lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pembayaran Royalti : "Pelik, Ajaib dan Tak Pernah Berlaku"
Pembayaran Royalti : "Pelik, Ajaib dan Tak Pernah Berlaku"
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Prosedur pembayaran royalti petroleum atau wang ehsan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Terengganu menggunakan kaedah ‘itemised’ dan ‘case-by-case basis’ adalah sesuatu yang memelikkan. Berdasarkan rekod, hasil perundingan berkali-kali dengan kerajaan Persekutuan, setakat Julai 2024 kerajaan negeri berjaya mendapatkan kelulusan royalti berjumlah RM792.32 juta berbanding anggaran hak sebenar RM1.524 bilion. Namun, sehingga hari ini hanya RM425.17 juta telah direkodkan sebagai terimaan dalam akaun kerajaan negeri, sejumlah RM802.18 juta juga masih tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi 2023. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi pembayaran yang dibuat, kerajaan negeri amat tidak bersetuju kerana kaedah pembayaran tersebut tidak membantu dari aspek kecekapan dan produktiviti. “Pendekatan ini bukan sahaja memelikkan, ajaib dan tidak pernah berlaku kerana yang berlaku adalah kontrak antara Kerajaan Negeri dengan pihak kontraktor yang menjalankan servis tetapi pembayarannya dibuat terus oleh pihak ketiga kepada kontraktor. “Keadaan ini dengan sendirinya telah mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, menyusahkan kakitangan Kerajaan sama ada di negeri atau Pusat, bahkan turut mengaburkan semangat federalisme dan sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Walau bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri terpaksa menghadap prosedur menyusahkan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pihak-pihak berkenaan yang menjalankan perkhidmatan dan kontraknya, menerima bayaran yang sepatutnya.  
30 Jul 24
9562
SUKMA : Atlet Judo Optimis Capai Target Enam Emas
SUKMA : Atlet Judo Optimis Capai Target Enam Emas
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Atlet sukan judo yang akan mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) kini telah berada tahap terbaik dan optimis dapat mencapai sasaran enam emas. Ketua Jurulatihnya, Marjan Abdullah berkata, 22 atlet yang dipertaruhkan bagi mencapai pingat emas itu merupakan muka baru dan hanya seorang yang pernah mewakili SUKMA dalam edisi sebelum ini. Ujarnya, peserta paling muda berusia 15 tahun dan tertua berusia 22 tahun melibatkan atlet lelaki dan wanita yang akan beraksi menerusi lapan kategori pertandingan. "Persediaan atlet kita sekarang ini 95 peratus, semuanya telah bersedia untuk ke Sarawak dan bebas daripada kecederaan. "Insya-Allah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk  mencapai misi sekurang-kurangnya merangkul enam pingat emas, sebelum ini kita dapat lima pingat emas. "Kali ini kita akan cuba leburkan emas baru melalui muka-muka baru yang kita tampilkan dan kesemua mereka telah melalui latihan mencukupi," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). semasa menghadiri Majlis Inspirasi SUKMA 2024: Bapa Angkat dan Persatuan Judo Negeri Terengganu, di Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, di sini, semalam. Dalam pada itu katanya, pihaknya juga turut mengawal pemakanan bagi memastikan kesemua atlet cergas dan mampu memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung. "Kita mengharapkan agar emas mampu dicapai sebanyak-banyaknya melalui acara ini dan melepasi target yang kita sasarkan dengan semua atlet kini berada pada tahap mental yang terbaik bagi menghadapi SUKMA pada kali ini," ujarnya.  
30 Jul 24
161
Kilang Makanan Ternakan Manfaat 70 Peratus Bahan Mentah Tempatan
Kilang Makanan Ternakan Manfaat 70 Peratus Bahan Mentah Tempatan
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Perancangan kerajaan negeri untuk mempunyai kilang makanan sendiri antara salah satu usaha untuk menurunkan harga makanan ternakan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, hasil penyelidikan daripada pakar-pakar di Institut Pengajian Tinggi mendapati langkah tersebut dapat manfaatkan sekitar 70 peratus bahan mentah tempatan dan meletakkan kebergantungan hanya kira-kira 30 peratus pada bahan mentah yang diimport. “Antara yang kita gariskan dalam Pelan strategik Pertanian Terengganu adalah untuk mempunyai kilang makanan sendiri. “Apabila diperkasakan lagi hasrat tersebut bersama negeri SG4, kita telah adakan beberapa perancangan bersama untuk merealisasikan kilang makanan ternakan dengan memanfaatkan sumber bahan mentah tempatan,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh yang ingin tahu apakah usaha kerajaan negeri untuk mengatasi kenaikan harga makanan ikan (akuakultur). Dr Azman berkata, beliau mengakui harga input makanan ternakan bukan hanya ternakan akuakultur malahan makanan unggas dan ternakan dominan turut berhadapan dengan isu kenaikan harga. “Antara sebabnya kerana kita tidak ada kilang makanan ikan di Terengganu.  “Dan kilang-kilang makanan ikan yang ada di negeri lain bergantung kepada sumber bahan mentah yang diimport menyebabkan naik turun harga,” ujarnya. Terdahulu, Dr Mamad turut mengemukan soalan lisan mengenai berapakah bilangan pengusaha sangkar ikan di Hulu Terengganu, khususnya dalam DUN Kuala Berang dan berapakan nilai sumbangan yang telah dihulurkan kepada mereka pada tahun 2023 dan 2024. Dr Azman memaklumkan, terdapat 170 pengusaha di Hulu Terengganu  dan 133 di Kuala Berang dengan spesis utama yang diternak mereka adalah ikan baung, patin dan tilapia. “Sebanyak RM1,288,654 nilai bantuan telah disalurkan kepada pengusaha di Hulu Terengganu dengan pecahan RM637, 813 (2023) dan RM650,841 (2024),” ujarnya. Manakala katanya, skop bantuan yang disalurkan seperti bot, tangki fiber, pukat sangkar, water jet, tong drum, sangkar, induk ikan kelah, makanan ikan serta kerja-kerja berkaitan pemulihan bekalan air, bekalan lektrik, pembinaan jeti terapung dan baik pulih sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir. “Kerajaan Negeri sedang melakukan penyelarasan antara Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Jabatan Perhutanan Negeri bagi mewartakan kira-kira 3000 hektar kawasan daratan dan tasik di Sungai Como Tasik Kenyir yang sekarang ini berada dalam warta Hutan Simpan Kekal (HSK) untuk diwartakan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA),” ujarnya.  
29 Jul 24
505
Kerajaan Negeri Sumbang RM8,500 Suntik Semangat Atlet Judo
Kerajaan Negeri Sumbang RM8,500 Suntik Semangat Atlet Judo
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah memberikan sumbangan sebanyak RM8,500 sebagai suntikan semangat buat para atlet judo yang mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA). Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan sedikit suntikan permulaan itu ia akan menaikkan semangat serta moral para atlet sukan berkenaan untuk beraksi cemerlang pada kejohanan yang akan berlangsung di Mukah, Sarawak itu. Katanya sebelum kesemua atlet berangkat ke negeri Kenyalang itu hari telah diadakan jamuan selain menyerahkan sumbangan wang dan selepas ini akan ada insentif lain yang akan diberikan apabila berjaya merangkul pingat nanti. "Jadi tahun ini kita target enam emas akan berjaya diperolehi, kalau lebih itu sudah dikira sebagai bonus namun tidak mustahil untuk mencapai banyak pingat dalam acara ini kerana edisi sebelum ini telah berjaya dibuktikan dengan menjadi juara keseluruhan. "Kerana itu tahun ini kita juga target untuk menjadi juara secara keseluruhan termasuk dalam sukan-sukan yang lain,"ujarnya yang juga merupakan bapa angkat kepada sukan terbabit. Beliau  berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Majlis Inspirasi SUKMA 2024 : Bapa Angkat dan Persatuan Judo Terengganu, di Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini, semalam. Dalam pada itu beliau menitipkan pesanan kepada para atlet agar berjuang bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama Terengganu di temasya sukan yang berprestij dalam negara itu. "Saya yakin mereka boleh buat yang terbaik, saya juga selalu pergi ke tempat mereka mengadakan latihan dan mereka sangat berdisiplin, melalui disiplin yang tinggi itulah yang akan menjadi rahsia kejayaan mereka di SUKMA nanti," katanya.  
29 Jul 24
72
'Tidak Masuk Akal Persoal Kenapa Terengganu Bergantung Pada Minyak'
'Tidak Masuk Akal Persoal Kenapa Terengganu Bergantung Pada Minyak'
KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Kerajaan negeri menegaskan bahawa tidak masuk akal apabila ada pihak mempertikaikan kenapa Terengganu bergantung kepada hasil minyak dan gas. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sedangkan sama ada mereka suka atau tidak (hasil royalti dan wang ihsan) adalah hak rakyat negeri ini. “Jadi janganlah ada pihak di luar sana yang menyebut ‘Terengganu jangan bergantung pada hasil royalti atau wang Ihsan’, kerana tindakan demikian umpama peribahasa menyebut ‘sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula’. “Ini adalah kerana bagi kami di Terengganu dan seluruh rakyatnya berpegang bahawa minyak dan gas yang diperolehi di Terengganu adalah hak Terengganu sejak 1978 sebagaimana yang pernah saya sebutkan ketika sidang Dewan Rakyat lalu dan termaktub dalam berbagai enam dokumen rasmi dan kontrak,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut katanya, keadaan itu hanya bermula dan berlaku akibat daripada perbezaan politik pilihan rakyat dalam pilihan raya. “Menambahkan lagi kecelaruan, ada pula yang menyebut dan memaksa Kerajaan Negeri dengan tindakan seperti ‘menyekat royalti pada hari ini, dan esok terus diminta jana hasil baharu’, itu adalah tindakan yang tidak masuk akal,” ujarnya. Menurut beliau, ia umpama ‘mengikat kaki dan tangan dan disuruh berenang pula’ sedangkan anak-anak yang lain dapat berenang bebas. “Puncanya kerana anak ini berbeza pandangan politik kepartian, dan ada rakan taulan baik si ayah ini pula beranggapan jika ditekan, disusahkan, dan dilemaskan anak ini, mungkin akan ada hasilnya kepada ‘kawan ayah’ di satu hari nanti di tempat bertuah ini,” jelasnya. Justeru, beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak yang merancang dan menyambut dengan gembira sekatan wang royalti minyak dan gas ke Negeri Terengganu atas apa jua alasan kepentingan politik atau tidak, merekalah sebenarnya kelompok yang membawa rakyat, masyarakat, negeri dan negara ke belakang dan wajar ditolak oleh rakyat.   
29 Jul 24
4289
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
Komuniti perniagaan Melayu di Terengganu perlu merebut peluang daripada revolusi ekonomi digital yang berpotensi besar melonjakkan pendapatan negeri.
29 Jul 24
76
Lebih 70,000 Meriahkan HPPNT
Lebih 70,000 Meriahkan HPPNT
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) dan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) 2024 mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran pengunjung lebih dari 70,000 dengan menghasilkan jumlah jualan luar jangkaan iaitu mencecah RM702.433.
29 Jul 24
66
Motivasi Atlet Sukma Terengganu di Tahap Terbaik
Motivasi Atlet Sukma Terengganu di Tahap Terbaik
Motivasi atlet Terengganu yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) berada pada tahap terbaik menjelang temasya sukan itu yang akan diadakan di Sarawak pada bulan hadapan.
29 Jul 24
81
Royalti Hak Rakyat Terengganu Berdasar Akta Kemajuan Petroleum 1974 - MB
Royalti Hak Rakyat Terengganu Berdasar Akta Kemajuan Petroleum 1974 - MB
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kerajaan Terengganu bertegas untuk terus menuntut royalti petroleum hak rakyat dan negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri kekal berpegang teguh dengan akta tersebut dan perjanjian-perjanjian yang berkaitan. "Kita menuntut hak rakyat Terengganu ini dengan berbagai-bagai cara yang akan dibuat, sepertimana simpulan bahasa menyebut 'lalu penjahit, lalu kelindan'. "Usaha-usaha ini akan dilakukan secara bersama dengan seluruh rakyat negeri Terengganu dan rakyat Malaysia nanti, insya-Allah," katanya  bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili mengenai tindakan lanjut yang akan dilakukan bagi memastikan tuntutan royalti dapat diterima, pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata hasil perundingan berkali-kali dengan kerajaan Persekutuan, setakat Julai 2024 kerajaan negeri berjaya mendapatkan kelulusan royalti berjumlah RM792.32 juta berbanding anggaran hak sebenar RM1.54 bilion. Namun katanya, sehingga hari ini hanya RM425.17 juta telah direkodkan sebagai terimaan dalam akaun kerajaan negeri. "Baki RM367.15 juta royalti petroleum (daripada kelulusan) setakat Julai tahun tidak diterima," katanya. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri turut menjelaskan jumlah yang patut diterima oleh kerajaan negeri pada tahun 2023 ialah sebanyak RM1.524 bilion namun hanya menerima sejumlah RM802.18 juta sahaja sepanjang tahun lalu.  
29 Jul 24
973
Calon Nenggiri Diumumkan Petang Ini
Calon Nenggiri Diumumkan Petang Ini
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan pada petang nanti. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN akan menggunakan lambang PAS bagi PRK itu sebagai strategi mengekalkan kemenangan. "Respon yang kita terima dari tinjauan di lapangan , yang sara rasa 'survey' cara ini lebih penting berbanding secara atas talian terutamanya di luar bandar yang ketepatannya boleh diragui. "Melaui 'survey' di lapangan kita telah mendapat respon yang sangat baik di kalangan rakyat dan masyarakat di Nenggiri," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Menteri besar Terengganu itu berkata demikian ketika ditemui pihak media pada sidang akhbarnya, selepas menghadiri Mesyarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Dalam pada itu katanya, Nenggiri merupakan satu DUN yang memeliki keluasan yang lebih besar dari negeri Perlis. "Sangat besar walaupun penduduknya tidak ramai, dan insya-Allah dengan mendapat respon positif yang sangat baik daripada masyarakat di sana kita berupaya untuk mengekalkan kemenangan," ujarnya.
29 Jul 24
92