lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PMINT Bangunkan Empat Projek Perumahan Komersial
PMINT Bangunkan Empat Projek Perumahan Komersial
KUALA TERENGGANU, 13 Jun – Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) kini membangunkan empat projek perumahan komersial bernilai RM82.8 juta melibatkan 223 unit rumah di Terengganu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman, berkata, projek yang melibatkan pelbagai jenis rumah dibangunkan di empat daerah itu bagi menampung permintaan dan keperluan pasaran ketika ini. Menurutnya, empat projek tersebut ialah di Residensi Tembesu, Kuala Nerus melibatkan 96 unit rumah dengan nilai keseluruhan RM38.3 juta. "Kita juga ada 68 unit rumah di Perumahan KP Perdana Fasa 7, Kuala Terengganu yang bernilai RM26.45 juta serta 36 unit rumah di Bandar Baru Kerteh, Kemaman bernilai RM9.4 juta. "Selain itu, kita turut membina 23 unit rumah bernilai RM8.6 juta di Seberang Paka, Dungun," katanya kepada pemberita. Dalam masa yang sama PMINT juga memainkan peranannya dalam meninjau potensi untuk memajukan hartanah di Terengganu. Tambah beliau, pihaknya melihat potensi dan peluang yang ada untuk membangunkan lebih banyak projek perumahan komersial terutama yang bernilai lingkungan RM350,000 hingga RM500,000. "Permintaan sangat tinggi terutama di kawasan Kerteh yang terkenal dengan industri petroleum dan gas kerana penduduk di kawasan itu memiliki kuasa beli yang tinggi,”katanya lagi. Justeru itu, Wan Adnan yakin sekiranya projek perumahan komersial yang lengkap dengan infrastruktur akan melonjakkan permintaan hartanah di kawasan tersebut.
13 Jun 23
443
Terengganu, TNB Genco Kaji Potensi Bina Loji Solar Terapung
Terengganu, TNB Genco Kaji Potensi Bina Loji Solar Terapung
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) bagi pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung di Tasik Kenyir. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, kajian kebolehlaksanaan tersebut penting untuk mengenalpasti beberapa aspek kritikal sebelum projek loji solar terapung berkapasiti 1,000 mega watt (MW) itu diputuskan sama ada boleh diteruskan atau tidak. “MoU ini perlu dibuat memandangkan projek yang dirancang itu besar, jadi TI buat MoU dengan TNB Genco iaitu pihak yang pakar dalam bidang ini. “Lepas kajian selesai, kita akan buat beberapa keputusan penting terhadap perlaksanaan seterusnya termasuk mencari dan menentukan rakan kongsi yang berminat samada Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kita sendiri atau pelabur luar,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG Affairs 2023) di Hotel Paya Bunga, hari ini. Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata, projek berkeluasan 2,000 hektar dan dijangka bakal menelan kos lebih RM1 bilion itu dirancang untuk dibina di Tasik Kenyir sebagai mengoptimumkan penggunaan kawasan tersebut yang berkeluasan satu per tiga Singapura. Sementara itu, Pengarah Eksekutif TI, Burhanuddin Hilmi berkata, kajian tersebut akan dimulakan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang dan dijangka bakal mengambil masa selama lapan hingga 12 bulan untuk disiapkan.  
12 Jun 23
474
Agihan Kerusi PN Selesai 97 peratus
Agihan Kerusi PN Selesai 97 peratus
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan agihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai 97 peratus setakat ini. Katanya, beberapa kerusi yang masih berbaki akan diputuskan dalam tempoh terdekat. “Selepas perbincangan akhir pada 5 Jun lalu, kita telah selesai (agihan) 97 peratus kerusi daripada 245 kerusi. Ada lima atau enam kerusi yang tidak selesai lagi. Pilihanraya pun belum lagi, ada masa lagi untuk kita selesai. "Bakinya (agihan) akan siap sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG Affairs 2023) di Hotel Paya Bunga, hari ini. Sementara itu, proses agihan kerusi di Terengganu pula katanya sudah mencapai 99 peratus. "Di Terengganu, agihan kerusi telah 99 peratus selesai. Satu kerusi je belum yang pastinya bukan kerusi DUN Rhu Rendang," katanya.  
12 Jun 23
152
Anak Muda Perlu Berani Teroka Bidang Keusahawanan
Anak Muda Perlu Berani Teroka Bidang Keusahawanan
KUALA NERUS, 12 Jun - Kerajaan negeri berharap lebih ramai golongan muda berani meneroka bidang keusahawanan serta menceburi bidang berkenaan dengan menggunakan segala peluang yang disediakan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, besar harapan pihak kerajaan negeri agar anak muda menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya yang diminati dan bukan pilihan terakhir setelah gagal mendapatkan sebarang pekerjaan. "Harapan saya agar akan lahir lebih ramai usahawan muda dan saya sangat berbesar hati apabila semua agensi-agensi melalui Sekretariat Pembangunan Ushawan Terengganu (PEUTER) bersama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengambil langkah bersama iaitu terus memburu usahawan-usahawan ini untuk dibantu. "Kita tidak mahu bidang keusahawanan ini dijadikan pilihan terakhir setelah gagal ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan, kerana itu kita akan sentiasa berusaha bagi memastikan bidang ini diminati oleh rakyat khususnya anak-anak muda negeri kita," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Majlis Apresiasi Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2022, di Dewan Baiduri 1, Raia Hotel, di sini, baru-baru ini. Menurutnya majlis yang diadakan itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi dibawah Peuter serta panel penilai yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Anugerah Ushawan Terengganu 2022 yang diadakan baru-baru ini. Katanya, ia melibatkan 40 agensi antaranya Jabatan Kebudayaan & Keseniaan negara, Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tourism, Bank Negara Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), SIRIM, MARA, dan pelbagai agensi-agensi lainnya di bawa Peuter. "Alhamdulillah sehingga sekarang tidak ada yang mempertikaikan calon yang diisytiharkan pemenang, ini menandakan komitmen dan kerja kuat daripada semua agensi ini yang telah melahirkan keputusan yang tepat bagi setiap kategori yang dimenangi oleh calon-calon. "Dengan memastikan mereka yang benar-benar terbaik sahaja dinobarkan menjadi pemenang AUT 2022 baru-baru ini,"ujarnya.    
12 Jun 23
451
Perantau Gembira, Mahu Kerajaan Sedia Ada Kekal
Perantau Gembira, Mahu Kerajaan Sedia Ada Kekal
PASIR GUDANG, 10 Jun - Rata-rata anak perantau Terengganu berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini dan mahu ia dikekalkan. Perantau yang berasal dari Pulau Serai, Dungun Wan Mohd Syazwan Mohd Zamri mengakui dia berbangga dengan prestasi cemerlang dan pelbagai perubahan yang dibawa PAS.  "Saya sangat berpuas hati saya rasa sangat rugi jika rakyat sama ada yang berada dalam negeri ataupun yang merantau tidak mengundi atau memilih kerajaan sekarang. "Sebenarnya yang mendakwa tiada pembangunan ini dia ada masalah hati yang payah hendak diubati setelah dibuat pelbagai kebaikan pun masih kata 'dok molek' sedangkan banyak kebaikan telah dilakukan. "Kita ambil satu contoh mengenai manifesto menyediakan lesen motosikal percuma perkara itu sangat baik sehingga Kerajaan Persekutuan pun turut menawarkan perkara ini untuk dilaksanakan," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman dalam program Dialog dan Jamuan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai, di sini, hari ini. Tambah Syazwan lagi kerajaan hari ini juga telah melakukan perubahan yang besar dari sudut mendidik rakyat melalui program-program keagamaan dan hiburan beeterakan agama. Hal ini jelasnya telah memberi impak perubahan cukup besar dalam kalangan rakyat. "Ini juga membezakan Terengganu dengan negeri yang lain misalnya ketika menghampiri waktu Solat Jumaat semua peniaga termasuk bangsa Cina dan India dah faham sehingga tiada masalah untuk menghentikan operasi perniagaan. "Sangat relevan dan sangat bersetuju kerajaan sekarang dikekalkan kerana telah membawa perubahan dari pelbagai sudut berteraskan agama sama ada dari segi ekonomi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya," ujarnya. Seorang lagi perantau yang berasal dari Seberang Takir, Nazwanie Muda, 35, juga turut menzahirkan perasaan bangga dengan Kerajaan Terengganu hari ini di samping membawa perubahan juga turut mencaknai kebaikan rakyat. "Alhamdulillah, saya tengok kerajaan sekarang adalah pilihan yang baik untuk rakyat melalui semua manifesto yang dijanjikan telah ditunai serta sedang berjalan, ini menunjukkan pimpinan memberi komitmen yang tinggi, tiada istilah 'curi tulang' kerana membuat kerja masing-masing. "Lebih mengembirakan apa yang dinikmati oleh rakyat yang berada dalam negeri turut kami rasai antaranya Skim Permata Sejahtera, walaupun berada jauh dari negeri sendiri masih tetap merasai keistimewaan sebagai rakyat Terengganu, segala apa yang dilakukan telah cukup bagus," ujarnya. Dalam pada itu dia yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kota Masai II menyifatkan pertemuan bersama perantau pada hari sangat bermakna dan terasa dihargai.  "Nampak kerajaan sekarang bersungguh-sungguh seolahnya memberikan satu jawapan kenapa ia perlu dikekalkan untuk terus membawa agenda kebaikan, kebajikan dan pembangunan untuk diteruskan pada masa-masa mendatang," ujarnya.
10 Jun 23
266
TDM Berhad Sasar Pendapatan RM620 Juta Tahun 2023
TDM Berhad Sasar Pendapatan RM620 Juta Tahun 2023
KUALA TERENGGANU, 8 Jun- Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan TDM Bhd. (TDM Berhad) mensasarkan untuk mengutip pendapatan sehingga RM620 juta untuk tahun 2023 Pengerusi TDM, Datuk Tengku Seri Bijaya berkata pada tahun 2022, TDM mencapai rekod tertinggi dengan hasil pendapatan RM614.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun sebelumnya. Katanya, beberapa inisiatif dalam bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan dijangka memberi impak positif kepada keuntungan kumpulan dan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bahagian perniagaan. “Tumpuan kami pada inisiatif teknologi, memanfaatkan kuasa mekanisasi dan pendigitalan akan menjadi kunci untuk mencapai matlamat ini.  “Selain itu, kami secara aktif mempertimbangkan peluang untuk mengembangkan perniagaan kami, secara organik dan bukan organik, untuk mencipta nilai jangka panjang buat para pemegang saham kami,” katanya  kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Am Tahunan (AGM) kali ke-58 bertempat di Elysium Skybridge, Level 3, Menara B, KTCC di sini hari ini. Tambahnya, TDM akan terus komited dalam usaha mengoptimumkan prospek perniagaan jangka panjang serta membina daya tahan bagi memastikan kemampanan segmen perniagaan utamanya. Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan utama adalah untuk meningkatkan pendapatan dengan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesihatan. Katanya, bahagian penjagaan kesihatan akan meningkatkan kapasitinya melalui penambahan katil dan meluaskan lagi perkhidmatan dengan menawarkan rawatan sub-kepakaran baharu.  “TDM turut merancang untuk mengguna pakai pendekatan 'asset-light' dengan mengembangkan rangkaian hospitalnya melalui pengaturan pajakan dan jualan-pajakan balik.  “Strategi ini juga akan sekaligus membantu dalam usaha mendapatkan tapak brownfield serta pembangunan kemudahan baharu. Melalui pelaksanaan pendigitalan, Kumpulan komited untuk menambah baik keseluruhan pengalaman pesakit dan mengoptimumkan prestasi operasi,” ujarnya. Tambah Tengku Seri Bijaya lagi, pihaknya akan terus memanfaatkan rekod kejayaan syarikat dalam perniagaan minyak sawit mampan. “Bahagian Perladangan secara aktif meneroka peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kos melalui pelaksanaan teknik mekanisasi terkini,”jelasnya.  
08 Jun 23
451
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan membuktikan kekurangan dirinya bukan halangan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Khairulanwar Zakaria, 19, yang merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) mendapat keputusan 7A (5A+, 2A) sekali gus membolehkannya dinobatkan anugerah pelajar cemerlang SPM bagi kategori kurang upaya penglihatan (buta) peringkat Negeri Terengganu . Menurut Khairulanwar, dia mengalami masalah pada bahagian korteks otak yang telah disahkan sebagai 'both eyes cortical blindness' ketika berada di Tingkatan Satu. Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, walaupun perubahan ke atas dirinya agak mengejutkan, kekurangan itu dijadikan pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam pelajaran. “Dengan keadaan diri saya yang asalnya dapat melihat kemudian tidak nampak menguatkan lagi semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh.  “Waktu Tingkatan Satu hingga Tiga pencapaian saya dalam pelajaran agak sederhana dan biasa sehinggalah saya bertemu seorang rakan yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk bersaing secara sihat dalam pelajaran. "Kami sama-sama bersaing untuk berjaya. Saya ada seorang kawan lama yang dapat 'straight A', saya pun semakin bersemangat nak cuba juga dapat 'straight A' dan hasilnya, berkat doa ibu bapa dan guru saya mendapat keputusan cemerlang hari ini," ujarnya yang bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik dan berhasrat menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Cheras. Khairulanwar ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Terengganu 2022 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, di sini, hari ini. Sementara itu, bagi calon cemerlang SPM Terengganu, Nur Nadiatul Syakila Mohd Razif dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin yang mendapat 10 A+, dia bersyukur atas kejayaan yang diperoleh. “Tidak pernah sangka pun dapat semua A+, semua datang daripada Allah, satu benda yang yang saya selalu buat adalah berpaut dengan niat sebelum mula belajar. “Saya selalu bercakap dengan diri sendiri yang saya belajar kerana Allah, hendak bantu agama Allah, alhamdulillah dipermudahkan jalan,” ujarnya. Anak keenam daripada tujuh beradik kepada pasangan guru itu berkata, kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa kedua ibu bapa yang tidak putus-putus agar kesemua anak-anak berjaya dapat pelajaran. “Disamping tunjuk ajar guru-guru yang tidak mengenal erti jemu mengajar dan mendidik saya dan rakan-rakan dari segi akademik mahupun sahsiah diri,” ujarnya yang berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang asasi undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  
08 Jun 23
434
Rakyat Terengganu Harap PM Tunai Janji
Rakyat Terengganu Harap PM Tunai Janji
08 Jun 23
173
333 Calon SPM 2022 Terengganu Dapat Semua A
333 Calon SPM 2022 Terengganu Dapat Semua A
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.59 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional 4.74. Berita baik itu diumumkan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sini, hari ini. Abdul Muie berkata, seramai 18, 747 calon menduduki peperiksaan SPM 2022 di 176 pusat peperiksaan seluruh Terengganu. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 333 calon memperoleh keputusan semua A (A+, A dan A-). “Daripada jumlah itu, enam pelajar mencatatkan keputusan memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil. "Turut membanggakan apabila seorang calon berkeperluan khas (CBK) masalah penglihatan memperoleh 5A+ dan 2A dalam peperiksaan kali ini," katanya. Menurut beliau, seramai 9,617 calon memperoleh keputusan lulus semua mata pelajaran yang diambil. Selain itu katanya, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.31, kategori sekolah semua A terbaik serta peningkatan semua A terbaik. Tambahnya, terdapat lima sekolah yang merekodkan kecemerlangan apabila semua calonnya lulus semua mata pelajaran. “Lima sekolah itu ialah Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Terengganu, SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Setiu, SM Imtiaz Kemaman dan SM Imtiaz Dungun. "SMK Chalok (Model Khas) di Setiu pula muncul sekolah dengan peningkatan GPS terbaik iaitu 5.48 berbanding 6.65 pada tahun lalu," katanya.
08 Jun 23
627
Himpunan 4x4 Terengganu Zahirkan Sokongan Pemilik Kepada Program Kebajikan
Himpunan 4x4 Terengganu Zahirkan Sokongan Pemilik Kepada Program Kebajikan
Kehadiran lebih 200 peserta dalam Himpunan 4x4 Negeri Terengganu 2023 semalam menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi pemilik pacuan empat roda itu terhadap program-program kebajikan.
08 Jun 23
92