lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
Kerajaan negeri kini dalam proses pemutihan jeti-jeti yang beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terutamanya dari aspek keselamatan. 
25 Apr 24
192
Pelan Tindakan Kebersihan PBT 'Selamatkan' Aidilfitri
Pelan Tindakan Kebersihan PBT 'Selamatkan' Aidilfitri
  Pelan tindakan perkhidmatan pembersihan awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat berjaya memastikan persekitaran bersih dan terpelihara ketika sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini.
25 Apr 24
132
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
"Setakat ini, Jabatan Kerja Raya mengambil maklum berkenaan perancangan untuk pembinaan LPT3 dan menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya, " ujar Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat.
25 Apr 24
182
Lebih 24,000 Mohon Bantuan Tabung Darul Iman
Lebih 24,000 Mohon Bantuan Tabung Darul Iman
  Tabung Darul Iman menerima lebih 24,000 permohonan dalam tempoh empat tahun bermula 2020 hingga 2023 bagi membantu rakyat yang ditimpa musibah, menghidap penyakit kronik dan bantuan perubatan.
25 Apr 24
280
Kerajaan Persekutuan Digesa Matang Dalam Mentadbir
Kerajaan Persekutuan Digesa Matang Dalam Mentadbir
Kerajaan Persekutuan digesa agar menunjukkan kematangan yang lebih tinggi dalam mentadbir negara, dengan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi pertikaian politik tidak berfaedah.
25 Apr 24
82
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Pembaikan runtuhan cerun berhampiran Flat Bukit Kecil perlu diambil langkah yang segera oleh pihak kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memohon pembaikan cerun dilaksanakan secepatnya oleh pihak berwajib, bukan sekadar siri lawatan dan tinjauan sahaja. "Beberapa siri lawatan yang lain juga telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah lawatan dari pihak universiti awam untuk melakukan kajian berkaitan pembaikan cerun atau ‘slope repair research’," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Menurut Zuraida lagi, satu insiden runtuhan cerun telah berlaku pada malam 15 Disember 2022 di sekitar BLOK A, B dan E Flat Bukit Kecil. "Kejadian yang telah berlaku hampir dua tahun lalu ini melibatkan 87 unit rumah kediaman dengan anggaran jumlah penduduk seramai 348 orang. "Pada 16 Disember 2022 runtuhan kedua telah berlaku di lokasi yang sama. Runtuhan cerun ini berlaku adalah lanjutan daripada jumlah taburan hujan yang agak tinggi pada masa tersebut. "Pelbagai agensi telah melawat tempat kejadian bermula pada tarikh 16 Disember 2022 iaitu Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Bomba dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)," ulasnya lagi.  
25 Apr 24
208
Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
Pemutihan Jeti Haram Langkah Pendek Majukan Pelancongan Setiu
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri kini dalam proses pemutihan jeti-jeti yang beroperasi tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terutamanya dari aspek keselamatan.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata ia merupakan antara rancangan jangka pendek Kerajaan Negeri untuk memajukan industri pelancongan di kawasan pantai dan pulau khususnya di daerah Setiu yang berdepan dengan masalah jeti bot untuk pelancong. "Manakala rancangan jangka masa panjang adalah termasuk meneroka potensi bagi pengurusan jeti secara bersepadu untuk ke pulau- pulau peranginan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Yusop Majid (BERSATU-Permaisuri) yang ingin tahu apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk memajukan industri pelancongan di kawasan pantai dan pulau khususnya di daerah Setiu yang berdepan dengan masalah jeti bot untuk pelancong-pelancong dalam sesi soal lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Sementara itu, mengenai isu muara cetek, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) telah melantik perunding dari ZNK Consult Sdn.Bhd bagi menjalankan Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Merang, Daerah Setiu.  "Pihak JPS juga telah memohon kelulusan projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pemuliharaan Muara Sungai Merang ini . "Status terkini permohonan tersebut dalam tempoh pendekatan pengurusan nilai, peringkat kejuruteraan nilai dan peringkat semakan nilai yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian," tambah beliau.
25 Apr 24
212
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
KUALA TERENGGANU, 25 April- Kerajaan negeri merangka Pelan Induk Teknologi Hijau (PITIH) Negeri Terengganu 2024-2030 yang akan menjadikan Terengganu sebagai hab pelaburan hijau. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pelan tersebut dirangka bagi mencapai kelestarian alam sekitar Terengganu melalui kecekapan tenaga dan pengurusan air.  "Selain itu, PITIH juga dapat menjana pendapatan berskala industri kepada rakyat dan negeri menggunakan sumber hijau dan akan eksplorasi sumber hijau baharu Negeri Terengganu. "Industri tenaga Terengganu juga akan memfokuskan kecekapan tenaga dan pengurusan air, penjanaan hidrogen hijau, pengkormesialan tenaga boleh baharu (TBB), pengurusan & pengkormesialan sisa hijau dan pengurusan karbon (karbon biru)," ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhamad Fakhruddin Tengku Md Fauzi yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai hab pelaburan hijau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Katanya, Pelan Induk Teknologi Hijau (PITIH) Negeri Terengganu 2024-2030 akan dilancarkan bersama Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu pada Mei 2024 akan datang. "Terdapat enam fokus utama dalam PITIH iaitu tenaga, perindustrian, pengangkutan, bangunan, sisa buangan dan air, " ujarnya.
25 Apr 24
1498
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
LPT3 : Terengganu Tunggu Repons Kerajaan Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 25 April - "Setakat ini, Jabatan Kerja Raya mengambil maklum berkenaan perancangan untuk pembinaan LPT3 dan menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya, " ujar Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat. Beliau memaklumkan demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Riduan Mohamad Nor yang ingin tahu apakah usaha Kerajaan Negeri untuk lanjutan pembinaan LPT3 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan kerja awalan bagi lebuh raya pantai timur (LPT3) dengan kos RM35 juta. "Skop kerja awalan yang terlibat adalah light detection and ranging (lidar survey), ground survey, soil investigation, environmental impact assessment (EIA) study, social impact assessment dan traffic study. "Kerja awalan ini telah siap pada Disember 2021," ujarnya. Katanya, pembentangan penuh laporan kerja awalan termasuk penentuan jajaran jalan yang muktamad dan anggaran kos projek kepada agensi pusat telah dibentangkan pada pertengahan 2022 untuk mendapatkan hala tuju dan seterusnya kelulusan pelaksanaan projek. Hanafiah berkata, pembinaan LPT3 melibatkan anggaran jarak laluan sejauh 122 kilometer (km) bermula di Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu dan tamat di Tunjong, Kota Baharu.
25 Apr 24
4934
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
KUALA TERENGGANU, 25 April - Terengganu berhasrat untuk mula membuka Industri Hidrogen Hijau pada tahun ini dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai RM1.75 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Khuzaini Ab Rahman berkata, melalui projek tersebut ia akan menjana nilai ekonomi RM2.8 bilion untuk tempoh 10 tahun. Katanya, industri itu juga bakal memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk tempatan dan impak rantaian bekalan. "Terengganu akan menjadi pendahulu dalam teknologi tenaga bersih selaras dengan 'Perjanjian Paris' mengenai perubahan iklim. "Inisiatif  ke hadapan, perjumpaan dan mesyuarat bersama tiga syarikat gergasi Korea untuk kerjasama pengeluaran hidrogen hijau di Terengganu dan pengeksportannya ke Korea Selatan, Perjanjian Persefahaman (MOU) akan ditandatangani dalam masa terdekat. "Jangkaan projek mula adalah seawal suku keempat 2024 (dengan) kapasiti penuh hidrogen hijau (minima 10,000 tan setahun) menerusi kaedah mini hidro. Kapasiti akan ditingkatkan melalui fasa-fasa terkemudian melalui kaedah solar dan lain-lain tenaga hijau yang berpotensi," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Ke Atas Usul Menjujung Kasih dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke -15 bagi tahun 2024, di Wisma Darul Iman, semalam. Mengulas lebih lanjut Khuzaini berkata hidrogen hijau pada waktu ini digunakan di Korea Selatan untuk menjana elektrik dan tenaga untuk bandar pintar dengan reka bentuk dan jaringan paip gas hidrogen serta sistem elektrolizer yang modular. "Aspirasi Kerajaan Negeri dalam menangani isu global dan merealisasikan teknologi hijau ini akan dapat dijelmakan dalam waktu terdekat," ujarnya. Sebelum ini katanya, Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah ke Korea Selatan pada Mac lalu untuk meneroka potensi kerjasama dengan syarikat gergasi di Korea Selatan dalam Industri Hidrogen Hijau. "Menteri Besar (pada waktu itu) telah menandatangani MOU bersama dengan beberapa pemain industri utama hidrogen hijau di Korea Selatan yang menjadi pereka dan pengeluar sistem elektrolizer hidrogen dengan prestasi kecekapan penukaran air ke gas hidrogen antara yang terbaik di dunia. "Iaitu menghampiri 90 peratus kecekapan. MOU tersebut adalah untuk membentuk pakatan strategik dan kerjasama bagi projek hidrogen hijau yang berpotensi di Terengganu. "Kerjasama ini turut menggariskan keutamaan bagi membuka peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi buat anak-anak Terengganu," ujarnya.
25 Apr 24
503