lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

KPDN Terengganu Tetapkan 20 Barangan Harga Terkawal Sempena Aidilfitri
KPDN Terengganu Tetapkan 20 Barangan Harga Terkawal Sempena Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 7 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menyenaraikan 20 jenis barangan di bawah  Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 5 sehingga 19 April depan. Pengarahnya, Shaharuddin Mohd Kia berkata, skim itu berkuat kuasa selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan dan sembilan hari selepas perayaan. "Harga bagi bawang kuning besar RM4 (borong), RM5 (runcit); bawang merah besar import RM5.50 (borong), RM6.50 (runcit); bawang putih China RM9.50 (borong), RM11 (runcit). "Selain itu, harga bagi kuantiti sama untuk cili kering kerinting RM21 (borong) RM23 (runcit) dan cili merah RM15 (borong), RM17 (runcit). "Bagi kacang tanah pula berharga RM8 (borong), RM9 (runcit); ubi kentang RM2.50 (borong), RM3.50 (runcit); kacang panjang RM7 (borong), RM8 (runcit)," katanya. Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2024 Peringkat Negeri Terengganu di pasar raya Sabasun HyperRuncit, semalam. Selain itu, Shaharuddin berkata, harga bagi sekilogram halia tua import RM9 (borong), RM10.50 (runcit); sawi hijau RM4 (borong), RM5 (runcit); timun RM2.50 (borong), RM3.50 (runcit). "Tomato pula berharga RM5.50 (borong), RM6.50 (runcit); kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Kubis Beijing) RM2.50 hingga RM3.50. "Kelapa biji (borong sahaja) RM1.90 dan kelapa parut (runcit sahaja) RM7.60 untuk setiap satu kilogram,"ujarnya. Menurut Shaharuddin, harga bagi daging kerbau import (Semenanjung, Sabah Dan WP Labuan Sahaja) RM19 (borong), RM21 (runcit); daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) (Semenanjung sahaja) RM37 (borong) dan RM40.00 (runcit). "Harga ikan aya atau tongkol (Kelantan, Pahang, Terengganu sahaja) RM12 (borong) RM14 (runcit); ikan kembung termasuk ikan mabung RM14 (borong), RM16 (runcit); ikan selayang RM10 (borong), 12 (runcit)," jelas beliau. Menurut Shaharuddin, SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2024 dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. "Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaanbekalan barangan adalah mencukupi. "Semua pihak diharap dapat mematuhi harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan tersebut. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini," katanya Dalam pada itu, Shaharuddin berkata, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti antaranya melibatkan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum. "Jika kesalahan dilakukan oleh individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000. "Sekiranya melibatkan syarikat, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,"ujar beliau. Beliau berkata, kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal juga tidak terlepas hukuman. "Bagi individu mereka boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000," katanya.
07 Apr 24
333
858 Asnaf Terima Agihan Zakat Emas RM128,000
858 Asnaf Terima Agihan Zakat Emas RM128,000
BESUT, 4 April - Seramai 858 asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menerima bantuan melalui duit zakat Kedai Emas Sri Ayu sebanyak RM128,000. Pemilik Kedai Emas Sri Ayu, Azbi Salleh berkata sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu persediaan mereka yang kurang bernasib baik untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki kurang seminggu lagi.   "Pada tahun ini sebanyak RM150 zakat diberikan kepada setiap penerima daripada syarikat Kedai Emas Sri Ayu. "Memandangkan kewangan negeri terhad disebabkan royalti petroleum yang masih belum dilunaskan oleh persekutuan kepada negeri Terengganu menyebabkan banyak agenda bantuan dari pihak kerajaan negeri tertangguh," jelasnya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata demikian ketika majlis sumbangan zakat berkenaan di Dewan Taman Sri Seratus, Dewan Terbuka Tok Has, dan Pusat Tarbiyah Kampung Baharu di sini, semalam. Sementara itu, Wan Rosmawati Wan Ahmad, 46, yang merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak yang masih kecil dan masih lagi bersekolah berkata, tidak ada yang mampu dilakukannya selain rasa bersyukur kepada Allah S.W.T. atas keperihatinan ADUN Kuala Besut dan Kedai Emas Sri Ayu yang memberi bantuan ini. "Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka yang terlibat atas sumbangan zakat ini. "Wang ini akan saya gunakan sebaiknya untuk persediaan Hari Raya buat kami sekeluarga," ujarnya.
07 Apr 24
162
442 Penerima DUN Ajil Ceria Terima Duit Raya
442 Penerima DUN Ajil Ceria Terima Duit Raya
HULU TERENGGANU, 5 April - Seramai 442 asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima bantuan berupa wang ringgit sempena program sumbangan Aidilfitri Asnaf DUN Ajil di sini semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu persediaan mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki kurang seminggu lagi. Beliau yang juga merupakan ADUN Ajil berkata, kerajaan memperuntukan sebanyak RM132,000 untuk diagihkan kepada masyarakat Ajil yang kurang bernasib baik pada kali ini. “Pada tahun ini sebanyak RM300 duit raya diberikan kepada setiap penerima daripada syarikat korporat serta daripada sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan. "Memandangkan kewangan negeri terhad disebabkan royalti petroleum yang masih belum dilunaskan oleh persekutuan kepada negeri Terengganu menyebabkan banyak agenda bantuan dari pihak kerajaan negeri tertangguh," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika majlis berkenaan bertempat di Dewan Sivik Pekan Ajil di sini semalam. Salah seorang penerima, Wan Aduni Abdullah, 60 melahirkan rasa terharu dan bersyukur atas sumbangan Aidilfitri itu. "Bantuan itu akan dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan lain-lain kegunaan. "Bantuan itu juga saya gunakan untuk perbelanjaan bagi menyambut Aidilfitri nanti," katanya. Sementara itu, Wan Abdullah Dollah, 78, yang juga penerima terpilih berkata tidak ada apa yang mampu diluahkannya selain rasa syukur kepada Allah atas keprihatinan ADUN Ajil dalam membantu memudahkan urusan bantuan.  “Alhamdulilah, terima kasih kepada mereka yang terlibat atas sumbangan Aidilfitri ini. "Wang ini akan saya gunakan sebaiknya untuk membantu persediaan hari raya buat kami sekeluarga," ujarnya. Seorang lagi penerima, Ahmad Sufian Wahid, 43, menyifatkan bantuan RM300 yang diterima sangat tepat pada waktunya ditambah pula dengan keadaan harga barang yang meningkat sekarang. Baginya, ia jelas menunjukkan keprihatinan ADUN Ajil terhadap golongan asnaf yang tidak mempunyai pendapatan tetap. '"Terima kasih kepada ustaz kerana beri duit raya awal buat kami walaupun jumlahnya tidak seberapa, tapi dapatlah bantu ringankan beban saya buat persiapan Aidilfitri," ujarnya.  
04 Apr 24
1227
Penerima APC Perlu Terus Bersemangat, Cetus Inspirasi
Penerima APC Perlu Terus Bersemangat, Cetus Inspirasi
KUALA TERENGGANU, 4 April – Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman menjadi platform bagi  organisasi kerajaan di Terengganu untuk terus memberi khidmat cemerlang kepada rakyat. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata Penganugerahan ini merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja Wisma Darul Iman yang telah menunjukkan mutu dan penghasilan kerja yang melebihi keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. “Semoga penganugerahan ini menjadi penyuntik semangat dan pencetus azam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. “Diharapkan anugerah ini juga menjadi pemangkin dan tanda aras kepada jabatan/ bahagian/ unit untuk terus kekal cemerlang,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Tahun 2024. Seramai 20 orang penerima APC Bulanan WDI bagi bulan Januari, Februari dan Mac tahun 2024 yang terdiri daripada pelbagai jabatan/ bahagian/ unit dalam Wisma Darul Iman menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500.00 berserta sijil penghargaan. Dalam majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Anugerah Emas, International Business Innovation & Ideas Competition (INOVASI 23) kepada Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu kerana telah berjaya memperoleh anugerah emas dalam pertandingan tersebut.  
04 Apr 24
308
96 Pesawah Terima Sumbangan Tabung Bencana Padi
96 Pesawah Terima Sumbangan Tabung Bencana Padi
KUALA TERENGGANU, 4 April- Seramai 96 pesawah dari seluruh negeri ini menerima sumbangan Tabung Bencana Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, sumbangan berjumlah lebih RM200,000 itu diagihkan kepada pesawah yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini. “Petang ini kita agihkan sedikit rezeki Ramadhan kepada para pesawah Negeri Terengganu yang terlibat dengan bencana banjir.  “Terima kasih KPKM. Terima kasih Jabatan Pertanian Negeri Terengganu yang menguruskan semua proses dokumentasi.  “Terima kasih Lembaga Pertubuhan Peladang yang menguruskan penyaluran sumbangan ini,” ujarnya dalam satu hantaran di laman facebook. Dalam pada itu, Dr Azman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pesawah padi Terengganu yang terus gigih membekalkan sumber makanan ruji negeri dan negara.  “Bencana menimpa kita santuni bersama,” tulisnya.  
04 Apr 24
175
Projek Tanaman Melon OKU Penglihatan Bakal Diperluas
Projek Tanaman Melon OKU Penglihatan Bakal Diperluas
Jika ada yang menganggap Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan tidak mampu menceburi bidang pertanian, tanggapan itu tidak semestinya benar.
04 Apr 24
174
400 Asnaf Terpilih Terima Sumbangan TDM
400 Asnaf Terpilih Terima Sumbangan TDM
KUALA TERENGGANU, 3 April - TDM Berhad (“TDM” atau “Kumpulan”) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Amal Infitah Kemaman meraikan 400 golongan asnaf melalui  Program Ramadan Prihatin. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata sumbangan tersebut secara tidak langsung  menyemarak dan memeriahkan lagi sambutan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Katanya, majlis kali ini yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri  Mokhtar merangkap Ahli Parlimen Kemaman bertujuan membantu golongan asnaf terpilih dengan jumlah sumbangan sebanyak RM60,000 meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan DUN Air Puteh.  “Program yang kami laksanakan hari ini adalah salah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bertujuan untuk mendekati dan menyantuni orang ramai yang merupakan tunjang utama dalam perniagaan kami.  "Kami tidak hanya beroperasi untuk mencapai kecemerlangan perniagaan, tetapi juga untuk memberikan impak positif kepada masyarakat sekeliling terutamanya tempat kami beroperasi," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, asnaf terpilih menerima bantuan berupa barangan asasi dan juga wang tunai. Najman juga berkata hari raya merupakan hari yang bahagia namun buat mereka yang kurang berkemampuan, hari raya juga boleh menimbulkan kegelisahan kerana pada waktu perayaan, pelbagai urusan memerlukan wang. 
03 Apr 24
369
Terengganu Inc Bantu Ringan Beban 60 Keluarga Asnaf
Terengganu Inc Bantu Ringan Beban 60 Keluarga Asnaf
KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Syarikat induk pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), melalui inisiatif Jejak Ramadan, telah mengagihkan bakul makanan dan zakat wakallah berjumlah RM45,000 kepada 60 keluarga asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan syarikat itu, setiap keluarga menerima pemberian wang zakat sebanyak RM300 , bakul makanan serta pakaian.  "Bakul makanan dan bantuan wang tunai ini telah dikumpulkan oleh kakitangan Terengganu Inc melalui kutipan sumbangan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan.  Jejak Ramadan melibatkan penyertaan 50 orang warga kerja Terengganu Inc dalam pengagihan bantuan kepada keluarga asnaf yang telah dikenal pasti di sekitar Chendering, Kampung Raja dan Kuala Ibai melalui kerjasama bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).   Terengganu Inc turut berganding bahu bersama komuniti setempat, Sekolah Kebangsaan Chendering dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Kuala Terengganu bagi memastikan sumbangan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.  Reaksi positif jelas terpancar pada wajah penerima bantuan setelah menerima kunjungan dan barangan keperluan seperti beras, bihun, gula, minyak masak, biskut raya dan lain-lain lagi.  “Kami berharap sumbangan bantuan menerusi program Jejak Ramadan dapat meringankan lagi beban komuniti golongan bernasib baik dalam menghadapi perayaan Aidilfitri yang bakal tiba,” ujarnya.  Sepanjang bulan Ramadan, Terengganu Inc turut melaksanakan program komuniti CSR seperti program agihan bubur lambuk di Masjid Abidin yang merupakan sebahagian daripada acara tradisi dianjurkan syarikat.
03 Apr 24
251
Munajat Rakyat Tuntut Royalti Ditangguh
Munajat Rakyat Tuntut Royalti Ditangguh
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri mengambil keputusan bagi menangguhkan program Munajat Rakyat Kembalikan Royalti yang sepatutnya bakal dilangsungkan pada Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program terbabit akan diadakan pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian. "Saya ingin memaklumkan bahawa program Munajat Rakyat Terengganu pada 6 April ini ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. "Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat atas sokongan dan dukungan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha ini," ujarnya melalui suatu kenyataan, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Muhammad Khalil berharap rakyat terus memberikan tumpuan terhadap ibadat puasa serta meningkatkan amalan dan berdoa pada hari-hari terakhir Ramadan ini agar negeri Terengganu serta rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. "Di akhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita terus memperbanyakkan doa agar negeri kita diberkati dengan pemimpin yang adil dan penduduk yang beriman lagi bertakwa," ujarnya
03 Apr 24
499
Jadikan Al-Quran Panduan Hidup
Jadikan Al-Quran Panduan Hidup
 Kerajaan negeri menyeru agar rakyat menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan di dunia dalam menuju kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.
03 Apr 24
347