lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
BESUT, 28 Ogos - Seramai 66 peluncur udara melakukan terbangan 'Merdeka Fun Fly'  sempena 66 tahun kemerdekaan negara di Bukit Bubus semalam. Pengarah Program, Fahami Zakaria berkata, ia merupakan salah satu acara kemuncak sempena Terengganu Air Festival (TIAF) pada tahun ini. Katanya, ia merupakan tahun kedua program berkenaan diadakan dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. "Dengan beberapa acara yang diadakan turut melibatkan peserta antarabangsa dari enam negara iaitu Indonesia, Thailand, Korea, Filipina, Nepal dan India. "Malah ramai lagi peluncur dari negara lain ingin menyertai namun ada kekangan tertentu jadi mereka tidak boleh hadir, diharapkan pada tahun akan datang program ini akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai peluncur," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di acara penutup program TIAF, di Bukit Bubu, Besut, di sini semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Sulaiman Sulong yang telah menyempurnakan acara penutup program berkenaan. Dalam pada itu Fahami berkata, program pada tahun ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak sekolah menyertai program bertaraf antarabangsa itu. "Acara yang turut dimasukkan pada festival kali ini ialah acara roket peracut 'paper plan'. 'water rocket' bagi peringkat sekolah rendah dan menengah dengan penglibatan seramai 400 murid dari 40 buah sekolah," katanya. Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pelancongan Negeri kerana selama ini berperanan menjadi nadi penting dalam memastikan acara TIAF dapat dijayakan dengan sempurna.  
28 Aug 23
143
PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir Tawar Ganjaran RM100,000
PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir Tawar Ganjaran RM100,000
Peminat sukan basikal lasak bakal menerima durian runtuh RM100,000 menerusi anjuran program berbasikal lasak, PTT Jamborace & Funrace Tasik Kenyir 2023 yang akan diadakan di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Oktober nanti.
21 Aug 23
228
Terengganu FC Melangkah Ke Suku Akhir Piala Malaysia
Terengganu FC Melangkah Ke Suku Akhir Piala Malaysia
Terengganu FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2023 setelah menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) 3-0 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kuala Nerus.  
21 Aug 23
104
Terengganu FC 'Berpeluh' Atasi Sang Kenari
Terengganu FC 'Berpeluh' Atasi Sang Kenari
Terengganu FC bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Liga Super Malaysia 2023.
04 Jul 23
206
Dua Kad Merah Rencat Langkah Terengganu FC
Dua Kad Merah Rencat Langkah Terengganu FC
Dua kad merah yang diterima pertahanan, Argzim Redzovic dan penyerang, Ivan Mamut merencatkan usaha Terengganu FC mengutip sebarang mata, apabila tewas tipis kepada pendahulu Liga Super Malaysia, Johor DT
12 Jun 23
78
Piala FA: Terengganu FC Mara Ke Separuh Akhir
Piala FA: Terengganu FC Mara Ke Separuh Akhir
Terengganu FC mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2023 setelah menang 4-2 ke atas seteru pantai timur, Kelantan FC pada aksi suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
30 May 23
172
Jaringan Engku Shakir Legakan Penyokong Terengganu FC
Jaringan Engku Shakir Legakan Penyokong Terengganu FC
Jaringan tunggal pemain gantian, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob membantu Terengganu FC menewaskan Penang FC pada aksi Liga Super Malaysia.
28 May 23
338
Sultan Terengganu Sertai 'RTES Endurance Ride' May 2023
Sultan Terengganu Sertai 'RTES Endurance Ride' May 2023
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyertai RTES Endurance Ride May 2023, di Terengganu International Endurance Park (TIEP).
16 May 23
321
Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
Terengganu Football Club (TFC) terpaksa menerima kekalahan pertama di laman sendiri menentang Sri Pahang FC 1-2 malam ini dalam Perlawanan Liga Super ke-10 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
30 Apr 23
86
Terengganu FC Belasah Kelantan FC
Terengganu FC Belasah Kelantan FC
Terengganu FC mudah membenam Kelantan FC dengan jaringan 5-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia.
06 Apr 23
187