lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PRN, Pengamal Media Digalakkan Daftar Undi Pos
PRN, Pengamal Media Digalakkan Daftar Undi Pos
KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan pengamal media berdaftar sebagai pengundi pos bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15). Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohd Azlan Charles Abdullah berkata pendaftaran bagi petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, polis, tentera termasuk media akan berakhir pada 26 Julai ini. “Kita memahami tugas pengamal media ketika hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen, jadi kita galakan supaya mendaftar sebagai pengundi pos. “Hanya perlu mengisi borang 1A secara manual yang dimuat turun dari web SPR serta memberitahu pengawai pengurus pilihan raya bagi memaklumkan dan memudahkan proses pengundian nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada program taklimat kepada petugas media sempena PRN15 di Dewan Utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu di sini, hari ini. Sehubungan itu, SPR menggalakkan mereka untuk membuat pendaftaran akaun MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my lebih awal bagi membolehkan permohonan segera dapat dilakukan apabila tempoh permohonan undi pos dibuka kelak selain mengelakkan sebarang masalah sekiranya pendaftaran akaun MySPR pada saat akhir, Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dibuka mulai 15 Jun baru-baru ini. Sementara itu, lebih 60 pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri ini menyertai taklimat pilihan raya  Taklimat selama hampir empat jam anjuran SPR itu disampaikan Ketua Program (Pengurusan Strategik), Akademi Pilihan Raya, YM Raja Saera Dato' Raja Musa  Taklimat itu diadakan bagi memberi pendedahan mengenai tugas media sepanjang proses PRN yang bakal berlangsung.
10 Jul 23
1561
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
Jangan kaitkan pekerjaan ketua isi rumah (KIR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman dengan aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut.
10 Jul 23
230
MB Lancar Kad Laporan Prestasi, Buku Kejayaan Terengganu
MB Lancar Kad Laporan Prestasi, Buku Kejayaan Terengganu
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan Kad Laporan Prestasi dan Buku Kejayaan Kerajaan Negeri Terengganu 2018-2023.
10 Jul 23
212
Kerajaan Negeri Tubuh 'Pusat Cari Kerja' Bantu Rakyat Terengganu
Kerajaan Negeri Tubuh 'Pusat Cari Kerja' Bantu Rakyat Terengganu
Kerajaan Negeri mengorak satu langkah ke hadapan dalam menambah baik perkhidmatan kepada rakyat dengan menubuhkan Pusat Cari Kerja Terengganu.
10 Jul 23
90
PRN: PN Ada Strategi Tersendiri-Ahmad Samsuri
PRN: PN Ada Strategi Tersendiri-Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 9 Julai- Perikatan Nasional (PN) telah bersiap sedia dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan. Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN mempunyai strategi tersendiri dan tidak gentar terhadap keyakinan BN bersama rakan gabungannya untuk menawan Terengganu dan Kedah pada PRN kali ini. "Masa PRU 2018 dikatakan PAS hanya menang satu kerusi di Kelantan dan akan lenyap di Terengganu tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Jadi saya tak ambil 'port' apa yang dikatakan oleh mana-mana sama ada Pakatan Harapan (PH) atau BN yang mengatakan mereka mendapat momentum. "Bagi kami, kita ada kerja-kerja yang perlu dibuat dihadapan. Ada kajian yang dibuat dan kita tidak 'syok sendiri' dengan kajian-kajian itu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman. Bagaimanapun katanya, seluruh jentera PN termasuk PAS diingatkan untuk tidak berasa selesa dengan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu. “Apa yang penting ketika ini adalah kerja keras bagi mengekalkan momentum yang ada dalam berdepan pilihan raya di enam negeri. “Apapun saya berharap semua jentera daripada PN dan PAS dan lain-lain supaya tidak selesa dengan kedudukan yang ada, dengan momentum yang ada. “Kita teruskan... Insya-Allah kita akan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada pilihan raya lalu,” ujarnya.
09 Jul 23
112
Pas Tampil 30 Peratus Calon Baharu Pada PRN
Pas Tampil 30 Peratus Calon Baharu Pada PRN
KUALA TERENGGANU, 8 Julai - Pas akan mempertaruhkan sebanyak 30 peratus calon muka baharu untuk bertanding di 126 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, di samping muka baharu, Pas juga akan pertaruhkan 70 peratus calon muka lama yang telah dimuktamadkan. Katanya, Pas juga akan meletakkan calon wanita di PRN enam negeri nanti sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan golongan tersebut. "Senarai calon-calon Pas sudah diteliti, namun hanya akan dimuktamadkan menjelang hari penamaan calon pada 29 Julai depan. “Rundingan agihan kerusi bagi parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) telah selesai dan kini,fokus adalah untuk menyenaraikan calon-calon bagi kerusi yang akan kita tandingi.  “Pada dasarnya, Pas ada dua atau tiga calon bagi setiap kerusi dan kesemua mereka mesti lulus setiap kriteria yang ditetapkan Majlis Syura Ulama, namun pada akhirnya hanya seorang yang akan dipilih,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, hari ini. Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu akan bertanding di 245 kerusi pada PRN kali ini. Daripada jumlah itu, 83 kerusi akan ditandingi Bersatu, 126 (Pas) dan 36 (Gerakan). Takiyuddin juga berkata, jentera parti itu kini telah bersiap siaga dalam memastikan kelancaran sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian. "Dari segi persiapan PRN pula, enam negeri telah buat persiapan dan sudah mantap. Kita akan gabungkan jentera pilihan raya Pas dengan jentera Bersatu dan Gerakan yang akan bersama-sama bekerja untuk PN," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu lepas mengumumkan PRN di keenam-enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
08 Jul 23
275
PAS Cadang PRK Kuala Terengganu Diadakan Serentak Dengan PRN
PAS Cadang PRK Kuala Terengganu Diadakan Serentak Dengan PRN
KUALA TERENGGANU, 8 Julai -Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dicadangkan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, susulan keputusan PAS tidak mengemukakan rayuan terhadap petisyen pilihan raya bagi Parlimen tersebut. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan PAS tersebut dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di sini, hari ini. Katanya, PAS juga berbincang tentang perkara tersebut mengikut aspek perundangan dan berharap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengadakan PRK itu serentak dengan PRN. “Kita ada tiga minggu lagi sebelum penamaan calon. Kita yakin SPR mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk selesaikan serentak pada tarikh sama,” katanya ketika  demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, hari ini. Takiyuddin memberitahu, PAS mengambil keputusan tidak mahu mengemukakan petisyen tersebut kerana tempoh untuk menyelesaikan rayuan pestisyen itu mengambil masa lima hingga enam bulan dan rakyat di kawasan tersebut akan terabai.  “Kita ada dua pilihan sama ada kita merayu atau kita tidak merayu, sekiranya kita merayu, kita perlu menunggu masa lebih lama lagi,  untuk tempoh enam bulan pada tarikh dimansuhkan baru boleh diselesaikan di peringkat Mahkamah Persekutuan. “Jadi  kita merasakan sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang memerintah negeri ini, kita tidak mahu rakyat terabai. “Sebab dalam tempoh lima atau enam bulan ini, tidak ada Ahli Parlimen (Kuala Terengganu). Itu antara salah satu sebab (tak buat rayuan), menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan kepentingan rakyat,” katanya. Mengulas tentang peluang PAS mengekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu, beliau berkata pihaknya optimis parti itu akan terus mendapat sokongan rakyat. “Kita bukan takbur, tapi berdasarkan sokongan di peringkat rakyat jelata, memang kita optimis (boleh menang). Kita mengharapkan apabila kita buat keputusan tidak merayu, pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) boleh mengadakan PRK itu serentak dengan PRN. “Kita ada tiga minggu lagi sebelum penamaan calon. Kita yakin SPR mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk selesaikan serentak pada tarikh sama,” katanya. Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan  kemenangan calon PAS, Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Firuz Jaffril, membenarkan petisyen pilihan raya difailkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zubir Embong, selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15. Bagaimanapun, dalam satu lagi petisyen, parti itu mengekalkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Marang yang dimenangi oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu lepas mengumumkan PRN di keenam-enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.  
08 Jul 23
890
KMI Healthcare Lancar Hospital Pakar Ke-5 di Tawau
KMI Healthcare Lancar Hospital Pakar Ke-5 di Tawau
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare” atau KMI)bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) terkini melancarkan KMI Tawau Medical Centre (KMI Tawau), hospital swasta yang terbaharu di Tawau, Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah merangkap Pengerusi KMI Tawau, Dr. Aliakbar Gulasan berkata terdahulu pengambilalihan Tawau Specialist Hospital telah selesai sepenuhnya pada Mei 2022, dan telah dijenamakan semula kepada KMI Tawau Medical Centre.  Katanya, ia melibatkan pembinaan bangunan lima tingkat baharu dengan tambahan 52 katil dan peningkatan kemudahan berjumlah RM10 juta "Dengan rangkaian lima hospital di bawah jenama KMI Healthcare, ia sudah tentu memberi nilai tambah dalam menyediakan perkhidmatan yang sistematik dan meniru kejayaan yang dicapai oleh hospital lain di bawah KMI sebagai pemangkin dalam membentuk pengurusan terbaik untuk hospital KMI Tawau. “Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa (International Patient Service) akan menjadi agenda seterusnya bagi KMI Tawau sebaik sahaja bangunan baharu siap," katanya ketika merasmikan pelancaran hospital berkenaan. Tambahnya, susulan pengambilalihan itu, pembangunan sebuah lagi bangunan enam tingkat akan meningkatkan kapasiti kepada 59 katil, yang dijangka siap menjelang suku ke-empat 2024. "Idea kreatif dan inovatif serta keberanian mencuba sesuatu yang baharu telah memberi pilihan kepada pelanggan untuk menikmati perkhidmatan kesihatan terbaik yang mereka inginkan. "Pembaharuan ini juga penting untuk memastikan daya saing negara terutamanya dalam usaha kita mempromosikan industri pelancongan kesihatan atau Health Tourism," ujarnya lagi. Antara disiplin dan kemudahan perubatan yang ditawarkan ialah Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik & Ginekologi, Ortopedik, Pediatrik, Anestesia,Otorinolaringologi, Radiologi, Perkhidmatan Kecemasan 24 jam, Makmal, Farmasi, Pengimejan Diagnostik: Imbasan CT, Mamogram Digital, Pemeriksaan Ultrasound dan X-ray am. Sementara itu, Pengurus Besar KMI Tawau, Zainulalim Samsudin berkata usaha menaik taraf kemudahan di KMI Tawau bagi meningkatkan kepuasan dalam pengalaman pesakit sedang dijalankan. "Ini termasuk migrasi sistem maklumat hospital(HIS), pembelian beberapa peralatan perubatan termasuk MRI, CT-scan serta C-arm dan Autoklaf yang akan digunakan untuk pembedahan dengan kosnya yang berjumlah RM10 juta,” jelas beliau.  
07 Jul 23
388
Usaha Gigih Anak Soleh Pintar Imtiaz Diiktiraf
Usaha Gigih Anak Soleh Pintar Imtiaz Diiktiraf
KUALA TERENGGANU, 7 Julai- Seramai 336 pelajar diraikan sempena Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Kali Ke-13 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2022. Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, majlis yang diadakan secara tahunan itu merupakan platform utama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai serta mengiktiraf anak-anak soleh pintar yang telah bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan dan menghafal al-Quran sepanjang di Imtiaz. "Pada hari ini seramai 325 orang pelajar Tingkatan 5 dan sebelas pelajar Tingkatan 6 telah berjaya menamatkan pelajaran di Imtiaz. "Daripada  jumlah tersebut, 62.8 peratus atau 211 orang pelajar telah khatam 30 juzuk al-Quran, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Kali Ke-13 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat. Katanya, statistik membanggakan itu secara jelas membuktikan bahawa Imtiaz berasa di landasan yang tepat dalam merealisasikan matlamat penubuhannnya iaitu sebagai pusat melahirkan profesional huffaz.  "Anak soleh pintar Imtiaz seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi daya intelektualnya malah mampu menjiwai nilai- nilai Islam untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan seharian. "Ianya dibuktikan dengan peningkatan jumlah khatam al-Quran setiap tahun disamping kejayaan merangkul pelbagai anugerah pertandingan pelajar peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa, "ujarnya. Mohd Azmi berkata, majlis graduasi tersebut merupakan titik permulaan mengorak langkah yang lebih tinggi kepada para pelajar.  "Semoga para pelajar dapat meneruskan momentum kecemerlangan ketika menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi, terus mengekalkan amalan hafazan al-Quran dan berusaha mengaplikasikan pelbagai pengalaman yang dipelajari di Imtiaz demi sumbangan kepada pembangunan ummah, " jelasnya. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para pendidik dan ibu bapa yang sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan kemenjadian anak-anak soleh pintar ini.
07 Jul 23
134
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
Jangan Kaitkan Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Dengan Pembalakan - MB
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Jangan kaitkan pekerjaan ketua isi rumah (KIR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman dengan aktiviti pembalakan haram di sekitar kawasan tersebut. Itu tegas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkaitan tragedi menyayat hati yang menimpa sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor pada Sabtu lepas. "Saya rasa tiada kaitan (aktiviti pembalakan sebagai punca tragedi) kerana saya difahamkan ketua keluarga tersebut memang pernah bekerja di kawasan pembalakan. "Bila kata pembalakan, jangan kata semua haram. Ada yang mendapat lesen yang sah dan sebagainya. Jadi, oleh sebab dia pernah berada di kawasan itu untuk masuk ke dalam kawasan pembalakan dia agak mahir selok belok kawasan tersebut. "Mungkin dia ambil peluang untuk membawa semua ahli keluarganya berkelah pada waktu itu (ketika cuti hari raya Aidiladha, namun berlaku tragedi kepala air)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata pihaknya percaya ketua keluarga tersebut, Karim Abdullah, 39 yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat berlaku. Setakat pukul 12 tengah hari ini, lapan mangsa telah ditemui sejak hari Ahad lalu.  Lapan mangsa yang ditemui ialah Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.  Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui pada Selasa. Dua lagi mangsa yang masih belum, ditemui ialah Putri Nur Fatin Karim 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.  
06 Jul 23
285