lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon
Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon
KEMAMAN, 20 November - Kalangan pimpinan UMNO ramai yang terkejut serta mungkin tidak menjangkakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipertaruhkan oleh PAS sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sehingga timbul suasana tidak tenteram dalam kem kerajaan gabungan parti tersebut. Ahmad Samsuri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri dalam kalangan parti UMNO mengenai situasi tersebut sehingga mengeluarkan pelbagai kenyataan seperti perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar,. Katanya, ada juga pihak lawan menyatakan beliau tamak jawatan sedangkan perkara itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi negara. "Terkejut di belah belah sana, (kerana) mereka (UMNO) tidak menjangkakan, orang Terengganu kata 'settok' dalam keadaan demikian macam-macam keluar (daripada) pemikiran dan (pelbagai) persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang menteri yang berkenaan. "Mungkin 'stres' dalam keadaan begitu, lari habis perancangan dia, maka timbullah kenyataan-kenyataan demikian," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam program sembang santai yang disiarkan melalui platform media sosial, di sini, hari ini. Justeru, Ahmad Samsuri menasihatkan pihak lawan agar menghadapi PRK kali ini dengan penuh tenang serta bersaing secara sihat. "Nasihat saya kepada mereka 'cool down'. rileks, jangan rasa 'stress' jadi kita hadaplah pilihan raya ini dengan penuh ketenangan, insya-Allah," ujarnya.
20 Nov 23
195
Pembudayaan Inovasi Sektor Awam Mampu Tambahbaik Penyampaian Perkhidmatan
Pembudayaan Inovasi Sektor Awam Mampu Tambahbaik Penyampaian Perkhidmatan
KUALA TERENGGANU, 20 November- Pembudayaan inovasi di sektor awam mampu menambahbaik penyampaian perkhidmatan untuk manfaat rakyat dan negara. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, pembudayaan inovasi mampu mengubah masyarakat daripada masyarakat pengguna semata-mata kepada yang aktif menyumbang dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu.  “Seterusnya akan mencorak revolusi digital dan teknologi yang dapat menyumbang dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI. “Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia dimana kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2023 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, kreativiti dan inovasi menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan.  “Melalui inovasi, kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi, kedua-dua elemen ini sangat diperlukan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan berdaya saing selaras dengan gerakan Revolusi Industri 4.0,” ujarnya. Juteru beliau menyarankan semua penjawat awam harus menginovasikan sistem perkhidmatan yang lebih baik terhadap masyarakat dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa.  “Jangan pasif untuk mencadangkan sesuatu idea dan sistem baharu,” ujarnya.
20 Nov 23
116
Mangsa Banjir Terus Meningkat ke 1,418 Orang
Mangsa Banjir Terus Meningkat ke 1,418 Orang
Mangsa banjir terus meningkat sebanyak 1,418 orang yang melibatkan 396 keluarga di Terengganu.
20 Nov 23
47
Pertembungan Dua Penjuru di PRK Kemaman
Pertembungan Dua Penjuru di PRK Kemaman
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS-Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
20 Nov 23
117
Perkemas Dan Perkukuh Kebajikan Untuk Rakyat- Dr Sam
Perkemas Dan Perkukuh Kebajikan Untuk Rakyat- Dr Sam
Isu tempatan dan nasional menjadi fokus calon Perikatan Nasional (PN-PAS) Parlimen Kemaman, Dato'  Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam membentuk manifesto yang mahu ditawarkan kepada rakyat di kawasan berkenaan.
20 Nov 23
158
Dr Sam Tidak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi
Dr Sam Tidak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu meletakkan jawatannya setelah dipilih sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.
20 Nov 23
153
Undang-undang Syariah Cuba Dirobek Musuh
Undang-undang Syariah Cuba Dirobek Musuh
Status undang-undang syariah berada di tahap membimbangkan apabila wujud usaha pihak tertentu yang cuba menggugat enakmen syariah di negeri dan negara ini.
20 Nov 23
65
Tiga Raja Muda Berkenan Hadir Makan Malam Sidang Komander
Tiga Raja Muda Berkenan Hadir Makan Malam Sidang Komander
Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Sempena Sidang Komander Askar Wataniah siri 34/2023, di Taman Tamadun Islam.
20 Nov 23
213
Amzad Sumbang RM10,000 Bantu Mangsa Banjir
Amzad Sumbang RM10,000 Bantu Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 20 November – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Ahmad Amzad Hashim memberi sumbangan kecemasan peribadi sebanyak RM10,000.00 bagi membantu operasi dan mereka yang terjejas banjir di sini. Amzad berkata ia bagi menggerakkan bantuan musibah banjir susulan beberapa kawasan Parlimen Kuala Terengganu sudah mula dinaiki air berikutan hujan peringkat merah selama dua hari di Kuala Terengganu.  Katanya, terdapat beberapa kawasan yang sudah dinaiki air termasuk kediaman Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus. “Sebentar tadi saya dan semua kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Terengganu telah mesyuarat secara atas talian mengenai perkembangan banjir. "Semoga Allah permudahkan segala operasi bantuan banjir dan semoga semua mangsa terlibat bersabar atas ujian ini,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini. Tambah Amzad, beliau dijadualkan terlibat dalam soal jawab lisan dan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini dan minggu ini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga telah melancarkan Tabung Rayuan Derma Kilat Mangsa Banjir. Beliau berkata, inisiatif tersebut dilaksana bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang melalui saluran yang betul. Di samping, bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, dua PPS dibuka di Kuala Nerus iaitu Dewan Serbaguna Tok Jembal bagi menempatkan 124 mangsa daripada 54 keluarga manakala seramai empat keluarga membabitkan 25 keluarga ditempatkan di Dewan Flat Batin Perdana. Sementara itu, PPS di Sekolah Kebangsaan Chendering di Kuala Terengganu pula diaktifkan bagi menempatkan 35 mangsa membabitkan sembilan keluarga. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula semalam sehingga hari ini. Dalam kenyataan semalam, ia memaklumkan amaran tersebut membabitkan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.                      
20 Nov 23
299
UMT Aktifkan Bilik Gerakan Bencana
UMT Aktifkan Bilik Gerakan Bencana
KUALA NERUS, 20 November- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi memberi maklumat terkini dan bantuan kepada para pelajar dan kakitangan yang terjejas banjir.  Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, Bilik Gerakan Bencana dan talian hotline 24 jam ini dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) serta Pejabat Keselamatan. Menurut beliau, terdapat beberapa kawasan berdekatan kampus iaitu Kampung (Kg) Tok Jembal, Kg. Gong Pak Jin, Kg. Pak Tuyu, Kg. Jati dan beberapa kawasan lain yang rata-rata merupakan kawasan kediaman pelajar UMT luar kampus (rumah sewa) turut dinaiki air. "Selain itu, beberapa kawasan di dalam kampus UMT turut dinaiki air dan menyebabkan Bahagian Keselamatan UMT meminda laluan sedia ada untuk memudahkan pergerakan warga kampus keluar dan masuk, " ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. Justeru katanya, UMT amat menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan warga kampus ketika situasi yang penuh mencabar ini. "Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Sukan UMT turut dibuka bagi membolehkan para pelajar berpindah.  "Setakat jam 9.00 pagi ini seramai 20 orang pelajar telah berpindah ke PPS sementara tersebut dan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya telah disediakan kepada mereka," ujarnya.  Mengulas lanjut katanya, UMT melalui Pusat Islam Sultan Mahmud turut menyediakan bantuan zakat berjumlah RM100,000 kepada pelajar UMT dan komuniti setempat yang terkesan akibat banjir di negeri ini.  "Bantuan ini merupakan sumbangan dari Etiqa Family Takaful Berhad bagi meringankan beban mereka yang terjejas serta kerugian harta benda. "Manakala sumbangan derma siswa bernilai RM10,000 bagi pelajar bukan muslim turut disediakan oleh pejabat HEPA kepada mereka yang terlibat, " ujarnya.  Tambah Mazlan, melihat kepada pola hujan yang masih lagi melanda Terengganu, warga UMT adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. "Pastikan sentiasa menjaga keselamatan diri serta patuh kepada nasihat pihak berkuasa demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, " ujarnya.  Katanya, pihak UMT juga menasihati para pelajar dan staf yang memerlukan bantuan dan pertanyaan, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Bilik Gerakan Bencana di talian 09-6685059/4118.
20 Nov 23
297