lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
TI Properties salah satu anak syarikat yang berada di bawah Terengganu Incorporated berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 2,039,652 juta pada tahun 2022.
08 Nov 23
189
Bacaan Qunut Nazilah, Solat Hajat di Masjid Seluruh Terengganu
Bacaan Qunut Nazilah, Solat Hajat di Masjid Seluruh Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 November – Semua Masjid di seluruh Terengganu diminta untuk mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah setiap kali lepas solat bermula Jumaat ini. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Masjid di lapan daerah negeri ini.  Katanya, ia berikutan situasi terkini yang berlaku kepada umat Islam di Palestin. “Serta memohon kepada Allah SWT agar memberikan keselamatan kepada umat Islam di sana,” katanya dalam kenyataan pada hari ini. Pertempuran antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel secara berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 10,328 orang.            
08 Nov 23
381
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu diharap dapat membantu memajukan Zoo Kemaman dengan menambah haiwan yang berpotensi menjadi daya tarikan untuk meningkatkan jumlah pengunjung.
08 Nov 23
125
Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Diwartakan Januari 2024
Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Diwartakan Januari 2024
KUALA TERENGGANU, 8 November - Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 seperti perbomohan dan sihir akan diwartakan pada Januari 2024. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pada masa ini pindaan yang diluluskan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dalam proses untuk diwartakan. “Kita baru sahaja bermesyuarat di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pemerkasaan Syariah di mana untuk Negeri Terengganu alhamdulillah, kita mempunyai enakmen jenayah syariah yang merupakan enakmen ibu yang telah diluluskan dan digunapakai sejak tahun 2001. “Pada hari ini, kita telah membuat beberapa pindaan untuk diperkasakan enakmen tersebut, di mana pindaan-pindaan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2022. Jadi ia masih lagi dalam proses untuk diwartakan dan akan digunapakai setelah melalui proses seterusnya dengan entiti yang lebih tinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil daripada Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, JHEAT, MAIDAM, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan Pejabat Penjara Negeri Terengganu. Mengulas lanjut katanya, pindaan tersebut yang pertamanya ialah melibatkan 17 peningkatan kadar hukuman. “Di mana dalam enakmen yang lalu (enakmen 2001), hukuman-hukuman itu telah ada tetapi tidak boleh menjangkau hukuman ‘356’ iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. “Kesemua kesalahan-kesalahan takzir yang melibatkan unsur-unsur mempersendakan agama Islam, pemujaan, sihir dan seumpamanya kita tingkatkan semaksima mungkin. Maknanya, maksimum di situ ialah hukuman ‘356’ yang saya sebutkan tadi,” jelasnya. Tambah beliau, antara pindaannya juga dimasukkan seksyen-seksyen baharu dalam pindaan ini iaitu berkait dengan perbomohan dan sihir dikira sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman takzir. “Ketiganya, ialah pindaan terhadap peruntukan sedia ada,” ujarnya. Katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memartabatkan syariah Islam di Negeri Terengganu ini mengikut kadar kemampuan yang dimiliki.  
08 Nov 23
306
Nur Aufa Raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Nur Aufa Raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Kesukaran mengikuti pembelajaran ketika di peringkat sekolah menengah akibat diuji dengan masalah kesihatan, tidak menghalang Nur Aufa Johan,24, untuk akhirnya lulus cemerlang dan berjaya menggenggam segulung ijazah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
07 Nov 23
951
Terengganu Juara MAKSAK Berbasikal 2023
Terengganu Juara MAKSAK Berbasikal 2023
 Terengganu muncul juara keseluruhan kejohanan berbasikal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2023.
07 Nov 23
288
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Sabtu Ini Hingga Mac 2024
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Sabtu Ini Hingga Mac 2024
KUALA TERENGGANU, 7 November - Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan sehingga Mac 2024. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata dalam sepanjang tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku . "Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. “Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia," katanya menerusi kenyataan itu. Jelasnya, hujan lebat berterusan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan kawasan kerap banjir dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih ekstrem. Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. "Manakala, pada fasa akhir MTL iaitu Februari hingga Mac 2024 dijangkakan utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu), Sabah, Labuan dan utara Sarawak mengalami kurang hujan.  “Keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka bermula Mac 2024 berpotensi menyebabkan berlakunya gelombang haba," katanya. Situasi itu berikutan El Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan 2024 dan Indian Ocean Dipole (IOD) positif pula dijangka sehingga suku pertama tahun 2024. Sehubungan itu, Met Malaysia menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkannya melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.  
07 Nov 23
465
TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
KUALA TERENGGANU, 7 November  - TI Properties salah satu anak syarikat yang berada di bawah Terengganu Incorporated berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 2,039,652 juta pada tahun 2022. Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya berkata ia adalah satu pencapaian yang membanggakan dan berharap syarikat itu akan terus melakar kejayaan. Katanya, TI Properties telah didaftarkan pada tahun 2017 dengan fokus bisnes berkaitan pengurusan aset dan fasiliti.  “Sehingga kini syarikat telah mengoperasikan Kuala Terengganu Drawbridge, Kuari di Tebing Tembah di Paka, Kerteh Industrial Park (KTIP) di Kerteh, Flat Hiliran Kuala Terengganu, Kijal Permai Apartmen di Kijal serta Pulau Poh Tasik Kenyir seluas 9.7 ekar yang akan bermula pada Januari 2024.    “Saya juga difahamkan TI Properties mensasarkan perniagaan baru iaitu Pengurusan Fasiliti Kesihatan di mana ianya adalah antara kerjasama dengan KMI Healthcare. “Ini termasuklah merancang dan membangunkan fasiliti kesihatan baru atau memperbaharui fasiliti yang sedia ada, dan memastikan semua aspek infrastruktur kesihatan mematuhi standard dan peraturan industri ,”ujarnya.  Beliau yang mewakili Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika memyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu TI Properties Sdn Bhd & Pelancaran Pelaksanaan Inisiatif ESG bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat TI Properties Sdn Bhd, di sini semalam. Tambah beliau, dengan mewujudkan peluang perniagaan baru, tekanan terhadap kebergantungan kepada hasil pendapatan petroleum dapat dikurangkan. Dalam masa sama, Tengku Seri Bijaya turut memuji inisiatif pejabat Baharu TI Properties yang menerapkan elemen-elemen ESG bagi menyokong usaha Kerajaan dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Kata beliau, antaranya adalah usaha untuk ke arah Zero Plastic, penggunaan Tenaga Solar bagi mengurangkan kos tenaga elektrik, Rain Water Harvesting yang mengumpul air hujan untuk kegunaan dalaman syarikat, Vertical Wall Garden yang diletakkan di bahagian lobi mewujudkan suasana hijau di dalam pejabat.  Sementara itu, Ketua pegawai eksekutif TI Properties, Awasi Mohamad berkata pihaknya sentiasa menyokong hala tuju kerajaan negeri melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang mensasarkan penjanaan pendapatan baru yang mampan dalam Teras Strategik Ke-10. “Ini termasuk memperkasakan Teras Strategik Ke-2 iaitu kelestarian pelancongan Terengganu dengan meningkatkan kualiti dan hasil produk syarikat seterusnya memberi pulangan dividen kepada negeri,”ujarnya.
07 Nov 23
652
Hanya Seorang Graduan Palestin Hadir Konvokesyen UniSZA, Empat Gagal Dihubungi
Hanya Seorang Graduan Palestin Hadir Konvokesyen UniSZA, Empat Gagal Dihubungi
Enam graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  dari Palestin merupakan antara 3,608 graduan  yang menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen UniSZA kali ke-15 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di sini bermula Ahad hingga Rabu ini.
06 Nov 23
468
Graduan Hiba Dapat Khabar Duka 15 Minit Sebelum Terima Skrol
Graduan Hiba Dapat Khabar Duka 15 Minit Sebelum Terima Skrol
KUALA NERUS, 6 November – Siapa sangka hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar menjadi duka apabila bapa kepada seorang graduan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini meninggal dunia 15 minit sebelum majlis graduasinya berlangsung. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), Haslina Kalang, 23, yang hanya menunggu giliran untuk menerima skrol mendapat panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah pada jam 10.30 pagi memaklumkan tentang berita kematian bapanya Kalang Tona, 56, yang mempunyai sakit stroke. Haslina berkata sejak dari awal lagi dia sudah berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.   “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol,” katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik.  Menurutnya, dia berpuas hati kerana dapat menjaga ayahnya sepenuh masa sebelum ini sementara belum mendapat pekerjaan. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” kata Haslina yang ditemani kakak sulungnya dari Johor  ke majlis konvokesyen hari ini.   Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini.   Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini.  
06 Nov 23
648