lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dialog ‘Resilient Terengganu’ Lambang Keterbukaan Kerajaan
Dialog ‘Resilient Terengganu’ Lambang Keterbukaan Kerajaan
Dialog 'Resilient Terengganu' 2024 yang dianjurkan Terengganu Strategic and Integrated Studies (TSIS)  membuktikan keterbukaan Kerajaan Negeri Terengganu dalam mendepani pandangan dan kritikan pihak luar.
13 Jun 24
132
Rakyat Resah Kenaikan Harga Diesel Sebabkan Barang Makin Mahal
Rakyat Resah Kenaikan Harga Diesel Sebabkan Barang Makin Mahal
Rata-rata pengguna kenderaan diesel menyuarakan pandangan bahawa kenaikan harga bahan mentah itu akan memberi impak terhadap kenaikan harga barang selain mengakui terbeban dengan pertambahan perbelanjaan.
12 Jun 24
286
Kenaikan Diesel, Dr Sam Ucap 'Good Luck' Kerajaan Persekutuan
Kenaikan Diesel, Dr Sam Ucap 'Good Luck' Kerajaan Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - "Good luck," itu respon bersahaja Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar susulan kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56 peratus berbanding sebelumnya yang bakal meninggalkan kesan berangkai kepada rakyat. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ucapan itu dibuat kepada pentadbiran kerajaan persekutuan untuk menangani permasalahan yang timbul. "Kesan berangkai daripada kenaikan mendadak itu, sedang kita lihat daripada beberapa pengumuman daripada penyedia perkhidmatan, pengeluar barangan dan lain-lain lagi. "Ini cabaran yang sangat besar kepada sesebuah kerajaan terutama kerajaan pusat untuk menangani persoalan ini yang saya rasa tidak mudah untuk diselesaikan jadi saya ucap 'good luck' kepada pentadbiran," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Conference Of Head Of Academic Departments 2024 (CHAD 2024) di Hotel Primula, di sini hari ini. Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel sebenarnya juga telah dirancang oleh barisan kerajaan terdahulu, Ahmad Samsuri berkata pada dasarnya ia dipersetujui tentang perkara tersebut. "Namun, paling penting cara pelaksanaan, kaedah mana, cara untuk menangani bagaimana, perkara yang memerlukan cara yang cermat 'handle' perkara ini agak tidak membebankan rakyat. "Perkara dasar, mungkin sama-sama buat keputusan tetapi yang menentukan berjaya atau tidak tu atau kesan yang terdapat tu dari segi pelaksanaan tu," ujarnya.
12 Jun 24
6172
Peserta Projek RMM Kemas Sejahtera Terima Kunci
Peserta Projek RMM Kemas Sejahtera Terima Kunci
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seramai 25 ketua keluarga susulan menerima kunci rumah melalui projek Rumah Mampu Milik (RMM) Kemas Sejahtera, di Kampung Mak Kemas.
12 Jun 24
152
Rakyat Resah Kenaikan Harga Diesel Sebabkan Barang Makin Mahal
Rakyat Resah Kenaikan Harga Diesel Sebabkan Barang Makin Mahal
MARANG, 11 Jun - Rata-rata pengguna kenderaan diesel menyuarakan pandangan bahawa kenaikan harga bahan mentah itu akan memberi impak terhadap kenaikan harga barang selain mengakui terbeban dengan pertambahan perbelanjaan. Pemandu lori, Fazhli Ghazali, 52, mempersoalkan apa rasionalnya kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan semua golongan terpalit. "Tergamak naikkan sehingga RM1.20, sepatutnya tak payah kacau subsidi itu kerana ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang. "Selama ini pembekal barang-barang mentah dan keperluan rakyat tidak menggunakan kereta untuk menghantar barangan tersebut, semuanya menggunakan kenderaan diesel. "Dia (Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang selama ini beria-ria menjanjikan harga minyak turun apabila jadi Perdana Menteri hanyalah auta. "Sebaliknya bila berada di tampuk kekuasaan langsung tidak mengambil kisah apa akan jadi terhadap segala tindakan yang dibuat dibimbangi tidak lama lagi minyak petrol pula akan naik," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Sementara itu, bagi Mohd Faizudin Ishak, 30, yang turut menggunakan kenderaan diesel untuk perniagaan milik persendirian berkata, kenaikan harga bahan mentah itu memang mengejutkan. "Saya ada mengisi permohonan untuk dapatkan Budi Madani bagi mendapatkan bantuan RM200 sama ada berupaya meringankan beban ataupun tidak memandangkan saya masih baru lagi memakai kenderaan ini untuk perniagaan sendiri. "Tentang kenaikan harga barang itu kita tunggu sebulan ini apa kesan daripada kenaikan harga Diesel ini," ujarnya. Bagi pengguna kenderaan diesel persendirian Malik Safrizan Umar, 38, menyatakan dia turut terkejut dengan kenaikan harga diesel itu. "Rasanya macam tidak padan dengan bantuan RM200 itu dengan kenaikan yang agak ketara. "Mengenai kenaikan harga barangan saya rasa ia akan terjadi kerana semua kebanyakan kenderaan perdagangan menggunakan diesel. "Perjalanan dekat mungkin tidak akan terasa, tetapi kenderaan perdagangan yang memerlukan perjalanan jauh sudah tentu akan terpaksa menilai semula kos baru yang akan ditanggung," ujarnya.  
11 Jun 24
1002
Rezeki Bayi, Bapa Terima Rumah
Rezeki Bayi, Bapa Terima Rumah
MARANG, 10 Jun - Seorang penerima kunci rumah di bawah projek Rumah Mampu Milik (RMM) Kemas Sejahtera di sini yang merupakan usahasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menyifatkan rumah baharu yang diterimanya sebagai rezeki kelahiran anaknya yang ketiga. Zulazri Hafiz Zukilfi, 40, berkata, dia bersama lima ahli keluarganya bersyukur kerana impian untuk memiliki kediaman sendiri tercapai.  “Kami sekeluarga tidak pernah jemu membuat permohonan RMM, setiap kali ada iklan tawaran kami mohon, kiranya hampir 13 tahun dan alhamdulillah akhirnya hari ini kami menerima kunci rumah bagi projek RMM Kemas Sejahtera ini (dahulu dikenali sebagai My Beautiful New Home- MyBNHome). “Terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya kerajaan negeri. Saya sangat gembira dan terharu, mungkin ini rezeki anak yang baru lahir,” ujarnya. Zulazri yang merupakan bapa kepada tiga orang cahaya mata berusia antara 12 tahun hingga 7 bulan itu ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci RMM Kemas Sejahtera yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kampung Mak Kemas, di sini hari ini. Sementara itu, Luqman Hakim Sharif, 33, memberitahu, dia memohon untuk mendapatkan rumah itu sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan. “Saya sangat teruja sebenarnya kerana tidak sangka dapat memiliki rumah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. Luqman Hakim bersama isteri, Jamaliah Jusoh, 29, tahun bersama dua anak sebelum ini menumpang di rumah neneknya yang terletak di kampung Atas Tol.   
10 Jun 24
1631
Peserta Projek RMM Kemas Sejahtera Terima Kunci
Peserta Projek RMM Kemas Sejahtera Terima Kunci
MARANG, 10 Jun - Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seramai 25 ketua keluarga susulan menerima kunci rumah melalui projek Rumah Mampu Milik (RMM) Kemas Sejahtera, di Kampung Mak Kemas, di sini hari ini. Penyerahan RMM Kemas Sejahtera (dahulu dikenali sebagai My Beautiful New Home- MyBNHome) kepada penerima yang terdiri daripada golongan B40 itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ahmad Samsuri memaklumkan, projek hasil usahasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang dibangunkan di atas tanah seluas 6.0 ekar menyediakan sebanyak 50 unit rumah berkembar setingkat untuk keselesaan peserta. “Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan projek ini termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), MOF serta Bank Simpanan Nasional. “Tahniah juga kepada para penerima rumah yang sudah tentu sangat teruja berada di rumah baru mereka ini dan diharap agar penghuni dapat menjaga kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran rumah masing-masing supaya ianya menjadi contoh,” ujarnya ketika berucap menyempurnakan majlis penyerahan tersebut, hari ini. Pada majlis itu, seramai 25 daripada 50 ketua keluarga terpilih telah menerima kunci rumah dan bakinya akan diserahkan kemudian. Mengulas lanjut katanya, walaupun berdepan pelbagai cabaran, dengan berkat kerjasama dan kerja keras semua pihak projek tersebut dapat disiapkan sekaligus dapat mengelak dari menjadi projek terbengkalai. “Projek perumahan ini telah bermula pada 5 Februari 2018 namun tergendala seketika disebabkan masalah teknikal serta Covid-19 tetapi diteruskan semula pada 12 Julai 2022.  “Projek pembinaan RMM dengan kos keseluruhan bernilai RM6 juta ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 18 Ogos 2023 oleh pihak Kontraktor Aza Ventures Sdn.Bhd,” jelasnya. Untuk rekod, keluasan setiap rumah bagi projek RMM Kemas Sejahtera adalah 718.902 kaki persegi yang mempunyai ruang meletak kenderaan, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, 3 bilik tidur, bilik air dan tandas.  Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti Compact Substation TNB, tapak tadika, tapak surau, tapak penjaja, tapak tangki air dan kebuk sampah. Kerajaan telah menetapkan harga rumah mampu milik ini RM40,000 seunit, namun begitu, harga yang dijual kepada peserta adalah sebanyak RM20,000 di mana kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang dibangunkan. Manakala RM20,000 lagi akan dibiayai oleh peserta menerusi pinjaman Bank Simpanan Nasional. Tempoh pembiayaan adalah selama 10 tahun iaitu dengan kadar bayaran sebanyak RM196 sebulan.  
10 Jun 24
1368
Kemaman Juara Kereta Berhias Terengganu
Kemaman Juara Kereta Berhias Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada kenderaan berhias Daerah Kemaman yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu.
09 Jun 24
333
YT Jalin Kerjasama Dengan Kumpulan TI Taja Pelajar Cemerlang
YT Jalin Kerjasama Dengan Kumpulan TI Taja Pelajar Cemerlang
Yayasan Terengganu (YT) hari ini menandatangani perjanjian YT - TI Young Talent Scholarship Programme 2023 bersama Kumpulan Terengganu Inc  (TI) bagi membuka peluang kepada pelajar cemerlang negeri ini mendapatkan pendidikan tinggi terbaik.
09 Jun 24
115
TDM Sasar Pendapatan Lebih RM600 Juta Tahun Ini
TDM Sasar Pendapatan Lebih RM600 Juta Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 6 Jun - TDM Berhad menyasarkan pendapatan lebih RM600 juta tahun ini melalui dua segmen perniagaan iaitu perladangan dan penjagaan kesihatan. Pengerusi TDM, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, anak syarikat kerajaan negeri itu telah berjaya merekodkan pendapatan sebanyak RM594.4 juta pada tahun lalu. Beliau berkata, pihaknya optimis dengan sasaran itu berikutan prestasi memberangsangkan daripadadua segmen perniagaan tersebut.  Menurutnya, walaupun bahagian perladangan menunjukkan sedikit penurunan pada tahun lalu, namun Kumpulan TDM telah bersedia untuk berdepan fasa pertumbuhan seterusnya yang memberi tumpuan kepada pengembangan, inovasi dalam operasi untuk meraih keuntungan. "Bagi segmen perladangan, kami menjangkakan margin yang lebih baik kerana kami meramalkan peningkatan hasil per hektar berbanding situasi sebelum ini. "Dengan komitmen teguh terhadap pertumbuhan dan ketahanan yang lestari, kami bersedia untuk mengembangkan perniagaan perladangan kami dengan memasukkan pendigitalan dan mekanisasi dalam operasi perladangan bagi meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan hasil. "Pada masa yang sama, kami akan memantau turun naik harga komoditi melalui operasi yang telah diperkemas dan pengurusan kos yang ketat," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan secara atas talian bertempat di Elysium Skybridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini, hari ini. Sementara itu, Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, bahagian penjagaan kesihatan telah mencatatkan kemajuan yang ketara sepanjang tahu lalu terutamanya disumbangkan oleh pencapaian mengagumkan KMI Kuantan Medical Centre dan KMI Kuala Terengganu Medical Centre.  Katanya, pertumbuhan yang mengagumkan itu disebabkan oleh peningkatan bilangan pesakit, peningkatan pendapatan purata setiap pesakit dan kadar Penghunian Katil (BOR) yang jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. "Bermula tahun depan, projek pembinaan hospital baharu di Chukai akan bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027. "Selain itu, kita juga ingin menambah beberapa katil di KMI Kuantan dan setakat ini semua perancangan itu mengikut jadual asal yang telah ditetapkan," jelasnya. Tambah beliau, KMI Healthcare sedang mengembangkan kapasiti melalui pengambilalihan hospital 'brownfield' membangunkan kemudahan 'greenfield' dan mengembangkan pusat perubatan sedia ada secara progresif.
06 Jun 24
260