lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

PAS Sokong Mana-Mana Calon Wakili PN
PAS Sokong Mana-Mana Calon Wakili PN
 PAS menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
23 Apr 24
61
Sidang DUN Terengganu Rakam Takziah Nahas Helikopter TLDM
Sidang DUN Terengganu Rakam Takziah Nahas Helikopter TLDM
KUALA TERENGGANU, 23 April- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Terengganu hari ini memberi  penghormatan terakhir dan membacakan surah Al Fatihah  terhadap mangsa-mangsa insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pagi tadi. Ucapan rakaman takziah itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi. ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini. "Kita baru sahaja dikejutkan dengan insiden pelanggaran dua helikopter milik TLDM di Lumut sebentar tadi dan ada beberapa perajurit kita terkorban.  "DUN Sura ingin mengambil perhatian sidang dewan agar kita semua dapat membaca al-Fatihah untuk perajurit kita yang terkorban. Salam takziah daripada kami, ADUN Terengganu," katanya. Dalam kejadian tersebut, dua helikopter yang sedang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas. Seramai 10 kru terbabit insiden iaitu tujuh kru Helikopter HOM TLDM manakala tiga kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
23 Apr 24
95
Perkasakan Produk Pelancongan Alam Semula Jadi- Sultan Mizan
Perkasakan Produk Pelancongan Alam Semula Jadi- Sultan Mizan
Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri memberi penekanan terhadap pemerkasaan produk pelancongan alam semula jadi di Terengganu.  
23 Apr 24
123
Dasar Perumahan Baharu di Terengganu Ditambahbaik
Dasar Perumahan Baharu di Terengganu Ditambahbaik
KUALA TERENGGANU, 23 April - Kerajaan negeri telah merangka dasar perumahan baharu bagi menambahbaik dasar yang sedia ada bagi menggalakkan pembangunan perumahan di Terengganu.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar perumahan yang sedia ada telah berkuatkuasa pada 1 September 2019 manakala rangka penambahbaikan dasar perumahan yang baru dijangka siap pada bulan Julai 2024. "SUK (Bahagian Perumahan) dengan kerjasama pihak Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) juga telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pembangunan Perumahan Negeri Terengganu pada 1 dan 2 April 2024 yang turut melibatkan pelbagai jabatan agensi kerajaan. "Skop perbincangan bengkel tersebut merangkumi  penambahbaikan dasar dan polisi perumahan Terengganu, penambahbaikan rekabentuk Rumah Mampu Milik (RMM) serta penambahbaikan proses kelulusan dan pelaksanaan projek," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun yang ingin tahu apakah kerajaan negeri ada merangka dasar perumahan baru bagi menggalakkan pembangunan di Terengganu dalam sesi soal lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Tambahnya, antara agensi yang terlibat dalam penambahbaikan dasar perumahan kali ini adalah Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). "Ini termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, PLAN Malaysia Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).  "Selain itu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Pesuruhjaya Bangunan, Indah Water Konsortium (IWK), Syarikat Air Terengganu (SATU)  dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," ujar Wan Sukairi.
23 Apr 24
684
Terengganu Berpotensi Jadi Hub Pengeluar NR-REE Utama Negara
Terengganu Berpotensi Jadi Hub Pengeluar NR-REE Utama Negara
Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya diurus dengan baik, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
23 Apr 24
176
PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
 Selaras penyediaan Blueprint Bandar Pintar, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar bagi mendapat penarafan 'Smart City Early Adopter' menjelang tahun 2025.
23 Apr 24
97
34,827 OKU Berdaftar di Terengganu
34,827 OKU Berdaftar di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 April - Seramai 34,827 orang kurang upaya (OKU) didaftarkan di Terengganu sehingga 31 Mac 2024. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata data itu diperolehi berdasarkan pendaftaran dalam Sistem Maklumat OKU (SMOKU). "Kuala Terengganu mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 11,002 orang, diikuti Besut seramai 5,553, Kemaman (5,242), Dungun (4,537), Marang (3,693), Hulu Terengganu (2,607) dan Setiu (2,193). "Masalah pembelajaran merupakan kategori OKU  tertinggi yang didaftarkan iaitu seramai 15,390, fizikal (9,664), penglihatan (2,952), pendengaran (2,556), mental (2,513), pelbagai (1,564) dan pertuturan (187)," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Buluh Gading , Ridzuan Hashim di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini. Sementara itu, Maliaman berkata terdapat 47 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang menjalankan program kepada kanak-kanak OKU dengan bilangan pelatih 1,178 orang. "Kita juga mempunyai enam buah pusat jagaan OKU yang berdaftar dengan Akta Pusat Jagaan (APJ) 1993 yang menempatkan 117 orang," ujarnya.  
23 Apr 24
255
Aktiviti Merentas Desa Hanya Dibenarkan Selepas 5 Petang
Aktiviti Merentas Desa Hanya Dibenarkan Selepas 5 Petang
KUALA TERENGGANU, 23 April - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) hanya membenarkan  sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas diadakan selepas pukul 5 petang Pengarahnya, Jelani Sulong berkata kebenaran hanya dibenarkan sekiranya keadaan suhu pada hari berkenaan adalah dibawah 35 darjah celcius. Katanya, sebelum ini pihak JPNT telah memberi arahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara kini bagi memastikan keselamatan murid serta mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba. "Ia selaras garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan keselamatan murid serta mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba. "Namun, sekiranya aktiviti itu dilakukan selepas pukul 5 petang dan suhu harian adalah di bawah 35 darjah Celcius, maka ia dibolehkan," katanya ketika dihubungi pemberita. Tambah Jelani, JPNT sentiasa memantau rapat semua aktiviti yang diadakan pihak sekolah agar selari dengan pekeliling yang dikeluarkan KPM. "Kita juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada mana-mana pihak terutama ibu bapa sekiranya ada sekolah yang tidak mematuhi peraturan ini untuk kita menyiasat secara terperinci," katanya. Terdahulu, ramai ibu bapa yang meluahkan kebimbangan mengenai aktiviti merentas desa kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan anak-anak mereka berdasarkan beberapa kes yang berlaku sebelum ini.
23 Apr 24
308
PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
KUALA TERENGGANU, 22 April - Selaras penyediaan Blueprint Bandar Pintar, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar bagi mendapat penarafan 'Smart City Early Adopter' menjelang tahun 2025. Baginda bertitah, penyediaan Blueprint Bandar Pintar Terengganu sebagai panduan utama kepada semua agensi dan pihak-pihak berkepentingan terutamanya pihak PBT sejajar dengan Agenda perbandaran Baharu (New Urban Agenda) dan Sustainable Developement Goals (SDGs). "Kerajaan Beta (juga) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM78.9 juta kepada PBT untuk membiayai hampir 97 zon kawasan perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal. "Beta berharap dengan peruntukan ini dapat memastikan kawasan persekitaran di kediaman, komersial, institusi dan tempat awam sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan (DUN) Terengganu Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.  Dalam pada itu dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan ke tahap optimum dan meningkatkan standard piawaian kebersihan, bagi menarik kehadiran pelancong, Sultan Mizan bertitah semua PBT perlu mengambil perhatian serius terhadap penjagaan kebersihan dan penyelenggaraan infrastruktur awam. "Selain itu, dasar serta amalan yang menekankan prinsip mengurangkan, mengguna dan mengitar semula perlu diperluas dalam usaha meminimumkan penjanaan sisa pepejal. "Beta berharap projek Integrated Island Waste Management di Pulau Redang dan Pulau Perhentian  yang akan beroperasi dapat menyokong pelaksanaan ekonomi kitaran (circular economy) melalui kemudahan tempat pengumpulan e-sisa, barangan kitaran semula (3R) dan mesin kompos sisa organik," titah baginda.
22 Apr 24
263
Perkasakan Produk Pelancongan Alam Semula Jadi- Sultan Mizan
Perkasakan Produk Pelancongan Alam Semula Jadi- Sultan Mizan
KUALA TERENGGANU, 22 April -Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri memberi penekanan terhadap pemerkasaan produk pelancongan alam semula jadi di Terengganu. Titah baginda, langkah tersebut perlu dilaksanakan bagi mencapai kehadiran seramai 4.5 juta pelancong ke Terengganu pada tahun 2024. Baginda bertitah, keunikan baharu yang sedia ada seperti Lata Belatan di daerah Besut, Lata Ulu Kasar di daerah Setiu, Cemerong Berembun Langsir (CBL) di daerah Dungun, Bukit Mentok di daerah Kemaman, Kalang Rengas di daerah Hulu Terengganu, Dataran Batu Putih dan Pantai Angin Berbisik di daerah Marang dan Bukit Maras di daerah Kuala Nerus haruslah dipulihara untuk generasi akan datang. "Penganjuran Sultan Mizan Underwater Photography Awards ( SMUPA) pada tahun lalu merupakan inisiatif yang berjaya dilaksanakan dalam usaha mempromosikan keindahan alam semulajadi maritim di negeri ini. "Dengan penganjuran SMUPA 2024 dengan tambahan kategori yang baharu iaitu ' short video category' dilihat sebagai salah satu yang berkesan untuk meningkatkan bilangan peserta dan peminat selam skuba dari dalam dan luar negara,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Titah baginda lagi, selain itu, pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records bagi kategori Most Students in Malay Gamelan Dance dalam program Seabad Gema Gemalai Gamelan Melayu baru-baru ini amat membanggakan.  "Seramai 152 orang Penari Cilik Tunas SUKTRA dari 13 buah sekolah telah melakarkan sejarah baru kepada peminat kesenian Gamelan untuk berkunjung ke negeri Beta.  "Usaha ini wajar diteruskan bagi mengembangkan kesenian Terengganu agar tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan selain penekanan dalam menerapkan elemen budaya sebagai komponen penting pelancongan Terengganu," titah Baginda. Sultan Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada terlibat dalam perlindungan, semua agensi yang terlibat pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem di negeri Terengganu.  Titah Baginda, kerajaan negeri telah diletakkan sebagai penanda aras pengurusan alam sekitar yang mampan oleh pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi tahun 2023 yang lalu. "Penghargaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan aset alam semulajadi di negeri ini kekal terpelihara.  "Hasilnya, sehingga 31 Disember 2023 yang lalu, Negeri Terengganu berjaya mengekalkan peratusan kawasan berhutan yang cukup membanggakan iaitu seluas 676,823 hektar yang merangkumi 52 peratus bagi keseluruhan kawasan di negeri Terengganu," titah Sultan Mizan.  
22 Apr 24
204