Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Bentang Belanjawan 2024 Bernilai RM1.860 Bilion
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan 'Meneraju Era Baharu Terengganu' berjumlah RM1.860 bilion bagi perbelanjaan mengurus.
28 Nov 23
180
Wanita Terengganu Akan Terus Diperkasa
KUALA TERENGGANU, 28 November – Kerajaan negeri dengan kerjasama Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) melalui Dasar Wanita Terengganu sentiasa menambah baik strategi dan perancangan bagi memastikan penglibatan wanita secara optimum dan sistematik.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata bagi merealisasikan lagi agenda pemerkasaan wanita di Terengganu, melalui USWA dan kerjasama agensi berkaitan beberapa program telah dirangka dan dirancang mengikut beberapa strategi.
“Antaranya ialah penerapan budaya ilmu dalam kalangan wanita Terengganu, penjenamaan Sayyidatina Aisyah sebagai ikon wanita Terengganu, mendedahkan dan melengkapkan pelbagai kemahiran untuk peningkatan taraf hidup wanita, transformasi budaya hidup wanita Terengganu ke arah kesejahteraan, penubuhan Pusat Pembangunan Wanita Terengganu serta strategi melahirkan wanita Terengganu yang berakhlak mulia dengan nilai ketimuran.
“Program-proram yang di telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan berdasarkan strategi tersebut, antaranya ialah Persidangan Wanita Inspirasi Terengganu (WINTER), Karnival Orang Puang Terengganu, Suara Hati Wanita, Jelajah Untukmu Wanita, Wanita Terengganu Bertadarus, ‘Fitness Centre’ dengan tema "Wanita Sihat, Wanita Sejahtera” , pelaksanaan Hari Sayyidatina Aisyah dan Pembinaan Modul Sayyidatina Aisyah untuk rakyat Terengganu,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Manir, Hilmi Harun dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas(Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Jelas Maliaman, pihaknya juga akan melaksanakan pelan strategik bagi melaksanakan dasar wanita kepada semua peringkat agensi dan badan berkanun.
Tambahnya lagi, seiring dengan mercu tanda Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) iaitu pelan pemberdayaan suri rumah Terengganu, beberapa strategi dibuat khusus buat golongan suri rumah.
“Ia bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dari agenda pemerkasaan wanita di negeri ini dilaksanakan melalui program Spa Percuma Suri Sejahtera, Konvensyen Suri Terengganu, Kelab Suri Sejahtera dan Bengkel Kemahiran Suri Terengganu,” ujar beliau.
28 Nov 23
179
Sekat Royalti Sebab Takut Terengganu Maju?
Tindakan Kerajaan Persekutuan yang berdolak-dalik dalam menunaikan hak rakyat atau hasil petroleum Terengganu dipercayai kerana bimbang negeri itu akan bertambah maju dan kuat.
28 Nov 23
80
Petani Terkesan Banjir Diarah Buat Aduan
Para petani yang terkesan dengan bencana banjir diminta membuat aduan kepada jabatan berkaitan beserta laporan polis mengenai kerugian hasil pertanian mereka bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan bantuan bersesuaian termasuk dari tabung bencana pertanian.
28 Nov 23
71
120 Pelajar Cemerlang SPM, STAM Dan STPM Terima Insentif JPINT
Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) meraikan 120 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) negeri ini sebagai penghargaan terhadap pencapaian mereka.
28 Nov 23
150
Jangan Terperangkap Dengan Budaya Politik Lama-Dr Sam
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berpendapat, negara mahupun negeri tidak boleh bergerak ke hadapan sekiranya parti-parti politik masih lagi terperangkap dengan budaya politik lama.
28 Nov 23
137
Terengganu Sedang Siapkan Pelan Tindakan Bandar Pintar
KUALA TERENGGANU, 28 November - Kerajaan negeri sedang menyediakan pelan tindakan bandar pintar melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia melibatkan empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Marang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang melaksanakan kajian bandar pintar.
"Matlamat kajian ini adalah bagi penyediaan dasar-dasar berkaitan dengan bandar pintar, selamat, bandar hijau serta bandar rendah karbon untuk dijadikan panduan utama serta hala tuju kepada agensi-agensi kerajaan negeri serta pihak-pihak berkepentingan yang lain.
"Selain daripada itu juga, kerajaan negeri sangat komited dalam membangunkan bandar-bandar baharu seperti Kuala Terengganu City Centre (KTCC), Bandar Baru Bukit Besar, Bandar Baru Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus, Bandar Baru Kijal dan Bandar Lestari Kuala Terengganu dengan menerapkan elemen-elemen perbandaran baharu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut katanya, penyediaan pelan tindakan itu turut melibatkan kerjasama antara unit 'smart city' Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Ibu Pejabat dengan jabatan dan agensi berkepentingan negeri.
"Kajian 'blueprint' ini dilakukan secara 'in house' dan ia sangat penting bagi memastikan pembangunan bandar-bandar baharu yang akan mengambil kira elemen-elemen perbandaran baharu yang selari dengan hala tuju di peringkat nasional dan juga antarabangsa.
"Dilaksanakan melalui peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM150,000 sedang berada di peringkat draf laporan awak dan akan dilaksanakan dalam tempoh sepuluh bulan," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, sesi soal selidik bagi mendapatkan pandangan awam, agensi serta pandangan pemain industri telah bermula pada 26 oktober sehingga 16 November yang lalu.
"Bagi mendapatkan input terhadap cabaran dan perkhidmatan perbandaran serta tahap kesediaan daripada aspek penggunaan digital, kepuasan serta kefahaman berkaitan dengan bandar pintar.
"Sesi libat urus bersama orang-orang awam, PBT, agensi negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain juga akan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelaksanaan bandar pinta melalui inisiatif yang sedang dirancang atau dalam pelaksanaan," katanya.
28 Nov 23
532
Jangan Terperangkap Dengan Budaya Politik Lama-Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 27 November- Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berpendapat, negara mahupun negeri tidak boleh bergerak ke hadapan sekiranya parti-parti politik masih lagi terperangkap dengan budaya politik lama.
Katanya, sekiranya parti-parti politik yang ada tidak ‘update’ dengan perkembangan semasa dan masih lagi mengekalkan cara lama seperti politik permusuhan, kata mengata, fitnah dan sebagainya, mereka masih terperangkap dengan zaman itu.
“Sebab itu saranan saya kita mencuba sebaik mungkin bagi pihak PAS untuk membawa budaya politik baru.
“Soal ‘lawan’ kita yang masih lagi hendak peteh kaki itu kita hadapi je lah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi pembentangan Belanjawan 2024 sempena Menyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai gerak kerja kempen, beliau yang juga calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menegaskan tetap mengambil langkah cermat sepanjang tempoh berkempen.
“Saya sendiri tak pergi berkempen ke tempat-tempat yang sensitif seperti masjid, kedai makan dan lain-lain lokasi yang boleh dikategorikan salah di bawah akta pilihan raya,” katanya.
Tambah Ahmad Samsuri, berbaki beberapa hari lagi tempoh berkempen, beliau optimis dengan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN-PAS) mampu meraih kemenangan lebih besar pada PRK Kemaman 2 Disember ini.
27 Nov 23
185
Belanjawan 2024 Terengganu Garis 10 Sasaran Utama
KUALA TERENGGANU, 27 November- Kerajaan negeri menggariskan 10 sasaran dan strategi utama untuk diusahakan dan dicapai menerusi peruntukan belanjawan 2024.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dalam situasi pertumbuhan global dan nasional diunjur menyederhana pada tahun 2023 dan 2024, KDNK Terengganu harus kekal mengembang antara 3.5 hingga 4.1 peratus.
"Subsektor perdagangan borong dan runcit mesti diperkukuh dengan pelbagai inisiatif pengupayaan perniagaan dan pembangunan usahawan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 sempena Menyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri turut mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan baharu yang berjaya.
"Sekurang-kurangnya 80 orang menerusi pemerkasaan program pembangunan usahawan dengan hasil jualan berjumlah sehingga RM4. 2 juta sekali gus menyediakan lebih 200 peluang pekerjaan.
" Selain peluang dan penempatan pekerjaan perlu diselia dengan lebih bersepadu supaya kadar penganguran di negeri ini berada di paras sekitar 3.3 peratus hingga 3.6 peratus sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, industri pelancongan juga perlu diperkasa dengan kepelbagaian produk, ketersediaan kemudahan dan pemuliharaan bermacam-macam sumber untuk menarik 13.2 juta pelawat domestik termasuk 4.5 juta pelancong, iaitu 20 hingga 30 peratus lebih ramai berbanding tahun lalu.
Katanya, rancangan dan usaha bagi menambah baik infrastruktur dan logistik di kesemua 28 kawasan perindustrian serta meneroka dan mengeksploitasi kelebihan di kawasan sempadan negeri dan stesen-stesen ECRL mesti dipergiatkan bagi merancakkan industri berorientasikan eksport dan domestik.
“Hal ini penting supaya jumlah dan imbangan dagangan dapat ditingkatkan antara lima hingga tujuh peratus berbanding pada tahun 2022 untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan ekosistem pelaburan yang lebih kompetitif,” jelasnya.
Mengulas lanjut katanya, projek-projek kecil DUN perlu dilaksanakan mengikut senarai dan keutamaannya, spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan bagi memenuhi keperluan penduduk, menangani impak bencana dan memangkin pertumbuhan sosioekonomi setempat.
“Peruntukan yang disediakan mesti dioptimumkan sepenuhnya. Kemajuan projek- projek perumahan mampu milik juga mesti dipantau dan dikawal dengan lebih tegas supaya dapat disiapkan dan diagihkan pada waktu yang sepatutnya,” ujarnya.
Sementara itu katanya, institusi keluarga mesti terus diperkukuh kerana ia adalah nadi kesejahteraan masyarakat.
“Usaha untuk meredakan kadar perceraian di bawah paras 1.5 bagi setiap 1,000 penduduk perlu lebih aktif, terutamanya melibatkan pasangan berumur antara 32 hingga 40 tahun.
“Selari dengan itu, ikhtiar untuk mengurangkan bilangan penyalahguna dan penagih dadah, bilangan kes jenayah indeks dan jenayah syariah juga mesti dipergiatkan menerusi program kesedaran, aktiviti penguatkuasaan dan tindakan undang-undang,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, menjelang Ogos tahun hadapan, atlet-atlet Terengganu mesti dipersiapkan fizikal, mental dan moral mereka ke tahap yang terbaik supaya dapat kembali merampas gelaran juara keseluruhan pada temasya SUKMA 2024 nanti.
Disamping itu, jelas beliau, rencana untuk menambah hasil cukai dan hasil bukan cukai sebanyak 10 peratus setahun mesti dilaksanakan dengan lebih strategik, agresif dan bersepadu.
Manakala katanya, semua jabatan dan agensi, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan perlu mencapai tahap kepuasan pelanggan melebihi 90 peratus dan 90 peratus aduan yang dikemukakan juga mesti diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
Katanya, semua sasaran dan strategi yang digariskan itu tidak terhad hanya untuk portfolio atau jabatan dan agensi tertentu sahaja.
"Sebaliknya, pelbagai pihak mesti saling bekerjasama untuk menjayakannya termasuklah menggerakkan sepenuhnya potensi empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis menerusi gugusan SG4," ujarnya.
27 Nov 23
461
Mesin 'Asher' Selesai Isu Sisa Pepejal di Pulau Redang
KUALA TERENGGANU, 27 November - Satu unit mesin asher ditempatkan di Pulau Redang bagi menyelesaikan masalah sistem pengurusan sisa domestik dan pepejal yang telah membelenggu pulau peranginan itu sejak sekian lama.
Pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pemasangan pengoperasian dan penyelenggaran mesin berkenaan dilaksanakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Ujarnya, mesin berkenaan membantu mengurangkan kapasiti sisa pepejal yang dikumpulkan di pulau tersebut kemudian dibawa balik ke daratan melalui kaedah sedia ada menggunakan pengangkutan kapal ataupun bot.
"Selain itu, antara inisiatif yang dilakukan adalah pembinaan pusat pengurusan sisa pepejal bersepadu di Pulau Redang yang menempatkan mesin kompos ataupun kitar semula.
"Mengagihkan tong sampah awam serta aktiviti pembina keupayaan bersama dengan komuniti setempat bersama pengusaha-pengusaha resort dan chalet seperti pelaksanaan program gotong royong, ceramah serta juga penerangan berkaitan dengan pengasingan sisa pepejal, demontrasi teknik dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Ridhuan Mohd Nor pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Mengulas lebih lanjut katanya, projek 'Integrated Island The Waste Management' (IIWM) turut dilaksanakan di pulau utama.
"Seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian dan juga Pulau Kapas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Besut dan juga Majlis Daerah Marang," katanya.
Tambahnya, di antara usaha yang dijalankan kerajaan bagi menangani masalah sisa pepejal dengan membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui pembiayaan peruntukan bagi tujuan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di pulau-pulau pelancongan utama.
27 Nov 23
337