lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

54 Mangsa Berlindung di Lima PPS Di Terengganu
54 Mangsa Berlindung di Lima PPS Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 Januari- Seramai 54 mangsa daripada 15 buah keluarga di dua daerah ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 pagi ini berikutan kediaman mereka dilanda banjir sejak semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, tiga PPS daerah Dungun ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang yang menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga. “Manakala, Balairaya Sura Lapangan Terbang dan Balairaya Jalan Teratai masing-masing menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga. “Di Marang pula, setakat ini dua PPS yang masih beroperasi iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai yang menempatkan seramai 13 mangsa daripada empat keluarga dan SK Padang Mengkuang (enam mangsa, dua keluarga),” ujarnya. Katanya, keadaan cuaca ketika ini hujan di beberapa tempat.
24 Jan 24
100
TSG Tampil Tiga Muka Baharu Hadapi Musim 2024
TSG Tampil Tiga Muka Baharu Hadapi Musim 2024
Pasukan Benua Terbaik Dunia, Terengganu Cycling Team (TSG) menampilkan tiga pelumba baharu bagi saingan musim 2024 dalam usaha meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.
23 Jan 24
109
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
Susulan saranan Kerajaan Persekutuan, tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Terengganu naik sebanyak 16 sen bagi setiap meter padu yang berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.
23 Jan 24
140
Terengganu Sedang Nilai Kerugian Akibat Banjir - Dr Sam
Terengganu Sedang Nilai Kerugian Akibat Banjir - Dr Sam
Jumlah kerugian yang ditanggung oleh pelbagai sektor akibat bencana banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini masih dalam proses penilaian.
23 Jan 24
116
Pelarasan Tarif Air di Terengganu Jamin Situasi 'Menang-Menang'
Pelarasan Tarif Air di Terengganu Jamin Situasi 'Menang-Menang'
Kerajaan negeri memaklumkan kenaikan tarif air akan memberi situasi 'menang-menang' untuk syarikat pengendali air dan pengguna di negeri ini.
23 Jan 24
133
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
Kenaikan Tarif Air Terengganu Antara Paling Rendah
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Susulan saranan Kerajaan Persekutuan, tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Terengganu naik sebanyak 16 sen bagi setiap meter padu yang berkuat kuasa bermula 1 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut, berkata ia  merupakan kenaikan pertama membabitkan Terengganu sejak 26 tahun lalu namun kadar kenaikan berkenaan antara paling rendah antara semua negeri. Katanya, caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM4.00 kepada RM 5.80. Jelas beliau, bagi isi rumah yang menggunakan air sehingga 20 meter padu, kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih dari 42 sen per meter padu kepada 58 sen per meter padu termasuk caj elektrik. “Bagi penggunaan air 20 hingga 35 meter padu pula, kadar caj baharu bagi kategori ini akan beralih dari 65 sen per meter padu kepada 83 sen per meter padu," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media khas Pengumuman Tarif Air di Bilik Gerakan SATU, di sini hari ini. Menurut Abdul Karim, penggunaan air yang melebihi 35 meter padu, kadar caj baharu adalah RM1.08 termasuk 8 sen caj elektrik bagi setiap meter padu berbanding kadar lama iaitu RM1.00. Tambahnya, bagi kategori domestik pukal pula, caj minimum secara pukal akan berubah kepada RM10.80 sebulan dan caj baharu beralih sebanyak 8 sen kepada RM1.08 bagi penggunaan setiap meter padu air. "Sementara itu, perusahaan komersial serta bangunan bukan domestik lain akan melihat peralihan kadar baharu kepada RM1.08 bagi penggunaan air sehingga 35 meter padu. "Manakala penggunaan lebih daripada 35 meter padu dikenakan caj RM1.48 bagi setiap meter padu," jelasnya. Dalam pada itu, bagi kategori khas termasuklah Surau dan Masjid, Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan serta Perkapalan akan bertambah kepada 8 sen bagi setiap meter padu mengikut kadar sedia ada. Sementara itu, SATU akan meneruskan pemberian subsidi air percuma 20 meter padu  akan diteruskan kepada  golongan B40 yang layak termasuk masjid dan surau mengikut ketetapan kerajaan negeri.  "Perkara ini melibatkan 13,715 akaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.5 juta setahun. "Bagi masjid dan surau, ia melibatkan 1,883 akaun dengan jumlah keseluruhan RM1.5 juta setahun," ujarnya lagi. Katanya, pelarasan tarif air yang baharu ini memberi kesan positif kepada SATU untuk meneruskan inisiatif program penggantian paip lama selain penaiktarafan sistem bekalan air di Terengganu. Pelarasan tarif itu melibatkan 341,546 akaun pengguna air yang aktif di Terengganu sehingga November 2023  di mana 83 peratus merupakan pengguna domestik. Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
22 Jan 24
330
Tarif Naik, Golongan Sasar Kekal Dapat Air Percuma
Tarif Naik, Golongan Sasar Kekal Dapat Air Percuma
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Pelarasan tarif air baharu tidak akan memberi kesan kepada pemberian subsidi 20 meter padu kepada 11,832 akaun pengguna golongan B40 di Terengganu. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut, berkata ia akan diteruskan seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika mengumumkan pelarasan tarif air baharu itu. “Pemberian subsidi ini melibatkan dengan kos tanggungan sebanyak RM1,176,180 setahun. “Jumlah nilai pemberian air percuma oleh kerajaan negeri ini sebenarnya meningkat daripada RM8.40 kepada RM10 sebulan untuk setiap akaun penerima yang mana kosnya ditanggung kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman( UPDI) hari ini. Tambah Abdul Karim, pemberian itu juga meliputi masjid dan surau berdaftar melibatkan 1,883 akaun dengan kos tanggungan bernilai RM1.4 juta setahun, menjadikan RM2.5 juta setahun ditanggung kerajaan negeri bagi tujuan itu. “Semua masjid serta surau yang berdaftar menerima subsidi bekalan air bersih percuma tanpa had. "Sementara itu, bagi masjid dan surau yang tidak berdaftar, akan menerima subsidi sebanyak 50 meter padu pertama secara  percuma dan penggunaan selebihnya akan dibayar dengan kadar baharu bagi setiap meter padu,” jelasnya. Bilangan akaun pengguna air yang aktif di Terengganu sehingga November 2023 ialah 341,546, di mana 83 peratus merupakan pengguna domestik. Menerusi Mekanisme Penetapan Tarif, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. Kenaikan yang disifatkan SPAN sebagai tidak lagi boleh ditangguhkan itu, bertujuan agar tidak menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang.
22 Jan 24
161
Program Tahunan Tilawah Al-Quran Jadi Tumpuan Rakyat Terengganu
Program Tahunan Tilawah Al-Quran Jadi Tumpuan Rakyat Terengganu
Acara tahunan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat negeri Terengganu 1445/2024M sentiasa menjadi tumpuan rakyat di negeri ini setiap kali dilaksanakan.
22 Jan 24
116
Jangan Cuba Jadikan Pulau di Terengganu Sarang Persundalan
Jangan Cuba Jadikan Pulau di Terengganu Sarang Persundalan
Kerajaan memandang serius dan tidak akan membiarkan sebarang aktiviti tidak bermoral dilakukan sindiket persundalan di pulau peranginan di negeri ini sebagaimana didedahkan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini.
22 Jan 24
91
Pelarasan Tarif : SATU Tambah Baik Perkhidmatan Air
Pelarasan Tarif : SATU Tambah Baik Perkhidmatan Air
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) menjamin usa­ha penambahbaikan dilakukan secara teratur, cekap dan berkesan demi kepentingan pengguna selaras dengan perubahan tarif bermula 1 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts Abdul Karim Endut, berkata perubahan kadar baharu itu nanti membolehkan SATU memperoleh ‘suntikan’ modal bagi menjalankan kerja-kerja memperbaiki, menukar serta menaik taraf sistem perpaipan yang uzur seterusnya mengagihkan bekalan air terawat kepada pengguna dengan lebih cekap di Terengganu. “Kenaikan tarif harus dilihat secara positif yang memberi kebaikan kepada pengguna, bukannya tindakan yang membebankan kerana hasil unjuran pendapatan akan 'dikembalikan' kepada rakyat melalui peningkatan tahap perkhidmatan. "Pelarasan ini akan membantu kerja-kerja pembangunan, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air dengan lebih lancar dan sempurna menambah baik kualiti bekalan air dilaksanakan. "Kita dapat gunakan lebihan hasil bagi membaik pulih paip-paip uzur di samping mengatasi isu tekanan air rendah sekitar dan beberapa penambahbaikan lain,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman( UPDI) hari ini. Operasi menaik taraf sistem perbekalan air di Marang. Tambahnya,  kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu seperti yang diselaraskan SPAN adalah masih tidak mencukupi untuk mengatasi kenaikan kos operasi sejak kali terakhir tarif air di Terengganu disemak pada 1997. “”Sejak SATU ditubuhkan, syarikat berkenaan tidak pernah membuat semakan atau menaikkan kadar tarif air bagi pengguna domestik. Ia bererti kadar tarif domestik tidak berubah sejak 1997 hingga 2023 selama 26 tahun. "Dalam tempoh tersebut, SATU terpaksa berdepan dengan peningkatan kos operasi, pemprosesan dan perbekalan air terawat yang sentiasa naik setiap tahun," ujarnya. Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)  mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan berkuat kuasa 1 Februari ini. SPAN dalam kenyataan memaklumkan, pelarasan berkenaan dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun. Setakat kini bilangan akaun pengguna air yang aktif di Negeri Terengganu sehingga November 2023 berjumlah sebanyak 341,546 akaun dimana 83 peratus adalah pengguna kategori domestik, selebihnya bukan domestik.  
21 Jan 24
218