lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Sang Kenari Pulang Hampa
Sang Kenari Pulang Hampa
KUALA NERUS, 15 Julai- Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kalah lagi di tangan Terengganu Football Club (Terengganu FC), kali ini dengan skor 2-1 dalam aksi Liga Super Malaysia, sebentar tadi. Sang Penyu sekali lagi melayan kunjungan Sang Kenari di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan Nafuzi Zain mengekalkan barisan sama untuk mengekang anak-anak buah Aidil Sharin Sahak. Permainan bermula pantas dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan awal. Gandingan Kpah-Faisal konsisten mengancam kubu lawan. Pada minit ke-13, lorongan Petrus Shitembi membolehkan Faisal Halim lolos di bahagian kanan gol. Pemain sayap kebangsaan itu kemudian mudah menghantar bola untuk dikuis Kpah Sherman bagi gol pertama tuan rumah. KDA FC cuba bangkit namun Terengganu FC lebih banyak menguasai bola. Peluang pelawat hadir pada minit ke-36 apabila Muhammad Ariff Farhan melakukan rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin, tetapi sayangnya bola hanya menggegarkan palang gol. Keputusan kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan dengan Terengganu FC selesa mendahului. KDA FC memulakan babak kedua dengan mengatur lebih serangan ke kubu tuan rumah. Bagaimanapun, Sang Penyu lebih bijak bertahan dengan serangan balas melalui trio serangan mereka. Pada minit ke-56, tuan rumah terus menambah duka pelawat menerusi rembatan leret Manuel Ott untuk gol kedua Terengganu FC. Pada minit-minit terakhir perlawanan, Azamuddin Akil cuba menghidupkan peluang KDA FC selepas merapatkan kedudukan dengan rembatan dari jarak dekat. Namun, tambahan masa lima minit yang diberikan tidak berjaya dimanfaatkan pelawat untuk membawa pulang satu mata. Keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan. Keputusan tersebut membawa Terengganu FC mendaki ke tangga keempat Liga Super Malaysia dengan 16 mata melalui sembilan perlawanan.       
15 Jul 22
1180
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit 
13 Jul 22
3
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
KUALA NERUS, 8 Julai - Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit  Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata untuk mencapai target berkenaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) telah mempersiapkan para atlet bagi memastikan persedian terbaik dapat dilakukan. "Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat dalam masa 71 hari lagi yang masih berbaki para atlet kita ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan insya-Allah mereka akan mengekalkan kejuaran yang diperolehi pada edisi yang lalu. "Memang kita menyasarkan untuk menambah kutipan 70 pingat emas, namun saya yakin dan optimis kita berupaya mencapai lebih dari apa yang kita sasarkan sebagaimana pada kejohanan 2018 kita telah berjaya memperolehi 56 pingat emas melebihi target. "Antara acara sukan yang akan kita perolehi kejuaraan nanti adalah menerusi acara Judo dan sudah tentu menerusi acara sukan berbasikal yang pada edisi lepas memberi sumbangan yang cukup besar untuk muncul juara keseluruhan sebagaimana SUKMA yang lalu dimana kita mempunyai persaingan yang cukup sengit diberikan oleh kontijen Johor, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Veneu Latihan SUKMA XX, bertempat di Dewan Serbaguna MSNT, di sini, kelmarin. Tambah beliau, persediaan para atlet tidak hanya menerusi latihan yang dijalani tetapi turut meliputi aspek pemakanan dalam memastikan atlet terus bertenaga dalam menghadapi temasya sukan yang penuh berprestij itu. "Walaupun berlaku kenaikan kos harga makanan namun itu tidak menjadi halangan bagi kita dimana MSNT sangat menjaga pemakanan para atlet. "kita juga telah melantik bapa angkat dan jabatan angkat yang kita harapkan mampu menampunh segala kekurangan di pihak MSNT dan persatuan dalam kita memastikan atlet kita ini benar-benar bersedia dalam menghadapi cabaran pada kali ini untuk kita terus menguasai dan mempertahankan kejuaraan," ujarnya.  
08 Jul 22
753
10 Pemain, Terengganu Tetap Mara!
10 Pemain, Terengganu Tetap Mara!
Jaringan tunggal pemain tengah Terengganu Football Club (Terengganu FC), Faiz Nasir berjaya membenam Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan Piala FA Pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), baru-baru ini walaupun bergelut dengan 10 pemain.
07 Jul 22
347
MHC Puji Pengurusan Sukan Terengganu
MHC Puji Pengurusan Sukan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Dr. Shamala Subramaniam memuji strategi dan gaya pengurusan yang dilaksanakan kerajaan Terengganu dalam pembangunan sukan negeri itu. Jelasnya, negeri berkenaan sentiasa membangunkan program untuk meningkatkan prestasi para atlet dalam pelbagai cabang sukan selain mengambil peranan menghargai jasa atlet di negeri itu. "Adalah satu penghormatan bagi saya untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mengenai penganjuran kejohanan hoki bertaraf antarabangsa yang bakal diadakan negeri ini. "Sebagaimana ditegaskan oleh Presiden MHC, Dato' Sri Subahan Kamal, kami memastikan sokongan penuh terhadap penganjuran Terengganu International 5's Hockey Festival di Kuala Terengganu dan berada di sini, hari ini bagi membincangkan pelbagai aspek kejohanan tersebut bersama kerajaan negeri serta Persatuan Hoki Terengganu. "Kami amat menantikan kerjasama ini untuk melihat Terengganu menjadi mercu tanda seterusnya bagi kejohanan hoki antarabangsa yang berprestij seperti Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Sultan Johor," katanya Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di laman facebook miliknya selepas mengadakan pertemuan dengan Wan Sukairi di Wisma Darul Iman,baru-baru ini.  Sementara itu, Wan Sukairi memaklumkan bahawa penganjuran Terengganu International 5's Hockey Festival dijangka berlangsung pada 20-26 November 2022 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. "Terima kasih Prof Dato Dr Shamala Subramaniam, ia adalah satu penghormatan bertemu anda dan saya menghargai idea anda tentang masa depan sukan dan atlet di Terengganu. "Kerajaan Terengganu sentiasa mengalu-alukan usaha dan kolobrasi daripada persatuan-persatuan sukan yang lain bagi menterjemahkan hasil kepada kemenjadian Terengganu sebagi negeri kuasa sukan tanah air," jelasnya.    
05 Jul 22
453
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
Permohonan Bantuan i-Belia Dibuka Julai
Permohonan bantuan 'one-off' atau i-Belia untuk anak muda dan mahasiswa akan mula dibuka pada Julai depan.
27 Jun 22
564
Cub Prix di Terengganu Rancakkan Ekonomi Setempat
Cub Prix di Terengganu Rancakkan Ekonomi Setempat
Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu.Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu.
26 Jun 22
153
'Cub Prix' Rancakkan Ekonomi Setempat
'Cub Prix' Rancakkan Ekonomi Setempat
KUALA NERUS, 25 Jun - Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penganjuran aktiviti sukan seperti itu boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat apabila berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung. "Sudah tentunya ia boleh beri manfaat ekonomi pada penduduk di negeri Terengganu sendiri dari segi perhotelan, pelancongan dan impak kepada kedai-kedai yang lain di dalam negeri. "Jadi, saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Petronas dan penaja-penaja yang telah menjadikan perlumbaan pada kali ini satu realiti, kita sangat terbuka untuk menerima penganjuran yang sama di waktu akan datang. "Kepada pelumba-pelumba, saya juga mengharapkan mereka teruskan meningkatkan keupayaan diri masing-masing bukan sekadar untuk pasukan mereka semata-mata, bahkan mungkin sampai satu peringkat mewakili negara ke perlumbaan antarabangsa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Pemotoran Terengganu, hari ini. Turut menyampaikan hadiah, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abd Aziz. Dalam perlumbaan yang berlangsung itu, Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor muncul juara, menewaskan rakan sepasukannya, Nazirul Izzat Md Bahauddin di tempat kedua. Manakala, pelumba kelahiran Terengganu yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran berjaya menduduki tempat ketiga.      
25 Jun 22
527
Wujudkan Pusat Sehenti Untuk Rider Di Setiap Daerah
Wujudkan Pusat Sehenti Untuk Rider Di Setiap Daerah
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mewujudkan pusat sehenti di setiap daerah yang dikhususkan untuk pekerja-pekerja perkhidmatan penghantaran makanan (rider) di negeri ini.
23 Jun 22
120
Peruntukan RM2.5 Juta Fokus Pembangunan Belia
Peruntukan RM2.5 Juta Fokus Pembangunan Belia
Kerajaan Terengganu melancarkan penubuhan Akademi Kepimpinan Al-Fateh bagi melahirkan generasi belia dan beliawanis Terengganu yang seimbang.
22 Jun 22
166