalam mempromosikan produk mereka ini, Justeru itu, YPU juga turut membantu mempromosikan produk-produk ini melalui penganjuran dan penyertaan pelbagai 'event' (acara). "Bagi tahun 2022, YPU telah membantu usahawan Terengganu menyertai 22 'event' di dalam dan luar negara dan telah berjaya mendapatkan jumlah jualan sebanyak RM1.301,674,55," katanya. Sementara itu beliau menyatakan kejayaan mengadakan acara berprestij AUT2022 adalah hasil kerjasama seluruh agensi keusahawanan di bawah Sekretariat Pembangunan Ushawan Terengganu (PUETER). "Di mana matlamat penubuhan urusetia ini ialah bagi mengoptimakan penggunaan sumber dan tenaga antara agensi-agensi untuk memaksimakan pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan keushawanan negeri Terengganu," ujarnya.
16 May 23
374
Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
Nama Besar Sertai PN Diumumkan Awal Jun Ini - Ahmad Samsuri
MARANG, 15 Mei- Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan awal Jun Ini.  Beliau bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menidakkan ketika ditanya adakah nama-nama besar tersebut termasuk Tun M. "Saya tidak boleh nak kata ya atau tidak...tapi Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini kita akan ada pengisytiharan beramai-ramai yang akan menyertai PAS, PN dan Bersatu. "Insya-Allah pada awal bulan Jun kita akan buat pengumuman di Lembah Klang, Selangor. Ada daripada parti UMNO dan lain-lain pun ada dan yang ramainya daripada UMNO, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis YAB Menteri Besar Turun Padang Dan Jamuan Rakyat Sempena Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis 5A Tapak Kediaman Dan Tapak Pertanian Dun Pengkalan Berangan, di Dewan sivik Wakaf Tapai di sini, hari ini. Sementara itu katanya, rundingan akhir agihan kerusi antara parti komponen dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka dibuat hujung bulan ini. "Insya-Allah pada minggu depan, dalam tempoh 10 hari lagi di Kuala Lumpur, perjumpaan ini untuk memuktamadkan di peringkat Jawatankuasa Perunding, lepas tu nama-nama kerusi-kerusi ini akan dibawa ke Majlis Presiden untuk keputusan muktamad. "Setakat ini perbincangan di peringkat perundingan kerusi ni sangat harmoni walaupun kita dengar di pihak sebelah sana macam-macam perkara yang timbul," ujarnya.
15 May 23
235
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
5,391 KIR Besut Terima Bantuan Banjir Sebelum Berakhir Mei
BESUT, 12 Mei -  Seramai 5,391 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah ini akan menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri sebelum berakhir Mei, ujar Menteri Besar Terengganu. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mangsa banjir berkenaan akan menerima RM1,000 sebagaimana dijanjikan sebelum ini. "Saya nak umumkan pemberian bantuan banjir kepada 5,391 KIR yang pada ketika banjir hari itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Besut. "(Membabitkan) Hulu Besut 2,364 (KIR), Jertih ada 1,187, Jabi 664, Kota Putera 613 serta Kuala Besut 563. "Insya-Allah kita akan bayar sebelum habis bulan ini, sebelum ini ramai yang tertanya jadi kita beri komitmen untuk melunaskannnya pembayaran ini setelah dilakukan sedikit proses,' ujarnya. Beliau berkata demikian ketika beucap pada Perasmian Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jertih, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata tempat agihan bantuan berkenaan akan ditentukan kemudian dalam masa terdekat. "Terima kasih kerana semua sabar menunggu walaupun saya dengar ada yang sedih, tertanya bila hendak menerimanya, tak apalah kesabaran tuan-tuan terjawab pada malam ini. "Semoga ini menjadi ubat kepada yang datang ke dalam program Teguh Pertahan pada malam ini," ujarnya.
12 May 23
345
Besut Bakal Dibangunkan Setara Daerah Lain
Besut Bakal Dibangunkan Setara Daerah Lain
BESUT, 12 Mei - Kerajaan negeri komited membangunkan sebuah kawasan industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan khusus untuk rakyat di daerah ini. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selama ini pihaknya mengambil maklum mengenai suara hati anak Besut termasuk yang berada di perantauan untuk melihat Besut pesat membangun serta wujudnya peluang pekerjaan. "Saya hendak beri komitmen kepada semua rakyat Besut, penggal kedua nanti kita (PAS) mentadbir Negeri Terengganu kita akan naikkan penggunaan tanah peratus daripada 0.2 peratus (keluasan Besut 10 peratus daripada keseluruhan negeri Terengganu) sekurang-kurangnya setara dengan Daerah Dungun 0.3 peratus. "Bunyi sedikit naik 0.1 peratus (tetapi) lening (sekarang ini) kita lebih rendah daripada daerah lain, (kerana itu) kita akan buat pelbagai perkara kita akan bincang dengan agensi di peringkat Persekutuan untuk membolehkan pembukaan tanah Industri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Perasmian Program Himpunan Teguh Pertahan Kawasan Besut, di Dataran Jerteh, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut, Ahmad Samsuri berkata, tidak mustahil untuk dibangunkan Industri kecil dan Sederhana di daerah ini kerana laluan ECRL terdekat akan siap. "ECRL di Terengganu ini sudah mencapai kemajuan 62 peratus lebih cepat berbanding negeri lain kerana kita begitu cakna dan sangat cekap menguruskannya. "Yang kedua dengan adanya Lebuhraya Pantai Timut (LPT) 3 fasa pertama yang menghubungkan Gemuroh sehingga Tok Bali sejauh 90 Kilometer (KM) yang telah mencapai persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan (untuk disiapkan segera) . "Ini akan dilaksanakan dengan lebih mendalam dengan pihak Kerajaan Persekutuan dimana pembinaan ECRL (dan LPT 3) ini akan memudahkan perancangan bagi membangunkan kawasan Industri di Besut ini yang akan membukan peluang pekerjaan," katanya. Justeru tegasnya, penting untuk Kerajaan yang ditadbir oleh PAS dipertahankan oleh rakyat dan dikurniakan mandat bagi meneruskan segala agenda yang telah dirancang yang terbukti pada penggal lalu dapat menunaikan 20 manifesto yang dijanjikan. "Kalau diserahkan kuasa kepada orang (parti) lain berjanji macam-macam tapi tak boleh hendak buat, (jadi)sudah tentulah hendak  diberikan kepada orang yang boleh berjanji berjanji dan buat kerja," katanya.  
12 May 23
347
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berlangsung penuh meriah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
11 May 23
106
Lebih Lima Ribu Meriahkan Rumah Terbuka PKM Kijal
Lebih Lima Ribu Meriahkan Rumah Terbuka PKM Kijal
KEMAMAN, 11 Mei - Lebih 5,000 pengunjung hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di sini semalam. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengunjung dan petugas yang telah menjayakan majlis tersebut. Katanya, majlis itu menerima kunjungi daripada masyarakat setempat, wakil setiap Pejabat DUN dan Parlimen, Ketua-ketua Jabatan, semua agensi kerajaan pusat dan negeri yang sudi sama-sama memeriahkan majlis ini. "Tak lupa juga kepada semua agensi swasta, anak syarikat kerajaan negeri, Perguruan Silat, Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan seluruh jawatankuasa panatia program dan para petugas, pada majlis tersebut," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bertempat di Perkarangan Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal semalam. Diantara sebahagian tetamu yang hadir.  Tambah Hazri Jusoh, beliau mengharapkan agar majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah islamiyah sesama insan dengan tidak mengira fahaman politik. "Politik-politik juga tapi silaturrahim sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu diteruskan bagi membentuk sebuah negara, negeri dan masyarakat yang harmoni," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa pilihanraya negeri (PRN) akan diadakan dalam masa terdekat dan mengharapkan ianya akan berlaku dengan aman. "Tidak lama lagi PRN akan diadakan bagi memilih kerajaan untuk penggal baru dan kita mengharapkan agar setiap penyokong parti perlu berlapang dada supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini," ujarnya.
11 May 23
243
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
KUALA TERENGGANU, 10 Mei- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berlangsung penuh meriah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran warga kerja Wisma Darul Iman itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To' Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman. Turut sama memeriahkan majlis barisan kepimpinan kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan serta para jemputan. Pada majlis itu, Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan raya kepada pelajar asnaf dan anak-anak yatim dari lima buah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Malah, beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah raya yang dikendalikan oleh kelab yang bernaung dibawah KWDI. Pelbagai sajian dihidangkan antaranya aneka nasi, minuman, cendol, laksa, ketupat, lemang, rendang, mee jawa, kuih muih serta buah-buahan tempatan,   
10 May 23
390
Terengganu Perkasa Kaum Lelaki
Terengganu Perkasa Kaum Lelaki
Pendekatan lelaki qawwam sebagai usaha memperkasa peranan golongan lelaki selaku pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat.
10 May 23
149
Garap Peluang, Adu Masalah Di Karnival TMBS
Garap Peluang, Adu Masalah Di Karnival TMBS
Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk disaran mngambil peluang mengadu permasalahan kawasan mereka di Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS)  di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung).
10 May 23
254