lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Penggabungan Tiga Bank Perlu Pandangan Pelbagai Pihak - Amzad
Penggabungan Tiga Bank Perlu Pandangan Pelbagai Pihak - Amzad
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos- Kerajaan perlu bersikap telus dan mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung cadangan penggabungan tiga bank utama negara iaitu Bank Pembangunan, SME Bank dan EXIM Bank.  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, rundingan terbuka dengan pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pengusaha Pencetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) dan wakil-wakil perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sangat penting sebelum sebarang keputusan dilakukan. “Cadangan ini bukan sahaja bakal memberi kesan buruk kepada PMKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negara, tetapi juga mengancam masa depan ribuan usahawan kecil dan sederhana yang bergantung kepada sokongan institusi kewangan ini. “Rakyat telah menyuarakan kegelisahan mereka kepada saya, dan saya berpandangan bahawa kebimbangan ini sangat berasas,” ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau memaklumkan, baru-baru ini Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (DPUKM), Norsyahrin Hamidon, menyatakan bahawa lebih 25,000 PMKS mungkin terjejas akibat penggabungan ini.  “Ini bukan satu angka yang boleh kita abaikan. Jika kerajaan meneruskan langkah ini tanpa kajian dan perbincangan yang teliti, kita bakal melihat kemusnahan sektor yang selama ini menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi Malaysia. “Pertama sekali, kita perlu faham bahawa setiap bank yang dicadangkan untuk digabungkan ini memainkan peranan penting dalam menyokong kluster perniagaan yang berbeza.  “SME Bank, sebagai contoh, memberikan fokus kepada pembiayaan PMKS, manakala EXIM Bank menyokong syarikat-syarikat yang terlibat dalam eksport,” ujarnya. Katanya, jika penggabungan tersebut berlaku dikhuatiri bahawa mandat asal bank-bank ini akan hilang dan fokus utama mungkin beralih kepada keuntungan semata-mata dan mengabaikan keperluan sebenar usahawan kecil dan sederhana.
25 Aug 24
919
Terengganu Gagal Jinakkan Juara Liga Kemboja
Terengganu Gagal Jinakkan Juara Liga Kemboja
Hasrat skuad Terengganu FC untuk meraih tiga mata penuh pada aksi sulung saingan ASEAN Club Championship (ACC) Piala Shopee 2024/25 tidak kesampaian selepas gagal menjinakkan Juara Liga Kemboja.
22 Aug 24
408
Skuad Ping Pong Kessuma Terengganu Bergaya ke Suku Akhir
Skuad Ping Pong Kessuma Terengganu Bergaya ke Suku Akhir
Suasana di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) gamat setelah skuad Ping Pong lelaki dan wanita Terengganu melangkah ke suku akhir dengan bergaya.
22 Aug 24
221
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
Impian pasukan bola sepak Terengganu untuk melakar kejuaraan pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) diranapkan pasukan dari negeri pahang dengan kekalahan tipis 2-1.
22 Aug 24
582
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Bakal Gegarkan Bumi Terengganu
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Bakal Gegarkan Bumi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan Terengganu bakal mengadakan karnival Indahnya Hidup Bersyariat pada September depan sebagai usaha untuk merancakkan agenda pemerkasaan syariah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jawatankuasa karnival berkenaan sudah bersiap sedia dan hanya menunggu masa untuk menggegarkan negeri ini dengan pelbagai program acara. "Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan seperti qiamullail perdana, subuh macam Jumaat, tadabbur kitab dan cerama perdana. "Semua itu akan disediakan sebagai sajian rohani kepada seluruh rakyat Terengganu. "Sama-sama kita realisasikan 'tagline' Terengganu Maju Berkat Sejahtera dan Indahnya Hidup Bersyariat," ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya semalam. Terdahulu, Dr Muhammad Khalil berkata slogan Indahnya Hidup Bersyariat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada penggal ini sebagai langkah memperkasa serta meninggikan agenda pemerkasaan syariah yang menjadi matlamat kerajaan negeri. Katanya, ia juga sebagai langkah berterusan dalam mengajak rakyat menghayati keindahan ajaran Islam. "Fokus utama pelaksanannya adalah bagi memupuk kesedaran dan melantun keinsafan seluruh rakyat negeri Terengganu tentang peri pentingnya pelaksanaan dan pembudayaan hidup bersyariat. "Sehingga kemuncaknya, kita mahu rakyat merasai sendiri kemanisan dan keindahan tatacara hidup Islam bermula dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya," ujarnya.
21 Aug 24
1694
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KUALA NERUS, 21 Ogos - Impian pasukan bola sepak Terengganu untuk melakar kejuaraan pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) diranapkan pasukan dari negeri pahang dengan kekalahan tipis 2-1. Dengan menyenaraikan pemain terbaik dalam usaha Sang Penyu untuk memburu kejuaraan pada perlawanan peringkat suku akhir dalam kejohanan yang berlangsung di padang B Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT). Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tindakan kasar pemain Terengganu terhadap pemain Pasukan Pahang telah menyebabkan pengadil memberikan sepakan penalti yang akhirnya disempurnakan oleh penyerangnya, Amin Mohd Rosli pada minit ke-27. Tersentak dengan jaringan gol pihak lawan, Sang Penyu cuba bangkit dengan mengatur strategi dan mencorakkan serangan bagi memastikan harapan ke separuh akhir kembali cerah. Hasilnya, kelekaan pertahan lawan telah memberi peluang kepada pemain sayap Terengganu, Adeeb Firdaus Zainal Abidin menjaringkan sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-31. Keputusan seri pada babak masa pertama kekal sehingga wisel ditiupkan. Bersambung babak kedua, peluang terhidang buat Sang Penyu apabila hampir menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi Adeeb Hadif namun dipatahkan oleh penjaga gawang Pahang yang meluru keluar dari pintu gol. Pada minit ke-48, tuan rumah akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Tok Gajah yang berjaya mencipta gol kedua menerusi Amin Mohd Rosli. Keputusan itu kekal hingga tamat perlawan dan menyaksikan Sang Penyu berputih mata dengan kekalahan tipis itu.
21 Aug 24
5801
Penjualan Vape Bercampur 'Mushroom Magic' Kepada Pelajar Membimbangkan
Penjualan Vape Bercampur 'Mushroom Magic' Kepada Pelajar Membimbangkan
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kes 'Mushroom Magic' yang dicampurkan di dalam 'vape' dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah semakin menular dan mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, setiap minggu pasti ada llaporan mengenai guru sekolah yang menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan tindakan diambil terhadap isu berkenaan, Terengganu tidak terkecuali. Sebagai contoh katanya, memetik ucapan pegawai AADK dalam ceramahnya tentang bahaya dadah, telah menjadikan contoh yang berlaku di Kemaman tempoh hari mengenai 'Mushroom Magic' yang disyaki dicampur dalam cairan vape dan dijual kepada pelajar sekolah. "Inilah realiti yang perlu kita hadapi buat masa sekarang dek kerana tidak ada satu punca kuasa pihak yang berwajib bagi menghalang fenomena ini terus membarah," ujarnya melalui facebooknya. Mengulas lebih lanjut katanya, beliau hairan bagaimana kes itu boleh dicetuskan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan yang menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran untuk menjual bahan terlarang itu. "Saya pun hairan keran ada manusia yang sanggup untuk menjual bahan bahaya ini kepada anak-anak pelajar. "Adakah mereka tidak rasa bersalah ataupun berdosa menjual bahan yang diharamkan di dalam islam?," katanya. Dalam pada itu, Suhazali berkata ketika menyampaikan ceramah beliau sering memberikan kesedaran tentang bahaya vape dan rokok. "Pagi tadi saya juga sampaikan satu slot cerama mengenai rokok dan vape serta isu yang berkiatan dengan pondaan terbaharu RUU (Rang Undang-Undang) Kawalan Tembakau 2024," ujarnya.
21 Aug 24
665
MAIDAM Agih RM14 juta Zakat Untuk Asnaf Melalui KAHA 2024
MAIDAM Agih RM14 juta Zakat Untuk Asnaf Melalui KAHA 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tahun ini mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM14 juta menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2024.
21 Aug 24
295
Projek Tebatan Banjir, Pemuliharaan Sungai Bernilai RM141.27 Juta Siap
Projek Tebatan Banjir, Pemuliharaan Sungai Bernilai RM141.27 Juta Siap
Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini menerima tiga projek siap membabitkan dua tebatan banjir serta satu pemuliharaan muara sungai bernilai RM141.27 juta.
20 Aug 24
271
Dana Wakaf Tunai MAIDAM Cecah RM334 Ribu
Dana Wakaf Tunai MAIDAM Cecah RM334 Ribu
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos- Kutipan dana wakaf tunai dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mencatatkan jumlah sebanyak RM334,269.15 setakat 18 Ogos lalu. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kutipan tersebut hasil sumbangan wakaf daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat serta pihak korporat sama ada melalui potongan gaji, secara dalam talian atau yang hadir ke kaunter MAIDAM. “Dana terkumpul merangkumi wakaf tunai am iaitu sebanyak RM286,301.84, wakaf hemodialisis (RM24,299) dan wakaf perkuburan Paya Bunga (RM23,118.31). “Manakala agihan wakaf tunai am yang telah dilaksanakan adalah sebanyak RM134,800 meliputi sektor pendidikan, agama dan sosial,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvoi Agihan Hak Asnaf Fakir Miskin MAIDAM (KAHA) 2024 di Masjid Al-Muttaqin Kampung Kepong, di sini, semalam. Dalam perkembangan lain katanya, orang ramai diseru menyertai program yang bakal diadakan sempena 75 tahun penubuhan MAIDAM iaitu ‘Run and Walk For Waqf pada 28 September ini. Menurut beliau, dengan menyertai program itu peserta secara automatik akan berwakaf kerana yuran sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap peserta akan disalurkan ke akaun wakaf tunai. “MAIDAM juga membuka kepada peserta untuk mendaftarkan suami atau isteri dan anak-anak agar dapat beriadah secara santai bersama keluarga masing-masing. “Setiap peserta yang mendaftar layak mendapat sehelai baju t-shirt serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” ujarnya. Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://app3.maidam.gov.my/form/    
20 Aug 24
174