Artikel "Sidang DUN" Terkini
Dasar Pelaburan Baharu Bakal Diwarta Suku Kedua 2024
KUALA TERENGGANU, 29 November – Kerajaan negeri akan melaksanakan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu yang dijangka dapat diwartakan pada suku kedua 2024 nanti
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Khuzaini Ab Rahman berkata langkah tersebut bagi mewujudkan ekosistem mesra pelabur untuk meningkatkan pelaburan ‘Domestic Direct Investment’ (DDI) dan ‘Foreign Direct Investment’ (FDI) ke Negeri Terengganu
Katanya, walau bagaimanapun, pelabur yang berminat untuk melabur di Negeri Terengganu perlulah dipastikan bahawa pelabur yang ‘genuine’ (tulen) bagi menjaga kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat.
“Sebagaimana kerangka, matlamat pelaksanaan dasar tersebut adalah dengan memberi penekanan kepada mengurangkan kerenah birokrasi yang berlaku.
“Tujuan pelaksanaan dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian ini adalah bagi melancarkan proses pelaburan perindustrian di Negeri Terengganu sama ada dari pihak pelabur yang berminat dan juga kepada Kerajaan Negeri dan agensi atau jabatan berkaitan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Tambahnya, antara intipati kepada pelaksanaan dasar mesra pelabur dengan mengadakan perbincangan langsung dengan pelabur berminat bagi mendapatkan lebih input dan keperluan pelabur.
“Pihak PMINT akan melaksanakan ‘due diligence’ kepada pelabur yang berminat bagi melabur di Negeri Terengganu.
“Ini termasuk kolaborasi yang baik dijalinkan antara Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan seperti MIDA dan ECERDC melalui perkongsian informasi bagi menarik pelabur berpotensi melabur ke Terengganu,” ujarnya.
Beliau juga berkata proses permohonan pajakan tanah oleh pelabur juga akan dipercepatkan dengan mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Industri Negeri Terengganu (MJPINT) yang dipengerusikan olehnya dengan ahli jawatankuasa melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Teknikal dan MIDA.
“Kita akan mempercepatkan proses permohonan dan kelulusan ‘submission’ oleh pelabur dengan mewujudkan kemudahan khidmat runding melalui ‘pre-consult’/’fast lane’ di Peringkat PBT bagi kelulusan pelan.
“Selain itu, kita akan melaksanakan ‘Trade Mission’ serta Ekspo Industri seperti MIDA Series dan ECERDC Invest@ECER Series bagi promosi pelaburan,”katanya.
30 Nov 23
181
Hilang Hasil RM82.5 Juta Selepas Kecualikan Cukai Pintu
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta dari kutipan cukai pintu rumah kediaman bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pengecualian cukai pintu rumah kediaman adalah antara manifesto PAS yang ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.
“Sebaik sahaja memenangi PRU14, kita terus melaksanakan janji tersebut.
"Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri telah kehilangan hasil RM82.5 juta yang sepatutnya dikutip oleh tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Khazan Che Mat katanya pada Menyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Belanjawan) di Wisma Darul Iman, hari ini
Mengikut data, pada tahun 2018, kutipan cukai pintu rumah kediaman yang sepatutnya dikutip ialah RM9.7 juta, tahun 2019 (RM12.73 juta), 2020 (RM13.87 juta) dan tahun 2021 (RM14.56 juta).
Pada tahun 2022 pula, hasil yang sepatutnya dikutip meningkat kepada RM15.27 juta dan tahun 2023 sebanyak RM16.38 juta.
Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata pihaknya akan mengkaji dan meneliti cadangan pelbagai pihak agar melaksanakan semula cukai pintu secara bersasar.
Kata beliau, pihaknya telah menerima banyak cadangan dan perkara tersebut akan dipertimbangkan.
"Kerajaan negeri menerima banyak cadangan dari pelbagai pihak agar melaksanakan semula cukai pintu ini secara bersasar.
"Kita akan mengkaji cadangan-cadangan itu terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan muktamad," katanya.
29 Nov 23
422
Adakan Munajat Agar PM Kembalikan Royalti Terengganu
Rakyat negeri ini diseru mengadakan munajat dengan melakukan solat hajat dan berdoa agar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilembutkan hati sekali gus memulangkan kembali hak royalti petroleum.
29 Nov 23
102
Tambah Kawasan Industri, Kurangkan Kebergantungan Hasil Petroleum
Kerajaan negeri disarankan menambah kawasan industri di Terengganu, agar pertumbuhan ekonomi semakin rancak dan kebergantungan pada hasil minyak dapat dikurangkan.
29 Nov 23
91
Pinjaman Tanpa Caj Bantu Belia Ceburi Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan Negeri memperkenalkan kemudahan pinjaman tanpa faedah mulai tahun 2019 bagi penyediaan modal permulaan kepada golongan muda yang berminat menceburi sektor pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ianya melalui Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) bagi membantu mereka (anak muda) yang terlibat dengan bidang pertanian, penternakan dan perikanan.
“Tumpuan pelaksanaan skim ini adalah kepada aktiviti pengeluaran makanan dan skim bantuan dalam bentuk barangan.
“Pada tahun ini, sebanyak RM 2 juta diperuntuk kepada golongan belia dalam SBMT bagi memulakan projek dalam sektor pertanian,” ujarnya pada Menyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian bagi menjawab soalan lisan ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli yang ingin tahu mengenai apakah strategi kerajaan bagi penyediaan modal permulaan kepada golongan muda yang berminat menceburi sektor pertanian.
Mengulas lanjut katanya, melalui program Agropreneur Muda pula, kerajaan negeri menyediakan bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
“Kerajaan melalui kerjasama strategik dengan Agrobank juga menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang pertanian.
“Antara bentuk bantuan untuk golongan belia termasuk pemberian dana kerajaan melalui Agrobank sebanyak RM950,000 sebagai modal permulaan petani muda serta peruntukan pinjaman RM100 juta kepada usahawan di bawah usia 40 tahun,” jelasnya.
Menurut beliau, Agrobank menerusi usahasama dengan para rakan strategiknya turut giat menguruskan Program Pembangunan Belia Tani dalam Kalangan Siswazah (PROBEST), terutama dalam penyediaan dana program di samping membangunkan usahawan belia tani dengan membekalkan latihan dan bimbingan keusahawanan, termasuk pemantauan dan pelaporan program.
29 Nov 23
425
Wanita Terengganu Akan Terus Diperkasa
Kerajaan negeri dengan kerjasama Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) melalui Dasar Wanita Terengganu sentiasa menambah baik strategi dan perancangan bagi memastikan penglibatan wanita secara optimum dan sistematik.
29 Nov 23
85
Tangani Penyalahgunaan Dadah Melalui Program Pembangunan Belia
Kerajaan negeri memberi penekanan kepada program pembangunan belia sebagai salah satu strategi utama dalam usaha menangani gejala penagihan najis dadah di kalangan generasi muda di Terengganu.
29 Nov 23
138
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
Persidangan Dewan Undangan Negerin(DUN) Terengganu pada kali ini sangat penting kerana ia melibatkan masa hadapan negeri selaras komitmen Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam memacu pentadbiran negeri lebih ke hadapan.
29 Nov 23
57
Laluan Basikal Teluk Ketapang Ke Kuala Ibai Dibuka Disember Ini
Projek Pembinaan Laluan Basikal Teluk Ketapang ke Kuala Ibai akan dibuka kepada umum secara rasminya Disember ini.
29 Nov 23
151
DUN Terengganu Zahir Kebersamaan Rakyat Palestin
Isu Palestin turut disentuh pada awal pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam yang diuji di negara tersebut dengan peperangan yang dahsyat di bumi Gaza.
29 Nov 23
66