Artikel "Sukan" Terkini
Aiman Zariff Sasar Kekalkan Jersi Biru TGDT23
Pemenang jersi biru bagi kategori individu keseluruhan Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23) setakat ini, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff berazam memastikan penguasaan mutlak ke atas jersi itu kekal menjadi miliknya, menjelang perlumbaan peringkat terakhir dari Kuala Terengganu ke Hulu Terengganu, 7 september.
12 Sep 23
156
Pelumba SUKMA, TSG Terus Pamer Aksi Cemerlang
Pelumba Terengganu SUKMA, Muhamad Aiman Haiqal Mohammad Khairul dan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zarif terus mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kedua Tour Gateh D’Tranung 2023 (TGDT23).
12 Sep 23
156
Pecutan Tour Gateh D'Tranung Bermula 4 September
Perlumbaan Jelajah Terengganu (Tour Gateh D'Tranung) telah memulakan cabarannya membabitkan 27 pasukan bertaraf benua.
Â
09 Sep 23
74
Aiman Bolot Tiga Jersi Saingan Pertama TGDT23
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff melaungkan cabaran awal kepada pelumba-pelumba lain apabila membolot tiga jersi yang dipertandingkan dalam saingan peringkat pertama Tour Gateh D'Tranung 2023 (TGDT23) dari Marang ke Kemaman.
07 Sep 23
147
592 Peserta Bakal Tawan Gunung Tebu
Seramai 592 Peserta Mount Tebu Climbathon Challenge 2023 (MTCC’23) bakal menawan puncak Gunung Tebu pada 9 September 2023 di Taman Eko Rimba, Lata Belatan, Besut, Terengganu.
07 Sep 23
163
Festival Muay Thai Gegar Terengganu Bermula 29 September
Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan menganjurkan Terengganu Fight (T-FIGHT) Festival 2023 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak pada 29 dan 30 September nanti.
06 Sep 23
399
Hasrat Jadikan Terengganu 'Land Of Cycling' Mampu Dicapai
MARANG, 4 September - Kerajaan negeri optimis impian untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri kayuhan basikal mampu dicapai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hasrat menjadikan Terengganu sebagai 'Land Of Cycling' merupakan sebagai sebahagian daripada promosi pelancongan negeri Terengganu.
"Di mana destinasi yang menjadi tempat atau hentian program sebagaimana yang diadakan hari ini (Tour Gateh D'Tranung) akan lebih memperkenalkan lagi lapan daerah iaitu dari Marang, Dungun, Kemaman , Hulu Terengganu sehingga ke Besut.
"Kita akan meneruskan program seperti hari ini bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengangkat sukan basikal ini juga menjadikan Terengganu 'Negeri Kayuhan Basikal' akan mampu tercapai dan akan menjadi satu faktor pelancong dari dalam dan luar negara datang ke negeri ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelepasan Kejohanan Tour Gateh D'Tranung Peringkat 1, di Pulau Kekabu di sini hari ini.
Katanya hari ini sebanyak 27 pasukan hebat antara benua terlibat, serta penyertaan dari Singapura, Indonesia serta Brunei.
"Selain kita turut menerima peserta antarabangsa yang pada awalnya ingin turut menyertai namun membatalkan penyertaan pada saat akhir.
"Insya-Allah kita akan ulangi lagi pada tahun hadapan dengan menjadikan ia sebagai acara antarabangsa.
"Sebenarnya bagi menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri kayuhan basikal ia turut dibantu dengan reputasi Terengganu yang selama ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh dalam sukan basikal yang mencipta nama bukan sahaja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.
04 Sep 23
807
TSG Shimano Fellowship Ride Realisasikan Terengganu Negeri Basikal
KUALA TERENGGANU, 3 September - Penganjuran TSG Shimano Fellowship Ride 2023 yang menjadi acara terbesar setiap tahun berupaya menjelmakan Terengganu sebagai Negeri Kayuhan Basikal.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, program yang dianjurkan oleh Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tersebut selaras dengan teras utama dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) bagi menjadikan negeri ini terkenal dengan aktiviti berbasikal.
"Kalau kita tengok hari ini ia menjadi program terbesar yang melibatkan 3,500 peserta malah menghimpunkan seluruh peminat basikal yang datang dari seluruh negara termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand.
"Saya turut difahamkan bahawa hasrat TSG sangat bertepatan dengan kehendak kerajaan negeri bagi menjadikan acara ini sebagai pengerak kepada ekonomi negeri Terengganu dengan menyasarkan pendapatan RM2.1 juta setiap tahun pada setiap kali acara ini diadakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui menyempurnakan pelepas program berkenaan, di Dataran Batu Burok, di sini semalam.
Mengulas lanjut katanya, reputasi Terengganu selama ini berjaya melahirkan atlet berbasikal juga telah menarik perhatian dunia kerana itu sangat bertepatan menjadikan negeri ini sebagai lokasi popular untuk kayuhan basikal.
"Kita berharap agar usaha-usaha ini diteruskan oleh pelbagai pihak kerana untuk menarik lebih ramai lagi rakyat terutama peminat-peminat sukan basikal samada dari dalam negara mahupun luar negara," ujarnya lagi.
Â
03 Sep 23
671
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
Seramai 66 peluncur udara melakukan terbangan 'Merdeka Fun Fly'Â sempena 66 tahun kemerdekaan negara di Bukit Bubus, Besut.
29 Aug 23
236
Tour Gateh D' Tranung 2023 Ketengah Elemen Songket Warisan Terengganu
Elemen songket diperkenalkan dalam rekaan jersi terbaru Tour Gateh D' Tranung 2023 bagi mengetengahkan salah satu warisan Terengganu melalui sukan berbasikal.
29 Aug 23
267