lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Tiga Identiti Digariskan Menuju Era Baharu Terengganu
Tiga Identiti Digariskan Menuju Era Baharu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri menggariskan tiga identiti bagi memperkukuhkan keberkesanan kerajaan dalam menuju era baharu Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ketiga-tiganya(identiti) mesti dimiliki oleh kerajaan, para pemimpin, pegawai dan penjawat awam serta seluruh rakyat. Katanya, kerajaan negeri perlu menjadi sebuah kerajaan yang lebih berkesan dengan memberi perhatian dan prihatin serta meringkaskan pelbagai prosedur; selain menerima guna teknologi dalam banyak perkara. "Semua pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan bermula saya sendiri mesti menjadi inspirasi kepada para kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat melalui pelaksanaan intergriti, 'walk to talk' dan berhubungan baik dengan semua. "Manakala kakitangan kerajaan juga diingatkan supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tanggungjawab agar perkhidmatan dapat disampaikan dengan lebih cekap dan cepat kepada rakyat. "Selain itu, rakyat juga harus diperkasakan yang mana rakyat mesti bermaklumat, mengambil bahagian dalam isu-isu dan aktiviti kemasyarakatan serta menjadi lebih berdikari dengan keupayaan sendiri," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Menurut Ahmad Samsuri lagi, era baharu Terengganu membolehkan sumber kekayaan dinikmati oleh semua melalui pengagihan yang saksama dan pengurusan lestari. Tambahnya, pembangunan fizikal dan sosial perlu berjalan seiring dan seimbang untuk memenuhi keperluan semasa termasuk tuntutan masa hadapan. "Mudahnya, Terengganu menjadi contoh 'negeri yang diredhai Tuhan dan disegani orang' ; adil, prihatin dan berkebajikan," ujar beliau.
27 Nov 23
243
Terengganu Bentang Belanjawan 2024 Bernilai RM1.860 Bilion
Terengganu Bentang Belanjawan 2024 Bernilai RM1.860 Bilion
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan 'Meneraju Era Baharu Terengganu' berjumlah RM1.860 bilion bagi perbelanjaan mengurus. Menteri Besarnya, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM500 juta sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. "Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM84.77 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan tanggungan dan RM1.775 bilion bagi perbelanjaan bekalan iaitu sebanyak RM278.30 juta untuk emolumen, RM251.48 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM23.86 juta untuk aset, RM1.220 bilion untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap RM1 juta untuk lain-lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Ahmad Samsuri berkata, dibawah Perbelanjaan Pembangunan, sebanyak RM425.19 juta diperuntukkan untuk sektor sosial, RM44.10 juta untuk pentadbiran dan RM30.71 juta untuk sektor ekonomi. Bagi anggaran hasil, kerajaan negeri menganggarkan sejumlah RM1.860 bilion iaitu sebanyak RM80.06 juta daripada hasil cukai, RM169.01 juta dari hasil bukan cukai dan RM1.610 bilion daripada terimaan bukan hasil termasuk dana khas kerajaan persekutuan iaitu bayaran hasil petroleum.
27 Nov 23
244
DUN Terengganu Zahir Kebersamaan Rakyat Palestin
DUN Terengganu Zahir Kebersamaan Rakyat Palestin
KUALA TERENGGANU, 27 November - Isu Palestin turut disentuh pada awal pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam yang diuji di negara tersebut dengan peperangan yang dahsyat di bumi Gaza. Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata, sehingga kini dilaporkan peperangan yang berlaku telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dalam serangan tidak berperikemanusiaan angkara rejim zionis Israel. "Daripada jumlah itu, lebih 5,000 mangsa terdiri daripada golongan kanak-kanak yang tidak bersalah, menurut sumber dari Kementerian Kesihatan Gaza, Palestin. "Siri serangan kali ini dilihat sangat dahsyat. Setiap detik berlakunya peperangan, dari situ jugalah kita menyaksikan setiap nyawa umat Islam di Palestin akan terus terkorban,"ujarnya. Mengulas lanjut katanya, episod duka, luka dan darah umat Islam di Palestin itu berterusan sehingga hari ini perlu diberikan perhatian. "Sesunguhnya apa yang berlaku ini adalah permasalahan yang amat sukar untuk diselesaikan ditambah pula dengan perancangan 'menidurkan ummah' sedang dan masih giat berjalan samada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak. "Saat kita leka, musuh-musuh begitu lahap cuba meratah sehingga menjadikan kita berada pada tahap lemah yang amat ketara dan dipandang hina kerana tidak mempunyai sebarang kekuatan," ujarnya.  
27 Nov 23
84
Kerajaan Negeri Peruntuk RM300 Ribu Naik Taraf Imej Pelancongan di Terengganu
Kerajaan Negeri Peruntuk RM300 Ribu Naik Taraf Imej Pelancongan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November -Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf fasiliti untuk meningkatkan imej pelancongan di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata ia bertujuan bagi penawaran perkhidmatan pelancongan yang lebih berkesan dan interaktif kepada pengunjung dan pelancong. Katanya, usaha tersebut akan diteruskan pada tahun 2024, dengan penumpuan diberikan kepada penambahbaikan dan pembaikian infra pelancongan sedia ada di setiap daerah. “Ia bagi mengekalkan keindahan dan kemudahan pelancongan sedia ada. “Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM50,000 bagi membaik pulih kaunter hadapan di Pusat Penerangan Pemuliharaan Penyu (TTIC) di Rantau Abang,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman hari ini. Tambah Razali, dari sudut promosi pelancongan pula, usaha telah dijalankan bagi menjenamakan Pantai Rantau Abang sebagai destinasi pelancongan yang sinonim dengan pendaratan penyu. “Promosi itu berkaitan kempen pelancongan Penyu Terengganu di bawah jenama 'Terengganu Turtle Tourism' di pelbagai platform seperti media massa, cetak, elektronik dan media sosial. “Manakala, Pantai Batu Pelanduk telah dikenal pasti sebagai antara Geotapak yang berpotensi dalam usaha pemuliharaan sumber geologi dan landskap," katanya. Di samping katanya, ia bagi membolehkan orang ramai memahami kepentingan sumber warisan geologi. Tambahnya, antara usaha promosi yang turut dilaksanakan adalah seperti dengan mengetengahkan Rantau Abang, Pantai Batu Pelanduk, Pantai Teluk Bidara dalam 'fun map' pelancongan negeri Terengganu. "Ia  bertujuan menonjolkan lagi destinasi tersebut kepada pelancong, atau dalam erti lain 'product visibility'. "Sekali gus, mempromosikan pantai-pantai tersebut melalui penghasilan video pendek sebagai jajaran 'scenic drive'. "Insha-Allah, kita akan pastikan semua pantai selamat untuk mandi dan beriadah mengikut musim dan sop pelancongan kepada pelancong dan mempertahankan papan tanda," ujarnya.                                
27 Nov 23
222
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
KUALA TERENGGANU, 27 November - Persidangan Dewan Undangan Negerin(DUN) Terengganu pada kali ini sangat penting kerana ia melibatkan masa hadapan negeri selaras komitmen Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam memacu pentadbiran negeri lebih ke hadapan. Yang Dipertua DUN, Dato'Mohd Nor Hamzah meyakini, ia merupakan belanjawan yang terbaik dan konklusif  serta berharap 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berperanan serta bertanggungjawab meneliti setiap butiran bajet tersebut. "Sudah semestinya, tumpuan akan diberikan kepada aspek pembangunan dan kemampanan ekonomi negeri dapat tercapai. "Kelestarian pembangunan ekonomi sudah semestinya akan bergerak seiring dengan limpahan kemakmurannya yang akan dapat dinikmati oleh rakyat secara keseluruhannya. "Secara tidak langsung, rakyat boleh menilai bahawa waima apa jua perancangan dan belanjawan yang dibentangkan, kebajikan dan kemakmuran rakyat tetap dijadikan fokus keutamaan oleh kerajaan negeri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Persidangan DUN Terengganu (Belanjawan 2024) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohd Nor turut berkongsi perkembangan dan perjalanan DUN Terengganu melalui Jawatankuasa Tetap yang baru dilantik pada persidangan lepas selepas mesyuarat kali pertama diadakan, baru-baru ini. "Jawatankuasa Pengurusan Dewan, Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) telah selesai menjalankan mesyuarat kali pertama, masing-masing pada awal Oktober yang lalu. "Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhomat Ahli Jawatankuasa berkenaan atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam jawatankuasa masing-masing, semoga akan memberi tambah nilai yang lebih inklusif kepada perjalanan persidangan DUN ini. "Kita juga terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan idea yang segar dalam membantu perjalanan dan perkembangan DUN kita ini agar misi untuk 'Memacu Pembedayaan Badan Legistatif Yang Efektif, Inklusif dan Progresif' dapat tercapai ke arah menjadikan DUN Terengganu sebagai badan legistatif terunggul," ujarnya.
27 Nov 23
95
Kemaman Kunci Pintu Laluan Terengganu Baharu
Kemaman Kunci Pintu Laluan Terengganu Baharu
KEMAMAN, 26 November – Daerah Kemaman diibaratkan sebagai kunci bagi pintu laluan untuk membina Terengganu baharu. Calon PAS Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata hasrat tersebut bertujuan untuk mencapai lebih lagi dari apa yang dicapai sebelumnya. Katanya, Kemaman merupakan daerah di negeri Terengganu yang berada di hadapan dari segi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). “Hasilnya dapat dilihat melalui fasiliti-fasiliti, operasi-operasi syarikat yang ada dalam daerah berkenaan lebih banyak dari daerah lain. “Seperti Pelabuhan Kemaman, ‘Petro Chemical’, ‘Bioteknologi’ dan pelbagai lagi,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika program sembang santai ‘Orang Kemaman Dr Sam Nok Juppe’ bertempat di Kemaman Arena Square di sini baru-baru ini. Tambah Ahmad Samsuri, tidak cukup dengan pencapaian itu, nanti akan ada stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi merancakkan lagi ekonomi di daerah itu. "Perkara ini perlu disusun dengan baik supaya menjadikan Terengganu lebih maju ke hadapan. "Di sinilah kuncinya untuk membina Kemaman maju berkat dan sejahtera dan bermula dari daerah ini kita akan sebarkan manfaat ke seluruh negeri Terengganu," ujarnya.                  
26 Nov 23
120
120 Pelajar Cemerlang SPM, STAM Dan STPM Terima Insentif JPINT
120 Pelajar Cemerlang SPM, STAM Dan STPM Terima Insentif JPINT
KUALA TERENGGANU, 26 November- Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) meraikan 120 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) negeri ini sebagai penghargaan terhadap pencapaian mereka. Pengarah JPINT, Lothman Awang berkata, suntikan semangat dan pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi dalam diri mereka ke arah lebih cemerlang dan progresif. “Tahniah dan syabas kepada anak pelajar atas kecemerlangan yang dicapai dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM yang lalu. “Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi dan dapat memberikan manfaat kepada agama, bangsa dan negara. “Tidak ketinggalan ucapan tahniah saya tujukan kepada barisan pengetua Sekolah Menengah Agama Terengganu yang berjaya melahirkan dan memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti sehingga mencapai kecemerlangan tertinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Hafl Al-Takrim Pelajar Cemerlang SPM, STAM dan STPM Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu 2023 di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, hari ini. Pada majlis itu, dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Hanif Hishamuddin dan Ain Sofiah Harun dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Exco & Anugerah Khas Pendidikan Islam bagi kategori lelaki dan wanita. Manakala Wan Amzar Izzudin Wan Mohd Azlan dan Abdul Muizz Hasanulddin dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin pula dinobatkan sebagai pemnerima Anugerah Debat Qatar. Majlis penyampaian insentif dan anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan Negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat. Lothman berkata, kecemerlangan yang ditunjukkan oleh penerima anugerah diharap akan menjadi pemangkin kepada para pelajar mempertingkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. “Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun itu. “Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang,” ujarnya. Katanya, kerajaan negeri melalui JPINT sentiasa mengalu-alukan usaha dan insentif pelbagai pihak untuk bersama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara dan melahirkan modal insan yang berkualiti.  
26 Nov 23
244
SRIDI, SMIDI Tawaran Baharu Pendidikan
SRIDI, SMIDI Tawaran Baharu Pendidikan
Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam (SMIDI) merupakan tawaran baharu supaya masyarakat mempunyai pilihan sama ada belajar di sekolah arus perdana atau sekolah kerajaan Terengganu.
26 Nov 23
329
JKSTR Bangunkan Inovasi Penyampaian Lebih Berintegriti
JKSTR Bangunkan Inovasi Penyampaian Lebih Berintegriti
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) mengambil beberapa inisiatif dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang penuh dengan integriti. 
26 Nov 23
149
90 Pemohon Terima Kunci Rumah Mampu Milik di Besut
90 Pemohon Terima Kunci Rumah Mampu Milik di Besut
Seramai 90 rakyat menerima Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tempinis Sejahtera.
26 Nov 23
83