lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Jawatan GLC : ‘Individu Dilantik Untuk Selesaikan Kepincangan’
Jawatan GLC : ‘Individu Dilantik Untuk Selesaikan Kepincangan’
Pelantikan beberapa individu ke jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri adalah untuk menyelesaikan kepincangan, termasuk pengurusan dan tatacara kewangan syarikat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018.
12 Aug 20
221
Aplikasi GanuShop Kini Dalam Proses Penambahbaikan
Aplikasi GanuShop Kini Dalam Proses Penambahbaikan
  KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kerajaan negeri kini dalam proses membuat penambahbaikan terhadap aplikasi GanuShop yang dijangka kembali beroperasi pada Oktober ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata pihak Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sedang merangka strategi untuk mempromosikan aplikasi GanuShop untuk menambah ciri-ciri perkhidmatan yang lebih menarik.  "Kita akan mengadakan promosi GanuShop secara berterusan untuk meningkatkan bilangan penjual dan pembeli dari masa ke masa, mengadakan kursus secara berkala kepada penjual dan vendor-vendor. "Di samping itu juga kita akan mengadakan program tawaran hadiah menarik kepada penjual dan pembeli bagi royalti ke atas pengguna Ganu Shop," katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas, hari ini. Menurutnya lagi, melalui penambahbaikan yang bakal dilakukan, aplikasi ini dijangka akan mendapat peningkatan lebih daripada 50 peratus daripada bilangan penjual yang ada.  "Kita jangka sekurang-kurangnya 4,500 bilangan penjual akan menyertai GanuShop dan dengan adanya penambahbaikan bilangan penjual, dijangka transaksi penjual dalam aplikasi ini juga turut meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding dengan jualan sebelum ini.  "Kita akan perkenalkan GanuShop ini bukan sekadar jadi platform untuk menjual dan membeli tetapi kita jadikan ia lebih luas daripada itu seperti kita masukkan sekali perkhidmatan teksi, e-hailing, perkhidmatan lori, trak dan sebagai logistik perkhidmatan bergerak seperti mekanik, tampal tayar motosikal dan begitu juga perkhidmatan 'food truck'," ujarnya. Nurkhuzaini juga berkata setelah kerajaan menetapkan bazar Ramadan tidak dapat beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga kini 3,111 usahawan telah berdaftar sebagai penjual atau pembeli perkhidmatan termasuk 2,000 orang telah berdaftar sebagai pembeli atau pengguna dalam aplikasi GanuShop.     
12 Aug 20
732
B40 Kini Layak Mohon Kad Sejahtera
B40 Kini Layak Mohon Kad Sejahtera
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Golongan B40 dengan pendapatan purata perkapita keluarga di bawah RM280 setiap bulan kini layak membuat permohonan untuk mendapatkan manfaat kesihatan melalui program Kad Sejahtera yang dilancarkan pada Julai tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata ketika ini proses permohonan sedang dilakukan untuk golongan B40 melalui pelbagai termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). "Sejak dilancarkan pada Julai 2019, penerima manfaat Kad Sejahtera ialah seramai 12,126 bagi tempoh  hingga Disember 2019. "Pembayaran yang telah dituntut atas penggunaan yang dibuat oleh pemilik kad sejahtera pula ialah sebanyak RM364,388 bagi tempoh September 2019 hingga 31 Disember 2019 pula," katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wan Hapandi Wan Nik pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. Menjawab soalan tambahan Wan Hapandi yang mahukan penjelasan mengapakah jumlah tuntutan sangat sedikit sehingga menggambarkan seolah-olah program itu tidak mendapat sambutan daripada rakyat Terengganu, Dr Alias berkata ia adalah program baharu dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jumlah tuntutan yang sedikit itu. "Ini mungkin ada yang masih tidak tahu tentang program ini dan saya minta Yang Berhormat perlu berperanan untuk beri penerangan supaya rakyat dapat nikmati manfaat ini. "Selain itu, jumlah penyertaan klinik swasta juga masih kurang, mungkin sebab mentaliti yang menganggap bayaran kerajaan nanti lambat dan ambil masa tiga atau empat bulan, jadi tak banyak yang mahu jadi klinik panel program ini,"katanya lagi. Menurutnya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk program Kad Sejahtera itu dengan anggaran penerima seramai 20,000 orang setahun.     
12 Aug 20
4634
Kerja Pembinaan Menara NFCP Fasa Pertama Di Terengganu Siap Suku Pertama 2021
Kerja Pembinaan Menara NFCP Fasa Pertama Di Terengganu Siap Suku Pertama 2021
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kerja-kerja pembinaan menara dan penyediaan rangkaian gentian optik di bawah program Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi fasa pertama yang bermula tahun lepas, dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan dengan melibatkan 13 lokasi di negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata, kerja-kerja pembinaan menara dan gentian optik NFCP bagi fasa kedua pula, dijangka akan bermula pada tahun ini dan akan siap pada suku keempat 2021, dengan melibatkan 34 lokasi seluruh negeri. "Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan jalur lebar dengan menambah baik dan meluaskan liputan rangkaian melalui NFCP di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia Malaysia (SKMM). "Kesemua 47 kawasan pembinaan menara dan penyediaan rangkaian NFCP ini, melibatkan kawasan luar bandar. Pelaksanaan NFCP yang dikawal selia SKMM adalah bagi meningkatkan jalur lebar khususnya di kawasan pedalaman,” katanya ketika ucapan penggulungan usul menjunjung kasih perutusan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Penggal Ketiga Kali Ke-14, semalam. Dalam perkembangan sama katanya, sebanyak 400 lagi menara telekomunikasi baharu akan dibina di seluruh negeri pada masa hadapan, bagi menampung 855 menara sedia ada, sebagai usaha meningkatkan liputan internet di negeri ini. “Setakat ini liputan 4G di kawasan berpenduduk di seluruh negeri adalah 87.7 peratus, liputan 3G, 95.5 peratus dan 2G, 97.8 peratus. Jadi dengan pembinaan menara telekomunikasi baharu nanti rakyat Terengganu akan menikmati kemudahan liputan internet yang lebih baik,” katanya.
12 Aug 20
583
Dakwaan Pengusaha Nanas Dihalau Kerajaan Tidak Benar
Dakwaan Pengusaha Nanas Dihalau Kerajaan Tidak Benar
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri menghalau pengusaha nanas MD2 di Bujal, Kijal sehingga menyebabkan kerugian RM350,000 adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pemilik tanah termasuk pihaknya tidak pernah mengganggu atau menghalau Sofea Pineapple Farm yang sedang mengusahakan 15 ekar tanaman. "Sewa tanah pun pemilik tanah tak ambil daripada pengusaha. Malah pengusaha menambah lagi lima ekar keluasan kawasan bertanam menjadikan 20 ekar kesemuanya. "Kebun nanas tersebut masih ada sampai hari ini. Projek ini dalam kawasan Kijal. Saya pernah menjadi orang tengah bagi mencari titik persepakatan antara tuan tanah dan pengusaha," katanya ketika ucapan penggulungan usul menjunjung kasih perutusan titah Kebawah DYMM Sultan pada Persidangan DUN Terengganu Penggal Ketiga Kali ke-14 hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi mengelakkan pengusaha mengalami kesukaran selepas tuntutan tanah oleh pemilik, Sofea Pineapple telah diberi lot tanah kerajaan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS) di belakang SM Imtiaz Kijal. "Proses bagaimana tanah tersebut dikembalikan kepada tuan yang berhak telah melalui prosedur yang sepatutnya. Tanah tersebut milik Hamdan Ahmad, Geran Pajakan Negeri bernombor 1815 dengan tempoh pajakan selama 30 tahun, seluas 44.2 ha.  "Tempoh pajakan tamat pada 18 Februari 2009. Tahun 2008 lagi Hamdan sudah mengisi Jadual 1 dan angkat permohonan untuk sambung pajakan tetapi tak ada keputusan.  "Malah sebahagian tanah telah diberi milik kepada orang lain. Selepas pertukaran kerajaan Mei 2018, barulah permohonan diproses semula. Urusan permohonan tanah tersebut dua kali masuk Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD) Kemaman sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan dibuat keputusan," tambah beliau. Semalam, ketika sesi perbahasan usul perutusan titah Diraja, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Dr Ahmad Said turut membangkitkan isu berkenaan dan memohon penjelasan kerajaan.
11 Aug 20
5192
Kerajaan Negeri Perjelas Isu Rumah Mampu Milik Pulau Redang Tergendala
Kerajaan Negeri Perjelas Isu Rumah Mampu Milik Pulau Redang Tergendala
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Berdasarkan komitmen pemaju, projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Pulau Redang akhirnya dijangka siap sepenuhnya Oktober tahun ini setelah tergendala hampir lapan tahun. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri optimis isu terbabit akan berakhir secepat mungkin dengan tindak balas yang dilakukan pemaju. Sehingga kini melalui tinjauan yang dilakukan pihaknya, sebanyak 160 unit RMM Pulau Redang sedang dalam pembinaan dengan sebanyak 88.7 peratus rumah sudah siap dibina. "Ini adalah projek 'sakit' yang telah lama bermula sejak tahun 2012 sewaktu pemerintahan kerajaan sebelum ini. Pada ketika itu, pemaju memberi komitmen untuk menyiapkan projek dalam jangka masa setahun setengah dan dijangka siap pada 22 Julai 2013. "Bagaimanapun setelah tiga kali Lanjutan Masa (EOT) diberikan, pemaju masih gagal menyiapkan projek tersebut. Akhirnya kerajaan negeri pada waktu itu membuat keputusan untuk 'terminate' dan bawa ke mahkamah. "Setelah melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan, keputusan mahkamah bertindak mengekalkan pemaju yang sama dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan isu ini di luar mahkamah dengan perjanjian baharu dipersetujui. "Kita telah menyambung dan memberikan EOT sehingga 1 Mac 2021 kepada pemaju dan kita optimis isu ini akan berakhir secepat mungkin insya-Allah," jelasnya dalam satu kenyataan, menjawab soalan tambahan wakil Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini. Untuk rekod, hanya tinggal satu blok rumah RMM Pulau Redang sedang dalam pembinaan dengan tiga blok rumah sudah siap dibina.
11 Aug 20
1793
Belia Pencetus Revolusi Negara
Belia Pencetus Revolusi Negara
Pertandingan Pidato Piala Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia diadakan baru-baru ini dengan bertemakan 'Belia Pencetus Revolusi Negara'
04 May 20
183
Taman Burung Tarikan Terbaru Taman Tamadun Islam
Taman Burung Tarikan Terbaru Taman Tamadun Islam
KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Projek taman burung yang merupakan antara tiga produk pelancongan baharu yang bakal diperkenalkan di Taman Tamadun Islam (TTI) sebelum akhir tahun ini dilihat mampu menjadikan lokasi berkenaan destinasi pelancongan ‘wajib singgah’. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, selain itu taman tema mini dan muzium tiga dimensi juga antara yang diusahakan kerajaan negeri untuk direalisasikan di TTI bagi melonjakkan kehadiran lebih ramai pelancong. “Kita mempunyai beberapa produk untuk memberi nafas baharu kepada TTI termasuk projek taman burung ini tetapi semuanya bergantung kepada sumber kewangan. “Kita akan perjuangkan perkara ini untuk mendapatkan kelulusan bajet daripada kerajaan negeri agar ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui  selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam. Ariffin berkata, pihaknya sedang giat mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan berhubung projek berkenaan termasuk soal konsep serta kesesuaian lokasi. “Ianya merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membaik pulih dan memberi nilai tambah produk pelancongan sedia ada yang didapati kurang berdaya maju bagi meningkatkan hasil pulangan sektor tersebut kepada ekonomi negeri,” ujarnya.
17 Jul 19
644