lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu Salur RM4.2 Juta Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
Terengganu Salur RM4.2 Juta Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
Peruntukan sebanyak RM4.2 juta disalurkan kerajaan negeri bagi kos baik pulih 1,177 rumah yang rosak akibat kejadian ribut pada akhir bulan lalu.
05 Nov 24
81
Terengganu Anjur Kejohanan Cungkil Bakat Bola Sepak Remaja
Terengganu Anjur Kejohanan Cungkil Bakat Bola Sepak Remaja
Kerajaan Terengganu melalui Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) mengambil inisiatif mencungkil bakat remaja untuk pembangunan sukan bola sepak Terengganu dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Remaja peringkat negeri.
05 Nov 24
117
Karnival Tarik Minat Pelajar Tahfiz Dalam Bidang Sains
Karnival Tarik Minat Pelajar Tahfiz Dalam Bidang Sains
Penganjuran program Hari Kokurikulum dan Rehlah Sains buat julung kali di adakan di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring bertujuan menarik dan memperkukuhkan minat pelajar tahfiz dalam bidang sains dan teknologi.
05 Nov 24
47
Raja Muda Kurnia Bintang, Pingat Pergerakan Pengakap Kepada 179 Penerima
Raja Muda Kurnia Bintang, Pingat Pergerakan Pengakap Kepada 179 Penerima
KUALA TERENGGANU, 4 November - Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahkan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Terengganu 2024 kepada 179 penerima di Wisma Darul Iman, semalam. Baginda menyampaikan pengiktirafan kepada 157 orang pemimpin pengakap semua peringkat yang dianugerahkan bintang dan pingat PPM termasuk beberapa pemimpin pengakap dari Brunei, Indonesia dan Thailand. Tengku Muhammad Ismail juga menyampaikan pengiktirafan Pengakap Raja iaitu sijil paling bernilai dalam pergerakan pengakap kepada 22 ahli pengakap Terengganu. Terdahulu, keberangkatan tiba Tengku Muhammad Ismail di majlis penganugerahan itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pengakap Negara,  Prof Dato’ Dr Mohd Zin Bidin. Hadir sama pada majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Abdullah Taib.  
04 Nov 24
158
Anugerah Bahasa Terengganu, Jadi Platform Promosi Bahasa Melayu
Anugerah Bahasa Terengganu, Jadi Platform Promosi Bahasa Melayu
Majlis gilang-gemilang Anugerah Bahasa Terengganu 2024, menjadi penanda aras dalam usaha negeri mendukung Bahasa Melayu, bukan sahaja sebagai bahasa komunikasi, tetapi juga sebagai teras pembinaan masyarakat dan tamadun bangsa yang kukuh.
04 Nov 24
398
Terengganu Salur RM4.2 Juta Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
Terengganu Salur RM4.2 Juta Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
KUALA TERENGGANU, 3 November - Peruntukan sebanyak RM4.2 juta disalurkan kerajaan negeri bagi kos baik pulih 1,177 rumah yang rosak akibat kejadian ribut pada akhir bulan lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerja baik pulih rumah penduduk terjejas di seluruh Terengganu masih berjalan dengan kemajuan antara 70 hingga 80 peratus, ketika ini. Menurutnya, kebanyakan kerosakan yang dilaporkan adalah melibatkan bumbung dan atap rumah yang tercabut. "Baik pulih bumbung ini tidak mengambil masa yang lama seperti kerosakan yang melibatkan struktur bangunan. "Kejadian ribut yang berlaku itu memang melibatkan semua daerah namun dua daerah iaitu Dungun dan Kuala Nerus menerima kesan kerosakan yang minimum sahaja," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Wisma Darul Iman, hari ini. Difahamkan, selain rumah kediaman, beberapa sekolah turut mengalami kerosakan akibat ribut yang berlaku kesan tempias Ribut Tropika Trami itu terutama di daerah Kemaman. Antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Bukit Mentok, SMK Sultan Ismail, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, SK Bukit Mentok, Sekolah Menengah Agama Al Falah dan SK Seri Kemaman.   
03 Nov 24
329
Pemberdayaan Ekonomi Rakyat Antara Fokus Belanjawan Terengganu 2025
Pemberdayaan Ekonomi Rakyat Antara Fokus Belanjawan Terengganu 2025
KUALA TERENGGANU, 4 November - Pemberdayaan ekonomi rakyat antara fokus Belanjawan Terengganu 2025 yang akan dibentangkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar 18 November ini. Menurut Ahmad Samsuri, ia termasuklah hal kebajikan dan sebagainya agar rakyat lebih berdikari. “Jumlah peruntukan Bajet 2025 lebih kurang dengan bajet 2024, tidak jauh beza. “Untuk tahun 2024, kita telah selesai agihkan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu 2024 yang disempunakan oleh Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Wisma Darul Iman, semalam. Menurut Ahmad Samsuri, Bajet 2025 juga akan mengambil kira pandangan rakyat. Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri masih meletakkan 80 peratus bajet negeri bergantung kepada sumber minyak dan gas. “Memang kita meletakkan kebergantungan kepada sumber minyak dan gas kerana hal itu adalah sejak sekian lama. “Nak dapat hasil tambahan baru ia bukan mudah, perkara melibatkan undang-undang, termasuklah libatkan enakmen dan sebagainya, ia akan memakan masa,” ujarnya. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status terkini baki royalti yang belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan beliau memaklumkan tiada perkembangan terbaru mengenai isu tersebut. “Yang adanya adalah, kita dapat kalau kita tuntut di atas keperluan-keperluan yang kita nyatakan dan sekiranya diluluskan tuntutan tersebut, dapatlah. “Cuma segala pembayaran itu tidak terus kepada akaun kerajaan negeri kecuali yang berkait dengan pembayaran emolumen (gaji) sahaja. “Kalau kita ada keperluan termasuk bencana dan sebagainya kita akan buat surat, akan ambil masa untuk mereka (kerajaan pusat) buat keputusan,” ujarnya.  
03 Nov 24
138
Terengganu Masih Belum Fatwakan GISB Sesat Kerana Tiada Keperluan Mendesak
Terengganu Masih Belum Fatwakan GISB Sesat Kerana Tiada Keperluan Mendesak
KUALA TERENGGANU, 3 November- Ajaran dan fahaman pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISB) masih belum difatwakan sebagai sesat kerana tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian ketika ini di Negeri Terengganu. Mufti Terengganu, Dato’ Mohamad Sabri Harun berkata, ia susulan pengikut kumpulan tersebut tidak ramai di negeri ini, tidak seperti di negeri-negeri yang lain. "Bagaimanapun perkara ini tetap akan dibawa dan dibincangkan ke Majlis Fatwa Terengganu, setelah kita menerima resolusi daripada Majlis Raja-Raja Melayu.  "Setelah kita terima maklumat yang lengkap, kita akan bincangkan dan bawa keputusan ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). "Seterusnya, MAIDAM akan persembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk diperkenan dan seterusnya difatwakan (mengikut keputusan mesyuarat)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Wisma Darul Iman, hari ini. Ketika diminta mengulas mengenai langkah negeri-negeri lain yang telah memfatwakan gerakan GISB sebagai haram pula beliau berkata, ia boleh dilaksanakan mengikut keadaan di sesebuah negeri tersebut. "Oleh kerana di Terengganu ini, (GISB ) tidak begitu ketara, ia adalah terpencil jadi maksudnya tidak begitu serius (untuk difatwakan secepat mungkin). "Lagipun, pihak berkuasa pun ada membuat pemantauan mengenai mereka dan pengikutnya ramai dah lari ke negeri lain. "Namun, kita tetap akan bincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu nanti," katanya. Setakat ini, enam negeri telah mengisytiharkan ajaran dan amalan GISB sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.  
03 Nov 24
274
Terengganu Anjur Kejohanan Cungkil Bakat Bola Sepak Remaja
Terengganu Anjur Kejohanan Cungkil Bakat Bola Sepak Remaja
KUALA NERUS, 3 November - Kerajaan Terengganu melalui Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) mengambil inisiatif mencungkil bakat remaja untuk pembangunan sukan bola sepak Terengganu dengan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Remaja peringkat negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata dengan menyasarkan remaja berusia 10 hingga 15 tahun usaha pencarian peringkat awal dilakukan secara serius dan bersepadu membabitkan 80 pasukan. "Usaha ini melibatkan penglibatan daripada semua pihak, di awal ini di bawah kendalian UBSNT sebelum berada di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu termasuk di bawah Terengganu FC (TFC). "Jadi melalui kerancakan usaha yang dilakukan ini kita berhasrat bagi melahirkan serta mengesan bakat-bakat yang boleh diketengahkan pada masa akan datang. "Pada petang ini 'team scouting' ada bersama-sama bagi menilai dan meneliti nama-nama yang sepatutnya dipilih untuk diketengahkan pada peringkat seterusnya," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyempurnakan Perasmian Penutup Kejohanan Bola Sepak Remaja 2024 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Hishamuddin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak UBSNT kerana berjaya mengumpulkan anak-anak remaja Terengganu yang berbakat dalam sukan terbabit. "Insya-Allah daripada ratusan penyertaan hari ini ia akan memberi kesan besar untuk tahun-tahun mendatang untuk kelansungan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu," ujarnya.  
03 Nov 24
471
'Apa Perkembangan Terkini LPT3?' - Soal Ahli Parlimen Setiu
'Apa Perkembangan Terkini LPT3?' - Soal Ahli Parlimen Setiu
KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, melahirkan kekecewaan terhadap kemajuan projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT-3) yang sehingga kini belum menunjukkan perkembangan positif. Dalam sesi Dewan Rakyat, beliau menyoal komitmen Kerajaan Madani dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur di Pantai Timur yang didakwa sering terpinggir berbanding Pantai Barat. “Daerah Setiu paling terkesan dengan ketiadaan lebuh raya, kesesakan sering berlaku terutama ketika musim perayaan tiba, melibatkan laluan utama dan laluan alternatif iaitu jalan pantai. “Mengapa projek sebesar LPT-3 ini seolah-olah dibiarkan terbengkalai tanpa perkembangan terkini?,” soalnya.  Menurut beliau, kerja awalan projek ini dimulakan sejak 2021, namun hampir tiga tahun telah berlalu tanpa sebarang kemajuan yang boleh dilihat, sekali gus menimbulkan keraguan tentang kesungguhan kerajaan dalam menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Barat. Beliau juga mempersoalkan dasar kerajaan yang dilihat sering memfokuskan projek infrastruktur ke Pantai Barat.  “Adakah kerajaan sedar bahawa rakyat di Pantai Timur juga layak menikmati infrastruktur yang sama seperti di Barat?,” tambahnya.  Shaharizukirnain menegaskan bahawa pembangunan yang seimbang antara kedua-dua wilayah ini penting untuk membuka peluang ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat Pantai Timur. “Kita tidak minta layanan istimewa, kita cuma mahu keadilan dalam pembangunan,” katanya lagi, menyeru agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan projek LPT-3 yang dinanti-nantikan penduduk Pantai Timur.
03 Nov 24
493