lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Sukan Air dan Karnival Pantai Warnai Kalendar Pelancongan Terengganu 2025
Sukan Air dan Karnival Pantai Warnai Kalendar Pelancongan Terengganu 2025
KUALA TERENGGANU, 20 November - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk memasukkan program sukan air seperti pertandingan lumba perahu panjang ke dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu Tahun 2025. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris mempertimbangkan cadangan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim yang turut menawarkan DUN Buluh Gading sebagai tuan rumah bagi acara tersebut.  “Kerajaan Negeri sedia maklum akan cadangan ini dan insyaallah akan mempertimbangkannya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Menurutnya, kejayaan Karnival Pantai Terengganu 2024, yang mencatat kehadiran lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri, menjadi bukti betapa pentingnya acara sebegini dalam menarik pelancong dan merancakkan ekonomi setempat.  “Pencapaian ini menunjukkan potensi besar karnival pantai sebagai acara utama negeri.  “Ia bukan sahaja mempromosikan pelancongan tetapi juga memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat, terutamanya usahawan kecil dan penggiat Industri Kecil Sederhana (IKS),” jelas beliau. Dalam masa sama, kerajaan negeri turut mengumumkan bahawa Karnival Pantai Terengganu akan diteruskan pada tahun 2025 yang dijangka menjadi salah satu acara tanda aras (signature) dalam kalendar pelancongan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara. “Langkah ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama sambil memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat,” ujarnya.
20 Nov 24
536
Kerajaan Negeri Jangka Peroleh RM32 Juta Melalui Enakmen Sumber Air 2020
Kerajaan Negeri Jangka Peroleh RM32 Juta Melalui Enakmen Sumber Air 2020
KUALA TERENGGANU, 20 November - Kerajaan Negeri menjangkakan pendapatan sebanyak RM32 juta pada tahun 2025 hasil pelaksanaan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020  menerusi Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata daripada jumlah tersebut, RM12 juta dijangka diperoleh melalui caj pengabstrakan air, manakala RM20 juta lagi daripada caj aktiviti penggubahan sumber.  “Ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan pendapatan negeri sambil memastikan sumber air kita diurus dengan baik,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Tambah Razali, selain hasil utama ini, LAUT juga sedang meneroka potensi pendapatan baharu, antaranya melalui caj pendaftaran vesel untuk aktiviti navigasi di sumber air, dengan kutipan dianggarkan sebanyak RM67 ribu pada tahun 2025. Selain itu katanya, ia meliputi  pembangunan industri pelancongan berasaskan sumber air, termasuk aktiviti rekreasi serta, kajian pelaksanaan Zero Discharge Policy untuk memelihara sumber air dan memanfaatkan penggunaan semula air pulih guna. Beliau turut menjelaskan bahawa caj-caj ini hanya dikenakan kepada aktiviti komersial.  “Kita ingin menegaskan bahawa caj ini tidak akan membebankan rakyat biasa.  “Sebagai contoh, kegunaan air untuk pertanian atau peternakan sara diri di bawah 10,000 liter sehari, atau untuk isi rumah yang menggunakan kurang daripada 2,500 liter sehari, dikecualikan daripada caj,” jelasnya. Justeru itu, Razali berharap langkah ini dapat menyeimbangkan antara peningkatan hasil negeri dan pemeliharaan alam sekitar, khususnya sumber air yang menjadi aset penting bagi negeri Terengganu.
20 Nov 24
119
TSG Dinobat Pasukan Terbaik Asia Kali Keenam
TSG Dinobat Pasukan Terbaik Asia Kali Keenam
KUALA TERENGGANU, 20 November - Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi mencipta sejarah apabila merangkul gelaran Pasukan Terbaik Asia pada tahun 2024. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim meluahkan penghargaan dan tahniah kepada TSG atas usaha gigih selama ini. "Kejayaan gemilang kali keenam itu diraih setelah TSG mengumpulkan 1,879 mata, mengatasi cabaran sengit pasukan JCL Team Ukyo dari Jepun yang menduduki tempat kedua, serta Roojai Insurance  dari Thailand di tempat ketiga. "Namun, kejayaan TSG tidak hanya terhenti di Asia, pasukan ini mencipta rekod baharu apabila dinobatkan sebagai Pasukan Kontinental Terbaik Dunia untuk kali ketiga, menewaskan 178 pasukan lain yang berdaftar di bawah UCI Continental Team.  "Selain itu, TSG berjaya menempatkan diri dalam senarai 30 Pasukan Terbaik Dunia, mengatasi lebih 213 pasukan yang bertanding sepanjang musim ini," jelas beliau. Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini semalam. Tambah Hishamuddin, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan Terengganu tetapi juga Malaysia di pentas dunia, ia mencerminkan usaha konsisten TSG dalam membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.  “TSG telah membuktikan bahawa Terengganu adalah kuasa besar dalam arena sukan berbasikal.  “Dengan komitmen dan semangat juang yang tinggi, tidak mustahil lebih banyak kejayaan menanti mereka pada masa akan datang. “Tahniah diucapkan kepada TSG atas kejayaan luar biasa ini! Teruskan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di persada dunia,” ujarnya.
20 Nov 24
121
PBT Terengganu Diarah Tidak Keluarkan Lesen Perniagaan Vape
PBT Terengganu Diarah Tidak Keluarkan Lesen Perniagaan Vape
KUALA TERENGGANU, 20 November- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan untuk tidak membenarkan lesen perniagaan vape atau rokok elektronik di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan semua PBT di Terengganu supaya tidak mengeluarkan lesen untuk perniagaan tersebut. "Kalau dari segi pengharaman, memang negeri-negeri sudah terima pakai fatwa daripada sebelum ini bahawa vape itu haram. "Di peringkat negeri, kita ada kuasa di bawah PBT untuk tidak membenarkan premis perniagaan milik PBT digunakan sebagai tempat penjualan vape selepas ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Ahmad Samsuri berkata, keputusan untuk tidak membenarkan PBT memperbaharui lesen perniagaan vape adalah untuk menjaga kemaslahatan umum terutama golongan muda. Baru-baru ini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total. Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK). Namun begitu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan Kerajaan Persekutuan berpendirian belum tiba lagi masa untuk pihaknya mengharamkan penjualan vape seperti yang sudah dilaksanakan beberapa negara maju di dunia. Bagaimanapun, beliau tidak keberatan jika ada negeri-negeri yang mahu melarang penjualan produk tersebut.
20 Nov 24
1264
Pelabuhan LKIM Chendering dan Pulau Kambing Bakal Siap Sepenuhnya Pada 2031
Pelabuhan LKIM Chendering dan Pulau Kambing Bakal Siap Sepenuhnya Pada 2031
Pelabuhan LKIM Chendering (PLC) akan kembali menjadi pusat pendaratan utama hasil laut Terengganu apabila projek pembangunan bernilai RM192 juta yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2031.
20 Nov 24
363
'Jangan Ganggu PASTI' - ADUN Sura
'Jangan Ganggu PASTI' - ADUN Sura
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, memberi amaran keras terhadap pihak tertentu yang cuba mengganggu atau mempolitikkan institusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
20 Nov 24
122
Lumba Perahu Panjang Berpotensi Tarik Pelancong, Lonjak Ekonomi Tempatan
Lumba Perahu Panjang Berpotensi Tarik Pelancong, Lonjak Ekonomi Tempatan
KUALA TERENGGANU, 20 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim, mencadangkan penganjuran kejohanan lumba perahu panjang sebagai salah satu aktiviti sukan air tahunan di Terengganu.  Cadangan itu dikemukakan beliau semasa membahaskan Belanjawan Terengganu 2024 di Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di Wisma Darul Iman, semalam. Beliau terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pilihan utama pelancong domestik melalui pelbagai aktiviti menarik yang disusun sepanjang tahun. Menurutnya, usaha tersebut telah berjaya memastikan negeri itu terus relevan sebagai lokasi pelancongan. “Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri, melalui portfolio Jawatankuasa Pelancongan, yang merupakan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris dan jabatan-jabatan, serta agensi-agensi yang terlibat, hasil kerja keras mereka, Terengganu kini menjadi destinasi pilihan pelancong,” katanya. ADUN Buluh Gading itu mencadangkan Sungai Nerus sebagai lokasi utama penganjuran kejohanan lumba perahu panjang.  “Kawasan DUN Buluh Gading, bersedia menjadi tuan rumah bagi menjayakan acara ini, seiring dengan pengalaman mereka menganjurkan program serupa sebelum ini. “Pertandingan lumba perahu panjang mampu menarik perhatian pelancong, dengan aktiviti sampingan yang sesuai, ia boleh menjadi tarikan utama,” jelasnya. Tambah beliau, program terdahulu yang telah dianjurkan di kawasan itu ialah Kejohanan Perahu Naga Beautiful Terengganu 2022, yang berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2022 di Jeti Pengkalan Perahu Kampung Buluh Gading.  “Acara tersebut berjaya menarik penyertaan dari dalam dan luar negeri, termasuk pasukan dari Pulau Pinang, Perbadanan Putrajaya, UniSHAMS Kedah, pasukan SUKMA Perak dan beberapa pasukan lain lagi. “Yang terdekat, Festival Monsoon Challenge Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 akan diadakan pada 29 hingga 30 November ini. Ia bertujuan merebut gelaran Raja Monsoon,” katanya lagi, merujuk kepada acara yang akan berlangsung di Jeti Tanjung Sabtu. Dalam pada itu, Ridzuan yakin penganjuran sukan air berskala besar seperti ini akan memberi impak positif kepada ekonomi penduduk tempatan.  “Aktiviti seperti gerai jualan dan perkhidmatan sokongan lain sepanjang acara dapat menyediakan peluang pendapatan tambahan. “Jika acara ini diperluaskan, penyertaan dari dalam dan luar negeri pasti akan memeriahkan lagi industri pelancongan kita. Kesannya, penduduk setempat dapat meraih manfaat melalui aktiviti ekonomi sampingan,” katanya. Ridzuan berharap cadangan ini mendapat pertimbangan Kerajaan Negeri, demi memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sukan air di Terengganu.
20 Nov 24
270
Akta 672: Terengganu Kaji Sebelum Buat Keputusan
Akta 672: Terengganu Kaji Sebelum Buat Keputusan
Terengganu dalam peringkat kajian serta pertimbangan berhubung menerima pakai penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut Akta 672 di negeri ini.
20 Nov 24
292
Tembak Mati Kera, Babi Hutan Langkah Akhir Perhilitan Tangani Ancaman
Tembak Mati Kera, Babi Hutan Langkah Akhir Perhilitan Tangani Ancaman
Menembak mati terhadap kera dan babi hutan merupakan langkah terakhir yang terpaksa diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dalam menangani konflik gangguan hidupan liar yang dikesan mengganggu penduduk di negeri ini.
20 Nov 24
80
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
Kerajaan Terengganu disaran agar membuka penjawatan pemandu wanita di setiap agensi kerajaan di negeri ini supaya kebajikan dan keselesaan penjawat awam wanita lebih terjaga.
20 Nov 24
83